Sofia mula menggigit kuku membaca komen-komen yang tertera di ruangan website company. Sesekali matanya naik terarah kepada Zarul dan Aiman yang duduk di kiri kanannya untuk melihat reaksi mereka.
"We have to do something Zarul before things get out of control." Aiman memandang wajah Zarul penuh serius. Dapat dilihat jejaka itu mengetap rahangnya kuat.
Zarul diam tidak membalas. Dia sedang cuba mengawal kemarahan yang mula menjalar dalam diri. Panas hatinya membaca komen balas dari orang-orang yang tidak tahu menahu tentang produk mereka.
"Nampaknya tak sampai dua puluh empat jam dia post komen ni." Zarul menggumam perlahan.
"Sofia, contact Security Agency, suruh hacker diorang track IP address dia. Aku nak tahu siapa yang cuba nak jatuhkan business aku." Tertahan-tahan suara Zarul mengeluarkan arahan. Anak mata masih tidak berkalih dari merenung skrin di hadapan.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba website mereka mendapat satu komen dari orang yang tidak dikenali. Mengatakan Elegance & Beauty Cream menggunakan bahan terlarang seperti racun merkuri dan placenta protein bersumberkan khinzir. Nyata komen tersebut telah menarik perhatian orang ramai untuk menyerang website mereka.
Sofia pantas berlari-lari anak kembali ke mejanya. Waktu-waktu genting begini, dia harus cepat supaya masalah tersebut tidak menarik perhatian lebih ramai orang. Supaya sales mereka tidak merudum jatuh disebabkan fitnah yang ditabur.
"Kau nak aku remove komen ni?" Tanya Aiman sambil memegang bahu Zarul. Cuba menyabarkan lelaki itu.
"Tak perlu. Kalau kita delete, nanti susah nak trace orang ni. Just tutup ruangan komen buat sementara waktu. Sekat orang untuk komen di website kita." Aiman mengangguk faham. Dia mula menekan-nekan skrin ipad melaksanakan arahan Zarul.
Zarul kembali membawa diri ke hadapan laptopnya. Dia perlu lakukan sesuatu untuk mengambil kembali kepercayaan pelanggan yang lain. Satu folder ditekan. Mencari-cari dokumen penting yang pernah tersimpan di situ.
Setelah menemui apa yang dicarinya, butang send ditekan. "Aiman, post sijil kelulusan dari KKM dengan PBKD yang aku send dekat kau. Make sure kau highlight tempoh masa yang ada dekat sijil tu and also..." Zarul mula mengetap gigi dengan kuat. Jelas urat-urat hijau naik di dahinya.
"Told them yang pihak kita akan saman semua komen-komen negatif tanpa bukti yang boleh menjatuhkan syarikat Elegance & Beauty Cosmetic kalau tak delete dalam masa tiga jam. Semua!" Keras suara Zarul berkata. Ibarat netizen yang mencaci maki mereka di ruangan komen sebentar tadi berada di hadapan matanya sekarang.
"TUAN Zarul! Saya dah dapat maklum balas dari pihak Security Agency. IP address komen tu rupa-rupanya..." Serba-salah Sofia mahu meneruskan ayat.
"Saya rasa better Tuan Zarul tengok sendiri." Sofia menunjukkan email yang dihantar oleh pihak sana untuk Zarul baca. Sejujurnya, dia masih terkejut dengan perkhabaran itu.
"That 'person' have an access to our connection..." Rasa tersekat suara Zarul di hujung kerongkong.
"Which means from our own company?!" Sofia mengangguk perlahan mengiakan kenyataan yang dibaca oleh Zarul.
"Tak guna!" Penumbuk digenggam dengan erat sehingga ternaik urat-urat hijau di tangan. Tidak menyangka kekecohan itu dilakukan oleh seseorang yang bekerja di bawahnya.
"Itu sahaja yang mereka jumpa?"
"Buat masa ni, yes. Itu sahaja." Jeda.
"Macam mana dengan sales kita?" Mendengar Sofia menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaannya cukup membuktikan bahawa apa yang bakal keluar dari mulut gadis itu nanti bukanlah berita yang baik.
"Lebih dari lima puluh product yang telah di check out oleh pelanggan cancel begitu sahaja. Termasuklah product baharu yang kita launched baru-baru ini. Saya rasa kalau Tuan Zarul tak ambil tindakan untuk post kelulusan sijil dari pihak atasan, lagi banyak product yang akan dipulangkan balik." Perlahan sahaja Sofia menutur kata. Dia dapat merasakan kekecewaan yang berada dalam hati Zarul sekarang. Bohonglah dia tidak sedih berhadapan dengan situasi ini. Bukan sehari dua dia berkerja di bawah Elegance & Beauty Cosmetic, tetapi sudah bertahun-tahun.
Kepala Zarul menunduk. Memanglah bilangan itu kedengaran sedikit, namun harga kerugian yang ditanggung mampu mencecah empat angka. Semuanya disebabkan berita bodoh tersebut.
Melihatkan reaksi yang ditunjukkan Zarul, Sofia bertindak mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Baru dia perasan kelibat Aiman sudah tidak kelihatan di situ. Mungkin lelaki itu pergi uruskan sesuatu di officenya.
"Kalau betul dia pekerja di sini? Just why? Why they even do that? Mereka juga akan terkena tempias kalau sales syarikat jatuh." Sungguh, Zarul tidak faham. Apa motif sebenarnya? Rasanya, tak ada pula dia kecilkan hati sesiapa di syarikat ini.
"Mungkin ada orang yang jealous dengan pencapaian you. Yelah, you kan dikira usahawan yang sudah berjaya pada usia muda. Pasti akan ada mata-mata tidak puas hati melihat kejayaan you. Hati manusia Zarul. Tiada siapa yang tahu." Pujuk Sofia lembut. Dia tidak mahu masalah sekarang membuatkan Zarul hilang semangat dan menjadi moody sepanjang hari.
"Hati manusia heh?" Zarul ketawa sinis. Sedikit sebanyak dia setuju dengan apa yang dikatakan Sofia.
"Betullah orang cakap, penyakit yang paling bahaya dekat dunia ni adalah penyakit hati. Walaupun diorang kerja bawah aku, tapi hati diorang aku tak boleh kawal. Bila-bila masa sahaja mereka boleh tikam aku dari belakang." Zarul mengangkat wajah memandang Sofia.
"Aku harap kau bukan salah satu daripada mereka." Dia tak dapat bayangkan kalau Sofia yang melakukan semua itu. Pasti dia tidak akan percaya kepada sesiapa lagi selepas ini.
Sofia tersenyum. Langsung tidak terasa hati dengan kata-kata Zarul. Dia faham, dalam situasi sekarang, memang wajar Zarul meletakkan syak wasangka kepada semua orang. Termasuklah orang yang rapat dengannya.
"Tak akan Zarul. Kalau betul I nak jatuhkan you, dah lama I buat. Sejak you cuba nak bangunkan balik nama syarikat ni lagi." Sofia membidas tenang. Lega sikit hatinya melihat senyuman manis mula terukir di wajah Zarul. Mungkin terkesan dengan bicaranya.
"I know and thank you sebab selalu ada dengan aku time-time susah. Aku sangat bersyukur ada kawan baik macam kau." Ikhlas Zarul berkata. Sofia sudah banyak membantunya selama ini. Malah, gadis itu juga merupakan orang yang telah mengembalikan semangatnya sejak tujuh tahun lalu.
"Dah, tak payah nak sedih-sedih. Lagipun you dah cuba jernihkan keadaan. Bergantung kepada orang ramai nak percayakan kita atau tak. Sekarang, kita pergi lunch dulu. Then, baru kita sama-sama fikir macam mana nak tenggelamkan and singkirkan fitnah tu." Ajak Sofia penuh teruja. Berharap Zarul menerima pelawaannya, sementelah lelaki itu jarang mengikutnya lunch di luar.
Untuk tidak mengecewakan hati Sofia kali ini, Zarul mengangguk setuju. Dan tawanya pecah apabila melihat Sofia terlompat suka dan berlari-lari anak kembali ke mejanya untuk mengambil bag tangan.
Share this novel