Mereka berhenti di sebuah restoran nasi berlauk untuk makan petang sebelum berangkat pulang.
Maira meliar-liarkan mata.
"Awak... Takde ke makanan yang jual western food kat sini? Maira tak boleh makan nasi, lagipun berminyak pulak tu. Maira diet ni..." rintih Maira sambil menarik-narik hujung baju Aaran. Aaran menoleh.
"Tak payah diet lah sayang... Sayang dah kurus, cantik dah. Jauh lah nak cari western food dekat sini. Payah" kata Aaran.
Maira berubah wajah. Kepala digelengkan beberapa kali.
"Alah... Nanti Maira gemuk, awak dah tak sayang Maira. Jomlah, awak... Awak sayang Maira kan? Kalau sayang, jomlah pergi beli untuk Maira" Maira mencuba nasib lagi. Kini dengan bibir dijuihkan sambil mengerdipkan mata.
Aaran akhirnya pasrah. Siapa tak sayang bini? Dia ikutkan sahaja.
"Tapi, sayang kena janji. Malam ni abang nak ganjaran abang. Boleh? " Aaran senyum nakal.
"Itu memang rutin tiap hari... " kata Maira dengan suara meleret.
Maira senyum menggoda sambil mata melirik ke arah Aaran sambil mengenyit sebelah mata. Kemudian ketawa kecil.
"Sorrylah weyh, aku dengan Maira nak pergi beli western food kejap"
"Kenapa pulak? Order jelah nasi kat sini" Ilman mengerutkan kening.
"Maira nak western food. Dia tak boleh nak makan nasi. Aku pergi dulu, eh? Nanti kita jumpa kat hotel" kata Aaran sambil menarik tangan Maira erat menuju ke kereta.
Hazel dah menjulingkan mata menyampah.
"Eleh, tak makan nasi. Gedik lah minah tu. Mengada-ngada melebihkan Kim Kardashian. Tengok aku, makan nasi pun badan maintan. Bongok je lebih" kata Hazel sambil menyisip minumannya.
"Kan? Melebihkan anak dato. Dia ingat dia tu siapa?" tambah Nani.
"Dahlah tu baby... Tak baik mengumpat pasal orang lain" tegur Ilman. Kepala isterinya diusap.
"Okey awak... " Nani mengangguk.
"Lepastu, kan. Nak tahu tak? " Hazel menambah lagi.
"Nak nak nak!! " Nani segera mendekatkan kerusi menghadap Hazel. Mata dan telinga fokus akan apa yang diceritakan oleh Hazel.
Ilman menepuk dahi. Isteri dia ni... Nasib baik sayang.
Anayra hanya diam. Tak mahu tahu, dan tak nak ambil tahu pun! Biarlah mereka berdua tu nak dating ke, apa ke... Dia tak kisah!
Asalkan dia dapat makan!
Ye! Itu penting!
Ralit dia menyendukkan lauk-lauk yang terhidang di depan mata ke dalam pinggan. Sedap! Tak sabar nak mencekik!
"Berapa jumlah semua ni kak? Sekali dengan air teh'o ais" soal Anayra. Beg dompet sudah dipegang.
"Makanan akak dah ada orang bayarkan dah" ujar pekerja itu. Anayra terkedu.
Dah bayar?
"Siapa yang bayar? "
"Encik tu" tunjuk pekerja itu kepada meja tempat duduk mereka.
"Yang mana? " banyak sangat encik kau ni. Yang mana satu?
"Yang pakai jaket hitam tu. Tulah orang yang bayarkan makanan cik"
Anayra mengerutkan kening. Abang Luan?
"Takpelah, terima kasih dik" ucap Anayra.
Adik eh? Aku baru umur 20 tahun. Ahh! Kisah apa aku.
Dia mendekati Luan rapat.
"Terima kasih, Abang Luan sebab belanja saya. Tapi, lain kali Abang Luan tak payahlah bayarkan. Nampak macam Anayra tak ada duit pulak"
Luan hanya senyum.
"Kasih diterima. Takde apalah. Belanja ADIK IPAR sendiri. Takkan tak boleh? " perkataan itu sengaja ditekankan. Anayra mengangguk.
"Alah, Anayra. Terima je... Benda free tak perlu ditolak. Lain lah Hazel. Kena paksa Luan ni dulu baru nak tolong belanja. Dasar sepupu! " bahu Luan ditumbuk.
"Eh... Eh... Aku dah tolong bayar, kan? Terima kasih pun takde, ni kena tumbuk pulak"
Hazel sengih. Diusap perlahan bahu Luan.
"Alah... Sorrylah sepupu ku yang hensem tapi tak hensem. Nanti aku belanja gula-gula 20 sen satu. Okey? " Hazel mengerdipkan mata beberapa kali. Luan mencebik.
Gula-gula 20 sen buat apa? Satu pulak tu.
Anayra hanya menggeleng kepala. Dia menikmati makanannya dengan tenang. Dia dah taknak fikir apa-apa.
Full stop.
•••
Malam itu, mereka ke Pasar Malam Sungai Ruil. Di sana, ramai pengunjung-pengunjung yang datang membeli pelbagai aneka makanan, minuman dan barang-barangan.
Anayra ditarik Hazel ke setiap gerai yang ada dengan dompet setia ditangan. Matanya membulat melihat pelbagai makanan yang sedap sehingga membuatkan dia kecur air liur melihatnya.
"Hazel nak beli strawberry coklat dengan ayam gunting dekat sana, kejap" kata Hazel sebelum memecut meninggalkan Anayra. Anayra hanya tersenyum.
Matanya pula meliar-liar memikirkan apa yang ingin dibeli. Akhirnya, sotong dan udang goreng tepung menjadi pilihannya pada malam itu.
"Kak, nak sotong dengan udang tu campur sekali rm10" pesan Anayra.
Pekerja gerai itu tangkas membuat kerjanya. Selepas selesai membayar harga makanan, minuman pula dicarinya.
Air milo ais di dalam bekas besar tersebut menarik minatnya untuk membeli. Dia mendekati gerai minuman tersebut dan memesan air.
"Semuanya rm2," kata pekerja itu sambil menghulurkan bekas plastik berisi air milo ais. Anayra menyambut sambil memberikan duit rm1 dua keping.
"Terima kasih. Saya beli, ye"
"Jual" balas pekerja tersebut.
Anayra melihat bungkusan plastik makanan dam minumannya sambil tersengih. Tak sabar nak makan! Nak kena pergi cari lagi ni!
•••
Maira cemberut wajah. Dari tadi Aaran asyik melihat Anayra yang ke hulu ke hilir membeli makanan. Mereka berdua dari tadi berdiri di tepi tiang lampu sambil memegang plastik makanan.
"Awak, jom makan! Maira suapkan" Maira menghalakan jagung bakar ditangan pada Aaran.
Aaran menggeleng.
"Abang tak makan jagung bakar " kata Aaran. Maira merengus.
"Lepastu, awak nak makan apa? "
"Sayang makan jelah... Abang tunggu sayang habis makan" kata Aaran. Mata dialihkan kembali pada isteri pertamanya.
Maira menjeling tajam. Tak pandang dia langsung! Asyik pandang madu dia je!
Hazel dan Ilman yang melintasi mereka berdua dipanggil Aaran kuat. Hazel mengangkat kening.
"Tolong jaga Maira kejap. Aku nak pergi tandas" ujar Aaran kalut. Hazel membuntangkan mata.
"Eh, hello?? Aku bukan babysitter nak kena jaga budak ni! " kata Hazel sambil menyuapkan bebola ubi goreng ke dalam mulut dan dikunyah kasar.
"Maira nak ikut awak... " kata Maira sambil menjuihkan bibir.
Hazel disebelah sudah menjulingkan mata keatas. Laki kau nak ke tandas pun kau nak ikut?
"Abang pergi kejap je... Sayang duduk dengan Hazel kejap eh? Nanti abang datang balik" kata Aaran sebelum meninggalkan mereka bertiga.
"Awak... " panggil Maira dengan suara meleret. Jari-jemari menguis-nguis hujung baju.
"Halah-halah... Laki kau nak pergi jamban pun kau nak ikut. Manja! Aku rasalah, berak kau pun kau suruh laki kau cebok kan? " sindir Hazel sinis. Maira sudah mati kutu.
Nak berperang mulut dengan Hazel? Silap-silap dia sendiri yang kalah dulu.
"Hazel... Stop it" tegas Luan menegur.
Hazel seperti biasa buat-buat tidak dengar.
"Kau tengok Anayra tu, takde laki dekat sisi pun boleh jaga diri. Satu sen pun tak mintak duit laki. Nampak terurus je. Cantik daripada engkau lagi! Nak banding dengan engkau? Maaflah, aku kirim salam dulu."
"Hazel..." suara Luan dikeraskan.
Ada Hazel kisah? Sudah tentu tidak.
"Nak bandingkan kau dengan Anayra? Macam langit dengan bumi. Entahlah kau datang dari mana nak jadi salah satu ahli dalam family aku, Hahaha...hello? Dari mula lagi aku tak anggap kau family aku tau. Tak pernah sekali aku anggap"
Maira sudah menundukkan wajah. Malu mungkin.
Pinggang Hazel ditarik erat. Hazel terjerit kecil sebelum tubuh rapat dengan dalam dakapan Luan. Hazel memandang Luan dengan muka tidak puas hati.
"Kau kenapa? Dah bongok akal?" soal Hazel sambil menumbuk dada sepupunya itu. Luan senyum sinis.
"Dah kau taknak diam. Aku rasa cara ni baru boleh tutup mulut tak bertapis kau tu"
Hazel mendecit.
"How? Mulut aku ni automatik bergerak. Dah tak boleh tutup walaupun aku cuba tutup. Say sorry not sorry lah" Hazel gelak sinis.
"Really? Kalau aku boleh buat mulut kau tutup macam mana?" Luan jongketkan kening sebelah.
"Macam mana?"
Luan mendekatkan bibir pada telinga Hazel yang dilitupi rambut. Luan menguakkan sedikit rambut Hazel supaya suaranya jelas kedengaran pada gegendang telinga gadis itu.
"Kiss you?" kata-kata dari suara serak basah itu membuatkan Hazel ketawa terbahak-bahak.
"Kiss? Me? From you? Kau takkan berani pun" kata Hazel. Ketawanya masih berbunyi. Lawak sangat agaknya jawapan Luan itu.
"Let see..." rambut blonde Hazel yang melitupi separuh wajahnya dikuakkan kebelakang telinga. Pipi merah itu dielus lembut.
Ketawa Hazel terhenti. Dah kenapa dengan Luan ni? Dada sudah berdegup kencang.
"Kenapa berhenti?" soal Luan sambil tersenyum nakal. Tangan yang mengelus pipi Hazel beralih pada belakang leher gadis itu dan mengurut sensual.
"Kau jangan buat aku macam ni, Luan. Kau demam ke?" soal Hazel. Telapak tangan sudah ditekapkan pada dahi Luan. Luan menepis tangan Hazel. Pelukan dipinggang ditarik merapat.
Gila woii!! Public! Nasib baik dekat tempat tersorok sikit.
"Hmm..? What honey?"
Leher Hazel ditarik laju. Bibir mereka hampir bertemu. Hazel menahan dada Luan kuat.
Tercetus gelak tawa Luan dari tadi. Mata Hazel terkebil-kebil memandang si jejaka.
"Tau pun nak diam. Kau ingat aku tak tahu hukum?" kata Luan sambil melepaskan pelukan. Hazel mencebik bibir.
"Kalau dah tahu, tak payah buat!"
"Kalau kau nak sambung, kahwin dengan aku dulu"
Hazel membuntangkan mata. Gila!
"Nehi, never, forever and after! Aku nak kahwin dengan kau? Lambertt... Lagi"
Luan ketawa besar.
Guruh berdentum sebelum air hujan menimpa bumi. Makin lama, makin lebat. Hazel kalut menyelamatkan makanan di dalam baju sejuk yang dipakai. Dia basah takpe, asal bukan makanannya.
"Jom, masuk kereta. Maira, ikut sekali" arah Luan.
Maira menggeleng.
"Suami Maira macam mana? Maira nak suami Maira! "
Hazel bercekak pinggang.
"Hello, bitch? Kau nak basah, dipersilakan. Nak masuk hospital, dialu-alukan. Nak mati, dengan seluruh tapak stadium aku benarkan. Banyak songeh lah engkau ni! Suruh masuk, masuk jelah! Banyak cekadak pisang pulak kau ni! Aku tepok karang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah" kata Hazel sebelum memasuki kedalam kereta.
Tanpa bantahan, akhirnya Maira hanya akur. Kereta bergerak meninggalkan perkarangan pasar malam tersebut.
•••
Anayra kalut. Badan dia habis basah kuyup. Dia berteduh di suatu tempat. Nafas dihembus perlahan. Sejuk. Tinggal dia sahaja di kawasan itu. Dia kena telefon Hazel supaya mengambilnya di situ.
"Sayang? "
Suara garau dibelakangnya mengejutkan Anayra. Anayra berpaling. Suaminya, Aaran yang juga turut basah berdiri disisinya.
Anayra diam. Tidak tahu untuk memulakan bicara. Dia memeluk tubuh erat. Plastik makanan tadi diletakkan di penjuru dinding, jauh dari terkena air hujan.
Aaran memandang Anayra atas bawah. Matanya meliar melihat baju blouse isterinya yang melekat pada setiap lekuk tubuh. Dia meneguk air liur.
Dahlah isterinya memakai baju putih nipis! Pakaian di dalam yang berwarna hitam, Aaran hanya memerhati dalam diam.
Anayra yang merasakan dirinya diperhati menoleh ke arah suaminya.
"Abang tengok apa? " soal Anayra sambil mengerutkan kening.
Aaran cepat-cepat mengalihkan wajah. Anayra semakin hairan. Dia menunduk melihat dirinya yang basah.
Matanya dibulatkan.
"Gatal lah abang ni! " jerit Anayra kecil sebelum tangan cuba menutup apa yang perlu ditutup. Aaran tersengih nakal. Dia mendekati isterinya sambil baju sejuknya dibuka dan dipakaikan pada tubuh Anayra.
Anayra terkedu. Badan dia masih menggigil kesejukan.
Aaran memeluk Anayra rapat. Memberikan haba tubuh pada isterinya. Macamlah dia tidak nampak gigilan kecil tadi. Dia tersengih.
Mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Anayra menutup mata, menikmati kehangatan tubuh suaminya. Tenang.
Apabila mata dibuka sahaja, bebola mata coklat itu bersabung dengan mata hitamnya lama. Dengan keadaan mereka yang intim itu membuatkan Aaran tidak tahan lagi. Mata polos tersebut dengan keadaan Anayra yang basah kuyup membuatkan Aaran menarik leher isterinya dan terus melekapkan bibir mereka berdua.
Share this novel