•^BAB 33^•

Romance Series 37373

Hari yang paling dinanti-nantikan Anayra. Hari Aaran pulang dari Langkawi selepas 2 minggu. Fuh... Rasa macam dah dua tahun tak balik.

Dia di dapur dengan makanan siap terhidang diatas meja menanti Aaran dari situ. Mata tidak berkelip memandang pintu. Dia mengerling jam di dinding, pukul 2.30 petang.

Jam bergerak menunjukkan pukul 5 petang. Anayra masih gigih menunggu. Selesai sahaja solat asar, kakinya terus melangkah ke ruang tamu sambung menunggu si suami.

Akhirnya jam menunjukkan pukul 10 malam. Anayra mula resah. Panggilan tak diangkat, di luar sudah malap dengan makanan masih setia diatas meja makan bertutup saji.

Sehinggalah Anayra terlelap diatas sofa dengan air mata yang masih membasahi pipi.

Esok juga keadaan masih sama. Aaran masih belum tiba. Tapi dia tetap sabar menunggu suaminya pulang. Makanan yang baru dimasak diletakkan diatas meja seperti semalam. Kaki di langkah ke sofa.

'Mana abang ni? ' soal Anayra dalam hati.

Hari seterusnya, rutin Anayra masih serupa. Cuma kali ini dia mula rasa risau. Akhirnya telefon dikeluarkan.

Berkali-kali nombor suaminya didail tapi hanya operator telefon sahaja berbunyi. Berpuluh-puluh mesej dihantar, namun satu pun tidak dibalas. Bukan sahaja tidak dibalas, bahkan tidak dibaca sama sekali.

Anayra mula rasa resah gelisah. Nombor Hazel didail laju.

"Hazel, Hazel kena tolong Anayra" kata Anayra dengan nafas tersekat-sekat menahan esakan.

"Relaks, Anayra. Kenapa ni? A.. Hazel datang rumah okey? Tunggu Hazel"

Dalam beberapa minit kemudian, kereta mewah milik Hazel tiba di perkarangan rumah. Laju Hazel dengan baju blouse cream dengan seluar jean memasuki pintu rumah.

Anayra terus memeluk Hazel.

"Why? Kenapa Anayra nangis ni? "

"A.. Aaran cakap dia pergi dua minggu je. Sekarang ni, dah dua hari Aaran tak balik. Jejak rumah pun tak. Dia pergi mana Hazel?" soal Anayra dengan tangisan.

"Hah? Aaran dah dua hari tak balik? Wait... " telefon dikeluarkan dari beg tangan Chanel miliknya. Telefon dilekapkan pada telinga.

Dia kemudian merengus kasar. Dilekapkan sekali lagi. Rengusan kedua dilepaskan.

"Where are you, idiot! "

"Dia tak angkat call Anayra, dia tak balas mesej Anayra. Anayra risau, Hazel.." rintih Anayra. Tangan menggenggam hujung baju. Tangan kanan mengusap dada yang naik turun mengatur nafas.

"Helo, Luan? Kau kena tolong aku"

Luan menghela nafas. Dia menggelengkan kepalanya. Dia sudah mengupah orang-orang untuk mencari Aaran di seluruh Langkawi bahkan satu Kedah semata-mata untuk mencari Aaran.

Masuk hari ini, sudah seminggu lebih Aaran tidak pulang. Tanpa khabar, tanpa call atau mesej. Tiada jejak langsung.

Anayra yang melihat wajah muram Luan mendiamkan diri. Dia cuba menahan diri dari meraung. Mereka kini berada di rumah Encik Shah.

"Mengikut apa yang abang Luan dapat, Aaran memang tiada di Langkawi. Kemungkinan Aaran dah ke tempat lain. Dia mungkin dah tukar nombor sebab nombor dia yang dulu dah tiada dalam servis" ujar Luan panjang lebar.

Anayra memejam mata rapat. Tidak sanggup mendengar lagi.

'Awak... Awak pergi mana? Kami cari awak... '

"Thank you abang Luan. Anayra masuk bilik dulu" Anayra bangun dari duduk. Kaki melangkah ke bilik meninggalkan Encik Shah, Puan Dareena, Hazel dan Luan di ruang tamu.

Selepas sahaja pintu ditutup, tangisan yang dari tadi cuba ditahan akhirnya terhambur jua. Dia duduk bersandar pada pintu bilik sambil memeluk kaki.

"Abang tak pernah macam ni... Mana abang? Abang tak sayang Anayra ke? "

Siasatan mencari Aaran masih diteruskan menggunakan polis. Namun, setelah beberapa bulan, khabar berita masih tiada.

Perkahwinan Nani dan Ilman diteruskan juga. Kini, mereka sah bergelar suami dan isteri.

Anayra cuba untuk tenangkan diri. Dia kini tinggal di rumah keluarganya buat sementara waktu. Dia sedang sibuk mencuci pinggan di dapur.

Tangan yang sibuk menyental kotoran terhenti.

"145 hari. Masa yang cukup lama abang buat Anayra rasa macam ni. Anayra dah rindu sangat dekat abang. Baliklah, abang... " rintih Anayra perlahan. Air mata mengalir.

"Abang dah berjaya buat Anayra rindu abang sangat-sangat. Sakit Anayra pendam selama ni. Please abang... "

Aqeef yang masuk ke dapur mendengar segala rintihan Anayra terdiam. Niat ingin membasahkan tekak mula ditolak ketepi. Dia mendekati Anayra sebelum tangan naik memeluk bahu adiknya erat.

"Adik, janganlah jadi macam ni. Doakan Aaran selamat. Kita masih mencari dia. Adik kena kuat" Aqeef cuba memberi semangat.

Anayra berpusing menghadap abangnya sebelum dia memeluk pinggang Aqeef. Wajah disandarkan pada dada Aqeef. Habis baju jersey milik Aqeef basah dengan air mata.

Aqeef mengusap kepala adiknya.

'Haih... Aaran. Mana kau ni?' bisik hati Aqeef. Dia mengeratkan pelukan. Cuba menenangkan adiknya.

Anayra meleraikan pelukan. Air mata dikesat sambil tersengih.

"Anayra masuk bilik dulu" ujar Anayra. Aqeef mengangguk. Kaki di langkah perlahan.

Sampai sahaja di dalam bilik, frame gambar perkahwinan mereka diatas meja solek dicapai dan dipeluk erat. Gambar Aaran diusap-usap.

"Mana janji abanh yang abang takkan tinggalkan saya? Mana? Saya rindu abang tau. Sampai hati abang buat saya macam ni" rasa sebak mula bertandang. Bahu terhinjut-hinjut menangis.

Ya Allah...

Nani memandang Anayra dengan penuh sayu. Dia mengajak Anayra keluar berjalan-jalan untuk mengosongkan fikiran, namun Anayra kebanyakannya mendiamkan diri.

"Anayra, "

"Hmm? " Anayra terus mendongak memandang Nani. Bibir diukir senyuman palsu.

"Sampai bila kau nak sedih macam ni? Kau dah tak macam dulu. Ye, dah lima bulan Aaran tak balik. Tapi, kita masih tengah mencari dia kan? "

Anayra menunduk. Dia mengetap bibir rapat. Mata dipejam. Kesakitan yang selama ini dipendam.

"Aku rindu dia, Nani. Mana dia? Kenapa dia tak balik? Dia cakap dia nak pergi sekejap je. Dah lima bulan, Nani. Dia tak sayang aku ke?" soal Anayra. Mutiara jernih mula keluar dari tubir mata Anayra.

"Kita doa banyak-banyak, Anayra. Jangan jadi lemah macam ni, please? Aku tak sukalah tengok kau macam ni" Nani mengesat air matanya. Anayra cuba ukirkan senyuman.

Senyuman palsu.

Puan Dareena memeluk Anayra erat. Dia dan Encik Shah bertandang ke rumah Encik Azman untuk menjenguk keadaan Anayra. Kepala Anayra diusap perlahan.

"Mummy... " rintih Anayra.

"Ye, sayang. Mummy faham... Kita doakan yang baik-baik sahaja okey? " Puan Dareena juga berasa tidak sedap hati. Ibu mana yang tidak risaukan anaknya? Tanpa khabar berita, tanpa jejak... Demi Anayra, dia cuba untuk kuatkan diri.

"Where is he? Why ? "

Ubun-ubun Anayra dikucup. Belakang badan Anayra digosok, cuba menenangkan gadis itu.

"Mummy akan cuba untuk cari Aaran. Kita sama-sama cari okey? Kita tawakkal. Semoga Allah permudahkan urusan kita" ujar Puan Dareena. Anayra mengangguk.

Malam itu, selepas sahaja dia selesai solat Isyak, Anayra melentokkan kepala di katil disebelahnya. Dia yang sedang menghadap balkoni bilik itu mendongak memandang langit.

"Abang... Abang pergi mana? Baliklah... Saya dah macam orang gila tunggu abang. Kalau abang sayang saya, abang tak buat macam ni"

Anayra menghela nafas berat.

Dia diam buat seketika. Mata dipejam dalam beberapa minit kemudian dicelik semula.

"155 hari" ucapnya.

"Dah lama Anayra tak balik dekat rumah kita, abang. Mesti dah berhabuk rumah tu. Kita kan dah janji kita akan sama-sama jaga rumah kita. Esok, Anayra balik rumah, okey?" bisik Anayra perlahan.

Dia bangun dari duduk. Sejadah disangkutkan pada ampaian kayu kecil. Telekung dilipat dan disimpan rapi ke dalam almari. Dia menhempaskan badannya diatas katil.

Anayra menarik selimut hingga ke dada. Dikerling bahagian kosong disebelahnya. Tangan naik mengusap permukaan kosong tersebut.

"Saya rindu abang"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience