BAB 30

Romance Series 19166

"So, how's your trip? Seronok?" Aiman duduk menyilang kaki di atas sofa berhadapan Zarul. Sudah seminggu rasanya Zarul dan pekerja lain yang terlibat dengan shooting tersebut pulang dari Langkawi. Dan selama seminggu jugalah dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Zarul secara langsung.


"Macam biasa. Best, tapi penat." Zarul membalas lemah. Kedua-dua belah tangan disilangkan ke belakang kepala yang sedang mendongak memandang siling pejabat.


"Macam ada something je yang berlaku? Tak nak share?" Tingkah laku Zarul dipandang pelik.


"Nothing." Gumam Zarul perlahan. Sejujurnya, fikiran masih melayang mengingatkan detik-detik dia dan Ainul pada malam itu. Malam di mana dia sekali lagi membuatkan Ainul menangis. Malam di mana dia teruk dimarahi oleh Sofia sampaikan kawan baiknya itu menghalangnya untuk berjumpa dengan Ainul sehingga pulang ke sini.


"Cit..." Zarul berdecit kuat. Tubuh diperbetulkan agar duduk menegak.


"Macam ni kau cakap tak ada apa-apa?" Bulu kening Aiman sudah terjongket tinggi. Memberi pandangan supaya Zarul meceritakan segalanya.


"Ainul..." Sebaris nama itu membuatkan Aiman mula mengetap giginya kuat.


"Aku dah bu..." Belum sempat Zarul bercerita lanjut, pintu pejabat dirempuh Sofia dari luar.


"Tuan Zarul?! Kita ada masalah!" Satu nafas Sofia berkata. Suara cemasnya membuatkan Zarul dan Aiman serentak terbangun dari duduk dengan dahi yang berkerut.

BILIK mesyuarat sunyi tanpa sebarang suara walaupun video yang dipasang pada layar skrin sudah lama terpadam.


Zarul menggerakkan bebola mata merenung satu-persatu wajah pekerjanya yang duduk di hadapan dengan pandangan membunuh. Semuanya dilihat menunduk menekur lantai penuh ketakutan.


"Macam mana boleh jadi macam ni?!" Tangan kanan Zarul menepuk kuat meja putih di dalam bilik mesyuarat itu. Soalannya jelas merujuk kepada video yang ditayang sebentar tadi. Melampiaskan segala amarah yang terbuku dalam diri sejak menerima khabar buruk itu dari Sofia.


Semua pekerja sedikit tersentak dengan pekikan Zarul. Tahu apabila bos sudah marah begini, bunyi suara mereka pun bakal membangkitkan lagi kemarahan. Jadi, lebih baik mereka mendiamkan diri daripada menjawab perkara yang tidak pasti.


"Siapa?! Siapa yang berani belot pada syarikat?" Makin garang Zarul menyoal. Sakit hatinya tatkala melihat iklan video yang dikeluarkan oleh syarikat pesaing, T.A Cosmetic persis dengan idea asal yang dibuat oleh mereka. Disebabkan hal itu, Zarul mengumpulkan semua pekerja yang terlibat dengan perlaksanaan iklan tersebut di dalam bilik mesyuarat. Dia yakin salah seorang daripada perkerjanya telah menjadi duri dalam daging, menjadi musuh dalam selimut menceritakan segala idea kepada orang luar.


"Sabar Zarul, kita siasat dahulu perkara ni sebelum tuduh bukan-bukan." Aiman cuba mengurangkan suasana tegang di dalam bilik mesyuarat.


"Tuduh kau cakap? Idea tu kita bincang pagi petang siang malam hanya dalam bilik ni. Kau expect aku nak syak siapa lagi kalau bukan pekerja aku sendiri!" Suara cuba dikawal untuk tidak memarahi sepupunya yang berada di sisi, tetapi nada keras masih kedengaran.


"Lagi dua hari kita bakal tayangkan iklan product kita seperti yang dijanjikan. Mesti mereka dah dapat maklumat tersebut dari seseorang dan sengaja keluarkan iklan dalam masa terdekat supaya kita tak sempat untuk cari idea baru. Jadi, siapa?! Siapa yang berani cuba jatuhkan kredibiliti Elegance & Beauty Cosmetic!" Fail sudah dilempar ke atas meja dengan kasar. Bertambah menikuslah pekerja-perkeja di hadapan Zarul. Suasana menjadi hening seketika.


"Baik, kalau tak ada siapa-siapa mengaku. Jangan sampai aku dapat tahu sendiri siapa punya angkara. Memang aku akan halau dia dari sini dan sumbat dalam penjara. Mark my word!" Zarul mengeluarkan amaran bersama dada yang berombak kasar. Lepas satu, satu masalah datang. Namun, yang peliknya adalah semua masalah itu bagaikan sengaja ingin menjatuhkan nama syarikatnya. Seperti sudah dirancang seseorang.


Tok! Tok! Tok! Kemunculan Sofia di pintu membuatkan semua tumpuan menoleh ke arahnya.


"Tuan Zarul, Encik Zayad sudah sampai." Lembut Sofia memberitahu. Zarul mengangguk sekali sebelum kembali mengarahkan pandangan ke hadapan semula.


"Bersurai!" Sepatah Zarul mengeluarkan arahan sebelum menghempas badan di atas kerusi. Dapat dilihat semua pekerjanya tergopoh-gapah meluru keluar tanpa menoleh ke belakang lagi.


"Suruh Encik Zayad masuk." Sofia pantas menghilangkan diri untuk menggamit Zayad. Selang beberapa minit, muncullah seorang jejaka yang memakai baju putih dipandankan dengan jaket hitam di luar. Nampak sangat santai siap bertopi bagai.


Melihat kemunculan Zayad, Aiman bangun meminta diri. Sempat dia tersenyum ramah kepada Zayad apabila berselisih bahu dengan lelaki itu. Namun, tatkala kaki Aiman keluar dari bilik mesyuarat, senyuman tersebut lama-lama bertukar menjadi sinis. Dia mula menuju ke arah biliknya dengan hati bersorak senang. Senang dapat melihat wajah marah Zarul.


"Zarul." Zayad menegur Zarul sekilas sebelum melabuhkan duduk tanpa dipinta.

"Kau tahu kan kenapa aku panggil kau ke sini?" Suara Zarul sudah kembali mengendur. Waktu genting seperti ini, dia seharusnya tenangkan diri dan berfikiran rasional untuk menyelesaikan masalah.


Zayad cuma mengangguk dengan wajah serius. Sempat dia memusingkan bahagian hadapan topi di atas kepala ke belakang supaya dapat melihat Zarul dengan lebih jelas.


"Apa pendapat kau?"


"Aku tak boleh nafikan yang diorang memang betul-betul curi idea kau. Scene, dialogue even the concept, semua sama. Cuma warna dan tempat yang berbeza. Ibarat kau bagi kawan kau tiru assignment and just tukar ayat sikit-sikit." Yakin Zayad menyuarakan isi hati. Terkejut juga dia apabila mendapat panggilan telefon dan kiriman video dari Zarul tadi.


"Kau... Tak bagi hasil kerja kau pada sesiapa kan?" Berhati-hati Zarul menyoal. Takut soalannya mengguris hati Zayad yang sudah lama bekerja bersamanya.


"Kau kenal aku kan? Kau orang pertama yang aku akan tunjuk." Segaris senyuman manis terukir pada wajah Zayad. Jujur dia tidak kisah jika dituduh begitu kerana dia faham dengan situasi Zarul sekarang. Zarul mampu menarik nafas lega mendengarnya.


"So, apa kau nak buat sekarang?" Zayad kembali kepada topik utama perbincangan.


"Aku tak tahulah Zayad. Kalau aku tak tayang iklan tersebut seperti yang dirancang, pasti pelanggan aku hilang kepercayaan pada product kami. Also, kita punya effort, duit shooting dekat Langkawi lebur macam tu sahaja. But, kalau tayang sekalipun, aku boleh agak yang orang akan cakap aku meniru T.A Cosmetic komersial. Kau bukan tak tahu aku dengan Tengku Aaris tu bermusuh sejak awal-awal masuk dunia perniagaaan." Jelas Zarul panjang lebar. Buntu rasanya memikirkan hal ini.


"Hmmm..." Jari-jemari Zayad mula mengetuk-ngetuk meja mesyuarat bersama mulut yang terherot. Cuba memikirkan penyelesaian kepada masalah Zarul. Sedikit sebanyak teamnya juga bakal terkena tempias kesan daripada permasalahan itu nanti.


Lama mereka duduk membuang pandang ke hadapan. Berharap dengan cara itu dapat mendatangkan idea baru dalam kepala masing-masing. Tiba-tiba ada satu perkara melintas dalam fikiran Zayad.


"Aku rasa aku boleh tolong kau." Nyata kenyataan tersebut membuatkan Zarul mula tersenyum lebar.

Sorry kalau bosan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience