BAB 24

Romance Series 19166

"Sofia, just wanted to remind you tentang shooting session untuk iklankan balik product kita yang kena sabotaj tu. Takut kau lupa." Sempat Zarul berpesan apabila melintasi meja Sofia. Tali leher bewarna biru gelap dilonggarkan sedikit.


"Next week, right?" Sofia cuba mendapatkan kepastian.


"Yes and jangan lupa juga untuk bawa someone tolong you dekat sana. Just bawa sahaja sesiapa yang kau boleh bekerja sekali."


"Beres bos." Sofia menabik hormat bersama sengihan teruja. Nampaknya minggu hadapan mereka akan pergi ke Langkawi untuk menjalankan shooting.


Zarul mengangguk sekali sebelum kakinya kalut berjalan pergi seperti lipas kudung. Sofia memandang pelik. Rasanya hari ini Zarul free tanpa sebarang meeting or appointment penting. Jadi, kenapa dia lihat Zarul seperti tergesa-gesa kejarkan sesuatu?


"Where are you going?!" Sofia sedikit menjerit melihatkan tubuh Zarul sudah semakin menjauh.


Tanpa menoleh ke belakang, tangan kanan Zarul diangkat tinggi menunjukkan tiga jari. Sempat dia menunduk kepala membalas sapaan dari pekerja lain yang berselisih dengannya. Ruangan menunggu lif dituju penuh gaya.


Sofia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Faham dengan isyarat tangan Zarul tadi. Lelaki itu mahu menuju ke tingkat tiga. Hanya ada dua urusan Zarul selalu lakukan di situ, berjumpa Aiman atau mengganggu Ainul. Dan Sofia yakin, urusan lelaki itu lebih kepada urusan kedua. Mengganggu Ainul!


Setibanya di tingkat tiga, wajah Ainul dicari. Tiada. Hanya terlihat kelibat Kak Siti yang tekun menulis sesuatu di mejanya. "Kak Siti dah sihat?" Sapa Zarul. Setahunya, Kak Siti sakit perut beberapa hari lepas sehingga meminta mc dari Aiman. Dia memang membahasakan Siti dengan panggilan 'Kak' memandangkan wanita itu lebih tua darinya.


"Eh, Tuan Zarul. Alhamdulillah dah sihat. Tuan Zarul datang nak jumpa Tuan Aiman?" Kak Siti menjawab mesra. Dia meletakkan pen di tangan dan mula memberi tumpuan kepada Zarul.


"Haah." Mulut membalas pertanyaan tetapi mata sibuk memandang meja di sebelah Kak Siti. Mencari-cari empunya badan yang menghuni di situ selama ini.


"Masuklah, Tuan Aiman ada dekat dalam." Kak Siti membuat isyarat masuk dengan tangan.


"Erk... Ainul mana Kak Siti?" Kepala pula dibawa menoleh ke belakang. Mana tahu untung dirinya dapat melihat wajah manis Ainul.


"Oh, Ainul pergi packing sample untuk shooting minggu hadapan." Terang Kak Siti tanpa syak apa-apa. Mungkin Tuan Zarul ingat pekerja baru seperti Ainul mengelat waktu-waktu begini memandangkan Ainul tiada di mejanya.


"Hmm. Dia ada bawa bekal hari ini?" Wajah Kak Siti dipandang penuh harapan. Apabila melihat Kak Siti mengangguk, Zarul tersenyum senang. Tahulah nanti di mana dia mahu mencari Ainul setibanya waktu lunch. Jam tangan dilihat sekilas. 'Pukul dua belas setengah. Lagi setengah jam nak lunch. Sempatlah aku jumpa Aiman dulu.'


Terus Zarul berlalu pergi menuju ke bilik Aiman meninggalkan Kak Siti tertanya-tanya. 'Macam mana Tuan Zarul tahu Ainul selalu bawa bekal ke office? Mungkin Tuan Aiman beritahu.' Kak Siti menjongket bahu sebelum kembali menyambung tugasannya semula.


"Aiman!"


"Hoi! Kau pergi mana semalam? Aku call tak angkat, message tak reply." Aiman terus menyerbu Zarul dengan pelbagai soalan apabila wajah itu tersembul di muka pintu biliknya.


"Aku ada hal penting nak kena settle semalam." Jelas Zarul sambil melabuhkan duduk di hadapan Aiman. Aiman terkaku seketika. Tidak pernah Zarul tidak beritahunya segala aktiviti yang dilakukan oleh lelaki itu sebelum ini. Jadi, mengapa Zarul dilihat seperti merahsiakan sesuatu daripadanya sekarang?


"Kau sama macam Sofia, bila aku tanya mesti alasan tu yang korang bagi. Hal penting apa sampai kau tak masuk office?" Rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam hati Aiman menyebabkan dia tidak dapat menahan diri untuk terus bertanya.


"Nothing to worry. Aku cuma cari jawapan kepada persoalan aku selama ini." Penuh tersirat Zarul membalas. Tangan mula membelek-belek fail yang bertimbun di atas meja Aiman.


"Jawapan? Persoalan? Aku tak faham? Cuba kau cakap bahasa manusia yang lebih aku faham." Seloroh Aiman cuba menutup rasa ingin tahu di hati. Tidak senang duduk rasanya kalau Zarul tetap tidak menceritakan 'hal penting' itu.


Terhambur ketawa Zarul mendengar kata-kata Aiman. Rasanya dia bercakap seperti biasa, menggunakan Bahasa Melayu bukannya bahasa alien. Posisi duduk mula dibetulkan apabila Aiman sudah menayang wajah cemberut. Nampaknya, dia perlu juga ceritakan semuanya kepada Aiman.


"Kau ingat aku pernah cakap dekat kau sebelum ini tentang budak perempuan yang selamatkan aku time kebakaran di kilang K&L?" Zarul mula masuk mood serius.


Aiman mengangguk ingat. Dia cuba mencerna semula info yang baru didengar dari mulut Zarul. Apabila dapat mengagak jalan cerita yang bakal diberitahu oleh sepupunya itu, Aiman mula terpempam.


"Jangan cakap kau dah jumpa..."


"Yup. Aku dah tahu dan jumpa siapa budak perempuan tu." Zarul tersenyum senang. Semalam, apabila mata bundar Ainul memandangnya di sebalik mask yang dipakai, dirinya dibawa mengimbau kembali peristiwa kebakaran tersebut. Dia apa lagi, terus berlari keluar menelefon Zamani, pekerja yang pernah berbakti dengan arwah mummy dan daddynya dahulu. Lelaki itulah yang membantunya mencari maklumat dan mengesahkan nama Ainul. Terkejut bukan kepalang dirinya apabila mengetahui hal itu. Patutlah dia seperti pernah mendengar nama Ainul Liyana berdengung-dengung di telinganya sebelum ini.


"Si... Siapa?" Terketar-ketar Aiman menyoal. Kekalutan dalam diri cuba dikawal sebaik mungkin.


"It turns out that person is my own worker, Ainul! Ainul Liyana! Kau mesti tak percaya kan? Ainul adalah budak perempuan yang selamatkan aku tujuh tahun lepas!" Berdesing telinga Aiman mendengarkan kenyataan itu. Riak terkejut sudah tidak dapat dikawal. Dia terdiam seribu bahasa. Tidak menyangka, Ainul Liyana, gadis yang bekerja dibawahnya adalah orang yang pernah dicari Zarul.


"Aku... Aku speechless sekejap." Desah nafas Aiman sudah tidak teratur. Dia kembali memandang Zarul di hadapan.


"Kalau betul Ainul budak perempuan tu? Kenapa dia berpura-pura macam tak kenal kau? Takkanlah dia tak ingat?" Aiman pelik. Rasanya Ainul memberikan reaksi yang berlainan daripada apa yang mereka bayangkan. Gadis itu malah bermati-matian cuba menghindari Zarul. Siap mahu berhenti kerja lagi.


"Itulah yang aku pelik. Sebab tu aku datang sini untuk jumpa dia." Tanpa segan silu Zarul memberitahu niat sebenar. Jam tangan dijeling lagi. Pukul satu lima minit. Pasti semua pekerja sudah keluar makan tengah hari. Inilah peluangnya untuk berbicara dengan Ainul.


"Sorry Aiman, hari ni kau terpaksa makan sorang-sorang. Aku nak jumpa Ainul untuk settlekan perkara ni." Aiman hanya mengangguk membalas. Dia masih dalam fasa tidak percaya sekarang. Apabila kelibat Zarul sudah hilang, Aiman bangun dari duduk membawa diri merenung suasana di luar tingkap pejabat.


"Ainul Liyana. Kenapa mesti kau?" Tertahan-tahan suara Aiman berbisik perlahan. Kedua-dua belah tangan mula digenggam erat.

Sorry sbb slow update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience