Dah genap 2 tahun Eiman di Mesir. Satu khabar berita pun dia tidak tahu. Puan Rafisyah juga tidak memberitahu dia apa-apa. Tapi Anayra tetap menunggu dengan sabar. Si dia akan datang dengan kejutan untuknya.
Dia tersenyum. Dah masuk bulan Februari. Dan dia pun dah genap 19 tahun. Eiman pula berusia 21 tahun.
Anayra tersenyum. Kata-kata terakhir Eiman masih terngiang-ngiang di telinganya. Walaupun dah lebih 2 tahun, dia masih ingat bait-bait ayat yang diucapkan dari bibir Eiman.
'In Shaa Allah, abang akan bawa pulang dengan kejutan buat Rara'
Bila teringat balik, sekarang juga dia mahu pergi Mesir dan culik Eiman dan bawa balik Malaysia.
Dia tersengih sambil menulis sesuatu dalam buku notanya.
Titik.
Ting!
Notifikasi Anayra berbunyi. Anayra membuka kotak pesanan dari Nani. Adoii.. Pejam celik- pejam celik dah 6 tahun dia dan Nani berkawan baik.
Nani
-> Wahai anak pendek! Jom pergi shopping! Aku belanja.
Amboi.. Sedap panggil aku pendek. Tahulah dia tu tinggi macam tiang elektrik!
Anayra
-> Ye mak pandir, kejap. Nanti bidadari bersiap. Jangan lupa datang ambik.
Nani
-> Kurang asam kau pandirkan aku. Hah, siap cepat. Aku datang dalam 15 minit.
Anayra tersenyum simpul. Ada-ada je Si Nani ni.
•••
Anayra dan Nani berjalan-jalan di sekitar mall itu. Takde apa benda yang nak dibeli pun. Window shopping je.
"Kita starbucks dulu jom" ajak Nani. Anayra hanya menurut.
Kedai starbucks dituju. Syukur tak ramai sangat waktu sekarang ni. Kalau tak, jenuh nak menunggu.
"Abang, saya nak air Chocolate Cream Chip Frappucino dan Java Chip Frappucino. Lepastu nak kek red velvet tu one slice. Thank you" pesan Nani kepada panjaga kaunter tersebut.
Selepas mereka mendapat apa yang mereka ingini, mereka mencari tempat duduk dan menikmati minuman.
"Anayra, aku nak tanya ni."
"Apa dia? " Anayra memandang wajah sahabatnya sambil menyisip minuman.
"Kau masih tunggu Eiman lagi ke? " soal Nani serius. Ana arab mengangkat sebelah keningnya.
"Bukan apa, sebab aku nampak kesian tengok kau dowh. Kau duk menunggu dia kat sana. Macam mana kau boleh nak tunggu dia selama tu weyh? Dua tahun tu bukan sekejap tau" sambung Nani.
Anayra diam.
"Kepercayaan, Nani" jawab Anayra.
Nani tidak cakap banyak. Dia hanya mengangguk. Dia kembali menyisip minuman. Matanya meliar kemudian terpandang satu pasangan yang amat dikenalinya.
"Anayra, woii" Nani menyenggol lengan sahabatnya. Anayra memandangnya pelik.
"Kenapa kau? "
"Tengok tu" Nani memuncungkan mulut kepada pasangan sejoli yang dia lihat sebentar tadi.
Dua pasangan yang sangat mesra. Perempuan yang memakai dress pendek separas peha dengan rambut panjang berwarna blonde sedang memeluk erat lelaki disebelahnya. Lelaki itu pula melayan.
Apa yang dia lihat ni?
"Aarash? Dengan Najeehah? " teka Anayra. Nani mengangguk.
"Bukan ke Najeehah tu... "
"Ex Erzhan dulu. Ye, Erzhan putuskan hubungan dengan Najeehah sebab dia curang. Dan orang itu Aarash, kawan baik dia sendiri. Dah lama dah"
"Maksud kau sejak Aarash cakap dengan aku dia ada orang lain? Dan orang tu Najeehah? " teka Anayra lagi. Nani mengangguk laju.
"Ding Daeng Dong! Betul. Kau tengoklah Najeehah yang bertudung dulu, tudung dah terbang kemana. Terpengaruh denga pujukan dan rayuan Aarash. Nasib kau tak sempat 'jadi' dengan Aarash. Kalau tak, hmm... " Nani menggeleng -geleng kepala.
Anayra mengangguk. Betul juga. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Syukur Allah masih melindunginya dari lelaki sebegini.
"Eh, dah lewat ni. Nanti mama aku jadi singa. Jom, balik"
•••
Malam itu Anayra berasa tidak sedap hati. Dia memegang dadanya. Jantung dia berdegup kencang.
'Kenapa ni? '
Ting!
Anayra terus membuka mesej dari kotak pesanan. Nombor yang tidak dikenali.
Unknown
-> Esok, pergi ke masjid yang akan aku bagi location dalam pukul 2 petang. Sharp. Pastikan kau datang.
(Location received)
'Siapa pulak yang tiba-tiba mesej macam ni? Salah nombor ke? Dapat nombor aku dari mana? Aku kena pergi ke tempat ni esok? Takut kena culik ke... Ish, takkanlah orang nak culik dekat masjid kot, orang-orang masjid mesti ada... tak munasabah langsung. '
Lama Anayra fikir sehingga diri sendiri lena dibuai mimpi.
•••
Anayra tekad ingin kesana. Dia dah siap lengkap berpakaian kemas. Beg tangan dicapai. Setelah grab tiba, dia terus menuju ke kawasan yang diberikan oleh 'orang misteri' tersebut.
Sesampai sahaja disana, Anayra berjalan disekitar kawasan masjid itu. Banyak selipar di sini... 'Ada apa eh? Nak kata zohor, dah lama masuk. '
Anayra terus berjalan menuju ke muka pintu utama. Kelihatan seorang jejaka berjabat tangan dengan seorang lelaki tua dalam lingkungan 50-an.
"Muhammad Eiman bin Muhammad Rafiq"
"Saya, "
"Aku nikahkan dikau dengan Siti Khadijah Humaira binti Abdul Fahri dengan mas kahwin Rm500 ringgit tunai"
Tangan digoncangkan.
"Aku terima nikahnya Siti Khadijah Humaira binti Abdul Fahri dengan mas kahwinnya Rm500 ringgit tunai. "
Anayra hampir jatuh terduduk menyaksikan apa yang dilihatnya. Eiman.... Kahwin dengan orang lain?
Air matanya menitis. Ruang hatinya kelam. Hatinya pedih. Sakitnya seperti ditusuk belati tajam.
Apa yang baru berlaku? Eiman, lelaki yang ditunggunya selama ini sekarang di depan matanya sedang lafazkan akad. Untuk perempuan lain.
Apa motif Eiman untuk menyuruh dia menunggu lelaki itu?
Wanita yang dinikahi Eiman bertudung litup. Dan dia berpurdah. Bukan calang-calang orang Eiman pilih untuk menjadi suri hatinya.
Sesi bacaan doa dimulai. Eiman yang dari tadi tersenyum melihat isterinya kemudian dikalihkan pada wanita yang terduduk menangis. Dia kelihatan terkejut tapi dia cuba untuk bertenang.
Upacara pembatalan air sembahyang dimulakan. Eiman memegang tangan isteri yang baru dinikahi itu kemudiannya disarung cincin. Wanita berpurdah itu menyalami tangan suaminya. Tanpa disuruh, Eiman memegang dagu isterinya dan mencium dahi wanita itu.
Anayra tidak sanggup melihat kemesraan pasangan yang baru dinikahkan itu.
Puan Rafisyah yang baru menyedari kehadiran Anayra terus mendapatkannya. Dipeluk gadis itu erat.
"Ummi minta maaf Rara.. Ummi pun tak sangka benda ni akan jadi..ummi nak Rara yang jadi menantu ummi tapi.."
"Takpe Ummi... Abang Eiman tak salah pilih jodoh. Tengoklah menantu ummi, cantik.. plus berpurdah lagi. Ummi dah dapat menantu yang sempurna dari Rara.
Tengoklah Rara, layak ke Rara nak jadi menantu ummi? Rara tak layak untuk abang. Rara redha.. " air mata itu tidak berhenti mengalir. Puan Rafisyah mengesat air mata Anayra. Dia juga turut sedih.
Dia tahu, memang lama Anayra menunggu Eiman untuk pulang dari Mesir. Dua tahun cukup lama tapi kerana satu kepercayaan, dia sanggup tunggu. Tapi kesudahannya, hati dia juga yang disakiti.
"Rara jangan cakap macam ni. Ummi nak Rara jadi menantu ummi. Ummi memang tolak permintaan Eiman untuk kahwini Khadijah tapi Eiman tetap berkeras untuk berkahwin dengannya sebab Rara dah tunggu cukup lama..dua tahun tu bukan sekejap," rintih Puan Rafisyah lagi. Rasa bersalah dia semakin dalam.
"Ummi, dengar apa yang Rara cakap. Rara tak kisah. Itu keputusan abang untuk dia pilih siapa yang layak menjadi suri hati dia. Ummi lupakan je dua tahun yang kami cipta. Sekarang ni, ummi dah ada menantu yan sempurna dan yang lebih baik dari Rara. Ummi layan dia sebagaimana cara ummi layan Rara okey? Rara sayang ummi" Anayra terus memeluk tubuh Puan Rafisyah erat. Badannya terhinjut-hinjut menangis.
Kedua pasangan itu mendekati Puan Rafisyah dan Anayra dengan berpegangan tangan. Anayra mengesat air matanya. Dia tidak mahu nampak lemah dimata Eiman.
"Kenapa ummi menangis ni?" soal Khadijah, isteri Eiman.
Ummi hanya diam.
"Abang kenal ke dia? " Khadijah memandang suaminya kemudian memandang Anayra. Genggaman tangan mereka suami isteri masih tidak dilepaskan. Khadijah memeluk erat lengan suaminya.
"Dia kawan abang" kata Eiman tanpa teragak-agak.
Anayra memejamkan matanya buat seketika. Kawan? Mahu sahaja dia ketawa kuat sekarang ni.
"Anayra, abang nak jumpa Anayra dekat luar sekejap" ucap Eiman. Dia melepaskan genggaman tangan Khadijah kemudian berlalu pergi. Anayra menurut. Banyak yang ingin disoalkan pada lelaki itu.
Sampai sahaja diluar pintu masjid, Anayra terus memandang raut wajah lelaki yang pernah dia dambakan selama ini. Ye, inilah lelaki itu.
Lengkap berpakaian baju Melayu putih berkain pelikat dengan songkok. Teringat pula ketika mereka memakai baju yang sama warna ketika makan malam bersama keluarga Eiman. Diusik satu keluarga akan dirinya dengan Eiman seperti pasangan berkahwin. Dan hari ini, dia memakai baju Melayu yang sama warnanya tapi bukan nama Anayra yang dia lafazkan akad.
"Selamat pengantin baru abang. Senyap-senyap je eh? Tak bagitahu Anayra pun. Lama sampai dua tahun tak dengar khabar berita.. Tup tup dah kahwin. Nasib Anayra sempat tengok lafaz ijabkabul depan mata. Tahniah ye, Abang Ngah" ucap Anayra. Dia menahan air matanya dari mengalir. Senyuman cuba diukir sebaik mungkin.
"Anayra tak perlu nak sindir abang. Abang pun bersyukur yang abang tak perlu bagitahu Anayra perkara sebenar. Benda dah ada depan mata. Anayra dah nampak kan? Lafaz akad abang untuk Khadijah, isteri abang. "
kata Eiman tanpa senyuman.
"Betul, abang memang perlu bersyukur. Abang tak perlu cakap apa-apa.. Anayra dah tengok depan mata. Live! Terima kasih sebab terima kedatangan Anayra walaupun tak dijemput. Nak tahu tak sebab kenapa? Allah nak tunjuk perangai sebenar abang dan jauhkannya dari Anayra. Biarlah dua tahun tu menjadi perkara yang sia-sia.
Cuma kenapa abang? Kenapa abang minta Anayra tunggu abang? Kenapa?"
"Abang tak suruh Anayra tunggu abang. Abang hanya cakap yang abang harap Anayra akan tunggu abang. Tiada paksaan atau suruhan dalam ayat abang. Anayra jugak yang salah. Anayra percaya bulat-bulat. Itu salah Anayra. Abang tak salah apa-apa" ujar Eiman tanpa rasa bersalah.
Kalau boleh mahu sahaja dia pecahkan wajah dihadapannya ini. Dia... Salah...???
"Jadi, Anayra masih tunggu jawapan abang? Jawapan abang pada soalan Anayra adalah tidak. Abang tak pernah sukakan Anayra walau sedikit pun. Walau sebesar zarah sekalipun tiada langsung. Cinta abang hanya untuk Siti Khadijah Humaira. Isteri abang. Bidadari syurga abang. That's my answer,"
"Apa salah Anayra yang membuatkan abang lupa kewujudan Anayra? Anayra ni teruk sangat ke untuk abang tahu yang Anayra selama ni wujud? Abang lupa apa yang abang janjikan!"
"Abang tak janjikan apa-apa dengan Anayra. Tiada satu perjanjian antara Anayra dan abang. Dan Anayra tanya apa salah Anayra? Anayra tengok diri Anayra dengan Khadijah. Banyak beza seperti langit dan bumi. Dan Anayra tanya apa? You see how different between you and her? Hanya dia yang layak untuk abang."
"Abang nak Anayra berpurdah dulu ke? Nak Anayra hafal 30 juzuk al-quran baru abang nak terima?!!" soal Anayra. Dia hampir hilang sabar.
"Kalu dengan perempuan macam Anayra... Semestinya abang akan buang jauh-jauh. Perempuan macam Anayra berubah sebaik mana pun tetap akan sama. Tapi jika Khadijah, seburuk mana kelakuan dia, dia lebih tinggi darjat dari Anayra. Lagi sempurna untuk abang jadikan isteri," ucap Eiman. Dia mula berpaling dan melangkah menuju ke arah isterinya meninggalkan Anayra yang terkontang-kanting disitu.
Dipeluk pinggang isterinya erat dan melupakan apa yang terjadi antara dia dan Anayra. Gelak tawa suami isteri itu membuatkan hati Anayra lagi pedih. Dia tak sanggup melihat kebahagiaan itu. Dia tak mampu untuk hadapi semua ini.
Anayra jatuh terduduk atas lantai masjid itu dengan linangan air mata. Memang ini sahaja ke kesudahannya? Dia mencintai kemudian disakiti? Dia tak layak ke untuk mendapatkan kebahagiaan? Dia tak layak ke??!!
"Ya Allah.. Apa salahku sehingga engkau memberikan aku dugaan seberat ini Ya Allah. Apa salahku Ya Allah... " rintih Anayra. Mata dipejam rapat.
"Terima kasih abang atas kejutan yang abang berikan. Kejutan yang abang bagi memang mengejutkan Anayra, "
•••
Anayra pulang ke rumah hanya dengan berjalan kaki. Hujan lebat tidak dihiraukannya. Pakaiannya habis basah kuyup.
Sampai sahaja di rumah, Puan Sari terus mendapatkan Anayra yang terduduk di lantai luar rumah diiringi hujan yang membasahi anak gadisnya.
"Ya Allah Ya Tuhanku, apa yang terjadi ni Anayra?? " Puan Sari terus memeluk anaknya erat. Anayra menangis dalan dakapan Puan Sari.
"Abang Eiman dah kahwin mama.. Dia dah ada isteri yang lebih sempurna dari Anayra... Anayra- " dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Sakit itu hanya Allah yang tahu.
"Allahuakhbar... "
•••
Puan Rafisyah datang ke rumah bagi menjelaskan apa yang berlaku. Katanya, Eiman berjumpa dengan Khadijah ketika mereka sama-sama belajar di Mesir.
Kemudian dia membawa pulang Khadijah untuk diperkenalkan dengan ummi dan abahnya.
Puan Rafisyah terang-terang menolak. Tapi Eiman tetap dengan keputusannya juga.
FLASHBACK
"Apa yang Abang Ngah cakap ni? Anayra macam mana? " soal Puan Rafisyah sambil membentangkan matanya luas.
"Apa kaitan dengan Anayra dengan permintaan Abang Ngah untuk berkahwin dengan Khadijah? "
"Dia dah tunggu kamu lama, Eiman.. "
"Siapa suruh dia tunggu? Ada Abang Ngah paksa dia? Takkan? Lagipun, Abang Ngah dah bagi bakal menantu yang lagi baik dari Anayra. Lagi sempurna dari Anayra. Perempuan macam Anayra tu Abang Ngah boleh cari mana-mana jelah ummi.. "
"Apa yang kamu cakapkan ni, Eiman?! Anayra yang percayakan kamu sehidup semati dia, kamu boleh cakap macam ni? Adab kamu mana??!! " tengking Puan Rafisyah kuat.
"Macam nilah ummi. Abang Ngah dah jumpa wanita yang sempurna buat Abang Ngah. Abang Ngah taknak gaduh dengan ummi pasal ni jadi Abang Ngah harap sangat ummi restu. Khadijah layak jadi isteri Eiman. Cuba ummi bayangkan kalau Eiman kahwin dengan Anayra? Pecah rumahtangga kami nanti. Dia pandai masak? Dia pandai kemas rumah? Kalu takde semua tu, rumahtangga kami tak sampai sebulan ummi.. Mungkin dalam sehari lepastu cerai," selamba sahaja percakapannya. Kemudian dia terus berlalu pergi masuk ke dalam bilik.
"Eiman! Ummi tak habis cakap lagi dengan kamu!!"
Sampai begitu sekali Eiman fikir pasal dirinya. Hanya kerana satu hal kecil.
Dia dah tawar hati untuk membuka pintu kepada lelaki lain. Cukuplah setakat ni sahaja hati dia sakit. Dia tak sanggup disakiti lagi. Terlalu banyak dugaan yang dia hadapi.
Cukuplah hanya ini sahaja penderitaannya.
This is how betrayal starts... not with big lies, but with small secrets.
Share this novel