Anayra memberikan satu sampul kad kepada Eiman. Eiman memandang dia dengan pelik. Dicapai sampul itu dan terus dibukanya. Matanya terbuka luas.
"Kad jemputan kahwin? " soal Eiman kuat. Anayra mengangguk.
"Ye, kad jemputan kahwin Anayra dengan future husband Anayra. Walaupun masa abang ngah kahwin dulu abang ngah tak jemput Anayra, takpe... Anayra jemput abang ngah masa Anayra kahwin pulak. Jadi, sila datang ye" Anayra memberi senyuman mengejek.
Tangan Eiman digenggam keras. Hati dia membara. Tidak sangka gadis yang mula dia sayangi itu akan menjadi hak milik orang lain. Baru dia sedar yang gadis ini tidak main-main.
"Tak boleh ke Anayra pilih abang? Kita masih ada masa" pinta Eiman berharap.
"Masa untuk apa? Untuk kahwin dengan abang ngah? Buat apa? Masa Anayra terhegeh-hegeh dulu dekat abang ngah, abang ngah ada peduli? Tak kan? "
"Sekarang ni abang menyesal. Tolonglah, hentikan semua ni"
"Dahlah abang ngah, Anayra jemput abang ngah ni pun sebab Anayra masih anggap abang ngah ni sebagai ABANG Anayra. Anayra minta diri dulu, assalamualaikum " perkataan abang itu ditekankan. Anayra terus menuju ke arah kereta yang dipandu Hazel.
"If you still love me, please come back" bisik Eiman perlahan.
Kini baru dia mengerti, setia dari gadis itu amat berharga tapi bila dia sendiri yang mengkhianatinya, serta merta perasaan sayang itu akan hilang dari hati gadis itu. Kosong.
•••
Anayra dan Hazel berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah selepas penat mengedarkan kad jemputan kahwin. Habis satu mall itu di terjah. Sampai penat kaki Anayra dibuatnya.
'Aku yang pakai kasut flat pun dah sakit kaki, Hazel yang pakai kasut tumit tinggi enam inci ni pulak boleh je masuk lima belas kedai lagi. ' Anayra termengah-mengah.
"Sorry, Anayra. Banyak sangat sale harini. Okeylah, apa kata kita pergi makan? Rehatkan kaki tu" tangan Anayra terus ditarik ke KFC.
Hazel memesan hidangan Bucket and Combo untuk mereka berdua. Rahang Anayra jatuh. Kuat makan betul Hazel ni!
Hazel ni luaran nampak classy dan serius. Tapi, sebenarnya dia ni jenis mudah berkawan, kuat makan dan suka buat lawak. Hanya pakaian yang dia pakai sahaja yang membuatkan perwatakan dia lain dari yang lain.
"Hazel, Anayra nak tanya lah "
"Apa? " tanya Hazel sambil menggigit paha ayam goreng itu.
"Hazel sayangkan Aaran? "
Kelakuan Hazel terhenti. Dia memandang Anayra pelik.
"Kenapa Anayra tanya macam tu? "
"Saja je. Jawablah, " Anayra sengaja memberi sengihan.
"Hazel jujur eh? Sebenarnya Hazel memang sayangkan dia, sangat-sangat .Dia adalah kawan Hazel dari kecik lagi. Walaupun masa kitaorang jumpa buat pertama kali dia susah jugak nak buka mulut, tapi lama-lama dia juga yang paling mesra dengan Hazel."
Anayra mendengar cerita dari Hazel dengan penuh teliti. Terbit rasa bersalah dalam dirinya.
"Dia baik sangat dengan Hazel walaupun kitaorang setiap kali jumpa mesti gaduh. Lama-lama, perasaan sayang tu mula terbit. Hazel sayang dia sangat-sangat. Hazel... "
"Kalau Hazel sayangkan Aaran, Anayra boleh undur diri untuk Hazel. Anayra tak nak sebab Anayra, Hazel tak dapat cinta Hazel yang sebenar " kata Anayra ikhlas.
"Hah? Apa yang Anayra merepek ni? Cinta Hazel untuk siapa? Aaran? Eiiuuwww!! Hell no! Hazel just sayangkan Aaran sebagai adik! " kata Hazel kuat.
Anayra terkedu buat seketika.
"Adik? "
"Yelah, Aaran tu muda dua tahun dari Hazel. Hazel nak kahwin dengan dia? Puihh! Sampai mati Hazel tak nak. Hazel ada taste okay? " Hazel membuat muka kegelian.
"Jadi, Hazel tak pernah cintakan Aaran? "
"No! Hazel pun dah ada kekasih hati. Adui.. Anayra ni terlalu baik sangatlah, don't worry.. Aaran milik Anayra" Tangan kiri Hazel menggenggam erat tangan kiri Anayra. Senyuman dihadiahkan. Ingin meyakinkan gadis itu.
"Serius? "
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Serius lah! Kekasih kita sugar daddy tau! Eh.. " lekas Hazel menutup mulut. Alamak! Terkuat pulak.
"Hah? " Anayra berkerut kening.
"Takde apa lah. Cepat makan. Sejuk pulak ayam tu"
•••
Hari ini detik yang ditunggu, Anayra dan Aaran bakal diijabkabulkan. Anayra yang sudah lengkap berbaju kurung putih sedang ditata rias oleh mak andam. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Veil diletakkan di atas kepala.
"Cantiknya kau babe!! Kalau bakal suami kau tengok ni, confirm jatuh" lengan Nani dicubit. Nani menggosok lengannya sambil memuncungkan bibir.
"Kau jangan nak puji lebih-lebih. Aku berdebar ni" Anayra mengipas-ngipas mukanya.
Puan Sari menjengulkan kepala di pintu. Dia tersenyum manis melihat anak gadisnya yang sudah siap ditata rias.
"Mama? " Anayra memandang wajah Puan Sari.
Puan Sari mendekati Anayra dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi anaknya. Maklumlah, anak dah nak kahwin, siapa yang tak sedih kan?
"Anayra jadi isteri yang solehah dan taat pada suami okey? Mama sayang Anayra sangat-sangat"
Anayra mengangguk.
"In Shaa Allah, mama. Doakan kebahagiaan Anayra. Anayra sayang mama jugak" dipeluk tubuh wanita itu.
Air mata mula bergenang. Cepat-cepat dia menyapu air matanya dari mengalir. Nani disebelah hanya memerhati drama air mata dua beranak itu.
"Jom, Aaran dah sampai dah tu. Kejap lagi akad nak mula"
Anayra berdebar. Tidak lama lagi dia akan bertukar status. Dia tidak duduk diam.
"Macam mana ni? " Anayra kalut.
"Kau rileks je. Kita sama-sama turun. Okey? Jom" Nani setia disisi.
Mereka melangkah menuju ke pelamin yang sudah terhias cantik. Mata Anayra memandang wajah si pujaan hati.
Anas yang berada disebelah Aaran menyenggol lengan lelaki itu.
"Weyh! Cantik siot bakal bini kau! "
"Eh, mesti. Tengok abang dia lah. Hesmes " Aqeef mengangkat-angkat kening bangga. Alamak, angkat bakul sendiri pulak dah. Ilman dan Anas membuat muka menyampah.
Aaran mendongak memandang di pujaan hati. Dia tergamam.
'She's so pretty! '
Banyak mata-mata yang memandang Anayra sekarang ini. Jurugambar juga sedang melakukan tugasnya.
Aaran menarik nafas kemudian dihembuskan perlahan.
Jujur, ternyata diri dia juga berdebar. Semalam, berapa kali dia praktis di depan Aqeef untuk melafazkan akad. In Shaa Allah.. Dia boleh.
"Bismillah, nampaknya dah boleh mula. Pengantin lelaki dengan perempuan ni dah bersedia? " soal Tok Kadi. Aaran mengangguk diikuti Anayra.
"Baiklah, bismillahirahmanirahim. Tengku Aaran Merdaad bin Tengku Shah, aku nikahkan dikau dengan Nur Anayra Alhena binti Azman berwakil walikan bapanya kepada saya, dengan mas kahwin Rm20,000 ringgit tunai" ucap Tok Kadi itu.
Nafas ditarik perlahan.
"Aku terima nikahnya, Nur Anayra Alhena dengan mas kahwinnya Rm20,000 ringgit tunai. "
Dengan sekali lafaz sahaja, Anayra sah milik Aaran. Anayra mengucapkan syukur. Hampir menitis air matanya. Inilah perkara yang dia harapkan dalam hidupnya.
Puan Sari dan Puan Dareena disalam hormat. Puan Dareena memeluknya erat. Puan Rafisyah tidak dilupa juga. Dicium tangan wanita itu.
Niat Puan Rafisyah ingin bermenantukan Anayra tidak kesampaian. Puan Rafisyah akur. Biarlah Anayra mencari cinta dia sendiri.
"Tahniah Anayra! Aku doakan kau bahagia dunia akhirat! " Nani memeluk Anayra erat.
"Tahniah kakak, doakan Nina dapat suami yang hensem macam abang Aaran" kata Nina gedik.
Kepala Nina disekeh Puan Sari.
"Kamu tu baru dua belas tahun. Amboi, gatal nak menikah, eh? " kata Puan Sari. Anayra ketawa kecil.
"Congrats bro! " Ilman, Anas dan Aqeef menepuk bahu sahabat mereka.
Aaran berjabat tangan dengan Encik Shah dan Encik Azman. Kini, dia sah bergelar suami kepada gadis yang bernama Nur Anayra Alhena.
Selepas bacaan doa, tiba masa untuk pembatalan air sembahyang. Aaran melangkah ke arah isterinya.
Anayra berdebar-debar apabila Aaran semakin mendekatinya. Aaran duduk di sebelah Anayra, dihadiahkan senyuman bak gula kapas.
"Assalamualaikum," Aaran memberi salam terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam" Anayra menjawab sambil tertunduk malu.
"Alalala... Malu-malu biawak pulak pengantin di belah parang ni, " Anas mengusik.
Wajah mereka berdua bertukar kemerahan.
Tangan Anayra disambut perlahan. Dia dapat rasakan gigilan pada gadis itu. Yelah, tak pernah disentuh lagi dari mana-mana lelaki yang bukan mahram kan?
Disarungkan cincin Tiffany and Co itu pada jari manis Anayra. Anayra kemudiannya, mengucup tangan suaminya. Cahaya dari kamera tidak lepas merakamkan aksi itu.
Giliran pengantin perempuan pula yang menyarungkan cincin. Aaran menghadiahkan ciuman di dahi. Anayra kaku. Lama-kelamaan dia menutup mata. Menikmati keindahan suasana itu.
"Sudah-sudahlah tu pengantin lelaki pun. Nak lebih-lebih sila masuk bilik. Hormat orang single ni jugak" Aqeef bersuara nakal.
Aaran cepat - cepat melepaskan ciuman. Pipi Anayra merona kemerahan.
Akhirnya, majlis itu diakhiri dengan jamuan makan.
Dalam pukul 7:30 malam, majlis resepsi diadakan di dewan tertutup di hotel lima bintang disponsor oleh Encik Shah. Anayra siap memakai gaun merah dan Aaran sudah lengkap dengan tuxedo hitam sama warna dengan tali lehernya.
Lengan Aaran dipaut Anayra. Mereka berdiri di depan pintu dewan. Menunggu masa untuk berarak.
"Saya berdebar lah.. "
"Bertenang. Aku ada. I always beside you, Alhena," ucap Aaran romantis.
Anayra berkerut kening. Nama itu kerap dipanggil Aaran.
"Kenapa awak selalu panggil saya Alhena? Tiada siapa lagi yang panggil saya dengan nama tu"
"Then, let me be the first one"
Anayra memandang Aaran dan tersenyum. Diangguk perlahan. Sukalah tu.
Pintu dewan dibuka. Aaran memandang Anayra sekilas.
"Are you ready, Alhena? "
Anayra mengangguk.
"Yes, i am"
Mereka berjalan bersama-sama diatas white carpet dan menghadiahkan senyuman kepada tetamu yang hadir. Flash camera dari jurugambar juga memenuhi dewan yang serba putih itu.
Sampai sahaja di pelamin, Nani dan Ilman yang setia di sisi mula mengambil tugas mereka.
Senyuman tidak lekang dari bibir mereka berdua. Peluh yang menitik di dahi Anayra di lap Nani.
Pasangan dua sejoli itu bersalam-salaman dengan kedua ibu bapa mereka. Dipeluk cium syurga mereka.
"Tahniah, sayang. Semoga Anayra bahagia selalu. Mama selalu doakan anak mama" ucap Puan Sari.
Anayra memeluk wanita itu dengan berjujuran air mata.
"Terima kasih, mama. Anayra pun harap benda yang sama"
Giliran Puan Dareena dan Encik Shah pula. Puan Dareena mengucup kedua belah pipi Aaran dan Anayra.
"Congrats Aaran dan Anayra! Mummy doakan kamu berdua bahagia sehingga anak cucu cicit. Jangan lupa bagi mummy cucu banyak-banyak tau! "
Anayra dah senyum kekok. Diteguk air liur perlahan.
"In Shaa Allah mummy... On the way," Aaran memberikan thumbs up kepada Puan Dareena. Puan Dareena dah tersengih.
Gatal!
Anayra dan Aaran turun dari pelamin menyambut tetamu yang datang. Hazel yang membawa hadiah di tangan mendekati Anayra dan Aaran bersama Luan.
"Congratulation both of you! Jangan lupa buat baby banyak-banyak! " Hazel menyerahkan hadiah itu kepada Aaran. Anayra senyum terpaksa.
Dah kali kedua dah orang cakap pasal ni. Mana nak letak muka ni?
"Terima kasih, Hazel. Kau pun jangan lama-lama sangat. Nanti jadi andartu" Aaran mengusik.
Wajah Hazel yang ceria tadi terus bertukar masam. Dijeling Aaran tajam.
"Congrats, Anayra dan Aaran. " ucao Luan yang daei tadi mendiamkan diri.
"Thank you, bro. Aku pun doakan supaya kau jumpa seseorang. " Aaran menepuk-nepuk bahu Luan.
"Terima kasih"
Nani yang dari tadi sibuk dengan tugas dia sebagai pengapit tidak berbayar, menuju ke arah pengantin tersebut.
"Tahniah babe! Tak sangka aku kau kahwin dulu! Nampaknya, aku single sorang-soranglah ni" Nani memuncungkan bibirnya. Anayra ketawa.
"Kalau kau nak, apa kata kau ambik kawan Aaran yang jadi pengapit tu. Korang pun boleh tahan sepadan. Hmm.. Not bad"
Nani menampar perlahan lengan Anayra.
"Ish, kau ni! Tak payah lah mention dia! Macam takde orang lain pulak. Dah lah jarak umur aku dengan dia jauh"
"Elelele... Nak cakap. Aku pergi order" Anayra mengusik lagi.
"Anayra! " wajah Nani sudah kemerahan menahan malu.
Mana tak nya? Semasa pengantin sudah turun menyambut tetamu, benang lengan baju Nani tersangkut pada jam yang dipakai Ilman. Entah bagaimana boleh tersangkut pun dia tidak tahu.
"Eh, sorry awak. Saya tak tahu macam mana dia boleh tersangkut. Kejap saya cuba leraikan" tangan Nani lincah melepaskan tautan mereka.
Ilman hanya memandang wajah yang kalut itu tersenyum simpul. Selepas sahaja ikatan itu terputus, Nani cepat-cepat berlari ke arah Anayra.
Ilman menggeleng kepala melihat tingkah laku Nani yang mencuit hati itu. Hatinya yakin mengatakan,
'Jodoh aku dah sampai'
Share this novel