Alhamdulillah, Aqeef dah selesai last paper. Lepas ni mereka sekeluarga akan menjemput Aqeef pulang dengan membawa barang-barang dia yang banyak tu.
Mereka bertolak ke Universiti yang tidak jauh dari rumah. Encik Azman memandu kereta dengan berhati-hati.
Sampai sahaja disana, wajah Aqeef yang tersengih seperti kerang busuk menjadi tatapan. Seronoklah tu orang datang jemput dia.
Keluar sahaja dari kereta, Anayra terus memeluk abangnya.
"Tahniah abang! Done last paper! " ucap Anayra sambil tersengih. Aqeef mengusap kepala adiknya.
"Thank you. Eh, Nina tak ikut sekali ke, abah? " mata Aqeef meliar mencari adiknya yang seorang lagi. Encik Azman menggeleng.
"Dia ada study group dengan kawan dia.. Takpelah, ni mana barang yang nak dibawa masuk? Yang ni jeke?"
"Meh, sini ikut Aqeef. Barang banyak sangat. Yang ni je mampu angkat tadi.. Hehehe.. " Aqeef menggaru kepala.
Aqeef menunjukkan dorm yang dia tinggal. Masuk sahaja didalam, dorm itu sudah dipenuhi dengan ahli keluarga pelajar yang lain.
"Yang atas katil tu semua nak bawak dengan cadar katil dan sarung bantal sekali. Aqeef tak sempat nak lipat. Adik tolong eh? " Aqeef mengerdipkan matanya beberapa kali. Anayra menjulingkan matanya dan mengangguk.
"Okay, abah ambik barang atas katil dulu. Nanti abah datang balik ambik yang lain" ujar Encik Azman. Aqeef mengangguk. Puan Sari dan Encik Azman sudah hilang dari ekor mata dengan membawa barang-barang Aqeef.
"Eh, Alamak! Lupa pulak tertinggal berus gigi dengan ubat gigi dalan tandas! " Aqeef menepuk dahi. Dia terus ke tandas maka tinggallah Anayra berseorangan di atas katil abangnya yang sedang melipat cadar katil.
Tiba-tiba ada penutup tin makanan yang elok bergolek menyapa kaki Anayra. Anayra mengambil dan meliat-liar kan mata mencari pemilik.
"Ya Allah, penutup ni. Duk bergolek pulak entah kemananya hilang" rungut seorang wanita yang berusia dalam 40-an sedang bercekak pinggang sambil mata mencari -cari barang yang hilang.
Anayra terus mencuit bahu wanita itu sambil menyerahkan penutup tin tadi.
"Terjatuh tadi aunty." Anayra menghadiahkan senyuman manis. Wanita tadi menarii nafas lega. Disambut penutup tin itu dari tangan Anayra.
"Allahu, terima kasih ya sayang. Anak lelaki aunty lah, bawak banyak barang sangat. Jenuh nak dibawa balik. Entah apa-apa yang dibawanya" gelak kecil wanita itu. Anayra turut ketawa.
"Mummy! " seseorang memanggil wanita itu dari belakang. Barangkali anak lelakinya.
Nampak sahaja kelibat anak lelaki wanita itu, Anayra hampir ternganga luas sebesar padang golf.
Rambut diraup kebelakang yang bersinar, baju kemeja putih yang tidak berbutang tiga diatas, tali leher yang longgar, lengan baju dilipat sehingga siku... Indahnya ciptaan tuhan..
"Eh, Anayra? "
"Awak? "
"Korang dua kenal satu sama lain ke?" soal wanita itu. Anayra memandang wanita dan lelaki itu bersilih ganti.
"Tak, dia ni adik Aqeef, kawan Aaran. Sempatlah jugak berkenalan masa tinggal dekat rumah Aaran dulu" jelas Aaran.
"Ouh, patutlah. Aunty ni mummy Aaran. Panggil je Aunty Dareena. So, nilah Anayra yang Aaran ceritakan dekat mummy tu? " Puan Dareena mengangkat kening. Aaran menjegilkan mata. Anayra berkerut kening. Aaran cerita apa pasal dia dekat aunty ni?
"Mummy, " tegur Aaran perlahan tapi masih kedengaran tegasnya. Puan Dareena hanya membuat muka selamba.
"Eh, aunty nak pergi kemas barang anak bujang ni dulu. Nanti kita jumpa lagi okey ?" Puan Dareena meminta diri. Anayra hanya mengangguk. Tinggal Anayra dan Aaran sahaja.
Anayra gugup. Tak tahu mahu berbual apa dengan Aaran. Lama tak berjumpa.
"Kau pakai tudung yang aku bagi? " Aaran menyentuh hujung shawl yang Anayra pakai. Anayra diam.
"Cantik sangat, terima kasih awak" ucap Anayra ikhlas.
"Cantik, " puji Aaran.
"Kan? Pandai awak pilih shawl ni. Saya suka sangat! "
Aaran mendekati Anayra dan berbisik perlahan di telinganya perlahan. Anayra terkaku.
"Aku bukan maksudkan shawl ni, aku maksudkan kau, " kemudian, Aaran terus berlalu pergi ke arah Puan Dareena. Anayra masih disitu lagi. Terkaku dan termalu.
'Aku tak maksudkan shawl ni, aku maksudkan kau. Maksudnya, dia cakap aku cantiklah? Mama!! Ada orang cakap kita cantik! Alah malu, ' Anayra menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Pipi merona kemerahan.
Bibir masih mengukir senyum. Dia bergerak ke katil abangnya menyambung melipat cadar. Aqeef yang baru datang dengan beg mandian itu memandang adiknya pelik.
"Adik kenapa duk tersenyum macam orang gila ni? " Aqeef menjentik dahi Anayra. Anayra mengaduh kesakitan. Hilang senyuman dibibirnya.
"Aduhh! Abang ni! Boleh je cakap baik-baik kan? " Anayra memandang Aqeef sinis. Aqeef tersengih.
"Alah, abang jentik slow je. Lagipun adik tu, duk senyum sorang-sorang. Kena sampuk hantu ke? "
"Takdelah abang ni, orang senyum pun tak boleh. Ikut oranglah.. Ada guna bibir dia? Ada? Takde kan? Dah diam" Anayra menyambung melipat cadar katil dengan wajah yang masam. Aqeef menjulingkan matanya ke atas.
Puan Sari dan Encik Azman kembali. Selepas semua barang sudah diletakkan di dalam kereta, Aqeef bertemu rakan-rakannya untuk mengucapkan selamat tinggal.
"Aku pergi dulu, bro. Nanti kita jumpa lagi. " Aqeef memeluk Anas, Ilman dan Aaran cara 'lelaki'. Aarash? Entahlah.. Tak nampak pun.
"Jaga diri. Call aku bila nak lepak. " ujar Iman. Aqeef mengangguk. Anayra yang dibelakang abangnya hanya memerhati.
"Anayra? Byee.. " lambai Anas sambil tersengih. Anayra menghela nafas. Tak habis-habis. Atas dasar kesian, dia membalas lambaian Anas.
"Dia balas weyhh!! Adik kau balas! " Anas menggoncangkan tubuh Ilman kuat.
"Woi woi! Lek lek dahlah.. "
"Hahahah.. Okeylah, aku pergi dulu. Assalamualaikum" Aqeef meminta diri. Diangkat barang-barang yang terakhir keluar dari dorm tersebut. Anayra mengekor dari belakang.
Anayra memandang Aaran buat kali terakhir. Aaran juga sama. Aaran senyum senget sambil mengenyitkan mata. Anayra terpaku sebentar sebelum dipanggil Aqeef. Anayra cepat-cepat menjinjit beg bagasi abangnya. Aaran yang melihat kelakuan Anayra itu ketawa kecil.
"Alhena, " terbit nama itu di bibir Aaran.
•••
Anayra menaiki kereta Aqeef manakala Puan Sari dan Encik Azman menaiki kereta yang satu lagi. Mereka bertolak pulang.
"Adik, adik nak tahu sesuatu tak? " Aqeef bersuara.
"Nak! Apa dia? " tanya Anayra tidak sabar-sabar. Aqeef tersenyum.
"Aaran banyak tanya pasal adik. Selalunya dia tak pernah nak ambik tahu pasal perempuan. Abang pun pelik tapi yang abang tahu, dia suka dekat adik" ujar Aqeef tersengih nakal. Anayra terdiam.
"Dia tanya pasal adik? "
"Ye, kalau dia nak kahwin dengan adik, abang sokong seratus peratus."
"Ish, abang abang ni. Sampai ke situ pulak" Anayra menundukkan wajah. Malu.
"Elelele... Sukalah tu. Tapi abang memang serius, kalau adik nak, abang boleh tolong" Aqeef mengangkat kedua-dua belah keningnya.
"Takdenya.. " Anayra memalingkan wajah melihat pemandangan di kuar kereta. Nak tutup rasa berbunga punya pasal.
"Ni abang nak tanya. Adik dah tahu nak sambung belajar dekat mana? " soal Aqeef serius. Anayra berfikir sejenak.
"Anayra dah bincang dengan abah. Dia cakap baik sambung belajar dekat Universiti abang sebab ada course yang adik minat dekat situ dan satu lagi... Sebab dekat. Hehehe.. "
"Baguslah, belajar jauh-jauh pun sama je. Asalkan adik belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan mama dan abah. Jadi macam abang" dalam bicara terselit juga pujian pada diri sendiri. Dasar angkat bakul sendiri!
"Eleh.. Yelah, adik akan belajar bersungguh-sungguh. Tengok result SPM lah. Straight A! " giliran Anayra pula kembang hidung. Aqeef hanya menjulingkan mata. Perasan!
Share this novel