•^BAB 30^•

Romance Series 37429

Semua pekerja mulai gerun. Langkah Aaran mendekati Anayra yang masih terduduk menangis. Esakan kecil kedengaran di telinganya.

Panas hatinya bila melihat isterinya ditolak tadi. Lagi-lagi dengan pekerjanya sendiri.

"What are you doing??!! " jerkah Aaran kuat. Terhinjut bahu Kaylee sedikit.

"Dia nak jumpa Tengku. Saya cakaplah kalau nak jumpa Tengku, kena buat janji temu. Nama dia takde dalam senarai, saya halau lah. Lagipun, dia langkah masuk je dalam bilik Tengku. Mana saya tak marah" Kaylee masih membela dirinya.

"She was the girl that i told you to give her come in to my room and SHE IS MY WIFE! " suara jerkahan Aaran mengejutkan semua orang yang ada disitu.

Kaylee mula menggigil satu badan.

'Isteri? He's married? With this girl?'

"You're fired! " kata-kata itu terluncur dari mulut Aaran. Kaylee mendongakkan kepala tidak percaya.

"Dan jangan ingat yang engkau boleh terlepas macam tu je. Aku akan ambil tindakan ni dekat mahkamah! Prepare yourself!! " ujar Aaran kuat. Kedua-dua bahu Anayra dipegang erat menolong gadis itu untuk bangun.

"No.. No... Tengku. Tengku tak boleh buat saya macam ni, Tengku. Tengku!!" rintih Kaylee kuat.

Dia membawa Anayra masuk ke dalam bilik tanpa memandang Kaylee.  Dia mengarahkan supaya pengawal membawa Kaylee keluar dari bangunan itu dan dia juga mengarahkan Suzy untuk tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalam biliknya. Mereka mengangguk faham.

Anayra didudukkan di atas sofa. Air mata masih menitis. Aaran mencabut satu-persatu pin tudung yang dipakai Anayra. Satu pin yang ingin dicabut Aaran, membuatkan Anayra mengaduh kuat. Tangan Aaran dipegang.

"Why, Alhena? " soal Aaran risau.

"S.. Sakit dekat situ. Sakit sangat abang" tangan Anayra yang memegang tangan Aaran menggigil kuat.

Aaran menilik kembali pin tudung yang dicabutnya tadi. Ada darah yang mula kelihatan pada shawl gadis itu.

"Ya Allah, pin tudung ni tercucuk dalam kepala awak, sayang. Tahan sikit, abang cuba keluarkan. Sakit sangat bagitahu, " Aaran kembali mencabut pin tudung itu dengan berhati-hati.

Anayra mengetap bibir rapat. Sakit cuba ditahan. Dalam sekali tarik, pin tudung itu berjaya tercabut dari kepala Anayra.

"Kita pergi klinik, ye? Dalam sangat pin yang tercucuk dekat kepala awak ni. Takut ada kuman"

"Mi kari awak... " kata Anayra terhenti sebelum tangisan dihamburkan di dada lelaki itu.

"It's okay, sayang. It's okay" tubuh kecil itu dipeluk erat.

Baju kurung yang dipakai Anayra ditukar dengan baju kemeja putih milik Aaran yang memang sudah tersedia ada dalam bilik.

Seluar juga Aaran minta Suzy yang belikan. Selepas selesai berjumpa dengan doktor, Anayra duduk di sebelah Aaran di atas sofa. Alhamdulillah, tiada kecederaan yang lain selain kepalanya.

"Abang mesti lapar... "

"Takpe, aku dah order. Kita makan sama-sama dalam bilik ni. Sekarang ni, kau tidur lah dulu. Aku teman. Bila makanan dah sampai, aku bangunkan" Aaran mencium ubun-ubun isterinya. Rambut Anayra dibelai perlahan.

Anayra menyorokkan wajah pada dada Aaran. Dia teringat kembali wajah Aaran tadi. Wajah yang penuh kerisauan dengan panggilan awak saya, abang dan yang paling penting sekali, sayang.

Senyuman diukir.

Aaran menggoncangkan tubuh gadis itu perlahan-lahan. Anayra terpisat-pisat bangun dari tidur. Mata terkebil-kebil melihat hidangan di hadapan matanya.

Dua mangkuk bihun tomyam? Lagi-lagi dengan air teh'o ais ikat tepi yang diletakkan di dalam gelas plastik.

"Bihun tomyam? " Anayra pandang Aaran tidak percaya.

"Why not? "

Nak ketawa pun ada. Sungguh Aaran tidak pernah mengecewakannya. Sejujurnya, tiap-tiap hari dia gembira dengan semua yang dilakukan oleh Aaran.

"Thank you, abang" Anayra terus memeluk suaminya. Aaran mengangguk.

"Aku takkan biarkan engkau disakiti lagi, Alhena. Kau tahu apa yang aku rasa bila tengok kau kena tolak macam tu. Aku minta maaf sebab lambat tolong kau"

"Takpe, asalkan abang ada dengan saya selalu. Saya nak buat satu permintaan boleh? " Anayra mengelipkan mata beberapa kali. Aaran menaikkan sebelah kening.

"Boleh tak abang bahasakan diri abang tu abang? Sebab bila cakap aku kau ni rasa kasar sangatlah. Boleh eh?"

Aaran mendiamkan diri sekejap. Sebenarnya, dia pun fikir macam tu jugak. Akhirnya, dia mengangguk setuju.

"Abang cuba"

1 TAHUN KEMUDIAN

Siapa yang tahu? Satu tahun telah berlalu. Banyak perubahan sebenarnya... Contohnya, Nani dan Ilman. Mereka sudah bertunang. Semua kerana keberanian Ilman datang menghadap Nani di universiti menyatakan hasratnya untuk menjadikan Nani suri hatinya.

Tak perlu tunggu lama-lama, lepas sahaja Nani memberi kata putus, kedua-dua keluarga mereka mempercepatkan tarikh pertunangan. Sekarang, dah lebih 3 bulan mereka bertunang dan menunggu hari untuk disatukan.

Aaran dan Anayra pun tak sangka yang mereka berdua suka sama suka. Jodoh? Nak buat macam mana.

Nani dan Anayra berjalan bersama-sama melangkah ke cafeteria untuk membasahkan tekak yang kering. Sakit tekak woo buat presentation dekat kelas tadi.

"Kau ni duk tersengih-sengih. Tahu lah dah ada buah hati,"

"Alah kau pun sama je dengan Aaran tu. Sekejap-sekejap, abang~ sayang~ eii! Geli aku tau!"

"Esok anniversary aku dengan dia yang pertama tau! Aku nak buat suprise lah, macam mana? "

"Aku sokong je. Tahniah, pejam celik pejam celik kau dengan dia dah bertahan selama setahun. Betul lah, bercinta selepas nikah ni lagi seronok"

"Seronok tu memang seronok, tapi... Kau tahu kan? Dalam hubungan, mesti lah nakkan anak. Dah setahun, tapi aku masih takde rezeki lagi. Walaupun Aaran dengan mummy tak pernah tanya, tapi dia mesti nak jugak rasa anak sendiri " kata Anayra sayu. Wajahnya berubah muram.

"Anayra, kau jangan lah macam ni. In Shaa Allah, ada rezeki nanti kau dapat timang anak sendiri. Jangan lah sedih sedih" Nani memujuk. Digosok belakang tubuh sahabatnya.

"Eh, kau tu bila tarikh nak kahwin? " Anayra mengubah topik.

"Hmm... Kalau takde aral, aku dengan Ilman bakal kahwin dalam 2 bulan lagi. Ni semua pasal mama dia dengan mama aku lah. Yelah, perkahwinan pertama dalam keluarga masing-masing kan? Lagipun, aku takde masalah" ujar Nani.

"Aku nak jadi pengapit kau... Tapi aku bini orang" Anayra menjuihkan bibir.

"Takpe, nanti aku pujuk Ilman suruh ambik Aaran jadi pengapit. Amacam?"

Anayra mengukirkan senyuman dan mengangguk.

"Eh, jom lah masuk kelas. Aku nak duduk depan " diheret tangan Nani kuat.

Aaran yang baru tiba di rumah mengerutkan kening hairan. Rumahnya yang gelap gelita tanpa cahaya membuatkan dia berasa risau. Telefon dikeluarkan dan mendail nombor isterinya.

Panggilan tidak diangkat. Aaran merengus geram. Berkali-kali didail namun hanya operator telefon yang berbunyi. Hati mula berasa tidak sedap hati.

Dengan lafaz bismillah, Aaran masuk ke dalam rumah. Keadaan yang gelap menyukarkan dia mencari suis lampu.

Selepas sahaja suis lampu dijumpa, terus ditekan dengan laju. Dia tergamam dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.

Meja yang dipenuhi dengan makanan dan minuman favourite Aaran menghiasi pandangannya.

Dia merasakan dirinya dipeluk dari belakang. Terus ditoleh melihat empunya si pemeluk.

Anayra yang hanya memakai dress merah singkat paras peha dengan rambut yang beralun menjadi tatapannya. Wajah yang tersenyum itu dipeluk erat. Buat dia risau sahaja.

"Ya Allah, abang risau sangat bila tengok rumah gelap tadi. Nasib takde apa apa" ujar Aaran. Anayra tersengih nakal.

"Happy Annivessary abang! I love you so much!" ucap Anayra. Aaran tergamam buat kali kedua.

"Sayang buat semua ni ke?" soal Aaran. Anayra mengangguk laju. Gigi putih diserlahkan.

"Thank you, Alhena. Maafkan abang, abang lupa" wajah Aaran tampak bersalah.

"Takpe, saya tahu... Awak penat dengan kerja kan? It's okay, kalini biar saya suprise kan awak. Suprise tak? " Anayra mengangkat-angkat keningnya.

"Sayang tahu tak abang terkejut macam mana tadi? Risau abang"

"Alah... Takde apa-apa lah... Jom makan. Abang mesti lapar kan? "

Anayra mengheret tangan suaminya ke meja makan yang sudah cantik dihias. Mereka menikmati makanan dengan bahagia. Ada kalanya Anayra menyuakan makanan kepada Aaran. Aaran hanya melayankan sahaja.

"Sebelum tu, saya nak bagi abang ni..." Anayra menyerahkan sebuah kotak kecil.

Aaran berdebar-debar. Diterima hadiah itu dengan perlahan-lahan. Penutup kotak itu dibuka.

Aaran berubah wajah. Lama-lama diukir senyuman.

"Terima kasih, Alhena. Untuk hadiah ni. Abang suka"

"Abang cuba lah pakai. Muat tak? "

Jam berjenama Charles Jourdan Chronograph yang berwarna hitam itu segera dipakai pada pergelangan tangannya.

"Muat muat je. Terima kasih, Alhena. Abang hargai sangat" ucap Aaran ikhlas.

"Sama-sama. Saya minta maaf. Ni je yang saya mampu... Saya tahu awak..." kata-kata Anayra terhenti. Air matanya bergenang.

"Hey, kenapa sayang kena minta maaf? Nilai tak penting, sayang ingat hari anniversary kita pun dah cukup bermakna buat abang. "

"Bukan tu... Saya tahu abang berharap sangat nakkan zuriat. Dah setahun kita bersama tapi saya masih tak mengandung. Saya tahu abang mesti nakkan anak sendiri kan? " kata Anayra sambil menangis teresak-esak.

Aaran terus bangun dari duduk mendekati Anayra. Dielus pipi isterinya itu lembut. Kepala digelengkan.

"Jangan cakap macam ni please? Ye, betul. Memang abang nak anak sendiri. Tapi, belum ada rezeki lagi, sayang. Kita dah usaha, siapa yang menentukan? Tak kira cepat atau lambat, abang sanggup tunggu. Asalkan Alhena abang sentiasa dengan abang.

Abang cintakan Alhena. Hanya sayang yang ada dalam hati abang. Tiada yang lain. Selagi abang masih hidup, abang akan sentiasa disisi sayang. Ingat tu? " kepala Anayra diusap.

Anayra mengangguk. Dia bersyukur kerana mendapat suami yang memahami seperti Aaran. Dipeluk leher itu erat.

"Sayang nampak cantik malam ni" rambut Anayra diambil dan dicium sekilas.

Anayra gugup. Tindakan Aaran membuatkan jantung dia ingin meletus.

"Dengan dress merah singkat macam ni... Sayang fikir abang kuat iman ke tengok sayang tadi? " Aaran memandang Anayra dalam.

Anayra diam. Tidak tahu memberi tindak balas bagaimana. Nak cakap menyesal pakai pun dah tak guna.

Bibir Anayra dicium lembut. Anayra menerima dengan rela. Habislah dia kalini!

Badan Anayra dicempung dan dibawa ke bilik mereka. Aaran menaiki tangga satu-persatu tanpa melepaskan pautan bibir.

Tubuh Anayra diletakkan perlahan-lahan diatas katil. Bibir dilepaskan. Anayra tercungap-cungap mencari nafas.

Aaran bangun dari menindih isterinya. Dilonggarkan tie dan dibuka butang kemeja satu-persatu sambil memandang Anayra menggoda. Anayra hanya memandang dengan perasaan takut-takut.

Aaran kembali menindih isterinya. Wajah ketakutan itu dipandang. Dicium dahi Anayra lama.

"Kenapa takut ni, hmm? Macam tak pernah buat kan? " soal Aaran dengan suara serak basah yang makin membuatkan Anayra ingin menggelupur.

"Saya tahu... Saya bukan takut, cuma saya risau"

"Sayang nak risau apa? Kata nak baby? Tengah mula lah ni. Dah, shhh... Sleep tight, Alhena"

Bibir Anayra dikunci sekali lagi. Anayra lemas dalam lautan cinta Aaran. Dia berharap yang perasaan ini takkan hilang buat selama-lamanya. Dia ingin momen ini sentiasa ada sehingga ke jannah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience