BAB 31

Romance Series 19188

"Macam mana..." Zarul tidak sedikit pun mengalihkan pandangan daripada memandang terus ke arah skrin layar.


"Macam aku bagitahu kau tadi, kita tukar concept daripada genre romantik kepada benda lain." Terang Zayad semula. Dia juga kekal merenung wajah Ainul di dalam video yang dirakam. Tidak jemu rasanya menatap senyuman indah tersebut.


Perasan dengan pandangan mata Zayad, terus sahaja Zarul berdiri tegak di hadapan lelaki itu, menghalang pandangan daripada terus melekat pada skrin. Zayad mendongak hairan memandang wajah masam mencuka Zarul.


"Maksud aku, macam mana kau boleh rakam pekerja aku tanpa pengetahuan aku?" Sepatah-sepatah dia bertanya. Rasa mahu gugur jantungnya tadi saat Zayad menekan butang play rakaman tersebut. Tidak menyangka wajah Ainul yang terpampang.


Sedar dengan keterlanjuran diri, tangan Zayad naik membetulkan kedudukan topi di atas kepala. Cuak mahu menerangkan perkara sebenar kepada Zarul.


"Aku... Aku tak sengaja terakam dia." Terang Zayad gelabah. Wajah sudah menayangkan senyuman kekok.


"Anyways, kau setuju tak dengan rancangan aku?" Cepat-cepat dia menukar topik perbualan, tidak mahu Zarul terus-menerus menyoal, takut isi hatinya yang mula tertarik dengan Ainul Liyana diketahui oleh Zarul.


Atas bawah atas bawah Zayad dipandang dengan wajah curiga. Sebagai seorang lelaki, dia dapat mengagak apa yang bermain dalam kepala otak Zayad sekarang. Tetapi untuk bertanya lebih, rasanya kurang sopan pula tambah-tambah lagi mereka sedang berbincang soal kerja. Akhirnya, Zarul hanya mengeluh berat membiarkan rasa curiganya dibawa angin lalu.


"Kau nak jadikan Ainul sebagai main character dalam iklan ni?" Zarul menyoal lagi untuk kepastian.


"Yes! Itu sahaja backup plan yang aku ada sekarang."


"Kalau macam tu, aku tak boleh bagi kata putus pada kau. Kita kena tanya tuan punya badan dahulu." Cadang Zarul. Terus bersinar mata Zayad mendengarnya. Dia tahu sebentar lagi pasti dia dapat bertemu dengan Ainul.


"Sofia!" Nama Sofia dilaung kuat. Tidak sampai seminit Sofia sudah terpacak di hadapan Zarul.


"Panggil Ainul ke sini and you too datang sini balik. Ada hal kita kena bincang." Sofia mengangguk faham sebelum berlalu pergi. Walaupun mindanya sarat dengan pelbagai persoalan, tetapi dia hanya mengabaikan sahaja semua itu. Kejap lagi dia juga akan tahu apa yang terjadi.


Dengan rasa teruja, Zayad sudah membuka topi yang dipakai lalu disimpan di dalam poket baju. Rambut hitam pekatnya disikat menggunakan jari agar kelihatan kemas. Sesekali dia melihat pantulan muka pada skrin telefon untuk memastikan wajahnya tampak sempurna tanpa sebarang cela. Tanpa sedar, tindakannya itu diperhatikan Zarul sambil berpeluk tubuh.


Bunyi ketukan di pintu bilik mesyuarat menyentak kedua-dua jejaka itu. Dilihat Sofia dan Ainul sudah melangkah masuk ke dalam. Seketika Ainul dan Zarul saling bertatapan sebelum mata hitam milik Ainul dilarikan pada tempat lain. Rasa kekok mula menjalar dalam seluruh nadinya. Ditambah pula dengan rasa ingin tahu dipanggil ke sini secara tiba-tiba.


"Have a sit." Zarul cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.


"Ainul, duduk sini." Tegur Zayad pula sebelum tubuh dibawa berganjak ke kerusi lain memberi ruang kepada Ainul duduk di sebelahnya.


"Terima kasih." Ainul tersenyum manis sambil melabuhkan duduk. Berubah wajah Zarul melihat kemesraan yang terjalin antara mereka berdua namun, dikawal sebaik mungkin riak wajahnya agar tidak ketara. Dibiarkan sahaja Ainul duduk di sebelah kanannya dan Sofia di sebelah kiri. Manakala Zayad berada di sebelah kanan Ainul.


'Sabar Zarul. Ada urusan lebih penting kau kena settle.' Berkali-kali hati cuba ditenangkan daripada terus melayan perasaan sakit hati. Dia berdeham cuba mengawal diri agar lebih professional.


"Kau orang berdua nampak kan skrin dekat belakang aku?" Seiring pertanyaan Zarul, Ainul dan Sofia pantas berkalih ke arah yang dimaksudkan. Semestinya wajah Ainul yang paling terkejut apabila melihat wajahnya sendiri terpampang besar pada skrin. Tidak perasan pula sewaktu dia melangkah masuk tadi.


"Awak rakam saya?" Terus soalan itu terbit dari celah bibir Ainul sambil merenung ke arah Zayad tidak percaya.


"Sorry." Permohonan maaf dibuat. Takut Ainul tidak selesa dengan perbuatannya.


"Tak apa, benda dah jadi. Tetapi lepas ni, awak mesti minta kebenaran saya dahulu sebelum nak buat apa-apa." Lembut Ainul menegur. Dia tidak marah cuma, agak tidak sopan rasanya seorang lelaki menyimpan gambarnya secara diam-diam.


"Okay." Zayad membuat tanda 'okay' dengan jari. Sempat dia mengenyit sebelah mata pada Ainul. Ainul hanya tersenyum melihat gelagat Zayad.


Tanpa sedar, Zarul sudah menggenggam erat sebelah tangannya di bawah meja melihat drama antara Ainul dan Zayad. 'Bukan main eh kau Zayad. Dalam banyak-banyak orang dekat syarikat aku, Ainul juga kau nak ngorat. Kenapalah kau tak ngorat si Sofia ni? cantik pun cantik.' Hati sudah menggerutu geram.


"Jadi, apa kaitan perbincangan kita dengan video ni?" Sofia mula menarik tumpuan mereka kembali kepada topik asal.


"Good question." Duduk Zarul mula dibetulkan. Wajah Ainul yang turut memandangnya sempat dikerling dengan ekor mata.


"Aku dan Zayad rancang nak jadikan Ainul sebagai watak utama gantikan kau." Ringkas dan padat Zarul menjelaskan perkara sebenar. Wajah Sofia dan Ainul dipandang bersilih ganti.


"Maksud Tuan Zarul, nak tukar idea and concept?" Sofia bertanya lagi. Rasanya dia mula dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Zarul.


Zarul mengangguk yakin. "Exactly! Disebabkan masalah yang melanda sekarang, kita terpaksa buang scene yang ada aku dan Sofia dalam rakaman sebab sama dengan iklan mereka. So, kita gantikan scene tu dengan video Ainul." Bertambah terkejut Ainul mendengar penerangan itu.


'Aku! Maksudnya gambar aku akan dimasukkan dalam iklan syarikat?' Hati Ainul mula berbelah bahagi. Dia tidak rela wajahnya dipamerkan pada khalayak umum, tetapi dia juga mahu membantu masalah yang dihadapi syarikat.


Sofia mengangguk faham. Dia memegang dagunya berfikir sejenak sebelum mengeluh panjang. "Habis tu, shooting yang kita buat sebelum ini sia-sia sahajalah?" Nada tidak puas hati kedengaran. Sakit pula hatinya dengan syarikat T.A Cosmetic. Disebabkan mereka dia sudah mengerah tenaga dan masa pada perkara sia-sia.


"Tak sangat. Kita masih boleh kekalkan part yang tiada korang berdua. Macam shooting barang-barang kosmetik korang masih boleh diambil untuk diletak dalam iklan tersebut." Balas Zayad pula.


"Hmm. Betul juga." Sofia mengangguk setuju. Nasib baiklah dia menikmati percutian tersebut dengan sebaiknya. Ada juga kenangan seronok yang boleh disimpan. Tiba-tiba terlintas satu idea dalam kepala Sofia.


"Ha! Saya tahu. Apa kata, kita tukar genre romantik kepada aktiviti lasak. Sebab dekat sana, saya dan Ainul ada naik parasailing and jet ski. Also, saya ada rakam moment-moment tersebut." Cadang Sofia penuh teruja.


"Cool. I love the idea." Tangan Zayad naik menepuk meja bersetuju dengan cadangan Sofia. Dalam fikirannya sudah merangka-rangka iklan yang bakal diedit semula nanti.


"Me too. But kita kena dapatkan juga persetujuan tuan punya badan terlebih dahulu. Itu lebih penting." Zarul mencelah. Fokusnya kini tertumpu ke arah Ainul. Begitu juga Zayad dan Sofia.


"Erk..." Serba tidak kena pula Ainul apabila direnung oleh mereka bertiga.


"So, macam mana?" Tangan Zayad sudah menopang dagu memandang ke arah Ainul tidak lepas. Dari kening sampailah ke bibir bawah Ainul yang digigit sedari tadi. Dia tahu Ainul sedang gementar dengan perbincangan mereka.


Makin eratlah genggaman tangan Zarul melihat semua itu. Hatinya yakin Zayad ada menyimpan perasaan pada Ainul. Selama dia berkawan dengan Zayad, tidak pernah lelaki itu bertingkah nakal dengan mana-mana perempuan.


"Kalau saya tak setuju, apa akan jadi?" Wajah Zarul dipandang menantikan jawapan. Tersentak Zarul menerima panahan mata penuh pengharapan dari Ainul. Hampir sahaja Zarul tersenyum lebar mendengar soalan polos itu.


"Simple. Our customers akan hilang kepercayaan and anggap rumours yang dilempar pada kita sebelum ini adalah betul sebab kita tak cuba betulkan keadaan." Tenang Zarul menjawab. Dia dapat melihat wajah Ainul berkerut-kerut memikirkan sesuatu.


'Patutkah aku setuju?' Sebelah hati Ainul bersuara. 'Setuju sahajalah Ainul. Anggap sahaja pertolongan kau ni sedikit sebanyak dapat menebus dosa lalu kau pada Zarul.' Sebelah lagi menjawab. Dan akhirnya Ainul nekad membuat keputusan.


"Okay. Saya setuju." Jawapan yang keluar dari mulut Ainul nyata mampu membuatkan ketiga-tiga insan tersebut mampu menarik nafas lega.


"That's it. Kita proceed dengan idea Sofia." Zarul memberi kata putus.


"Kalau macam tu, you hantar semua video yang you rakam pada I. As soon as possible." Kata Zayad kepada Sofia. Sofia mengangguk sebelum berlalu pergi ke meja kerjanya untuk mendapatkan telefon bimbit. Lagi cepat dia send, lagi cepat kerja mereka boleh selesai.


"I have to go now untuk settlekan balik kerja aku. Nampaknya, jadi burung hantu lagilah aku malam ni." Seloroh Zayad sebelum berjabat tangan dengan Zarul. Ainul hanya kekal memerhati dari atas kerusi.


"And Ainul... Until we meet again." Senyuman paling menggoda dihadiahkan Zayad kepada Ainul. Ainul hanya menggelengkan kepala dengan gelagat selamba Zayad. Lain betul sikap lelaki itu sekarang jika dibandingkan dengan waktu pertama kali mereka berjumpa. Dari wajah serius boleh berubah menjadi nakal.


Kini, tinggallah Ainul dan Zarul berdua dalam ruangan itu. Sangkanya, Zarul akan membuntunti langkah Zayad keluar. Namun, sangkaannya meleset sama sekali saat Zarul kembali datang mendekat. Baru sahaja Ainul mahu menolak kerusi untuk bangun, pantas tangan kanan Zarul memegang tempat sandar pada kerusi.


Manakala tangan kirinya diletak atas meja, memerangkap Ainul. Badan dibawa menunduk sedikit sebelum suara garau Zarul mula membisik sesuatu.


"Thanks." Zarul tersenyum simpul memandang wajah Ainul di sebalik tudung.


"Your welcome." Ainul duduk tegak, diam tidak berkutik. Rasa mahu meletup jantungnya berada dalam posisi begitu.


Apabila dirasakan Zarul tiada tanda-tanda mahu melepaskannya pergi, Ainul dengan berani mendongak memandang ke arah Zarul. Mata bertemu mata.


"Aku minta maaf sebab buat kau menangis malam tu." Pandangan mata Zarul mula bertukar redup.


"It's okay. Saya yang terlebih emosi. Bo... Boleh Tuan Zarul lepaskan saya sekarang?" Cepat-cepat Ainul bertanya ingin berlalu dari situ. Bilik mesyuarat yang dilengkapi penghawa dingin mula terasa panas.


"Boleh, tapi janji dengan aku kau tak akan menangis lagi depan aku lepas ni?" Tidak sedikit pun Zarul mengalihkan pandangan daripada terus menatap.


Lagi gelabah Ainul dengan perangai Zarul yang lain macam. 'Dah kenapa nak berjanji bagai.' Ainul bermonolog dalam hati.


"Janji?" Tagih Zarul sambil menundukkan lagi kepalanya kepada Ainul sehinggakan badan gadis itu sudah bergerak ke tepi sedikit.


"Janji. Janji." Cuak Ainul menjawab. Kalau Zarul masih tidak membiarkannya pergi, memang dia akan menangis lagi di hadapan lelaki itu.


Mendengar sahaja jawapan yang keluar dari mulut Ainul, terus Zarul menjauhkan badannya dan berlalu pergi dengan sengihan lebar. Seronok dapat melihat wajah gelabah dan gelisah Ainul setelah seminggu tidak berjumpa. Terasa rindunya terubat sedikit.


Sementara di dalam bilik mesyuarat, Ainul masih duduk mengurut dada yang sedang berdegup laju. 'Hari-hari macam ni boleh kena serangan jantung aku.' Ainul mengeluh sebelum lambat-lambat bangun melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience