BAB 36

Romance Series 19166

"Relaks, kita bukannya pergi berperang." Zarul cuba menenangkan Ainul di sebelah. Butang tutup pada dinding lif ditekan.


Ainul tidak memberi sebarang reaksi. Dilihatnya Zarul kelihatan santai sahaja menyeluk tangan ke dalam poket seluar, menunggu lif yang dinaiki berhenti bergerak. Berbeza dengan dirinya yang sudah berpeluh sambil kaki tergedik-gedik penuh debar.


"Macam mana kalau saya ada buat kesalahan semasa present nanti?" Badan Ainul dibawa berdiri di hadapan Zarul. Menzahirkan rasa penuh cuak. Adakah patut lelaki itu menjadikannya sebagai wakil untuk membentangkan idea kepada Coco & Milk Company. Rasa mahu pengsan sahaja apabila Zarul mengeluarkan arahan tersebut secara tiba-tiba.


"Kalau salah, betulkan balik. Pihak C&M tak akan marah kau kalau idea yang dibentangkan menarik." Selamba Zarul menjawab bagaikan dia tidak kisah dengan semua itu. Siap boleh tersenyum lagi, menampakkan barisan giginya yang tersusun elok.


"Sepatutnya Tuan Zarul bawa orang lain sahaja, Sofia or Tuan Aiman. Tuan tak kisah kalau kita tak dapat project ni disebabkan saya?" Ainul cuba bermain kata dengan Zarul. Berharap tindakannya boleh membuatkan Zarul berubah fikiran.


"Ada nampak aku kisah?" Zarul tersenyum senget. Dia membuat isyarat mata menyuruh Ainul berjalan keluar setelah pintu lif terbuka. Ainul sempat mencebik geram sebelum berjalan laju menuju ke dalam office C&M sambil dibuntunti Zarul.


Akibat terlalu memikirkan apa yang bakal terjadi dalam meeting nanti, tubuh Ainul tidak sempat mengelak apabila dirempuh seseorang. Hampir sahaja dia tersungkur kebelakang sebelum muncul satu tangan kemas memaut lengannya.


"Ah, sorry!" Cepat-cepat Ainul menarik lengannya dari cengkaman lelaki yang berkot putih itu. Menunduk memohon maaf.


"Cik Ainul! Tak sangka jumpa you dekat sini. You apa khabar?" Teguran lelaki itu membuatkan wajah Ainul berkerut seribu. Rasanya dia tidak pernah berkawan atau berjumpa dengan lelaki ini. Jadi, mengapa dari gaya tegurannya seperti sudah lama kenal?


"Tengku Aaris!" Suara keras Zarul yang sedang berdiri di belakang Ainul berbisik perlahan. Terbeliak sekejap mata Ainul tidak percaya bahawa jejaka yang melanggarnya tadi adalah pesaing mereka.


"Lama tak jumpa, Zarul Akhtar." Tengku Aaris tunduk sedikit dengan gaya penuh sarkastik. Senyuman jengkel tidak lekang dari mulutnya. Dia kembali meliarkan pandangan ke segenap ruang wajah Ainul.


"Tak sangka kau bawa Ainul instead of pekerja lain yang lebih berpengalaman." Provoke Tengku Aaris.


"Syarikat aku. Jadi, Ikut suka hati akulah nak wakilkan siapa." Balas Zarul keras. Dia tidak suka mata buaya milik Tengku Aaris terus-terusan menatap Ainul.


Nyata balasan Zarul membuatkan Tengku Aaris ketawa terbahak-bahak. "Nice choice by the way. Lagipun untung juga aku dapat tengok wajah Ainul hari ini." Dengan beraninya, Tengku Aaris mengangkat tangan ingin mencuit dagu Ainul sebelum ada tangan lain yang menepis kuat.


"Don't you dare..." Suara Zarul tertahan-tahan memberi amaran. Api cemburu cuba dikawal sebaik mungkin agar tidak mencetuskan kekecohan di sini.


Ainul yang turut terkejut dengan tindakan Tengku Aaris, mula terundur ke belakang. Menjadikan tubuh Zarul sebagai benteng di hadapan. Dia kurang senang dengan sikap lelaki berkot putih ini.


"Wow! Possessive!"


"Tengku Aaris! Encik Zarul! Boleh masuk sekarang." Seorang wanita yang agak berusia kedengaran menggamit mereka ke arah satu bilik. Sekaligus mematikan suasana tegang yang mula menyelubungi mereka bertiga.


Sempat Tengku Aaris mengangkat tangan membalas teguran wanita itu. Dia berjalan melintasi Zarul dan bertindak berhenti di sebelah Ainul. "Anyways, nice to meet you baby." Katanya sebelum kembali menyambung langkah meninggalkan Ainul termangu-mangu. Dan kepergian Tengku Aaris dihantar dengan pandangan tajam oleh Zarul.


"Kau kenal dia?" Zarul kembali memandang Ainul penuh curiga. Dari gaya teguran Tengku Aaris tadi, seperti dia sudah berkawan lama dengan Ainul.


Tidak sempat Ainul menjawab, mereka digamit semula oleh wanita itu. Tidak dapat tidak, kedua-duanya berjalan beriringan masuk ke bilik yang ditunjukkan.


"Silakan duduk." Datuk Ramli membuat isyarat tangan menyuruh mereka mengambil tempat. Ainul dan Zarul terus sahaja duduk bertentangan dengan Tengku Aaris. Manakala, di hujung meja terdapat Datuk Ramli dan beberapa orang staff yang akan meneliti pembentangan mereka nanti.


"Boleh mulakan sekarang." Penuh berkarisma Datuk Kamarul mengeluarkan arahan. Sedikit sebanyak menambah rasa gemuruh di hati Ainul.


Dengan penuh gaya, Tengku Aaris bangun menuju ke hadapan. Memaparkan slidenya di skrin. Sempat dia tersenyum penuh makna ke arah Zarul sebelum memulakan ucapan.


Setibanya di slide ketiga, tubuh Ainul dan Zarul terus menjadi kejung. Terkejut kerana segala maklumat dan idea di dalam slide itu sebiji dengan apa yang dibincangkan oleh mereka sebelum ini. Hanya susunan dan warna slide yang berbeza. Ainul menoleh ke arah Zarul dengan wajah cemas. Dilihat rahang Zarul sudah terketap kuat dengan tangan yang mengepal penumbuk, memandang ke arah Tengku Aaris dengan mata memerah.


Segala butir informasi yang keluar dari mulut Tengku Aaris juga persis dengan apa yang bakal disampaikan oleh Ainul nanti. Sangat sama! Ibarat pembentangan itu bukan dibandingkan melalui idea siapa yang paling kreatif, tetapi cara penyampaian oleh kedua-dua syarikat kerana inti patinya yang serupa. Ainul mula menggigit bibir. Cemas.


"That's all from me." Tengku Aaris menyudahkan pembentangan dengan senyuman lebar. Namun, senyuman itu nyata kelihatan sinis di mata Zarul. 'Tak guna kau Aaris! Kau memang licik!' Zarul menggumam geram. Kali ini dia pasti, ada mata-mata Tengku Aaris di dalam syarikatnya. Ada pekerja yang menjual segala maklumat pada Tengku Aaris!


"Macam mana ni Tuan Zarul?" Bisik Ainul perlahan. Tidak senang duduk Ainul dibuatnya. Keyakinan sudah merudum jatuh kerana segala idea telah diceritakan oleh Tengku Aaris.


"Stay here. Biar aku yang present." Bisik Zarul tanpa memandang ke arah Ainul. Dia terus bangun berjalan ke hadapan. Nafas ditarik sedalam yang mungkin cuba menenangkan perasaan yang semakin berkecamuk.


'Kita tengok siapa yang terkena.' Tengku Aaris ketawa jahat di dalam hati. Hati sudah bersorak gembira melihat wajah musuhnya yang merah padam sebentar tadi. Tidak sia-sia dia habiskan duit menyuruh anak buahnya mencuri slide tersebut. Dia duduk bersilang kaki penuh lagak sambil bebola mata sesekali melirik ke arah Ainul di hadapan.


Sepanjang sesi penerangan, Zarul dapat melihat Datuk Ramli berbisik sesuatu dengan staffnya. Namun, Zarul tidak pedulikan semua itu. Apa yang penting sekarang dia perlu menonjolkan diri lebih daripada Tengku Aaris agar Datuk Ramli yakin untuk berkerjasama dengan syarikatnya.


"And for the third ideas, I suggest that we launch this product based on new year concept." Zarul menekan butang next untuk ke slide seterusnya. Maka, terpampanglah satu design packaging yang sangat menarik di skrin. Ainul sedikit tersentak kerana dia tidak tahu-menahu tentang perkara itu.


"Semestinya product baru yang dipasarkan sempena special day or event lebih mudah menarik minat pelanggan." Jelas Zarul lagi. Dia mula menunjuk design-design packaging di slide. Puas hatinya apabila melihat wajah Datuk Ramli dan staff lain yang seakan-akan teruja dengan idea ketiganya. Setiap satu design diterang penuh terperinci.


Sempat dia menjeling wajah Tengku Aaris yang sudah berubah. Memerah seperti tercekik biji durian lagaknya. 'Jangan bermain dengan api Aaris. Sekarang kau yang terkena balik.' Sempat Zarul mengutuk di dalam hati.


Lima belas minit berlalu dan Zarul selesai dengan pembentangannya. Dia kembali duduk sambil mata tidak berkalih daripada melawan pandangan tajam Tengku Aaris. Kalau ikutkan perasaan, mahu sahaja dia bangun menumbuk lelaki itu kerana telah mencuri hasil kerja kerasnya. Tetapi, dia masih waras untuk tidak jatuhkan nama syarikat di hadapan Datuk Ramli.


Tepukan gemuruh yang kedengaran membuatkan Zarul, Ainul dan Tengku Aaris mengfokuskan pandangan kepada Datuk Ramli semula. Wajah Datuk Ramli jelas berpuas hati dengan aturan project yang dibentangkan oleh mereka.


"Thank you sebab suggestkan something yang sangat kreatif dalam project ini. Walaupun ada sedikit kesamaan idea dari kedua-dua belah pihak, but that's okay. Both of you have your own way of presentation." Datuk Ramli bangun dari duduknya. Diikuti semua yang berada di situ.


"I can gurantee that this project will make a big highlight for our sell. As for company mana yang saya akan pilih nanti, kami perlukan sedikit perbincangan untuk membuat keputusan. So, if both of you don't mind, can you guys wait for two or three days untuk saya bagi kata putus?" Serentak Zarul dan Tengku Aaris mengagguk setuju.


"Cool. Saya akan maklumkan kepada kamu berdua as soon as possible. Okay, that's all."


"Thank you Datuk." Zarul mula berjabat tangan dengan Datuk Ramli sebelum diikuti Tengku Aaris.


"Come. Ada sedikit jamuan yang saya sediakan untuk kamu bertiga." Sempat Datuk Ramli tersenyum ke arah Ainul sebelum melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Dia mula membayangkan keuntungan yang bakal dia dapat apabila project tersebut mampu dijayakan nanti.


Kini, tinggallah mereka bertiga di situ. Ainul memandang Zarul dan Zarul memandang Tengku Aaris yang turut memandangnya. Lama kedua-duanya berbalas renungan, berbicara melalui mata. Bagaikan ada cahaya laser yang keluar dari bebola mata mereka dan bertemu di tengah-tengah. Sangat tajam dan penuh kebencian!


"Congrats. Tak sangka kau ada idea yang bernas." Suara Tengku Aaris mencelah sambil menyuakan tangan ke arah Zarul.


Zarul menyambut huluran itu dengan agak kasar. Erat mereka bersalaman sehingga kelihatan urat-urat hijau yang timbul.


"You too. Aku nak sangat tahu dari mana kau dapat idea tu." Penuh makna Zarul membalas.


Dan Ainul hanya mampu menelan air liur melihat aura tegang yang keluar dari tubuh kedua-dua jejaka tersebut. Dapat dirasakan bilik yang berpenghawa dingin mula menjadi bahang. Sangat bahang dan panas!

Sorry sbb draft saya hilang n saya tak boleh save apa yang saya tulis. so i need to rewrite again and take a long time to update. Sorry again.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience