BAB 17

Romance Series 19166

"Sofia! Masuk bilik aku sekejap." Zarul memberi arahan melalui interkom.

"Yes, Tuan Zarul?" Selang beberapa minit, Sofia sudah terpacak di hadapan mejanya.

"What's on my schedule today?"

"Hari ini Tuan Zarul free pada sebelah pagi. But pada sebelah petang, tuan ada interview dengan crew dari Majalah Kerjaya regarding your carier and serba sedikit tentang Elegance & Beauty Company." Tangan Sofia sibuk mengscroll ipad di tangan. Membaca setiap satu temu janji yang sudah ditetapkan dan dijadualkan dalam kalendernya.

"And one more things, saya dah emailkan laporan yang tuan suruh saya buat semalam."

Zarul mengangguk-angguk faham. Tangan menggerakkan tetikus dengan laju membuka paparan email untuk memastikan email dari Sofia sudah masuk ke dalam inboxnya.

"Anything else yang kau tak beritahu aku?" Zarul membawa tangan memeluk tubuh. Dia mengecilkan mata memandang Sofia.

"Oh, lupa pula. Laporan tu bukan saya yang buat. Tapi budak baru under Tuan Aiman yang siapkan." Jujur Sofia memberitahu.

"I know." Mendatar sahaja Zarul menjawab.

Terpinga-pinga Sofia mendengar jawapan itu. Berkerut dahinya berfikir bagaimana Zarul boleh tahu dia menyuruh Ainul siapkan segalanya. Takkanlah Ainul datang mengadu kepada Zarul pula. Dia pasti Ainul bukan jenis yang suka menceritakan masalahnya kepada orang lain.

"Aku tolong dia siapkan laporan ni petang semalam."

"Oh my..." Sofia terkejut.

"Can we talk Sofia? Sebagai kawan?" Zarul merapatkan kerusinya pada meja kerja. Dia mengarahkan Sofia untuk duduk dengan pandangan mata.

Sofia mengangguk. Ini bukan kali pertama Zarul membuat muka terdesak begitu. Sepanjang dia mengenali Zarul, Zarul memang selalu menceritakan segala masalah yang dihadapi. Maklumlah, dia boleh dianggap sebagai kawan baik kepada lelaki itu sebelum bekerja di sini lagi.


Macam mana mereka boleh kenal? Semestinya, ibu bapa mereka merupakan sahabat baik. Sofia mula mengenali Zarul sewaktu dia mengikut ibu bapanya menghadiri hari pengebumian orang tua Zarul. Di situlah mereka berjumpa dan dia yang memulakan salam perkenalan dahulu. Menghulurkan tisu saat lelaki itu menangis teresak-esak di kubur.

"Kenapa kau kacau dia? Sebelum ni, aku tak pernah nampak pun kau ganggu budak baru yang lain." Tanpa mukadimah, Zarul terus bertanya kepada Sofia. Dia pelik melihat perangai Sofia yang agak berlainan dari sebelum ini. Adakah Ainul sudah membuat sesuatu yang menyakitkan hati Sofia?

"Seriously? Itu je yang you nak tanya?" Sikap professional Sofia tadi sudah bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Kini, dirinya dilihat sebagai seorang sahabat, bukan seorang pekerja yang sedang bercakap dengan majikannya.

"I ingat apalah tadi bila tengok muka you terkemut-kemut macam nak terberak."


"Jawab soalan aku Sofia." Zarul mula menggesa. Tidak suka bermain tarik tali tambahan pula, tali yang tersimpul di antara dia dan Ainul masih belum terlerai.

"Dia kawan sekelas I time sekolah menengah. Memang dari dulu I suka ganggu and kacau dia sebab dia tak banyak kawan. Tak sangka pula sekarang kami bekerja bawah satu bumbung. So, I got a little bit excited tengok muka tak puas hati dia bila I paksa dia buat something. Mungkin dengan cara itu I boleh rapat dengan dia. Who knows?" Jelas Sofia tenang.

"Kenapa kau tak bagitahu aku Ainul tu kawan sekelas kau?!" Agak terkejut Zarul mendengarkan hal itu. Sumpah, dia tidak menyangka mereka merupakan kawan sejak sekolah menengah.

Kening Sofia sedikit ternaik mendengar suara Zarul yang seperti kesal dengannya. Buat apa dia nak ceritakan kepada Zarul tentang Ainul? Lagipun Ainul dan dia bukannya rapat sangat.

"Dah you tak tanya."

Mahu sahaja dia menyekeh kepala Sofia yang selamba menjawab. Bagaimana dia mahu tahu yang mereka sekelas kalau Sofia sendiri tidak pernah buka mulut. Nama Ainul juga tidak pernah meniti di bibir merah itu.

"So, dia memang macam tu ke sejak sekolah menengah?" Lagi dan lagi Zarul menyoal siasat. Dah alang-alang Sofia pernah satu sekolah dengan Ainul, lebih baik dia mengorek rahsia daripada Sofia sendiri.


"Macam mana apa maksud you?"


"Macam tulah. Takut dengan lelaki." Takkanlah Sofia tidak faham maksud soalannya.

"Ha? Ainul? Takut dengan lelaki?" Macam tak percaya pula dengan kenyataan yang keluar dari mulut Zarul.

"Yes, dia selalu lari bila aku datang dekat. Sampai satu tahap dia macam nak menangis pun ada." Cerita Zarul satu-persatu reaksi yang dipamerkan Ainul kepadanya sebelum ini.

"Siapa je yang tak takut dengan you dekat office ni? You kan seorang bos yang tegas. Mestilah semua pekerja hormatkan you and tak berani bercakap dengan you. Tak peliklah."

"No, Sofia! Lain. Diorang tak berani pandang dan lawan cakap aku sebab hormat. Tapi dia, dia nampak sangat takutkan aku. She's seem terrified. Macam orang buat salah." Terang Zarul bersungguh, berharap Sofia faham.

"You merepeklah Zarul. Ainul yang I kenal bukan macam tu. Jauh sekali nak takut dengan lelaki."

"But, she told me herself. Dia tak biasa dengan lelaki." Takkanlah Ainul menipu pula. Kalau sungguhpun Ainul menipu, atas dasar apa dia lakukan semua itu?

Tawa kuat dari Sofia sudah memenuhi ruang bilik Zarul. "You tahu tak dulu, dia pernah pukul kawan lelaki I hanya sebab kawan I sentuh tangan dia. Siap bagi amaran lagi. And lagi satu, dia tu banyak buat part time job yang memerlukan dia berkomunikasi dengan lelaki. Tiba-tiba you datang cakap macam ni pula. Memang taklah I nak percaya." Kepala mula tergeleng-geleng memikirkan kewajaran kata-kata Zarul.

"Maksudnya, dia memang takut dekat aku seorang. Hmm..." Tangan dibawa mengetuk-ngetuk dagu memikirkan asbab lain yang boleh dikaitkan. Wajah serius mula dipamer seperti memikirkan masalah negara.

"Yang you tak habis-habis tanya tentang Ainul ni kenapa? Jangan-jangan you..." Mata Sofia mula membulat tidak percaya sebelum perlahan-lahan senyuman nakal terbit di wajahnya.

"You suka dia eh?" Mata dikecilkan ke arah Zarul. Tidak pernah-pernah Zarul membincangkan hal tentang perempuan lain dengannya. Tiba-tiba hari ini boleh pula Zarul mengajaknya berborak perihal Ainul.

"Tak payah nak fikir bukan-bukan. Aku cuma pelik dengan perangai dia. Sebab tu aku tanya kau. Kalau aku tanya Ainul sendiri, memang taklah dia nak jawab." Laju sahaja Zarul menafikan. 'Dia sukakan Ainul? Tak mungkin. Tak sampai sebulan dia mengenali Ainul. Mustahil perasaan suka itu sudah wujud dalam hatinya.'

"Eh, tadi kau cakap dia suka buat part time job kan? Dia hidup susah ke?" Zarul mula teringat cerita yang diberitahu Sofia tadi.

Sofia rasa nak tergelak dengan Zarul. Kata tak suka, tapi tak sampai seminit mereka sudah berbalik dengan topik tentang Ainul. Mahu sahaja dia mengusik Zarul lagi, tetapi dia tahu lelaki itu akan terus menafikan perasaannya. Jadi, Sofia membuat keputusan untuk melayan sahaja semua soalan dari Zarul.

"Haah. Tak silap I, dia tak ada ayah sejak kecil. So, dia macam tolong mak dia cari duit sikit. Sebab tu dia banyak ambil job lepas habis waktu sekolah. Sampaikan dia tidur time kelas and selalu kena marah dengan cikgu kelas kami. Tapi kan bila I teringat balik, I baru perasan perangai dia start berubah lepas I balik dari..." Serba salah Sofia mahu meneruskan kata. Takut apa yang bakal keluar dari mulutnya menghadirkan perasaan sedih dalam hati Zarul.

"Tengok mummy and daddy aku?" Zarul menyambung. Dia tahu Sofia sedang memikirkan perasaannya sekarang. Dia tidak kisah kerana isu tersebut sudah tidak sensitif jika disebut di hadapannya. Bukan seperti tujuh tahun lepas. Jika dia mendengar sahaja orang lain menyebut tentang mummy dan daddy, pasti dia akan mula menangis teresak-esak sampai demam berhari-hari.

Melihat Zarul seperti tidak terkesan tentang hal itu, Sofia kembali menyambung ceritanya. "Yup, dia jadi lain sangat. Dia berhenti ambil semua job and fokus belajar. Makin pendiam dan tak banyak cakap. Walaupun I still kacau dia lepas tu, dia buat-buat bodoh and tunjuk muka tak ada perasaan." Sofia membuang pandang jauh ke hadapan. Seperti adegan dia menarik tudung Ainul sehingga tercabut kerongsang yang dipakai terlayar-layar di hadapan matanya.

Baru sahaja Zarul mahu membuka mulut menyoal lagi, tiba-tiba pintu biliknya dirempuh kasar oleh seseorang. Terdongak kedua-duanya merenung wajah yang muncul seperti dikejar hantu.

"Zarul, kita ada masalah besar!" Aiman bersuara bersama nafas yang tercungap-cungap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience