•^BAB 43^•

Romance Series 37373

Aaran memberikan pregnacy test itu kepada Anayra. Dua line merah yang terpapar itu dipandang. Pegangan pregnancy test tersebut terketar-ketar.

Lama-kelamaan, senyuman diukir juga pada Aaran.

"Tahniah abang, Maira. Tahniah sebab nak dapat baby. Jaga kandungan elok-elok. Abang jaga Maira elok-elok" ucap Anayra.

"Sudah semestinya abang akan jaga anak abang. Abang tak sangka yang abang akan jadi Daddy! " Aaran bersorak keriangan. Maira hanya tergelak dengan tingkah laku Aaran.

"Anayra masuk bilik dulu, nak mandi. Dah melekit satu badan. Anayra masuk dulu, eh" Anayra meluru ke biliknya. Dilihat buat kali terakhir, Aaran sedang memeluk erat Maira dan mencium bertalu-talu wajah madunya itu.

Dia memejamkan mata. Terus ditutup pintu bilik rapat. Dia bersandar pada pintu bilik. Mulutnya ditekup, tidak mahu esakan tangisnya berbunyi. Linangan air mata mula mengalir. Perit dan sakitnya dia, hanya tuhan yang tahu.

Tangan dia perlahan menurun ke perutnya yang kempis. Digosok permukaan itu perlahan-lahan.

"Anak mummy bila nak wujud, sayang? Bila mummy boleh happykan daddy macam tu? Kenapa sayang tak muncul lagi dalam rahim mummy? Mummy nak sangat happykan daddy dengan kehadiran sayang, " tutur Anayra.

Ya Allah... Peritnya apa yang dia rasakan ini...

Dia masih boleh ingat macam mana gembira dan bahagianya Aaran dengan kehadiran si cilik di dalam rahim madunya. Buat pertama kali, wajah Aaran terlihat sangat bahagia.

Bila dia boleh gembirakan Aaran seperti itu? Bila dia boleh bahagiakan Aaran seperti itu?

Mengandung adalah satu impian setiap isteri. Begitu juga Anayra.

Dia mandul ke? Dia tak boleh bagi Aaran zuriat ke? Ya Allah...

"Bila sayang nak datang ni? Mummy nak sangat gembirakan daddy... Please sayang... Tolonglah muncul dalam rahim mummy... Mummy--" dia tak sanggup lagi meneruskan kata-katanya.

Pedih dan perit yang sukar untuk dia telan. Bahagia.... Adakah itu milik dia?

Anayra memandang pasangan sejoli yang baru turun dari bilik. Anayra hanya menunggu di ruang makan.
Anayra memberikan senyuman kepada Aaran dan Maira. Sarapan sudah lama terhidang.

"Makan banyak-banyak tau. Nanti baby jadi kuat macam daddy" kata Aaran sambil menggosok perut Maira lembut.

"Kalau makan banyak-banyak nanti, Maira gemuk, awak dah tak sayang Maira" ujar Maira sambil memuncungkan bibir.

"Sayang gemuk ke, kurus ke, abang tetap sayang isteri abang. Terima kasih sebab sanggup kandungkan zuriat abang. Abang bahagia sangat"

"Sama-sama, awak"

Seperti halimunan disitu, Anayra hanya memerhatikan mereka berdua. Terbit rasa pilu dihati.

Maira dah mengandung, jadi semua perhatian akan beralih kepada Maira. Dia? Mungkin hanya akan jadi tunggul sahaja di dalam rumah itu.

"Abang makanlah dulu, Anayra nak ambil beg kejap. Lepasni, kita pergi sama-sama, eh? " Anayra mula bersuara.

"Em.. Abang tak boleh hantar Anayra pergi Universiti harini. Abang nak bawa Maira pergi buat buku pink. Anayra boleh pergi sendiri, kan? " soal Aaran lembut.

Anayra perlahan-lahan mengangguk. Ye, dia boleh buat semuanya sendiri.

"Ouh, dan satu lagi. Bila abang pergi kerja, nanti Anayra tolong tengokkan Maira. Jangan bagi dia buat kerja berat-berat. Ingat, dia mengandung" pesan Aaran. Anayra mengangguk lagi.

Senyuman pahit diberikan. Dia kebiliknya untuk mengambil beg tangan lalu turun ke bawah semula. Kunci kereta sudah ada ditangannya.

Anayra menghulurkan tangan pinta disalam. Tangan disambut. Anayra mengucup lembut tangan suaminya.

Kemudian, kereta mula bergerak pergi menuju ke destinasi. Air mata yang mengalir dikesat laju.

"Sabar Anayra... Ada rezeki, kau pula yang akan merasai. Tenang, kau kuat" Anayra cuba untuk memotivasikan dirinya. Dia cuba untuk kuat.

Done last paper! Akhirnya... Dia berjaya juga sehingga ke titik akhir. Alhamdulillah, semuanya berlaku dengan baik.

Anayra merancang untuk mengulangkaji di perpustakaan untuk ujian yang akan datang. Ralit dia membaca ditengah-tengah lorong library tersebut. Khusyuk sangat gayanya.

Tangan beurat yang diletakkan di sisi kepala Anayra dari belakang mengejutkan Anayra. Anayra pantas menoleh.

"Sir Khal... "

"Rajinnya awak datang library masa semua orang duk happy-happy done last paper. Taknak join diorang ke? " soal Sir Khal. Tangannya masih disandarkan pada rak buku tersebut.

"Taknaklah... Selagi belum habis exam, selagi tulah saya takkan selesai study. Saya taknak suka-suka ni jadi duka kemudian hari" kata Anayra perlahan.

Sir Khal mengangguk. Betul juga kata pelajarnya.

"Emm, sir datang sini buat apa? "

"Sama macam awak. Study"

"Sir pun study? "

"Why not? "

Anayra menongkat dagu. Bagusnya, Sir Khal ni... Dahlah rajin, bijak, kacak tu bonus. Haih... Beruntungnya siapa yang dapat Sir Khal.

Eh.

Khalish memerhati buku yang dipegang Anayra tajam.

"Panduan ibu mengandung? Awak mengandung ke, Anayra? " soal Khalish. Anayra segera menilik buku ditangannya. Cepat-cepat dia menggeleng.

"Eh, tak.. Tak.. Saja je nak baca. Saya tak mengandung pun" sengihan diberi.

"Ouh... Saya ingatkan awak mengandung tadi" Khalish menggosok lehernya, kekok.

"Taklah, takde rezeki lagi" kata Anayra perlahan. Dia menguis-nguis hujung bajunya.

Suasana bertukar kekok. Mereka membuat kerja masing-masing. Anayra dengan bukunya manakala Khalish dengan kertas kerjanya.

Puas jugak asyik diam je. Baik dia bukak mulut.

"Sir, " panggil Anayra perlahan.

"Ye, saya" Khalish mendongak kepala memandang Anayra.

"Sir tak sunyi ke takde pasangan hidup? Kalau Sir ada isteri, mesti ada yang tolong masak breakfast sir, gosokkan baju, pakaikan baju... Haa..."

Ceh, cara aku cakap macam aku ni happy sangat.

"Sunyi tu memang sunyi. Yelah, tinggal sorang je kan dekat rumah bujang tu. Tapi tulah, orang yang saya nak tu dah kahwin. Saya taknaklah kacau hak milik orang lain" ujar Khalish. Dia membelek helaian kertas kerjanya.

"Hmm.. Kesiannya sir. Mesti perempuan tu cantik kan? Rugi dia tak dapat sir"

Khalish senyum. Dia mengangguk. "Betul, dia cantik sangat. Sangat-sangat. Rugi? Entahlah, mungkin kot. Kalau saya dapat dia, saya takkan pernah sesekali sakiti dia"

Hmm... Untungnya perempuan tu. Crush Sir Khal pulak tu. Tapi, sayang. Dah kahwin. Haish... Bongok jugak perempuan tu. Sir Khal yang hensem, romantik dengan bijak ni pun dia tak pandang eh? Buta betul mata dia.

"Untung dia dapat jadi pujaan hati sir"

"Hahahah... Dia dah kahwin dah pun dan saya pun dah move on. Tapi untuk lupakan dia mungkin tidak"

"Sweet lah sir ni. Cair saya. Haish... Buta betul mata dia tak nampak sir yang hensem lagi bergaya ni" Anayra gelak. Khalish menggelengkan kepalanya.

"Macam macamlah awak ni Anayra..."

Deringan telefon Anayra berbunyi. Panggilan dari suami tercinta, siapa lagi kalau bukan Aaran. Hahahahah

"Kejap sir, saya nak angkat panggilan" Anayra meminta diri. Khalish mengangguk. Dia menyambung pembacaannya.

"Assalamualaikum ,abang? Kenapa call ni? " sapa Anayra ramah.

"Waalaikumussalam. Sayang dah habis final kan? Nanti pergi rumah mummy. Abang dengan Maira tunggu kat sana makan petang" ujar Aaran dari corong telefon.

"Err... Okey abang"

Panggilan ditutup.

Nak pergi rumah mummy buat apa? Ke... Mummy ada buat makan makan? Or Aaran suruh mummy buat makan sempena aku punya last paper?

Ditongkat dagu lama memikirkan perkara tersebut.

'Arghh, apa apa jelah' beg tangan diambil. Dia terus keluar meluru ke garaj kereta dan meluncur laju meninggalkan kawasan universiti.

Tak jauh sangat pun rumah mummy dengan rumahnya, dalam 15 minit juga masa perjalanan.

Kereta Anayra akhirnya tiba di perkarangan rumah agam tersebut. Diparkirkan di garaj kereta yang tersedia.

Dia keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu utama. Diberi salam beberapa kali sebelum wajah pembantu rumah menghiasi muka pintu.

"Jemput masuk, cik Anayra. Mereka semua dah tunggu Cik Anayra dekat ruang tamu" Ujar pembantu rumah tersebut.

"Baiklah, terima kasih" Anayra melangkah menuju ke ruang tamu. Kelihatan ramai ahli keluarga rumah tersebut sedang bersembang rancak.
Puan Dareena mendongakkan kepala memandang wajah Anayra yang baru sahaja tiba.

"Eh, menantu kesayangan mummy dah sampai. Jom, duduk. Mummy ada masak makanan special untuk Anayra tau" Puan Dareena menarik tangan Anayra dan didudukkan disebelahnya. Tangan Anayra digenggam kemas.

"Yeke, mummy? Mesti sedap"

"Mestilah sedap. Tengok siapa masak" akhir ayat Puan Dareena diselangi ketawa Encik Shah.

"Yelah, kalau tak perasan memang bukan awaklah, sayang oi"

Puan Dareena hanya menjeling tajam Encik Shah.

"Hah, kamu tu pulak Aaran. Ada apa ajak kami semua berkumpul kat sini. Siap suruh mummy masak makanan special lagi. Hah, kenapa? " soal Puan Dareena. Aaran tersengih.

"Aaran just nak cakap yang... Mummy dan Daddy bakal dapat cucu! " kata Aaran teruja.

Puan Dareena dan Encik Shah memandang satu sama lain dengan perasaan terkejut. Senyuman terukir dibibir mereka.

"Ya Allah, betul ke? Alhamdulillah... Terkabul juga doa mummy selama ni. Tahniah Aaran... Anayra.. " ucap Puan Dareena ikhlas. Dia mengusap kekura tangan Anayra sambil memandang gembira wajah menantunya tersebut.

Wajah Aaran berubah. Anayra mengerutkan keningnya. Wajah Maira serta merta berubah masam.

"Eh..err... Mu.. Mummy... Bukan Anayra yang mengandung " kata Anayra tergagap-gagap.

Puan Dareena memandang Anayra dan Aaran silih berganti.

"Kalau bukan Anayra, siapa pulak yang mengandung? "

Anayra menoleh ke arah Aaran.

"Maira yang mengandung anak Aaran, mummy. Bukan Anayra" tegas suara Aaran berkata.

Wajah Puan Dareena dan Encik Shah serta merta berubah.

tinggal sikit..... je lagi untuk Haera habis exam. Ni pun Haera update slow-slow takut readers tunggu... hehehhehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience