•^BAB 25^•

Romance Series 37496

Anayra mengeringkan rambut sambil berjalan keluar dari bilik air. Dia pelik. Matanya meliar mencari Aaran. Kosong. Hanya dia sahaja di dalam bilik tersebut. Bunyi ketukan pintu mengejutkan Anayra. Anayra melilitkan tuala sebelum membuka pintu tersebut. Seorang pekerja hotel wanita memegang sehelai dress putih labuh dan menyerahkan kepada Anayra. Anayra menyambutnya. "For me? " soal Anayra inginkan kepastian. "Yes, miss. Have a good day, " ujar pekerja hotel itu. Pintu ditutup kembali. Anayra membelek dress putih tersebut. Hmm.. Cantik! Sekeping kad yang terselit pada dress tersebut diambilnya. Anayra membaca isi dalam kad tersebut. Dear, my Alhena. Pakai dress yang aku bagi ni. Pukul 10:30 malam, kau turun ke dewan makan. Aku tunggu kau kat sana. Anayra dah tersenyum-senyum biawak. Dia mengerling ke arah jam di telefon. Pukul 9:30. Cepat-cepat dia pergi bersiap. ••• Dia menggayakan dress putih labuh itu di depan cermin di tambah dengan mekap yang nipis menaikkan seri wajah. Dia tersenyum sendiri. Jam sudah menunjukkan pukul 10:25. Beg tangan di capai. Dia bergerak menuju ke dewan makan. Sampai sahaja di sana, keadaan sunyi sepi. Hanya pekerja hotel yang sedang sibuk melakukan tugas. Anayra hairan. Dia rasa dalam kad tu memang tertulis jumpa dekat dewan makan. Dewan makan mana lagi ni? Tiba-tiba, seseorang dari belakangnya menutup kedua-dua belah matanya dengan sehelai kain. Anayra sudah berdebar-debar. "Siapa ni? " "Shhh... It's me, dear" bisik suara tersebut. "Abang, " Anayra memanggilnya. "Just relax, okey" Dia merasakan yang dia berada di awang-awangan. Aaran dukung dia dengan gaya bridal style. Anayra terus memaut pada leher Aaran. Aaran membawanya ke satu tempat. Aaran mendudukkan Anayra di atas sebuah kerusi. Dia membuka ikatan kain itu perlahan-lahan. Anayra membuka mata. Terkebil-kebil dia melihat suasana di hadapannya sekarang ini. Dia berada di rooftop bersama suaminya. Dihadapannya terhidang makanan dan minuman bersama lilin di tengah-tengah. Senang cerita, candle light dinner. Kelopak bunga ros merah bertaburan di atas lantai. Anayra terkedu campur teruja. "Do you like it? " suara serak basah itu kedengaran betul-betul di telinganya. Bahu Anayra di pegang. "I love it! Thank you, abang" Anayra memegang tangan lelaki di bahunya itu. "And this is for you" sejambak bunga ros merah bercampur putih diberikan kepada Anayra. Anayra menyambutnya. "Wanginya.. Thank you, my dear husband. Thank you very much!" Anayra mengucup tangan suaminya berkali-kali. Aaran duduk di tempatnya berhadapan dengan Anayra. "Susahkan abang je buat semua ni untuk saya. Mesti abang banyak keluarkan duit kan?" Anayra dah mula rasa bersalah buat kali kedua. Gila tak rasa bersalah? Satu sen dalam dompet dia pun dia tak keluarkan tau! "Kan aku dah cakap, kau bahagia aku bahagia. Kegembiraan kau adalah kegembiraan untuk aku. You deserve this, Alhena" ucap Aaran romantis. Anayra hampir mengalirkan air mata. Dikesat dengan jari. "Hey, don't cry.. Aku nak kau happy bukan menangis... " "Saya menangis sebab saya gembira lah. Saya terharu abang buat semua ni untuk saya... Saya janji, saya akan jadi isteri yang solehah dan taat untuk abang. " Anayra menggenggam tangan Aaran erat. "Kau dah bersedia jadi isteri aku yang sebenarnya? " Anayra mengangguk berkali-kali. "So, malam ni aku akan jadikan kau sebagai isteri aku yang sebenarnya, " kata Aaran penuh makna. Anayra meneguk air liur kelat. "Hah? " "No excuses. Tonight, you're mine" ••• Cahaya dari mentari menyapa di mata Anayra. Anayra bangun dari tidur. Dia menggeliat kecil sambil menggosok-gosok matanya. Dia melihat dirinya yang tidak berpakaian. Mata dibuntangkan terkejut. Terus ditarik selimut sehingga ke paras dada. Macam mana dia boleh tidak berpakaian? Tiada seutas benang pun pada tubuhnya. Dikerling pula suaminya di sebelah. Dia terkejut buat kali ke dua. Suaminya juga begitu bersama rambut yang kusut masai. Anayra mengingatkan kembali apa yang terjadi diantara mereka semalam. Tangan Anayra ditarik. Anayra terjerit kecil. Pinggangnya dipeluk. Tiada jarak antara mereka. Rapat. Aaran membuka mata perlahan-lahan. "Good morning, Alhena" ucapnya dengan suara serak basah. Wow... So sexy... Ehek Anayra hanya memandang wajah yang masih mamai itu dengan gugup. Dia dan Aaran sangat rapat. Dah lah dua-dua masih 'begitu'! "Err.. Awak.. Apa yang kita buat semalam? " soal Anayra takut-takut. Aaran berkerut kening. "Last night? We made our junior... Why? " Anayra hanya menggeleng-gelengkan kepala. Malu sebenarnya. Aaran ketawa melihat wajah isterinya yang sudah kemerahan. Dicium bibir Anayra sekilas. Anayra terkaku. "Kau tak payah malu lah. Dah, jom. Kita dah nak check out. Pergi mandi dulu" Aaran bingkas bangun dari baring. Anayra memegang selimut itu kuat. Malu masih tidak hilang dalam dirinya. "Aku mandi dulu, " Aaran mencapai tuala yang berada di sebelahnya lalu dililitkan pada pinggang. Selepas Aaran hilang dalam bilik air, Anayra terus menekup wajahnya dengan bantal. "Eh, pukul berapa dah ni? " Anayra lantas mencapai telefonnya. Hampir terkeluar biji matanya apabila melihat waktu yang terpapar di skrin. "Pukul 8:30 pagi??? Ya Allah, subuh aku!!! Aku tertinggal!! " ••• Anayra dan Aaran berada di kedai makan yang berdekatan dengan lapangan terbang untuk mengisi perut sebelum berlepas. Sesekali di suap nasi briyani kepada suaminya. Aaran hanya melayan. "Oh my god!! I can't believe that i can meet you here! " wanita dari mana entah tiba-tiba sahaja duduk di sebelah Aaran. Siapa lagi tak lain tak bukan Camelia. "What are you doing here? " soal Aaran. Penat sebenarnya melayan wanita itu. "Alah you ni.. Macam tak faham i. I kan model, so i ada photoshoot dekat sini. I tak sangka boleh jumpa you!! " dipeluk erat lengan Aaran erat. Anayra yang dari memerhati sudah naik berapi. "Assalamualaikum, cik kak. Akak belajar agama tak? Tak tahu halal haram? " Anayra membidas. Camelia terus memandang Anayra tajam. Sibuk je budak ni! "You kenapa? Ikut suka hati i lah! " Aaran terus menepis pelukan Camelia di tangannya. Camelia memuncungkan mulut mengada. "You! You ni kenapa? " "Nampak sangat tidur masa kelas agama, " kata Anayra perlahan tapi masih boleh didengari Camelia. "You cakap apa?!!" "Nothing" Anayra membuat muka selamba. "Aaran... Lepasni you nak pergi mana? I nak ikut boleh? Lagipun, i takde kerja harini. Esok dengan lusa baru i start photoshoot. You teman i shopping okey? " pinta Camelia manja. Anayra senyum sinis. 'Ceh, honeymoon aku kau nak buat macam honeymoon kau pulak. Minta dekat laki kau lah! Minta dekat laki aku buat apa? Dasar ulat beluncas gatal! ' habis dicaci Camelia di dalam hati. "Sorry to say but, i dah nak balik Malaysia. So, i pergi dulu" tangan Anayra dicapai dan terus di tautkan jari jemari kecil tersebut dalam genggaman. Mereka melangkah keluar dari restoran tersebut meninggalkan Camelia seorang diri. Anayra sempat berpaling ke belakang sambil menjelirkan lidah. Camelia menghentakkan kakinya geram. "Dasar budak! Eiii... Geram aku!! " ••• Alhamdulillah, mereka sudah tiba di Malaysia dengan selamat. Anayra tidak melepaskan tautan di tangan mereka. Mereka berjalan bersama-sama menuju ke tempat parking kereta. Kereta itu dibawa ke suatu tempat. Akibat kepenatan akibat penerbangan yang terlalu lama, Anayra tertidur dalam genggaman Aaran. Kereta diberhentikan di sebuah rumah yang besar. Aaran mengerling ke arah isterinya yang masih lena. Diusap kepala wanita itu. "Alhena, dah sampai" kejut Aaran perlahan. Anayra membuka mata. Dia masih mamai. Di liarkan pandangan di luar sekeliling kereta. Kening dikerutkan sedikit. "Kita kat rumah siapa ni? " soal Anayra hairan. "Rumah kita, " kata Aaran sambil tersenyum. "Hah? " "Jom, keluar dulu" Aaran keluar dari kereta. Anayra hanya menurut. Dipimpin tangan kecil itu ke dalam rumah tersebut. Selepas sahaja kunci pintu rumah dibuka, Anayra ternganga luas. "Cantiknya!! Rumah kita ke ni? " soal Anayra. Aaran mengangguk. Rekaan dalaman rumah itu sungguh cantik. Walaupun hanya berlatarkan warna hitam, tapi diserikan lagi dengan warna keemasan. "Mulai sekarang, kita tinggal dekat sini" Aaran memeluk pinggang isterinya dari belakang. Disangkutkan dagu pada bahu gadis itu. Anayra melebarkan senyuman teruja. "T.. Tapi.. Baju dekat rumah saya tak ambil lagi... " "Aku dah plan awal-awal. Nina tolong kemaskan semua barang-barang kau masa kita dekat Dubai. Tinggal simpan dalam almari je. Terima kasih dekat adik kau tu nanti" ujar Aaran. Anayra mengangguk faham. "Barang-barang dapur? " "Semua aku dah bereskan. Sebelum aku kahwin dengan kau lagi" "Awwh.. Terima kasih wahai suami saya yang hensem. Sayang abang banyak-banyak" Anayra mengucup pipi kanan Aaran. Aaran senyum puas. "Kau tengok-tengok dulu dalam rumah ni. Aku nak ambil barang-barang dalam kereta" Aaran terus menghilangkan diri. Anayra bergerak menuju ke tingkat atas. Dibuka pintu pertama. Bilik tidur yang cukup luas. Dengan warna kelabu gelap. Katil juga bersaiz king. Bingkai gambar yang tersusun elok di atas meja dicapai. Gambar kahwin mereka. Dia tertawa kecil. Aaran yang baru masuk ke dalam bilik tersebut dengan bagasi-bagasi yang dibawanya memandang Anayra. "Kau tidur lah dulu. Aku nak simpan barang-barang ni" "Eh, takpelah. Saya nak bereskan semua baru tidur. Lagipun abang mesti penat jugak kan? Saya tolong abang " Anayra memberikan sengihan. "Aku turun bawah dulu" Aaran cepat-cepat meninggalkan Anayra. Anayra menekup mulut sambil ketawa. "Shy shy ton pulak suami kita tu" Anayra menggeleng-geleng kepala sebelum bergerak ke arah almari. TRAILER TRUE LOVE BY HAERALEE >•Semua bolehlah feeling-feeling kejap sambil minum errr mellowww Dah boleh agak, agaknya scene lepasni•

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience