Sebulan sudah berlalu. Hari ini hari terakhir Anas, Ilman, Aaran dan Aarash di rumah Encik Azman. Petang itu mereka akan bertolak ke Universiti masing-masing.
"So, Anayra masak mee bandung untuk kawan-kawan abang. Yang paling special lah dalam sejarah masakan adik. Selamat menjamu selera" Anayra menghulurkan satu-persatu mangkuk yang berisi mee bandung kepada member abangnya.
"Thank you, adik. Nanti abang belanja cokelat sepuluh sen"
"Cokelat je?? " Anayra bercekak pinggang. Aqeef terkekek-kekek ketawa.
"Taklah.. Nanti abang belanja apa je yang adik nak. Bagitahu je abang yang prihatin dan baik hati ni. Abang tunaikan dengan sepenuh hati" Aqeef mendabik dada. Ilman mengherot bibirnya.
"Kalau macam tu.... Adik nak banglo mewah satu, makan tanggungan seumur hidup, dengan pakaian baru setiap hari. "
Tersembur mee bandung yang dimakan Aqeef. Ilman, Anas, Aaran dan Aarash ketawa terbahak-bahak. Tulah, naik hidung lagi. Banglo mewah sebuah engkau!
"Err.. Satu jelah dik. Kau pun tengok abang pun kering duit. Banglo kau minta dengan aku? " Aqeef meneguk minuman rakus. Anayra mencebik.
"Tadi punya cakap prihatin lah.. Baik hati lah.. Baru sebut banglo sebuah dah tersembur. Piraaahhh!! " Anayra duduk bersebelahan abangnya.
"Entah kau cakap besar. Takpe, Anayra minta dengan abang. Abang kaya, " mata dikenyit kepada Anayra. Anayra memandang Anas tanpa riak.
"Kayalah sangat. Setakat guna IPhone tapi pinjam hotspot member, tak payahlah... "Ilman mengejek. Anas menampar bahu Ilman.
"Diamlah kau! " Anas terus menyuapkan mee bandung ke dalam mulutnya.
Aarash dari tadi hanya memandang Anayra. Selepas ini, dia tidak akan berjumpa dengan gadis ini lagi.
"Helo mum? How are you there? Ada apa call Aarash ni? "
"Aarash, lepas kamu habis exam pindah balik America ya, sayang? " lembut sahaja suara syurganya.
"B..but..why?? " berubah ton suara Aarash.
"Your dad need you. Don't worry, nanti mum belikan tiket flight. I love you, honey. "
"Okey, mum. Love you too" muram wajah Aarash selepas mendengar berita tersebut.
Aarash diam sahaja. Dia memang tak akan berjumpa dengan gadis itu lagi. Aarash mengeluh berat.
•••
Anayra mendekati bilik yang diduduki Aaran. Dia bersandar di tepi pintu memandang Aaran yang sedang sibuk mengemas barang yang ingin dibawa ke sana.
"Awak..." sapa Anayra perlahan. Aaran mendongak kemudian senyum senget.
""Kau buat apa dekat sini? "
"Saja nak jumpa awak sebelum awak pergi. Saya tak sangka sebulan tu sekejap je. Tengok-tengok, awak dah nak balik Universiti. " Anayra bermain-main dengan jarinya. Aaran gelak kecil.
"Kenapa? Kau rindu aku? " Aaran memandang Anayra redup.
"Er.. Takdelah. Siapa nak rindu awak?" Anayra menggaru kepalanya. Kepala ditundukkan. Malu.
Aaran mengheret bagasinya berselisih dengan Anayra. Dia membisikkan sesuatu perlahan pada telinga Anayra.
"Aku pun akan rindukan kau, Alhena," Aaran kemudiannya berlalu pergi. Anayra memandang Aaran dari ekor mata. Tangan memegang dadanya erat.
'Kenapa pulak dengan kau ni wahai hati? Jangan cakap yang kau dah jatuh cinta dengan kawan abang kau sendiri? ' Anayra menutup sebelah muka dengan tangan. Hati dia berdebar-debar.
'B.. But, Alhena? ' Anayra memandang Aaran yang sedang rancak berbual dengan abangnya. Terukir senyuman di bibirnya sedikit.
•••
Mereka berlima bersalaman dengan Encik Azman manakala Puan Sari dan Anayra hanya memerhati. Dari tadi anak mata Anayra memandang Aaran. Hatinya merasakan sesuatu apabila melihat lelaki itu. Perasaan yang sama tapi berlainan dengan sebelum ini.
Tangan Aqeef dihulurkan pada Anayra. Anayra memandang dengan keliru.
"Salamlah, budak! Abang nak pergi dah ni. Kau duk perhati siapa? " soal Aqeef sambil memandang Anayra pelik.
"T.. Takde apalah! Goodluck exam. Nanti adik belanja ps5" Anayra tersengih. Mata Aqeef sudah bersinar.
"Betul ni? "
"Tipu je. Orang takde duit banyak tulah. Dahlah, pergi-pergi. Bye! " Anayra melambai-lambaikan tangan. Aqeef mencebik.
'Bongok punya adik! '
Mereka berlima bertolak ke Universiti. Anayra memandang kereta-kereta yang baru meluncur pergi. Dia menghela nafas perlahan.
Kaki di langkah menuju ke bilik. Rasa sunyi bertapa dalam diri. Sesampai sahaja dia dalam bilik, ada sebuah kotak hadiah berbalut reben diatas katilnya.
Kad yang terselit pada reben itu diambil. Dibaca setiap bait ayat yang tertulis atas kad tersebut.
-aku minta maaf aku ceroboh masuk bilik kau tanpa izin. Tapi ni untuk kau. From aku-
-A-
Anayra tersenyum manis. Dia membuka kotak yang diberikan. Sehelai shawl bercorak bunga cantik didalamnya. Anayra teruja.
Dililit shawl itu atas kepalanya. Digayakan dihadapan cermin.
'Cantiknya! Pandai betul dia pilih'
"Terima kasih, awak"
•••
Eiman merengus geram. Adengan yang dilihatnya sebentar tadi membuat dia membara.
Khadijah yang bersama seorang lelaki tanpa purdah bersuap-suapan di kedai makan. Dia juga nampak yang lelaki itu mengesat kesan comot pada tepi bibir gadis itu. Khadijah pula dilihatnya tenang tanpa memikirkan rasa bersalah.
Tangan digenggamnya geram. Tak sangka gadis yang diingatnya suci, pandai jaga maruah diri terlihat bersama seorang lelaki bermesra-mesraan sedangkan dia adalah isteri orang.
Khadijah yang baru sampai di rumah menutup perlahan-lahan pintu. Sekrang sudah pukul 6 petang. Bila dia berpaling, terkejut wanita itu apabila suaminya berdiri dibelakangnya sambil memandang tajam.
"A... Abang, dah lama ke abang balik?" tangan dihulur ingin bersalam tapi tidak disambut Eiman.
"Khadijah pergi mana tadi? Balik sampai lewat nak masuk maghrib? " soal Eiman masih cuba menahan geram. Nafasnya naik turun.
Khadijah terkedu. Sudah tiada panggilan 'sayang' yang selalu dipanggil oleh Eiman.
"Sayang kan dah cakap dekat abang yang sayang ada mesyuarat cikgu agama. Sebab tu lewat tu. " alasan yang sama Khadijah bagi. Eiman tersenyum sinis.
"Mesyuarat? Yeke mesyuarat? " Eiman bersilang tangan.
"Betullah, kalau abang tak percaya, sayang boleh call Cikgu Teha. Dia ada sekali dalam mesyuarat tu dengan sayang" Khadijah seperti berura-ura mendail nombor rakan sekerjanya.
"Call lah, call. Abang nak tahu"
Khadijah terkaku. Selalunya taktik ini menjadi sebelum ni.
"Abang kenapa nak tahu sangat? Orang cakap ada meeting kan? Takkan tu pun tak percaya? " suara Khadijah naik satu oktaf.
"Khadijah dah pandai tengking abang? " suara Eiman kedengaran tegas. Khadijah mengetap bibir rapat.
"Sa.. Sayang tak bermaksud macam tu.. "
"Ni apa?? " Eiman menunjukkan gambar di skrin telefonnya. Khadijah terdiam. Gambar itu gambar dia dan seorang lelaki yang sedang bermesra. Dia dengan tanpa purdah. Penampilan dia dalam gambar sungguh berlainan dengan pakaian yang dia pakai sekarang.
"A.. Abang.. Tu.. "
"APA??!! " terhinjut sedikit bahu Khadijah ditengking sebegitu.
"Tak sangka aku kau tu perempuan murah. Purdah kau mana? Aurat kau? Kau memang berbeza dari apa yang aku rasa. Aku ingat kau ni perempuan suci! Aku menyesal pilih kau sebagai isteri aku! Kenapa aku bodoh sangat tak setia pada.. "
"Pada siapa? Anayra?? " Khadijah membidas. Eiman kelu lidah. Khadijah tersenyum sinis. Dia menyambung,
"Ouh.. Patutlah selama ni sayang tengok abang pandang dia lain macam. Umi layan Anayra lebih baik daripada umi layan sayang! Abang masih suka dekat perempuan tu? Abang memang teruk! Saya benci dekat abang! Abang masih cintakan perempuan murah tu?!!"
"Khadijah, language!! " marah Eiman. Khadijah tidak mengalah. Dia tersenyum sinis.
"Abang suka dekat perempuan murah tu kan? Perempuan jalang! Dia dah bomoh abang ke apa?? "
Khadijah sudah kurang ajar. Personaliti isterinya juga sudah berubah. Tidak menampakkan ciri-ciri yang dia dambakan sebelum ini.
"Siti Khadijah Humaira, aku ceraikan kau dengan talak satu" terbit lafaz itu pada bibir Eiman. Khadijah terdiam. Air matanya mengalir. Eiman keluar dari rumah itu. Khadijah jatuh terduduk. Dia menangis teresak-esak.
Kini mereka bukan suami isteri lagi.
Share this novel