"And cut!" Semua crew yang terlibat mula bertepuk tangan, tahu bahawa tugas mereka yang bekerja dari pagi sehingga ke petang sudah selesai.
"Good job Sofia, Zarul!" Zayad yang bertanggungjawab mengelola shooting tersebut bangun dari duduk dengan wajah bangga. Rasa seronok apabila kedua-dua insan itu memberi kerjasama yang baik sepanjang pengambaran berlangsung.
"Macam mana Zayad?" Zarul merapati sahabatnya sedari sekolah rendah. Ingin melihat hasil tangan orang kreatif seperti Zayad.
"Bro, ini Zayadlah. Kau tak perlu kecewa dengan hasil kerja aku." Zayad menepuk dada dengan bangga. Bukannya dia tidak pernah bekerja dengan Zarul, malah semua iklan yang dikeluarkan oleh syarikat lelaki itu adalah di bawah hasil kerjanya.
Sofia dan Zarul hanya ketawa lepas. Sudah masak dengan perangai Zayad yang masuk air. Sesekali mata mereka bertiga melihat semula rakaman di Camera Sony A7 yang terletak elok atas DJI Ronin Stand di hadapan Zayad.
"Aku memang tak salah pilih orang." Zarul komen berpuas hati. Tangan kanan naik menepuk bahu Zayad beberapa kali. Mengucap syabas kepada lelaki itu kerana tidak pernah mengecewakannya.
"Dah habis kan? I minta diri dulu. Rasa terbakar kulit muka I lama-lama berjemur bawah matahari macam ni." Tangan Sofia sudah naik mengibas-ngibas wajah yang mula kemerahan.
Zarul hanya mengangguk mengizinkan Sofia pergi. Badannya juga rasa melekit dengan peluh yang mengalir macam air terjun. Tidak sabar mahu masuk membersihkan diri di dalam bilik sebelum meluangkan masa berehat di tepi pantai selepas ini.
"Eh, kau pun berambuslah cepat. Tak tahan aku bau badan kau dah macam belacan." Zayad bertindak menolak badan Zarul menjauh.
"Yelah. Kau simpanlah dulu semua peralatan kau. Nanti kita lepak sekali. Lagipun esok baru aku bertolak balik." Kata Zarul sebelum berlalu pergi. Sempat dia menggamit Ainul yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Kau tolong kemas semua product kosmetik kita boleh?" Sopan Zarul meminta tolong sambil tangan menunjuk ke arah product mereka yang tersusun elok di gigi air yang digunakan dalam pengambaran tadi. Dengan baralaskan tikar kayu dan dipayungi sekaki payung kertas traditional Jepun bewarna merah dan bercorak bunga putih, nampak sangat aesthentic.
"Boleh Tuan Zarul." Ainul senyum sambil memerhatikan tempat yang ditunjukkan Zarul. Itu sahaja tugas yang dia boleh tolong di sini selain membantu Sofia menukar baju dan memastikan solekan perempuan itu terletak elok. Dah macam manager yang sedang menjaga artis kesayangan lagaknya.
Teringat peristiwa semalam, sewaktu berada di meja makan melakukan perbincangan bersama Team Zayad, terkejut juga dirinya apabila mengetahui bahawa Zarul dan Sofia sendiri yang menjadi model di dalam iklan syarikat. Dan apabila dia melihat sendiri gelagat mereka berdua beraksi di hadapan kamera tadi, nampak tidak kekok langsung dan sangat professional.
"Thank you Ainul." Zarul hanya mampu memandang tubuh Ainul yang sudah berlalu pergi. Ingin sahaja dia menarik tangan gadis itu berjalan-jalan di tepi pantai sekarang. Berdua-duaan bermain ombak yang menghempas kaki, dan duduk menikmati keindahan langit biru bersama-sama. Pasti seronok memori yang dicipta. Tetapi dia sedar, seronok baginya merupakan satu ketakutan buat Ainul. Sementelah Sofia sudah memberi amaran kepadanya semalam untuk menjaga perangai tidak semengahnya.
"Sabar Zarul. Jangan buat benda bukan-bukan dekat sini. Tak pasal-pasal penumbuk Sofia melayang dekat muka kau sebab kacau kawan dia." Tergelak halus Zarul mengenangkan semua itu. Tanpa membuang masa, kaki mula melangkah laju menuju ke bilik.
Zayad masih kekal di situ, ralit membelek kamera di tangan. Sesekali kepalanya terangguk-angguk dan tersenyum dengan hasil kerja sendiri. Mudah kerjanya apabila mendapat model dan team yang faham dengan kehendak hati. Kerja yang boleh makan masa selama dua hari dapat disiapkan lebih awal. Tangan mula menekan butang untuk menutup skrin kamera.
Namun, saat lensa kameranya terfokus pada susuk tubuh seorang gadis memakai dress labuh bewarna ungu cerah, tangan terus menjadi kaku. Dia seakan-akan terpukau melihat dress dan selendang yang beralun lembut mengikut rentak angin. Tanpa sedar jari sudah menekan butang zoom cuba melihat wajah itu dengan lebih dekat.
Tatkala gadis itu duduk mencangkung dengan payung kertas yang disandar di bahu, tangan Zayad menekan butang rakam pula. Merakam perbuatan si gadis mengutip bekas-bekas bulat di atas tikar. Hanya sisi kanan wajah yang terlihat. Sesekali gadis itu membelek bekas di tangan sambil kepala sedikit mendongak ke langit. Membuatkan cahaya mentari menyimbah ke muka menjadikannya bersinar persis air laut yang berada di belakang. Ditambah dengan beberapa buah jet ski yang melintas, menyempurnakan lagi video yang diambil.
"Cantik..." Zayad berbisik perlahan. Hati mula mengalunkan rentak yang tidak sekata. Apabila terasa tidak puas memerhati dari dalam kamera, kepala diangkat pula untuk melihat dengan lebih jelas.
Lama. Sampaikan Zayad tidak sedar dia sudah tersenyum seperti orang gila. Ketika gadis itu datang mendekat, barulah dia tersedar dan mematikan rakaman.
"Hai." Tidak mahu melepaskan peluang keemasan begitu sahaja, Zayad memberanikan diri menegur Ainul.
Ainul hanya tersenyum membalas sapaan tersebut. Dia bertindak menghampiri Zayad. Lebih tertarik dengan kamera di hadapan lelaki itu.
"Saya nak tengok rakaman Tuan Zarul dengan Sofia tadi boleh?" Pinta Ainul tanpa segan silu. Memang sedari tadi hatinya meronta-ronta mahu melihat semua itu.
"Bo... Boleh." Tergagap-gagap Zarul menjawab. Tidak menyangka Ainul memberi reaksi begitu.
"Siapa nama?" Lagi Zarul menyoal sambil tangan menekan-nekan butang di tepi LCD. Dia perasan gadis ini ada bersama Zarul dan Sofia semalam, namun kerana terlalu fokus dengan kerja membuatkan dia tidak memberi tumpuan sangat.
"Ainul Liyana. Awak Zayad kan?" Ramah Ainul bertanya bersama senyuman nipis. Dia ingatkan Zayad seorang yang serius memandangkan lelaki itu asyik menayangkan wajah tanpa riak sedari semalam.
"Haah." Teruja pula Zayad rasakan apabila Ainul mengetahui namanya. Setelah menekan butang play, dia memberi ruang sedikit untuk Ainul melihat dengan lebih dekat.
"Pandainya awak rakam." Ainul memuji ikhlas. Mata masih tidak lepas dari merenung kamera. Sesekali dia tersenyum lebar melihat adegan Sofia jatuh di atas pasir. Tanpa sedar, wajahnya direnung tidak lepas oleh Zayad.
"Cantik." Komen Ainul. Sungguh terpesona dengan suasana di pantai yang dirakam dalam babak tersebut.
"Yup. Sangat cantik." Zayad menyambut. Mata masih tidak berkalih dari melihat Ainul.
Share this novel