"Kau tahu kenapa aku nak jumpa kau hari ini?" Zarul memulakan perbualan. Dia hanya tersenyum melihat Ainul menggelengkan kepala. Telefon bimbit di dalam kocek seluar slack dikeluarkan lalu disua kepada Ainul.
"This." Senyuman Zarul semakin melebar. Dia tahu, Ainul pasti seronok saat mengetahui berita tersebut.
Perlahan-lahan jari-jemari Ainul menarik telefon lebih dekat. Ingin melihat dengan lebih jelas apa yang cuba ditunjukkan Zarul.
"With this, our Coco & Milk team have reached an agreement to collabrate with Elegance & Beauty Cosmetic Sdn. Bhd. in promoting and launching our new products." Sebaris ayat itu mampu membuatkan Ainul terjerit kecil. Matanya sudah bersinar bersama tangan yang ditekup di mulut tidak percaya. Dia memandang Zarul dengan wajah gembira. Hilang segala rasa sakit dan penat yang membelenggu dirinya sebentar tadi.
"Kita dapat project tu?" Soal Ainul penuh teruja. Dia mahukan kepastian.
"Yup. Thanks to you. Kita terpilih untuk bekerjasama dengan C&M." Mata masih tidak lepas dari menilik wajah Ainul. 'Manis sungguh senyuman kau Ainul Liyana. Kan bagus kalau hari-hari aku dapat tengok kau macam ni.'
"Tapi... Saya tak sumbang apa-apa pun. Saya cuma buat slide untuk presentation. Tuan Zarul yang prepare idea and bentangkan pada pihak C&M. Jadi, kredit project ini boleh dikatakan kejayaan Tuan Zarul seratus peratus." Balas Ainul. Walau apapun hatinya tetap sujud syukur kerana memperoleh project ini, memandangkan peluang untuk mereka terpilih sangatlah nipis. Ini semua kerana taktik licik Tengku Aaris yang mencuri idea mereka.
"Nope. Bukan aku seorang sahaja yang buat idea tu. Aku cuma olah idea asal tteamkita menjadi lebih bagus. That's all. Dan kau juga turut menyumbang dalam project ini. So, congrats Ainul Liyana for giving your best in your first project." Sengaja Zarul melembutkan suara saat menyebut nama Ainul. Dia mahu Ainul tahu bahawa dirinya sangat menghargai kerja yang telah dilakukan Ainul.
"Jadi... Tuan Zarul bawa saya keluar ni untuk celebrate kemenangan kita? Mana yang lain?" Kiri kanan kepala Ainul mula bergerak, cuba mencari kemunculan pekerja-pekerja lain. Patutlah Zarul membawanya makan di restoran mahal. Rupa-rupanya mahu meraikan kejayaan mereka.
"Aku dah tempah restaurant yang lain untuk mereka. So, it just two of us here." Selamba Zarul membalas. Dia mula membelek buku menu di tangan tanpa rasa bersalah.
"Ha?" Sirna terus senyuman di wajah Ainul. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.
"Kenapa? Kau tak suka keluar berdua sahaja dengan aku?" Mulut Zarul bertanya, tetapi mata masih melekat pada senarai menu di tangan. Cuba memilih makanan yang kena dengan selera tekak.
"Bu... Bukan. Cuma kurang manis kalau pekerja lain tahu. Saya takut diorang cakap Tuan Zarul pilih kasih pula." Penuh tertib Ainul membangkang tindakan Zarul. Dia masih memikirkan status dirinya yang sekadar pekerja bawahan sahaja.
"I don't care. Salahkah aku nak treat kau makan? Kau pun pekerja aku juga. Lagipun, bukannya selalu."
"Tak salah, cuma apa yang Tuan Zarul buat ni orang tak akan fikir macam seorang bos tengah belanja pekerja dia makan. Orang akan fikir lebih dari tu. Tambahan pula Tuan Zarul keluar berdua sahaja dengan saya. Tuan Zarul tak takut ke?" Ainul meluahkan kegusarannya. Dia tidak mahu nanti tersebar khabar angin bahawa dia bercinta dengan Zarul di pejabat.
"Tak. Indeed, aku suka. Aku lagi suka kalau diorang fikir hubungan kita berdua lebih dari hubungan antara bos dan pekerja." Zarul mengangkat wajah memandang ke arah Ainul. Dia ingin Ainul tahu bahawa dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap.
Terpana Ainul dengan jawapan tidak terduga dari Zarul. Dia mengetap gigi dengan kuat. Semakin lama hatinya semakin yakin dengan segala prasangka yang bermain di dalam otaknya selama ini. Dia yakin Zarul memang menyimpan perasaan terhadapnya. Tidak diragui lagi.
Dilihatnya Zarul kembali memandang menu di tangan seolah tiada apa-apa yang berlaku. Ainul mula menggentel baju kurung di bawah meja. Dia tidak boleh biarkan perasaan Zarul melampaui batas. Dia perlu hentikan semua ini sebelum menjadi lebih teruk.
"Tuan Zarul sukakan saya?" Senafas Ainul bertanya. Bebola mata memanah tepat ke arah wajah putih bersih Zarul. Debaran di dada sedaya upaya diusir pergi. Dia akan selesaikan perkara ini hari ini juga. Kelihatan wajah itu sedikit berubah dengan soalan yang ditanya.
"Kau... tahu?" Bergetar suara Zarul berkumandang. Wajahnya tidak diangkat daripada membalas pandangan Ainul. Dia cemas dengan penerimaan gadis itu.
"Saya bukan budak tiga tahun yang tak faham segala tingkah laku Tuan Zarul pada saya selama ini. Cuma saya mahukan kepastian dari mulut Tuan Zarul sendiri. Tuan Zarul betul-betul sukakan saya?" Sekali lagi Ainul bertanya. Entah dari mana datang keberanian untuk dia membuka mulut, bertanya secara terus kepada Zarul.
"Ya. Aku suka dan cintakan kau Ainul Liyana." Gemersik suara Zarul melantun, serentak dengan kepala yang diangkat membalas panahan mata Ainul. Memberi renungan yang sangat dalam seolah-olah ingin menerokai lubuk hati dan perasaan Ainul sekarang. Hatinya berdebar hebat, tidak menyangka akhirnya Ainul mengetahui perasannya.
Terpempam Ainul dengan luahan Zarul. Walaupun diri sudah bersedia dengan semua itu, tetapi entah mengapa jiwanya sedikit terbuai dengan lafaz cinta yang dikhabarkan. Membuatkan suaranya bagaikan tersekat dikerongkong untuk membalas.
Tawa halus Zarul akhirnya tercetus sekaligus menyedarkan Ainul dari terus hanyut dalam perasaan. Dia memandang Zarul pelik, tidak faham mengapa lelaki itu ketawa.
"Aku tak sangka yang aku akan luah perasaan waktu hari pertama keluar makan berdua dengan kau. First date dan dalam suasana kedai yang penuh dengan orang. Sangat tak romantik." Zarul memandang sekeliling. Bukan ini yang dirancang. Dia mahu membuatkan Ainul jatuh cinta padanya dahulu barulah dia akan memberitahu isi hati yang sebenar. Tetapi apakan daya, dia tidak boleh menjaga tingkah laku sewaktu bersama dengan Ainul. Membuatkan Ainul mampu menebak perasaannya sendiri. Dia ketawa lagi menutup kegusaran di hati. Gusar dengan jawapan balas Ainul.
Tawa Zarul nyata tidak sedikit pun membuatkan Ainul rasa tenang. Bahkan dirinya diasak dengan pelbagai rasa yang menyesakkan dada. Rasa mahu meletup jiwanya kala ini. 'Kalau kau tahu aku pembunuh keluarga kau, masihkah ada perasaan cinta dan kasih tersebut untuk aku Zarul?!' Ainul menjerit di dalam hati.
"Sejak bila?" Perlahan Ainul bertanya mematikan tawa Zarul.
"Tujuh tahun lepas. Waktu kau menangis pada semua orang untuk selamatkan mak ayah aku. Dan sejak itu, aku tak boleh lupakan tentang kau sampai hari ini." Perlahan juga Zarul menjawab dengan wajah serius.
Terpejam mata Ainul sesaat dengan kenyataan tersebut. Rupanya selama tujuh tahun dia hidup, ada orang yang mencintainya dalam diam. Menyukainya tanpa mengetahui adakah mereka akan bertemu lagi setelah kejadian itu. Mengasihinya tanpa mengetahui keberadaan dirinya kala itu. Menaruh perasaan terhadapnya walaupun hanya sekali sahaja mereka bersua muka. Layakkah dia menerima cinta seorang lelaki bernama Zarul Akhtar yang begitu setia? Layakkah dia?
Kerusi ditolak ke belakang secara tiba-tiba sebelum Ainul bingkas bangun dari duduk. Dia berdiri di sisi meja makan menghadap Zarul yang masih duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan Ainul membongkok sembilan puluh darjah ke hadapan.
"Tolong lupakan..." Zarul yang memang sudah terkejut dengan tingkah laku Ainul bertambah terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.
"Tolong lupakan perasaan Tuan Zarul terhadap saya."
Zarul terngadah. Tubuhnya diam tidak berkutik.
Ainul mengangkat kepala. Matanya sudah berkaca penuh pengharapan. Jelas dengan kepala matanya sendiri, Zarul kelihatan terkilan dengan ucapannya.
"Saya merayu pada Tuan Zarul. Lupakan semuanya sebab kita tak mungkin bersama." Selesai mengucapkan hal itu, Ainul terus berjalan menuju ke pintu utama kedai tersebut, meninggalkan Zarul temangu-mangu di meja makan. Dia sudah tidak peduli apa yang bakal terjadi selepas ini. Apa yang pasti, Ainul mahu Zarul jelas dengan situasinya yang tidak mahu lelaki itu terus-terusan menaruh perasaan terhadapnya.
Longlai tubuh Zarul bersandar pada kerusi. Bahunya jatuh ke hadapan tanpa semangat. Cintanya baru sahaja ditolak sebelum sempat dia bertanya kepada gadis itu. Dia berkalih memandang belakang Ainul yang berlalu pergi. Penumbuk digenggam bersama rahang yang diketap kuat cuba melawan kekecewaan di hati. Tiba-tiba, dia terlihat sesuatu pada baju Ainul. Segera tangan mencapai kot yang disangkut di kerusi sebelah sebelum tubuh dibawa berlari-lari anak mendapatkan Ainul Liyana.
Baru sahaja tangan Ainul naik ingin membuka pintu kedai, muncul sepasang tangan di kiri kanan pinggangnya. Dia sedikit tersentak. Lantas kepala ditoleh ingin melihat gerangan yang berani cuba menyentuh dirinya.
"A... Apa Tuan Zarul buat ni?" Tidakkah lelaki itu dengar apa yang dia katakan tadi? Ainul sedikit hairan dengan tingkah Zarul. Tubuh cuba dijarakkan.
"Stay." Zarul buat tidak peduli. Wajahnya terpancar tegang tanpa sebarang senyuman. Dia mengemaskan ikatan kot pada pinggang Ainul.
"Kau datang bulan kan?" Soalan mendatar dari Zarul membuatkan mata Ainul membulat. Wajahnya berbahang apabila teringatkan sesuatu. Sekarang dia faham mengapa Zarul bertindak sedemikian.
Zarul merenung Ainul dengan wajah serius. Nasib baik dia bertindak cepat, kalau tidak pasti Ainul sudah keluar dari kedai ini tanpa sedar dengan keadaan dirinya.
"Masuk dalam kereta aku." Tanpa riak Zarul mengeluarkan arahan. Hatinya masih sebu mengingatkan penolakkan Ainul. Tetapi, itu tidak bermaksud dia akan membiarkan Ainul pulang seorang diri. Selagi Ainul tidak menjadi milik orang lain, dia masih ada peluang untuk memilik hati gadis itu. Cuma dia agak terkilan dengan penolakkan tak teragak-agak dari Ainul tadi.
"Tapi..." Ainul mahu membangkang. Pasti kekok suasana di dalam kereta nanti. Tambahan pula dirinya yang masih malu kerana Zarul telah melihat sesuatu yang tidak sepatutnya.
"Masuk sendiri atau aku cempung kau masuk. You choose!" Selamba Zarul berpeluk tubuh menyandarkan badan pada dinding kedai. Santai menunggu jawapan keluar dari mulut Ainul.
"Saya tak..."
"Okay aku cempung kau." Zarul terus memintas beserta dengan gaya mahu mengangkat tubuh Ainul.
"Saya ikut Tuan Zarul!" Spontan Ainul mengeluarkan ayat. Dia sudah cuak. Ikatan kot di pinggang dipegang. Cepat-cepat pintu kedai dibuka dan kereta Zarul dituju.
"Masuk!" Sekali lagi Zarul mengeluarkan arahan setelah melihat Ainul seperti teragak-agak ingin masuk ke dalam kereta. Hatinya sedikit terasa dengan perangai Ainul yang bersungguh benar mahu mengelak darinya. Apakah gadis itu sangat membenci dirinya sampaikan kebaikkan yang ingin dilakukan pun tidak mahu diterima oleh Ainul?
Mendengar suara veto yang keluar, laju sahaja Ainul menghilangkan diri ke dalam perut kereta. Ikut sahajalah memandangkan dirinya yang tidak punya apa-apa sekarang. Dia baru teringat, tadi dia diheret tanpa membawa telefon bimbit mahupun dompet bersama.
Kereta mula dipecut oleh Zarul. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka berdua sehinggalah tiba di simpang yang sepatutnya membelok masuk ke arah pejabat, tetapi Zarul membelok ke arah bertentangan.
"Tu... Tuan Zarul nak bawa saya pergi mana?" Tercetus jua soalan itu dari mulut Ainul. Jujur dia takut melihat muka ketat Zarul sekarang. Muka yang sama ditunjukkan sewaktu lelaki itu memarahi Tengku Aaris. Cuma kali ini Zarul tidak membentak dan marahnya masih terkawal.
"Bawa kau tukar baju." Ringkas Zarul menjawab. Mata masih tajam merenung ke arah jalan raya.
"De... Dekat mana? Saya tak bawa dompet." Dengan alasan itu, Ainul berharap Zarul menukar fikiran dan menghantarnya pulang ke pejabat semula.
"Dekat rumah." Pedal ditekan.
"Rumah aku!"
Share this novel