•^BAB 32^•

Romance Series 37373

Harini dia cuba untuk cergaskan diri menemani Nani dan Ilman mencari baju pengatin. Katanya, tak elok berduaan. Jadi, dia sebagai kawan yang sejati menurut sahaja.

Punyalah syok tengok baju-baju pengantin, teringat pula pada momen dia dan Aaran mencuba baju pengantin.

Dia tersengih sendiri. Momen terindah yang takkan dia lupa dengan honeymoon pun bukan kaleng-kaleng engkau! Dubai, engkau hado?!!

Anayra memandang dua pasangan yang sedang bergurau senda cuit-mencuit antara satu sama lain. Dia tersenyum.

Nani yang menahan tawa meletakkan veil diatas kepala Ilman dan Ilman hanya membuat muka reda. Terhambur gelak tawa mereka berdua. Betul lah, diorang memang ada jodoh.

Ringtone telefon Anayra berbunyi nyaring. Anayra lekas mengeluarkan telefonnya. Dia tersenyum lebar bila melihat nama yang tertera pada skrin telefon. Panggilan itu diangkat.

"Helo, assalamu'alaikum" Anayra memberi salam dahulu.

"Waalaikumussalam"

"Abang buat apa tu? " soal Anayra sambil menguis-nguis hujung bajunya.

"Abang baru je lepas solat Zuhur. Sayang dekat butik pengantin ke? " soal Aaran. Anayra mengangguk. Macamlah Aaran nampak sangat anggukan dia.

"Ha'ah. Teman dua ekor burung merpati tu. Jealous lah pulak tengok diorang"

"Kenapa nak jealous pulak? "

"Yelah, seronok je tengok diorang manja-manja. Saya? Dahlah laki kita duk jauh" Anayra memuncungkan bibirnya. Bunyi gelak tawa halus dari corong telefon.

"Tak lama lagi abang baliklah, Alhena. Tunggu berapa hari lagi. Lepasni nak manja puas-puas pun ikutlah"

Anayra ketawa kecil.

"Okeylah, sayang. Abang nak pergi beli barang kejap"

"Okey. Jangan lupa rindu saya. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" panggilan dimatikan. Anayra menarik nafas lega. Walaupun hanya sementara, tapi tetap dapat mengubat rindu. Haih.. Cepatlah suami dia ni balik.

Mata Anayra mengerling kepada pasangan itu lagi. Mata dia membulat.

"Astaghfirullahalazim! Korang ni nak fitting baju ke apa? Ya Allah Ya Rabbi..." dia menggeleng kepala melihat Nani dan Ilman tersengih-sengih dengan songkok diatas kepala Nani dan crown di atas kepala Ilman bersama veil.

Macam macam lah diorang ni!

Anayra akui, dia terlalu sibuk dengan pelajaran untuk beberapa hari. Kadang-kadang sampai lewat malam bersengkang mata memandang skrin laptop membuat berbelas-belas assignment.

Sampaikan dia tidak sempat untuk bertanya khabar tentang Aaran. Aaran juga begitu, terlalu sibuk dengan kerjanya di Langkawi.

Bila ada masa sahaja mereka akan berkomunikasi melalui video call. Jika sempat.

Anayra menarik nafas lega. Dia menutup laptop dihadapannya itu. Akhirnya, assignment itu siap juga! Anak mata mengerling ke arah jam di dinding. Pukul 11.37 malam. Kalau diikutkan masa ini, Aaran belum tidur.

Telefon diatas katil dicapai pantas. Jarinya laju mendail nombor si buah hati. Telefon dilekapkan pada telinga.

Lama juga masa yang diambil untuk Aaran mengangkat panggilannya. Bila sahaja bersambung, cepat-cepat Anayra memberi salam rindu.

"Assalamualaikum, abang!"

"Waalaikumussalam" suara serak basah itu menyapa gegendang telinganya.

"Abang tidur ke? Suara abang macam penat je. Saya minta maaf kalau saya kacau abang tidur "

"Aa.. Err.. Ha'ah. Abang tidur tadi sebab penat sangat. Maaflah abang angkat panggilan lambat"

"Sorry abang. Kalau abang nak sambung tidur, pergi jelah. Nanti kalau ada masa kita call lagi. Assa--"

"Okey, abang pergi dulu " cepat sahaja kata Anayra dipintas Aaran. Dia tidak sempat memberi salam lagi terus panggilan dimatikan.

Anayra berkerut kening.

"Dia penat sangat kot. Kesian suami saya. Takpelah, esok takde kelas, jadi bolehlah call lagi. Tunggu saya okey? " Anayra memandang skrin telefonnya. Gambar perkahwinan dia dan Aaran.

Keesokkan harinya, dia hanya bersarapan di rumah. Tiada keinginan untuk keluar berjalan-jalan. Selepas sahaja memerah tenaga untuk assignment baru-baru ini, dia bercadang untuk berehat di rumah sambil menonton neftlix.

Roti Bakar digigit. Mata tidak berkelip memandang cerita di skrin televisyen itu. Cerita Annabelle Comes Home menjadi pilihan untuk ditonton.

Beberapa minit kemudian, barulah cerita seram itu tamat. Anayra menarik nafas lega. Seram betul! Nasib baik cerita je.

Telefon disebelahnya dicapai. Waktu-waktu begini, mungkin Aaran sedang bersarapan juga jadi bolehlah dia berbual sekejap.

"Helo, Alhena? " Anayra mengukir senyuman bila suara itu menyapanya.

"Helo, abang... Assalamualaikum. Abang tengah sarapan ke? "

"Waalaikumussalam. Ye, abang tengah makan ni. Kenapa call? "

"Emm... Anayra saja je nak call. Lagipun, harini saya cuti tau. Jadi, boleh lah kita--"

PRANGG!

Bunyi kaca berkecai kuat menyapa gegendang telinga Anayra. Anayra kaku.

"Ya Allah, " ucap Aaran.

"Kenapa tu abang?" soal Anayra risau.

"Nanti abang call balik. Bye" belum sempat berkata apa-apa lagi, panggilan sudah dimatikan. Sekali lagi.

Anayra memandang skrin telefonnya. Kening di kerut kan.

Anayra cuba kekal positif. Dia cuba tenangkan diri. Nafas ditarik kemudian dihembus.

"Ya Allah, tolong jagakan suami aku di sana. Amin... "

Remote TV diambil semula.

Sehingga larut malam, Anayra masih memandang telefonnya. Dia sedang meniarap diatas katil tanpa mengalihkan pandangan terhadap empat segi itu.

Dia menguap besar. Sudah pukul 1.02 pagi. Aaran kata nak telefon. Dari pagi tadi sampai sekarang tak telefon lagi. Takkan busy sampai tak sempat nak call orang?

Dia cuba untuk positif lagi. Mungkin Aaran penat. Takpe, Anayra Alhena. 3 hari lagi Aaran akan balik. Kan dia dah janji lepas dia balik dia nak bawa jalan-jalan? Sabar je.

Tanpa sedar, matanya terkatup perlahan-lahan sebelum lena di atas katil dengan telefon dipegang. Rindu suami punya pasal!

Bunyi alarm Not Today dari kumpulan BTS mengejutkannya. Anayra cepat-cepat bangun mandi untuk solat subuh. Dia mengerling ke arah telefonnya sementara menunggu azan subuh.

Log panggilan masuk kosong.

Hampa. Aaran tidak menelefon langsung dia semalam. Buat penat je tunggu.

Azan subuh sudah berkumandang. Tanpa membuang masa, Anayra terus menunaikan perkara wajib itu sebelum bersiap ke kelas.

Dalam pukul 8.30 baru dia bergerak ke Universiti dengan kereta Myvi hitam miliknya sempena hadiah hari jadi dari Aaran. Akibat desakan Aaran yang menyuruh dia belajar memandu, Anayra akur sahaja.

Dia memakirkan kereta di garaj khas untuk mahasiswa dan mahasiswi meletakkan kenderaan masing-masing.

Wajah Nani yang sudah tersengih di hadapan keretanya dipandang sambil senyum senget. Dia menuju ke arah sahabatnya.

"Kau dah kenapa pagi-pagi macam ni tersengih macam gorila. Happy semacam nampak? " soal Anayra.

"Eh, kau ni. Adanya disamakan bidadari dengan gorila. Ehem, by the way... ni untuk kau" Nani menyerahkan sampul kad putih kepada Anayra.

Anayra lantas membukanya. Kad segi empat tepat berwarna emas itu dilihat.

"Tahniah, sahabat. Tak lama lagi, kau masuk kelab aku. Kelab DTS" ujar Anayra.

"DTS? Menatang apa tu? "

"Kelab Dah Tak Single. HAHAHAHAH"  bahu Nani ditampar-tampar.

"Sakitlah gila! Dahlah, jom teman aku pergi kafeteria kejap. Aku baru nak sarapan ni" perut yang kempis itu digosok-gosok lapar.

"Yelah yelah..."

Nani melahap hampir 2 pinggan nasi goreng. Air diteguk rakus. Anayra yang memandang menggelengkan kepala. Memang lapar betul ni.

"Minum air tu slow slow. Tak lari mana pun makanan tu, Raudhatul Hanani. Gaya makan macam tak makan sebulan. Aku rasa kau baru post makan kambing golek dalam story semalam"

"Tu semalam. Semalam dengan harini lain. Aku punya perut kalau lapar, memang lapar gila-gila. Tak kira tempat, tak kira waktu " ujar Nani sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

"Tu bukan lapar, tu nafsu! Gemuk karang baru tahu"

"Alah... Metabolisme aku tinggi"

Anayra menjulingkan matanya. Malas melayan.

"Aku peliklah dengan Aaran semalam. Eh, bukan semalam je. Hari-hari lepas pun aku hairan"

"Kenapa pulak? "

"Bila aku telefon dia, tak sampai 2 minit dah tamat. Dia sendiri yang matikan panggilan. Pintas cakap aku, macam cepat-cepat nak tutup panggilan. Aku tak sempat beri salam dah bye bye. Dia cakap dia akan call aku balik. Semalam punya tunggu sampai sekarang tak telefon. Letih tau aku bersengkang mata nak tunggu dia call" Anayra menjuihkan bibir. Sedih.

"Alalala... Manja naw kawan titew ni. Adalah tu sebab. Haaa... Ni mesti kes rindu seguni. Jangan risaulah... Aaran okey je"

"Aku pun harap macam tu... "

Setiap malam seperti biasa, Anayra akan menunggu panggilan daripada Aaran. Kali ni, dia tak boleh tidur selagi Aaran tidak telefon. Dia tekad.

Selepas dalam 2 jam menunggu, akhirnya Anayra mengalah. Dia sendiri akan memulakan perbualan. Jari-jemari cepat mendail nombor suaminya. Speaker ditekan.

Tidak diangkat.

'Takpe... Sekali lagi'

Dia menelefon Aaran kembali. Hanya bunyi operator telefon kedengaran. Anayra mengeluh. Namun dia masih mencuba lagi dan lagi.

Namun hampa. Aaran tidak mengangkat panggilannya walau sekali. Telefon terus dicampak ke atas katil.

Deringan telefonnya kedengaran menandakan ada panggilan masuk. Anayra cepat-cepat mengangkat panggilan.

"Helo, abang? Abang... Kenapa saya call abang tak jawab? Penat saya tunggu abang call" Anayra menjuihkan bibirnya.

"Hoi, kepala kambing! Ni aku lah. Abang apa ke bendanya? Dah sewel eh? " kata Nani kuat. Anayra mencebik. Dilihat nama yang tertera, memang nama Nani. Wajah kembali masam.

"Kenapa call aku? " tanya Anayra malas. Hilang separuh mood dia.

"Amboi, berubah suara kau eh? Tadi bukan main manja. Aku call kau ni sebab nak suruh kau whatssap Sir Khal yang aku tak boleh datang kelas dia esok sebab ada hal pasal wedding aku. Kau ada nombor dia kan?"

"Alah... Aku malaslah. Aku send kau nombor dia, kau bagitahu sendiri"

"Aku tengah sibuk ni. Kau tolonglah aku eh? Mak aku panggil dah tu. Terima kasih, bye!! " Nani dengan sengaja menutuo panggilan Anayra merengus kecil. Nasib baik sahabat dunia akhirat.

Tangan menaip papan kekunci di skrin. Dihantar satu mesej kepada Sir Khal.

= Assalamualaikum, Sir Khal. Nani tak datang kelas esok sebab ada hal pasal wedding dia. Tu je, okey bye.

Titik. Dah. Cukup. Tak perlu lebih-lebih.

Beberapa saat sahaja, mesejnya sudah dibaca.

Sir Khal is typing....

= Waalaikumussalam, baiklah. Terima kasih bagitahu.

Okey. Rasanya tak perlu balas balik kot. Mesej Sir Khal dibiarkan begitu. Tittle isteri perlu dijaga. Telefon diletakkan diatas meja.

Dia berbaring diatas katil memandang siling. Nafas berat dihela perlahan.

'Mana abang? Abang pergi mana? Kenapa abang tak call saya? '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience