Aaran sudah lengkap berbaju kemeja putih dengan rambut yang sudah disisir kemas dan rapi.
"Alhena, tolong aku pakaikan tali leher ni kejap" pinta Aaran. Anayra yang sedang mengemas katil akur. Didekati suaminya yang terkial-kial mengikat tali leher dari tadi.
Tali leher merah milik Aaran itu ditarik perlahan. Aaran terdorong ke arah Anayra. Anayra ralit melakukan tugasnya. Tangannya lincah mengikat tali leher merah itu. Aaran hanya memerhati raut wajah putih bersih isterinya.
"Mana kau belajar ikat tali leher ni? " soal Aaran pelik.
"Abang Aqeef yang ajar. Saya selalu tolong abang Aqeef ikat tali leher masa dia ada acara majlis. Lama-lama jadi pandai lah. Sekarang ni, saya praktikkan dekat abang pulak" bibir tersenyum puas. Di tepuk-tepuk dada suaminya lembut.
"Done!"
Aaran melihat dirinya di cermin. Hmm... Dia kagumi akan ikatan tali leher oleh Anayra yang kemas dan cantik. Bibir diherot sebelah.
"Jom, turun sarapan dulu. Bau pun dah boleh tahu mama masak apa" tangan Aaran digenggam erat. Diheret ke meja makan.
Puan Sari memandang pasangan sejoli yang baru turun dari kayangan dengan senyuman. Dia menerpa ke arah mereka dengan beberapa pinggan di tangan.
"Mari, sarapan. Kerja-kerja pun kena isi perut jugak, " ajak Puan Sari. Aaran dan Anayra mengangguk serentak.
Mereka mengambil posisi di meja makan. Anayra menyendukkan mihun goreng panas ke dalam pinggan Encik Azman, Puan Sari dan Aaran.
"Dua orang tu pergi mana mama? Kosong je rumah ni. Selalunya abang Aqeef yang selalu turun sarapan dulu," soal Anayra sambil mengerutkan keningnya.
"Lepasni diorang sarapan. Aqeef dengan Nina tu mama suruh pergi beli barang. Dah, makan makan" bibir Puan Sari memberikan senyuman manis.
Selesai sahaja menikmati sarapan pada pagi itu, Anayra mengiringi Aaran ke pintu keluar dengan menjinjit beg kerja dan kot hitam Aaran.
Tangan dihulurkan ingin bersalam. Dicium tangan suaminya dengan penuh hormat. Aaran pula memegang dagu Anayra dan mencium ubun-ubun isterinya. Anayra hanya tersengih.
Beg kerja dan kot hitam itu diberikan kepada Aaran.
"Baik-baik bawak kereta. Sayang abang sangat-sangat! " ucap Anayra manja.
Dahi licin itu dijentik. Anayra mengaduh kesakitan. Digosok-gosok tempat yang di jentik Aaran. Wajah dimasamkan sambil memandang Aaran tajam. Dibilang sayang, dibalas kesakitan.
"Sakit lah abang! Kenapa jentik dahi saya? " marah Anayra geram. Bibir Aaran terukir senyuman nipis.
"Tu cara aku balas sayang kau"
Mata Anayra dijegilkan.
"Jadi, kalau mummy pun abang jentik dahi jugak lah? "
"Tak, kau je" ujar Aaran. Beg kerja sudah diletakkan di dalam kereta. Bibir mengukir senyuman sinis.
"Eiii!! Tak nak bagi mi kari dekat abang petang nanti! "
"Tak kisah" sebaik sahaja pintu dikatup rapat. Kereta Aaran meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.
Bibir digigit. Haih... Baru je pergi dah rindu. Takpelah, petang nanti boleh jumpa lagi.
Anayra melangkah kaki ke dapur. Dia ingin memastikan semua bahan untuk memasak mi kari tersedia ada. Kalau takde, boleh lah beli awal-awal.
"Anayra cari apa? " soal Puan Sari.
Anayra terus berpaling menghadap Puan Sari. Sengihan diberikan.
"Anayra nak check bahan nak buat mi kari untuk Aaran luch nanti. Dia minta"
"Ouh... Semua ada dah kecuali mi kuning, udang dengan santan je takde"
Anayra mengangguk-angguk.
"Kalau macam tu, Anayra pergi pakai tudung kejap nak pergi beli barang"
"Nak pergi naik apa? "
"Motor buruk abah lah, mama" kata Anayra sambil ketawa kecil.
Kaylee mengetuk pintu sebelum mendapat keizinan dari Aaran untuk masuk. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Wajah diukirkan senyuman manis. Fail ringan di tangan tersebut diberikan kepada Aaran.
"Ini laporan untuk projek klinik dekat Ipoh yang Tengku minta semalam untuk meeting kita dengan Dato' Darwish dari Mega Tinggi,"
Aaran menyambutnya. Dia mengangguk faham.
"My schedule today? "
"Untuk pagi ni, Tengku takde apa-apa aktiviti but before lunch, Tengku ada meeting dengan Dato' Darwish tentang projek ni. Itu sahaja, Tengku"
"Saya nak awak buat beberapa copy laporan ni untuk meeting kita dengan Dato' Darwish dan jangan lupa suruh tea lady siapkan kopi untuk meeting nanti. Ouh,dan satu lagi, nanti kalau ada seorang perempuan nama Alhena,bagi dia masuk dalam bilik saya ye?"
"Baik, Tengku. Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa lagi, boleh panggil saya "
"Alright. Terima kasih, Kaylee" ucap Aaran ikhlas.
'Dah lama kasih Tengku saya dah terima' ucap Kaylee dalam hati. Dia keluar dari bilik Aaran dengan hati yang berbunga-bunga. Fail laporan itu digenggam erat.
"He said my name. The best day ever! Eh, boleh pulak aku duk fikir pasal tu. Baik aku buat kerja sekarang. For my one and only, handsome boss" kaki panjang itu melangkah persis model catwalk dengan penuh lenggokkan ke pantry.
Seorang makcik dalam umur 50-an yang sedang mengucau air di dalam mug di jerkah kuat. Telapak tangan dihentak kuat di atas meja.
"Hoi, makcik! Sebelum lunch nanti Tengku suruh buat kopi untuk meeting. Dengar tak?! "
Dada diusap perlahan-lahan. Terkejut disergah sebegitu.
"Terkejut makcik, nak. Kalau ye pun, cakaplah elok-elok. Makcik masih belum pekak lagi" nasihat makcik tua itu. Kaylee hanya menjulingkan matanya keatas.
"Kisah apa aku? Kau tu makcik tua, telinga pun ada aura-aura nak tuli. Lagi satu, siapa anak kau? Kau tu tea lady je dekat sini. Nak nasihat-nasihat orang tengok siapa yang berkuasa dulu" kata Kaylee.
Dia mengerling ke arah mug yang berada di atas meja tersebut sebelum menerbalikkannya dengan sengaja. Habis sisa-sisa air tadi tumpah di atas meja pantry tersebut sehingga menitik ke lantai. Makcik tua itu hanya mampu beristighfar.
"Kemas semua ni. Aku tak nak tengok satu titik pun air dekat sini. Kalau tak, siap kau" ugut Kaylee sebelum memusingkan badan bergerak pergi dari situ.
"Astaghfirullahalazim, apa dosa makcik pada kamu, nak? " rintih makcik tua tersebut. Dia mengambil kain dan mengelap sisa air yang tumpah tersebut dengan perasaan sakit.
Beberapa minit berada di atas kereta dengan mangkuk tingkat di tangan. Anayra tersenyum riang. Dikerling Aqeef disebelah. Tangan dihulurkan ingin bersalaman.
"Adik balik naik apa lepasni? " soal Aqeef.
"Aaran ada mesej adik. Dia cakap yang dia suruh adik balik dengan dia"
"Teman lah ni? Alah sweet muntah hijau nye korang berdua ni ye? "
Lidah dijelirkan nakal. Jealous lah tu, single!
"Dahlah, abang. Suami kita tengah tunggu kita dekat atas tu. Kita pergi dulu. Assalamulaikum " tubuh keluar dari kereta merah milik Aqeef.
"Waalaikumussalam. Kalau ada apa-apa masalah jangan call abang" belum sempat Anayra ingin membalas, kereta yang dibawa Aqeef di pecut laju.
Anayra mengecilkan mata memerhati kereta merah itu dari jauh. Nafas dihela perlahan. Kaki di langkah ke bangunan gah tersebut.
Pekerja-pekerja yang berada di situ menunduk hormat. Mereka sudah mengenali hubungan gadis tersebut dengan Aaran. Punat lif ditekan. Mangkuk tingkat yang dipegang dibawa dengan berhati-hati.
Sampai sahaja di tingkat tersebut, suasana sunyi sepi. Hanya ada beberapa pekerja yang fokus dengan kerja mereka.
Anayra melangkah menuju ke meja yang pernah diduduki Suzy dulu. Dia berkerut kening pada mulanya kerana dengan wajah asing di meja tersebut namun hanya dibiarkan sahaja. Mungkin pekerja baru rasanya.
Sampai sahaja di meja tersebut, dia mula bertanyakan tentang Aaran.
"Hai, Aaran ada dalam bilik dia tak?" soal Anayra manis. Tudung shawl yang dipakai dibetulkan.
Kaylee memandang atas bawah Anayra yang lengkap berbaju kurung.
"Ada buat janji temu ke dengan Tengku? Tengku sibuk sekarang" kata Kaylee acuh tak acuh.
"Janji temu? Tak buat tapi dia suruh datang sini. Nama saya Anayra" ujar Anayra.
"Tak buat sebarang janji temu, tak boleh jumpa. Faham tak? Lagipun, takde nama kau dalam notes ni untuk jumpa dengan Tengku. So, sila balik" arah Kaylee kuat.
"Takpelah kalau macam tu, saya tunggu dia kat dalam je" baru sahaja Anayra ingin melangkah menuju ke dalam bilik kerja Aaran, tudung Anayra ditarik kuat. Pin tudung tercucuk ke dalam kulitnya sedikit.
"Auchh!! Kenapa awak tarik tudung saya ni?! " Anayra memegang tangan Kaylee yang masih di tudungnya. Gigi diketap kuat menahan sakit.
"Kau ni tak faham bahasa ke apa?? Aku cakap tak boleh jumpa, maksudnya tak boleh masuk lah! Kau ingat kau siapa boleh masuk sesuka hati? Muka kau pun macam budak sekolah dengan baju kurung. Ada hati nak jumpa dengan Tengku" hati dia panas bila gadis cantik di hadapannya itu ingin berjumpa buah hatinya. Dia takut gadis itu akan menggoda boss kesayangannya.
Keadaan di situ semakin kecoh. Para pekerja mula mendekati pergaduhan mereka. Ada yang kasihan, ada yang takut untuk memberitahu hal sebenar kepada Kaylee. Mereka takut akan perempuan itu.
"Saya hanya nak berikan lunch ni untuk Aaran!" mangkuk tingkat itu dipegang erat.
"Lunch? You think who you are? Hoi budak! Tengku tak makan lah dengan makanan basi kau ni! Taste Tengku tinggi! Kau berambus sekarang! " jerit Kaylee kuat.
Tidak cukup dengan itu, mangkuk tingkat yang dipegang Anayra dirampas dan dicampakkan ke lantai. Habis mi kari yang susah-payah dimasak oleh Anayra sebelum datang ke sini berterabur atas lantai.
Anayra tercengang buat seketika. Air mata sudah mengalir laju. Mi kari khas untuk Aaran sudah hancur.
Melihat Anayra yang masih belum berganjak, dia menolak Anayra kuat ke lantai. Sisa kotoran mi kari tadi terkena pada baju kurungnya sedikit.
Anayra menangis teresak-esak. Pin tudung masih tercucuk pada bahagian kulit kepalanya. Sakit fizikal dan mental dalam masa yang sama.
Suzy yang baru hadir dengan sebungkus nasi lemak yang dibeli tadi membuntangkan matanya besar. Terus cepat-cepat dia mendekati Anayra.
"Kau buat apa ni, Kaylee?!!" marah Suzy kuat. Terkejut dia melihat Anayra yang terduduk di atas dengan tangisan bersama makanan yang tumpah.
"I just do my work as Tengku's personal assistant. Kenapa takde satu habuk pengawal halang dia dari masuk tadi? Dah buta ke? Budak sekolah mana entah yang tergedik-gedik datang jumpa Tengku" Kaylee menyilangkan tangannya. Wajah selamba diberikan. Seperti baru selesai melakukan tugas dengan baik.
"Kau tahu tak dia siapa?!! Dia ni...!!"
"KAYLEE!! " kata Suzy dipotong oleh suara seseorang. Mereka semua berpaling ke arah suara tersebut. Wajah bengis Aaran menghiasi aras tersebut.
Share this novel