BAB 32

Romance Series 19166

"Eh, Zarul! Lupa pula aku. Tadi dalam office, kau nak cerita something kan tentang Ainul? Kenapa dengan dia? Dia ada buat masalah dekat Langkawi?" Dah alang-alang Zarul datang ke rumahnya malam ini, lebih baik Aiman bertanya terus kepada lelaki itu. Mana tahu ada info baru yang boleh dijadikan peluang untuk dia melaksanakan rancangannya selepas ini.


Tidak jadi Tuan Razali mahu menyisip kopi panas yang dihidangkan isterinya. Mata sudah berkalih ke arah Zarul yang mula berwajah serius sebelum melihat anaknya dengan pandangan curiga.


"Ainul? Siapa?"


"Ala... Pekerja baru yang papa terserempak haritu. Papa ingat, waktu papa pergi office tanya khabar Zarul?" Aiman cuba mengembalikan semula ingatan Tuan Razali.


Sejenak Tuan Razali diam berfikir. Tidak lama sebelum satu bayang wajah seorang gadis yang ayu bertudung serta memakai baju kurung menerpa ke otak. Gadis yang pernah membuatkan dia panasaran tentang identitinya.


"Oh, kenapa dengan dia?" Terasa berminat pula untuk mengetahui lebih lanjut tentang hal yang ingin dibicarakan oleh Aiman dan Zarul. Skrin televisyen di hadapan dibiarkan sahaja terpasang tanpa penonton.


"Zarul sebenarnya malas nak cerita sebab tak penting pun. Tak ada kaitan dengan masalah syarikat." Zarul memandang tajam ke arah Aiman. Tidak menyangka Aiman membuka mulut perihal Ainul di hadapan Tuan Razali. Segan pula jadinya.


"Aku tanya sebab takut dia dah buat something yang menyusahkan kau dekat sana. Yelah, dia kan kerja under aku. Kalau ada perkara yang kau tak puas hati, bolehlah aku tegur dia nanti." Begitu pula telahan yang dibuat oleh Aiman.


Tidak senang duduk Zarul mahu membuka bicara. Takut Tuan Razali berfikir bukan-bukan hubungan antara dia dan Ainul. Sudahlah pertemuan pertama dahulu Tuan Razali nampak mereka berada dalam keadaan mencurigakan, kini cerita lain pula yang bakal disajadikan kepada pak ciknya itu. Rasa menyesal pula menceritakan tentang Ainul kepada Aiman pagi tadi.


"Bukan. Dia tak buat apa-apa pun dekat sana, cuma..." Wajah Tuan Razali yang menanti dengan penuh sabar mula direnung. 'Ah, lantaklah kalau Tuan Razali mahu berfikir buruk tentangnya sekalipun.'


"Zarul dah buat dia menangis." Perlahan sahaja intonasi suara Zarul melantun keluar.


"Again?!" Aiman bersuara tidak percaya. Kali pertama Zarul membuat Ainul menangis adalah sewaktu di dalam office Zarul sendiri dan sekarang di Langkawi pula. Apa yang terjadi antara Zarul dan Ainul sebenarnya?


Mata Tuan Razali sedikit membesar mendengar kenyataan itu. Sejujurnya dia agak terkejut kerana Zarul yang dikenali tidak mungkin berkelakuan teruk di belakangnya. Apatah lagi mahu membuatkan seorang gadis menangis. Cawan kopi kembali didekatkan pada bibir. Menunggu Zarul menghabiskan cerita.


"Aku tak sengaja. Aku just nak kongsi cerita dengan Ainul. Tapi tak sangka pula dia boleh menangis seteruk itu."


"Cerita apa sampai dia sedih sangat? Kau jangan macam-macam Zarul. Tak pasal-pasal aku terima surat resign dari Ainul lagi lepas ni." Mata Aiman sudah dikecilkan ke arah Zarul. Mahu sahaja dia bangun menyekeh kepala lelaki itu dengan kuat. Memanglah dia suka jika Zarul dan Ainul bergaduh, cuma bukan sekarang masanya. Buatnya Ainul mahu berhenti lagi, masak dia mahu memujuk buat kali kedua. Habis punah rancangannya.


"Cerita kisah hidup aku tujuh tahun lepas." Kenyataan tersebut bagaikan petir yang menyambar seluruh tubuh Tuan Razali menjadi kaku. Terus dia terbatuk-batuk apabila terasa air kopi mula tersekat di kerongkong. Meleleh habis sisa kopi di hujung bibirnya menitik ke baju.


"Uncle tak apa-apa?" Zarul bertindak menggosok belakang badan Tuan Razali perlahan. Beberapa helai tisu sempat diambil sebelum disua ke arah pak ciknya.


"Papa okay?" Dah kenapalah papanya nak terkejut sangat mendengar cerita Zarul?Bukannya apa-apa pun. Melihat Tuan Razali memberi isyarat supaya tidak menghiraukannya, terus sahaja Aiman memandang wajah Zarul semula. Ingin bertanya lebih lanjut tentang Ainul.


"Tentang apa? Kebakaran tu ke?" Sesi soal jawab kembali dibuka oleh Aiman. Tidak perasan dengan pandangan lain macam yang diberikan Tuan Razali.


"Lebih kurang. Aku just bagitahu dia yang aku pernah ada fobia dengan api. And then, terus dia menangis teresak-esak sambil minta maaf. Sumpah itu sahaja, aku tak buat apa-apa pun dekat dia!" Terang Zarul bersungguh-sungguh.


"Hmm..." Aiman kembali menyandarkan belakang badan pada sofa semula. Cuba memikirkan kewajaran cerita Zarul. Kalau betul apa yang Zarul cakap, tiada sebab untuk Ainul mengalirkan air mata melainkan...


"Mungkin dia kesiankan kau?"


"Awal-awal aku pun ingat macam tu. Tetapi, bila aku fikirkan balik, aku baru perasan sesuatu. Setiap kali aku mention tentang kebakaran tu, mesti aku dapat reaksi yang sama dari dia. Kadang-kadang dia nampak takut, kadang-kadang nampak sedih, kadang-kadang nampak serba salah pula. Macam ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan dari aku." Terluah juga isi hati Zarul yang membuatkan hatinya tidak tenang sejak pulang dari Langkawi minggu lepas.


"Pelik. Nak sembunyikan apa lagi kalau kita dah tahu yang dia adalah budak perempuan yang pernah selamatkan kau." Buntu juga Aiman memikirkan hal ini. Rahsia apa lagi yang disimpan Ainul?


"What?!!" Ternaik seoktaf suara Tuan Razali mendengarnya. Serentak Aiman dan Zarul memandang riak muka Tuan Razali yang sudah pucat di sebelah.


"Siapa selamatkan siapa?" Laju Tuan Razali menyoal. Rasanya dia tidak salah dengar tadi. Kedua-dua jejaka di hadapannya ini sedang bercakap tentang budak perempuan yang pernah menyelamatkan Zarul tujuh tahun lepas.


"Lupa pula Aiman nak beritahu papa. Ainul Liyana yang kita orang tengah bincangkan sekarang, dia adalah orang yang sama yang selamatkan Zarul. Dia budak perempuan yang Zarul pernah cerita dahulu." Terang Aiman ringkas.


"Kenapa tak beritahu papa?!" Marah Tuan Razali tanpa sempat ditahan.


Terkejut Zarul dan Aiman menerima reaksi tersebut. Tidak menyangka Tuan Razali akan naik angin sebegitu hanya kerana mereka tidak membuka mulut tentang Ainul.


"Zarul minta maaf uncle, bukan Zarul tak nak cerita, cuma Zarul sibuk dengan hal syarikat sampai tak teringat langsung. Uncle jangan ambil hati eh?" Zarul memujuk. Salahnya kerana membelakangkan Tuan Razali dalam hal ini.


"Betul papa. Kami sibuk dengan masalah syarikat sampaikan Aiman pun tak sempat nak bercerita lebih." Aiman pula mencelah. Cuba menenangkan papanya yang nampak agak terkilan.


Sedar diri sudah terlanjur meninggikan suara kepada Zarul dan Aiman, hati kembali ditenangkan sebaik mungkin. "Uncle bukan apa, kejadian tersebut sedikit sebanyak membawa titik hitam pada hidup uncle. Satu-satunya abang yang uncle ada pergi tinggalkan uncle sekelip mata. Hanya Zarul penyambung kepada keturunan mereka. Itu pun sebab keberanian gadis tersebut untuk masuk selamatkan Zarul. Uncle bersyukur sangat dengan kemunculan dia. Apa nama dia? Ainul?" Tuan Razali cuba menerangkan situasi sebenar kenapa dia bersikap demikian.


"Ya uncle. Nama dia Ainul. Ainul Liyana. Pekerja Zarul sendiri."


"Kecil betul dunia. Tak sangka gadis yang Zarul cari selama ini rupa-rupanya ada depan mata Zarul sendiri. Teringin juga uncle nak kenal-kenal dengan Ainul tu, penyelamat anak buah kesayangan uncle ni." Kepala Zarul diusap perlahan bersama senyuman manis. Melayani lelaki itu persis budak kecil. Zarul membalas senyuman Tuan Razali seadanya. Agak sebak diperlakukan begitu. Rasa rindu kepada daddy kembali menggunung.


"Bila-bila kalau Zarul free, bawalah dia datang sini. Uncle nak berterima kasih dekat dia secara berdepan." Ajakan Tuan Razali menyentak diri Aiman dan Zarul.


"Aiman berani jamin dengan papa yang Ainul tak akan datang. Tambah-tambah kalau ada Zarul, lagilah dia tak nak." Laju sahaja Aiman membangkang. Tidak mahu tindakan Zarul membawa Ainul ke sini menyemarakkan lagi perasaan Zarul untuk memiliki gadis itu. Semestinya mama dan papanya akan sukakan Ainul, dan itu akan menjadi lampu hijau kepada Zarul untuk terus mengejar Ainul selepas ini. Lebih teruk lagi mereka mungkin akan bercinta atau berkahwin? Aiman pantas menggeleng kepala membuang bayangan mengarut dari fikiran.


"Kenapa?" Tuan Razali menyoal pelik.


"Macam yang Zarul cakap tadi. Si Ainul tu, dia takutkan Zarul. Tapi, in sya Allah Zarul akan cuba ajak dia datang sini. Cuma Zarul tak berani janji bila." Akhirnya Zarul memberi kata putus. 'Mungkin sampai bila-bila dia tak nak datang.' Hatinya menyambung kuat. Dia yakin ajakannya bakal ditolak sepertimana yang dikatakan Aiman. Sangat yakin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience