"Tuan Zarul panggil awak." Ainul hanya mampu mengangguk akur saat suara Aiman menjamah pendengarannya pagi tadi. Disebabkan itu, dirinya sudah terpacak di hadapan meja Sofia dengan mata berkaca meminta pertolongan.
"Aku tak boleh tolong kau kali ni sebab berkaitan kerja." Laju sahaja Sofia mengelak seakan-akan faham dengan naluri Ainul. Interkom ditekan sebelum dia memaklumkan kepada Zarul tentang kehadiran Ainul.
Seperti biasa, dada Ainul mula berdetak kuat tatkala kaki melangkah memasuki bilik Zarul. Entah perkara apalah yang ingin dibincangkan oleh lelaki itu dia sendiri pun tak tahu.
"Kau busy?" Itu soalan pertama yang diterjah Zarul. Ainul menggeleng menjawab. 'Kalau aku busy, tak ada maknanya aku nak datang sini.' Getus hati Ainul.
Zarul mengangguk sekali sebelum kembali fokus ke arah laptopnya. Menaip sesuatu sambil jari sibuk mengusap bibir.
"Come." Tangan mula menggamit Ainul datang mendekat. Dilihatnya gadis itu menapak tiga langkah ke hadapan. Beberapa helai kertas yang berada di atas meja disuakan kepada Ainul.
"Aku nak minta tolong kau buat slide untuk present pada syarikat Coco & Milk minggu hadapan boleh?" Tanya Zarul ringkas.
Coco & Milk merupakan satu syarikat coklat yang sedang famous sekarang. Apa sahaja flavour baru yang dikeluarkan pasti akan mendapat sambutan orang ramai. Dan Elegance & Beauty Cosmetic bernasib baik apabila permohonan mereka untuk bergabung dengan syarikat tersebut diterima dengan tangan terbuka.
Tetapi, mereka harus membentangkan kertas cadangan dan idea menarik yang ingin dilakukan sepanjang berkerjasama dengan Coco & Milk terlebih dahulu. Juga perlu bersaing dengan satu lagi syarikat yang turut ingin berkolaberasi bersama iaitu T.A Cosmetic. Secara ringkasnya Zarul perlu bersaing dengan musuh nombor satunya iaitu Tengku Aaris untuk menentukan syarikat mana yang paling layak.
Riak wajah Ainul berubah mendengar soalan Zarul. Rasanya project besar begini memerlukan kepakaran orang lain yang lebih handal dalam bab ini, bukan dirinya.
"Kau tak payah risau, aku cuma suruh kau buat slide sahaja. Semua maklumat aku dah catat dalam kertas. Tugas kau salin dan produce slide yang sesuai untuk dibentangkan nanti." Zarul menerangkan secara terperinci, bagaikan faham dengan apa yang difikirkan Ainul sekarang.
"Ba... Baik." Ainul akhirnya bersetuju. Kertas diambil sebelum dibelek sekilas. Cuba mencari idea secara kasar untuk membuat slide.
"Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dahulu."
"Nak pergi mana?" Soalan Zarul membuatkan kening Ainul berkerut seribu. 'Haih tadi dia yang bukan main suruh aku buat slide bagai, takkan dah lupa kot?'
"Saya nak pergi siapkan kerja yang Tuan Zarul suruh." Kenyataan Ainul membuatkan Zarul tersenyum nipis. Dia bangun dari kerusi empuknya sebelum melangkah mendekati Ainul.
"Ada aku suruh kau keluar?"
"Huh? Tapi..."
"Buat dekat dalam bilik ni. Dekat sofa tu." Tangan Zarul mula mencapai laptopnya lalu diserahkan kepada Ainul. Melihat sahaja Ainul yang baru mahu membuka mulut untuk membangkang, Zarul pantas memintas.
"Kalau kau tak faham apa-apa kau boleh tanya terus dekat aku." Zarul berpaling, kembali ke tempat duduknya tanpa menunggu balasan dari Ainul. Sengaja wajah diseriuskan sebaik mungkin supaya Ainul tidak berani melawan kata.
"Go!" Sekali lagi Zarul menyuruh apabila dilihat Ainul masih berdiri terkulat-kulat di situ.
Dengan helaan nafas berat, Ainul membawa diri ke arah sofa yang ditunjukkan. Laptop diletak perlahan di atas meja kaca. 'Buat sahajalah Ainul. Lagi cepat kau buat, lagi cepat kerja kau siap. Lagi cepat jugalah kau boleh keluar dari bilik ni.'
Dengan lafaz bismillah, Ainul memulakan tugasnya. Tangan bergerak laju menekan butang-butang keyboard ke sana ke mari. Menaip segala maklumat yang tertulis di dalam kertas.
Manakala Zarul yang sedang sibuk memeriksa email di telefon bimbitnya sesekali mencuri pandang ke arah Ainul. Dan setiap kali itu jugalah dia tersenyum melihat sisi wajah Ainul yang sedang tekun menaip. Rasanya ini kali pertama dia dapat menatap wajah Ainul dengan lebih lama.
'Kau sedar tak Ainul? Walaupun kau duduk tak buat apa-apa, kau tetap mampu buatkan orang lain tertarik dengan kau. Sebab tu Zayad boleh jatuh cinta pandang pertama pada kau.' Hati Zarul menjerit kuat. Senyumannya mati apabila teringatkan Zayad. Dengan mata yang masih tidak berganjak daripada memandang Ainul, Zarul menyandarkan belakang badannya pada kerusi sambil tangan mengetuk-ngetuk meja dengan pen.
'Do you believe in love at first sight?' Soalan Zayad semalam kembali bergema dalam ingatan. Membuatkan Zarul tergelak sinis. Seketika pandangan mata Zarul perlahan-lahan bertukar redup. Sangat redup sehinggakan sesiapa sahaja yang memandangnya kala ini pasti tidak akan berkalih ke tempat lain.
"Mestilah aku percaya Zayad, sebab aku sendiri sedang melaluinya. Bukan sebulan, bukan setahun, tetapi tujuh tahun Zayad, tujuh tahun aku mencintai gadis ini dalam diam. Semuanya bermula sejak kebakaran itu sampaikan hati aku tertutup untuk terima mana-mana perempuan termasuk Sofia." Perlahan Zarul berbisik. Cukup untuk didengarinya sahaja.
Apabila sepasang mata Ainul tiba-tiba memanah tepat ke arahnya, dia tersentak. Wajah kembali dikawal seperti biasa.
"Erk... Tuan Zarul? Ada perkara yang saya tak faham." Rasa serba salah pula Ainul ingin bertanya memandangkan Zarul sudah memberikan segala info berkaitan project tersebut kepadanya.
Tanpa berkata apa-apa, Zarul bangun berjalan ke arah Ainul. Mengambil tempat di sisi gadis itu sehinggakan bau wangian yang dipakai Ainul menusuk masuk ke hidungnya.
"Apa yang kau tak faham?" Mata Zarul merenung skrin laptop di hadapan. Ingin melihat progress kerja Ainul. 'Hmm... Not bad.' Sempat Zarul memuji di dalam hati.
"Saya tak faham macam mana sebuah syarikat kosmetik nak bergabung dengan syarikat yang menjual coklat. Macam... Macam tak kena pula." Soal Ainul dengan berhati-hati. Memanglah sudah separuh dia siapkan slide tersebut, tetapi otaknya masih tertanya-tanya dengan tujuan utama kolaborasi itu.
"Nampak macam tak masuk akal kan? Tetapi percayalah kerjasama ni akan beri keuntungan yang besar pada kedua-dua pihak." Sehelai kertas yang mengandungi beberapa bentuk lakaran dicapai Zarul.
"Sebagai contoh idea pertama, kita boleh jadikan packaging chocholate bar keluaran Coco & Milk sebagai makeup palette. Or diorang punya design packaging stick chocholate untuk lipstick and mascara." Terang Zarul sambil menunjukkan setiap satu lakaran yang dibuat.
"Maksud Tuan Zarul, kita design alat kosmetik kita dalam bentuk packaging chocholate?" Tanya Ainul penuh teruja. Rasanya dia dapat bayangkan apa yang cuba disampaikan Zarul.
"Exactly. Product dengan packaging yang unik lebih senang untuk tarik minat pelanggan datang membeli dan mencuba." Kata Zarul penuh yakin. Sebab itulah dia berharap sangat syarikat Coco & Milk memilih untuk berkerjasama dengan syarikatnya nanti.
"As for second idea, we can use their cocoa powder to mix with our foundation or compact powder." Jelas Zarul lagi. Mata Ainul yang bersinar teruja ditenung penuh minat. Rasa berdebar pula apabila perasan kedudukan mereka yang sedikit hampir.
"Wow! Saya tak pernah terfikir yang serbuk coklat juga boleh dijadikan sebagai alat makeup. Tak sangka." Tanpa sedar, Ainul sudah mula selesa bercakap dengan Zarul. Keterujaannya membuatkan dia lupa seketika ketakutan di dalam diri.
"Boleh, cuma tidak digalakkan sangat. Hanya dicampur sedikit sebagai dyestuff untuk gelapkan warna makeup sahaja." Kini, pandangan Zarul jatuh pada hidung mancung Ainul.
"Hebat dan kreatif. Kalau sayalah disuruh untuk terbitkan idea untuk project ni, mesti saya tak boleh nak fikir apa-apa dan bagi sahaja dekat syarikat lain." Ainul tergelak memikirkan diri yang mungkin sudah give up untuk menjana idea jika project itu jatuh ke tangannya.
Saat mata melihat senyuman lebar di bibir Ainul, wajah Zarul mula berona merah. Tidak menyangka akhirnya dia mampu membuatkan Ainul tertawa dan tersenyum riang di hadapannya tanpa paksaan. Sedarlah Zarul bahawa dia ada peluang untuk memiliki gadis itu. Cuma perlukan sedikit masa dan usaha supaya Ainul meletakkan kepercayaan kepadanya seratus peratus tanpa rasa takut.
'Aku akan buat dia jatuh cinta dekat aku dahulu. Then, barulah aku confess.' Lagi dan lagi kata-kata Zayad kembali menghantui fikirannya. Tetapi kali ini reaksi Zarul bukan lagi cemas dan gelisah malah, dia tersenyum senang bersama satu azam baru.
"You know what?" Suara Zarul membuatkan Ainul menoleh memandang ke arahnya.
"Aku akan fight untuk dapatkan apa yang aku nak." Serentak itu, Zarul bangun mencapai telefon bimbitnya. Nombor Zayad didail laju sebelum tubuh Zarul hilang dari pandangan.
Ainul hanya mampu menjongket bahu sebelum kembali menyambung kerja. 'Lain macam aura orang berebut business.' Komen Ainul ringkas tanpa sedar ayat Zarul tadi ditujukan khas buatnya.
Share this novel