•^BAB 23^•

Romance Series 37373

Anayra melepaskan penat diatas katil. Gaun pengantin itu masih tidak ditukar. Penat sangat gamaknya.

Dia kemudian bangun menuju ke bilik air ingin mandi dan mengambil wudhuk.

Ketika itu juga Aaran memasuki bilik hotel itu. Kot hitam di buka dan diletakkan di atas penyangkut. Tali leher dilonggarkan. Tiga butang teratas di buka panas. Lengan baju disinsing sehingga siku.

Anayra yang keluar dari bilik air dengan berkemban itu tergamam seketika sebelum terjerit kecil. Dia masuk ke dalam bilik air semula.

Aaran juga terkejut melihat Anayra yang hanya memakai tuala putih separas peha.

"Kenapa awak tak bagitahu yang awak dah masuk? " soal Anayra dari dalam bilik air.

"Lah? Aku kan suami kau. Ikut suka hati aku lah nak masuk ke tak. Aku pun mana tahu yang kau tu tengah mandi. Kenapa tak ambik baju tukar kat dalam je? "

Anayra mengetuk kepala sendiri. Ye tak ye jugak.

"Err.. A.. Awak tolong ambilkan baju saya boleh tak? " pinta Anayra lembut.

"Baju kau kat dalam beg kan? Aku mana tahu nak ambik yang mana. Lagipun, kau sanggup ke nak aku pegang barang-barang dalam tu? " Aaran tersenyum nakal.

Anayra membulatkan mata. Wajah sudah bertukar merah tomato.

"A.. Awak pusing kejap. Jangan tengok. Saya nak ambik baju. Please? "

"Hmm yelah, " Aaran berpusing menghadap pintu bilik.

Anayra menjengukkan kepala memastikan keadaan selamat. Dia terjengket-jengket menuju ke arah beg yang terletak elok di dalam almari.

Selepas dapat apa yang dicari, Anayra berdesup ke bilik air laju. Setelah siap memakai baju, dia keluar dengan tenang.

"Dah, awak pula pergi mandi, " arah Anayra.

Aaran berpusing memandang wajah isterinya. Didekati perlahan -lahan. Tangan ingin menyentuh pipi itu dihalang Anayra keras.

"Jangan. Sentuh. Saya. Saya dah ambik wudhuk. Nanti batal saya malas nak ambik balik. Awak pergi mandi cepat. Saya tunggu awak, berjemaah sekali" arah Anayra tegas.

Dia terus berlari anak ke katil. Dicapai kain sembahyang lalu dipakai. Aaran mengangkat bahu. Dia mencapai tuala di almari kemudian masuk ke dalam bilik air.

Anayra siap membentangkan sejadah. Sementara menunggu Aaran, dia membalas mesej-mesej dari kawan-kawan sekolahnya. Senyuman terukir di bibirnya.

Ralit Anayra bermain dengan telefonnya, Aaran yang sudah siap membersihkan diri, keluar dari bilik air dengan tuala separas lutut.

Anayra yang perasan akan keadaan Aaran tergamam sebentar. Kemudian, dia terus berpusing dari menghadap lelaki itu. Mata ditutup rapat.

"K.. Kenapa awak tak p.. pakai baju k..kat dalam bilik air? " soal Anayra tergagap-gagap.

Jujur dia katakan, hatinya berdebar-debar memandang tubuh lelaki itu. Takut nyah!

"Ikut suka hati aku lah. Halal kan? " Aaran selamba mengambil baju dan kain pelikat dari dalam almari dan terus dipakainya. Dipandang tubuh yang siap bertelekung itu dengan senyuman kecil.

"Ish! Awak dah siap ke? Cepatlah... Nak solat pulak"

"Ye, kau dah boleh pusing. Jom, solat"

Anayra dan Aaran mengambil tempat. Takbir diangkat. Mereka solat berjemaah buat pertama kali sebagai suami dan isteri.

Salam terakhir diikuti Anayra. Solat berjemaah itu diakhiri dengan doa.

Ya Allah, limpahkanlah kepada kami cinta dan cukupkan lah bagi kami dengan reda-Mu.

Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat dan saling menjaga kehormatan diri di kala jauh, saling menghibur di kala duka, dan saling mengingati di kala bahagia, saling mendoakandalam kebahagiaan dan saling menyempurnakan dalam beribadah kepada-Mu.

Anayra mendengar dengan penuh kusyuk. Ingin sahaja dia mengalirkan air mata sekarang ini. Suami yang membelakanginya itu dipandang redup.

Selepas mengaminkan doa, Aaran berpaling dan menghulurkan tangan. Tangan itu disambut Anayra kemudian dicium.

Aaran memegang dagu Anayra dan dikucup lembut ubun-ubun isterinya. Anayra tersenyum manis.

"Terima kasih, awak sebab sudi terima saya sebagai isteri. Saya hargai sangat-sangat" ucap Anayra lembut.

Kepala Anayra diusap.

"Aku pun nak ucap terima kasih sebab sudi terima aku sebagai suami. In Shaa Allah, aku akan jalankan tanggungjawab aku dengan baik. Semoga masjid yang kita bina ni, berkekalan sehingga syurga"

Anayra tersenyum kemudian mengangguk. Pipi Anayra pula diusap.

"Kau takde panggilan special ke untuk aku? " soal Aaran. Anayra berkerut kening.

"Panggilan special? "

"Yelah.. Contoh macam orang lain panggil suami dia sayang, bie... Untuk aku takde ke? "

Anayra berfikir sejenak.

"Sayang? "

"Biasa sangat"

"Baby? "

"Kau ingat aku ni baru lahir ke? "

"Cinta? "

"Cliche"

Anayra mengeluh. Apa lagi panggilan yang sesuai untuk Aaran. Dia ni dahlah kasar. Tak main lah panggilan sweet ni.

Anayra mendapat satu idea. Dia mendekati suaminya dan melentokkan kepala di bahu.

"Abang? " Anayra mengangkat kening.

Aaran diam buat seketika. Perlahan-lahan mengangguk. Anayra tersengih. Alololo... Abang ye?

"Esok packing baju. Lusa kita pergi honeymoon dekat Dubai" ujar Aaran.

Anayra membuntangkan matanya. Terkejut.

"Dubai?!! "

•••

Anayra lena terlentok di bahu Aaran sementara menunggu penerbangan mereka. Aaran ralit bermain phone di tangan. Sesekali dia mengusap-usap kepala si isteri.

"Eh, Aaran? "

Tiba-tiba sahaja ada seorang wanita yang memakai dress seksi separas lutut datang menyapa lelaki itu. Aaran mendongak memandang figura tersebut.

"Aaran kan? " soal wanita itu lagi.

"Who are you? " soal Aaran dingin.

"Oh my god, Aaran! I can't believe that i met you!! "

Suara jeritan gembira wanita itu menyedarkan Anayra yang lena. Dia menggosok-gosok matanya sambil memandang wanita yang berdiri dihadapan mereka berdua. Dia berkerut kening pelik.

Tanpa segan silu, wanita itu terus duduk disebelah Aaran sambil merangkul lengan lelaki itu.

Anayra dah menjegilkan mata.

Entah siapa datang tiba-tiba lepastu duduk suka hati tepi orang lagi-lagi pergi peluk lengan laki orang. Wahhh, ni memang mencabar kesabaran betul ni.

Aaran cepat-cepat menepis pelukan itu. Wanita itu memuncungkan bibir tanda tidak puas hati.

"Remember me? I ni anak kawan mama you, Camelia. Kita pernah jumpa sebelum ni masa dinner rumah you. " suara dimanjakan. Wanita yang bernama Camelia itu berusaha mendekatkan lagi tubuhnya dengan Aaran.

Panas betul hati ni! Anayra mengibas-ngibaskan mukanya. Memang mencabar kesabaran betul minah ni.

Anayra bangun dan duduk diantara Aaran dan Camelia. Dijarakkan sedikit tubuh Aaran dari mendekati Camelia. Dia membuat muka selamba.

Camelia menjegilkan mata.

"Who are you dumb bitch? Tak ada adab ke? Tiba-tiba je duduk sebelah my man?!" marah Camelia.

Anayra tersenyum sinis.

' Seriuslah perempuan ni? Tak nampak ke aku duduk sebelah laki aku tadi? '

Gelak psiko diberikan.

"Hahahah... Your man? Ni, husband i ni your man? Excuse me, bitch! Do you know that the one who has no manners right now is you?" Anayra menyilangkan tangan dan mengangkat sebelah kening memandang sinis Camelia.

"What? Husband?!! " jeritan kuat itu mengganggu orang orang di situ.

"Yes, and for your information. Haram tau pegang-pegang orang yang bukan mahram. Dosa... Masuk neraka.. Haaa.. "

"What are you talking about? Tak payah nak cakap hukum hakam dengan i eh, you pun bukannya betul sangat. " Camelia menjelingkan mata.

Anayra ketawa mengejek. Sengaja ingin menaikkan marah wanita itu.

"I tahu lah yang i ni tak sempurna sangat dalam bab agama. Tapi, you tengok ni. Kalau you pegang tangan Aaran macam ni, dosa tau. Tapi, kalau i takpe. Dapat pahala lagi. Kan, husband? " Anayra mengerdipkan matanya memandang si suami.

Aaran yang menahan ketawa itu mengangguk mengiakan sahaja perangai Anayra.

Anayra menambah kemarahan perempuan itu dengan mencium pipi Aaran sengaja.

Membulat mata Camelia melihat adengan tersebut. Aaran juga terkaku dengan kelakuan Anayra.

"Ni pun pahala tau, " Anayra memeluk erat lengan Aaran seperti tidak mahu lepas.

Camelia merengus geram. Dia bangun dari duduk dan terus pergi dari pasangan itu. Sakit hati melihat kemesraan mereka.

"Hahahah, tu lah... Main lagi dengan aku. Perempuan tak sedar diri! Datang peluk laki orang, " Anayra menjelingkan mata.

"Kau memang sengaja kan, Alhena? "

Anayra memandang Aaran.

"Apa? "

"Kau cium aku dekat sini. Geram je aku nak balas balik tadi. Nasib baik public. But don't worry, we still have time" Aaran mendekatkan wajah nya dengan wajah Anayra.

Anayra kaget. Dia menahan dada suaminya.

"Abang jangan macam-macam eh. Saya tumbuk karang"

Aaran ketawa. Berani dia nak tumbuk suami dia?

"Tapi kan, aku bukan suka sangat kiss dekat pipi tau. Aku lebih suka kiss dekat sini," Aaran mengusap bibir Anayra lembut. Anayra terkaku. Keras.

Pengumuman dari pihak penerbangan menghentikan adengan mereka. Anayra cepat-cepat bangun dari duduk.

"Jom, kita nak pergi dah" bagasi ditarik.

Aaran gelak kecil. Dia menarii bagasinya dan mengikuti Anayra daei belakang.

'Penakut '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience