Anayra terkejut dengan tindakan suaminya tersebut. Kolar baju suaminya dipegang erat sambil mata dipejam semula.
Lama-lama dia membalas perlahan. Jawapan yang diberikan Anayra membuatkan ciuman tersebut bertambah agresif namun masih terasa kelembutannya.
Dalam beberapa minit, ciuman dilepaskan. Nafas mereka berdua tercungap-cungap mencari oksigen.
Aaran memandang Anayra yang sedang menunduk bersama pipi yang kemerahan itu tersenyum nakal. Pinggang isterinya dipaut erat.
Dia menolak perlahan dagu isterinya keatas. Pipi diusap lembut. Anayra terbuai dengan layanan Aaran. Lama dia tidak bersama seperti ini.
Mata mereka bertaut sebelum Aaran memberikan kucupan dibibir sekilas.
"Tidur dengan abang malam ni? " soal Aaran penuh harapan. Anayra memandang raut wajah suaminya. Dia menekapkan telapak tangannya pada pipi Aaran. Diusap jambang nipis suaminya itu.
Dia menggeleng.
Aaran merengus.
"But, why? Takkan sebab dia takut dengan Hazel kita tak boleh tidur sekatil? " soal Aaran. Suaranya naik satu oktaf.
Anayra hanya senyum. "Maira tu sanggup ke kena berjauhan dengan abang? Abang pun mungkin tak sanggup tinggalkan dia" kata Anayra perlahan.
"But i need you right now... " kata Aaran dengan suara meleret.
Anayra menyandarkan kepalanya pada dada bidang Aaran sambil tangan melingkari pinggang si suami. Erat.
"She need you more than me," Anayra memandang Aaran dengan dagu ditongkat pada dada lelaki itu. Senyuman diukir.
Aaran tercengang. Wajah putih bersih isterinya dipandang. Lembut sahaja bicara isterinya itu. Aaran mengusap kepala Anayra.
"I love you, sayang" tutur Aaran ikhlas. Dia memeluk gadis itu erat.
"I love you more, abang. I love you... "
Apabila kereta Aaran selamat sampai di hotel, orang pertama yang mendapatkan lelaki itu tidak lain tidak bukan, Maira. Gadis itu datang bersama tuala ditangan.
"Awak! " tuala tersebut di selimutkan pada tubuh Aaran yang basah kuyup. Rambut lelaki itu diraup kebelakang.
"Kesian suami Maira basah basah..." Maira mengusap pipi Aaran lenbut. Aaran menjuihkan bibir sambil mengangguk-angguk, pinta perhatian. Muka dibuat-buat kesian.
"Jom, Maira mandikan awak. Nanti awak demam," Maira memapah Aaran masuk ke dalam hotel itu. Anayra yang berdiri disebelah Aaran tidak dihiraukannya.
Selepas mereka berdua pergi, barulah Anayra mula melangkah masuk. Tidak mahu jalan bersama. Takut dia yang sakit hati. Baju sejuk Aaran yang masih ada dibadannya dipegang erat.
Sejuk dia tu MashaAllah!
Kelibat Hazel dengan tuala putih ditangan yang sedang kalut itu dipandang Anayra dengan senyuman. Hazel menerpa ke arah Anayra sambil menyelimutkan tuala putih itu pada tubuhnya.
"Sorrylah Anayra, Hazel lewat turun bagi tuala. Dasar anak kambing! Nak tahu tak? Masa Hazel kalut bawak tuala nak naik lift, si kambing tu boleh pulak sengaja pergi tutup pintu lift! Dia dah nampak Hazel sebenarnya, cuma biasalah... Dah lama dendam tu. Lagipun lift lain penuh dengan orang dan ada satu lift tu rosak. Haih... " cerita Hazel panjang lebar. Anayra tersengih.
"Takpelah Hazel... Hazel dah datang pun kan? Sejuk sangat kat luar tu" kata Anayra. Gigi sudah diketap rapat menahan sejuk.
"Sejuk sangat Anayra ni... Jom, Hazel papah masuk bilik" Hazel memegang bahu Anayra rapat menaiki lift menuju ke bilik mereka.
Keesokkannya, pagi-pagi lagi mereka bersiap dan duduk menunggu di sofa lobi yang disediakan untuk ke tempat yang sudah dirancang.
Hanya tinggal Hazel dan Anayra yang masih belum turun di lobi.
"Awak... Kita pergi dululah... Dah lewat ni, nanti lambat.. " Maira sudah merengek manja. Kepala dilentokkan pada dada Aaran.
Nani hanya menjeling. Ditarik tangan Ilman rapat ke tubuhnya. Menyampah. Suka-suki engkau je nak pergi dulu. Duit pun bukan guna duit engkau, setan!
Hah, kan dah mencarut.
Mereka memandang kelibat hazel yang masih berbaju tidur mendekati mereka berenam.
Luan mengangkat sebelah keningnya.
"Kau pakai baju tidur ni dah kenapa? Fesyen terkini ke apa? " soal Luan. Ditilik baju pijama bercorak Gucci pada tubuh Hazel.
Hazel menjeling.
"Bukanlah. Aku dengan Anayra tak pergi. Korang pergilah dekat ladang Teh Boh tu. Takut lambat pulak kan? " mata dikerling mengejek kepada Maira. Perkataan lambat sengaja ditekankan.
"Eh, kenapa pulak? "
"Anayra demam panas" jawab Hazel selamba.
"Hah? Anayra demam?! " suara Aaran bergema di seluruh ruang lobi.
"Ha'ah, kau jangan risaulah. Aku tahu nak jaga dia macam mana. Lagipun, suami dia bukannya nak heran sangat pun pasal dia. So, korang pergi je. Kitaorang okey,"
Aaran diam. Baru sahaja kaki ingin melangkah menuju ke pintu lift, satu tangan kecil disebelah menariknya kembali.
"Awak nak pergi mana? Jangan tinggal Maira... " Maira mencebikkan bibir.
"Abang nak tengok Anayra kejap. Nanti abang datang balik" tangannya cuba melepaskan tautan tangan isterinya.
"Taknak! Maira taknak awak tinggal Maira! " terus tubuh sasa itu dipeluknya. Aaran menghela nafas berat. Pintu lift dilihat dari ekor mata.
Dia memandang Hazel redup.
"Tolong jaga Anayra baik-baik" kata Aaran penuh kerisauan.
Hazel senyum sinis.
"Aku tahu macam mana nak jaga orang yang aku sayang. Kesian Anayra kan? Tak dihargai? " kata Hazel sinis sebelum melangkah pergi meninggalkan Aaran yang masih terdiam. Jujur, kata-kata Hazel menusup ke dalam hati.
"Jomlah, awak... Nanti kita lambat nak pergi... Anayra tu lepas makan ubat nanti sembuhlah" tangan Aaran ditarik-tarik. Muka dibuat-buat comel.
Comel kan, Maira?
"Awak... Saya pun rasa macam taknak pergilah. Sebab apa tau? Orang tu kita tak ajak pun nak datang bercuti sekali. Tup tup dia kat sini buat macam semua perkara ni atas arahan dia. Saya rasa kan awak... Kita dating kat bilik jelah.. " suara sengaja dikuatkan. Mata dikenyit pada si suami. Ilman tercengang.
Nani memandang Ilman penuh harapan. Ayat terakhir membuatkan Ilman laju sahaja menarik tangan Nani menuju ke pintu lift.
Luan dan Khalish saling berpandangan. Kedua-dua bahu mereka diangkat. Kaki melangkah menuju ke pintu lift juga. Tinggallah Aaran dan Maira sahaja di lobi.
Bagus! Bagus sangat! Semua orang takde! Aku boleh dating dengan suami aku berdua-duaan. Tak perlu ada orang yang kacau! Eii!! Sedak mak bapak korang duk kutuk aku dari tadi, takpe takpe..
Maira senyum sinis.
"Jom, awak" tangan Aaran ditarik menuju ke pintu keluar. Aaran hanya menurut. Mereka bergerak menuju ke destinasi. Hanya mereka berdua.
Maira sudah bersorak di dalam hati.
Yey! Dating dengan suami! Yang penting, hanya dia sahaja.
Anayra dari tadi asyik bersin tidak henti-henti. Badan dia juga berpeluh-peluh. Tubuh dikelubung dengan selimut yang tebal.
Hazel datang dengan membawa bubur nasi , air kosong bersama ubat di dalam satu dulang. Dia duduk disisi katil bersebelahan Anayra. Wajah pucat itu dikerling seketika.
"Dah bagitahu Aaran? " soal Anayra. Hazel mengangguk. Anayra senyum dalam sakit.
"Terima kasih, Hazel sebab selalu ada dengan Anayra" tangan Hazel dicapai.
"Eii... Tak payahlah nak buat scene sedih kat sini... Makan bubur ni dulu baru makan ubat. Kalau tak sedap, Hazel minta maaflah. Bubur ni pun Hazel minta dengan pihak hotel. Cepat bangun, Hazel suapkan"
Hazel membantu Anayra bangun. Anayra duduk bersandar pada kepala katil. Badannya lemah.
Sesudu bubur nasi yang masih panas ditiup Hazel. Dihalakan bubur nasi itu kepada Anayra. Anayra menerima dengan baik.
Allahu... Nak kunyah pun penat sangat.
Nasib bubur nasi senang nak telan.
Setelah selesai makan, ubat terus ditelan. Rasa pahit dibiarkan sahaja. Dia kembali berbaring. Penat.
"Anayra tidurlah dulu. Hazel nak pergi mandi. Tapi, kalau Hazel tak mandi pun wangi je lagi. Ahaks!" dia menutup mulutnya. Tuala diambil sambil kaki terkedek-kedek memasuki bilik air.
Anayra senyum. Dia menghela nafas berat. Teringat pula dia waktu dia demam panas setahun yang lalu.
FLASHBACK
Anayra masih terbatuk-batuk kuat tanpa henti. Aaran kalut menyediakan bubur nasi yang dimasaknya untuk diberikan kepada isteri.
Wajah isterinya ditatap risau. Telapak tangan tidak habis-habis melekapkan diatas dahi.
Panas. Sangat-sangat.
Lagi-lagi dengan wajah pucat lesi isterinya membuatkan Aaran lagi risau. Sampaikan dia terpaksa menelefon Puan Sari untuk meminta pertolongan.
"Alhena sayang... Jom makan bubur dulu. Abang suapkan meh" badan isterinya dibangunkan perlahan. Anayra mengerutkan kening. Terasa berat kepalanya.
"Taknak... Penat... " rintih Anayra dengan suara yang serak dan perlahan.
"Makan dulu sayang. Nanti lepas makan bubur dengan ubat, sayang boleh tidur balik." dia membantu Anayra untuk bangun. Bantal diletakkan dibelakang badan isterinya untuk keselesaan.
Bubur dihalakan pada mulut kecil Anayra. Anayra membuka mulut lemah. Dikunyah perlahan kemudian ditelan.
Perit.
Aaran mengusap kepala isterinya. Terpancar wajah risau Aaran. Anayra hanya senyum dengan kelakuan Aaran. Dia memegang tangan suaminya lalu dicium sayang.
"Terima kasih, abang. Terima kasih sebab jaga Anayra dengan baik. Anayra sayang abang sangat-sangat" dicium tangan suaminya itu bertalu-talu.
Aaran senyum. Dicium dahi Anayra penuh kasih sayang.
"Sayang tanggungjawab abang. Mestilah abang kena jaga Alhena abang baik-baik"
Pipi isterinya diusap.
Air mata Anayra jatuh. Terharu dengan kata-kata suaminya.
"Maaf sebab saya dah susahkan abang. Penat kan jaga saya? Maaf sebab kacau abang kerja, " tutur Anayra sayu.
Aaran memegang dagu isterinya lalu didongakkan keatas memandang anak mata itu dalam.
"Hey, Setiap kali sayang sakit, abang janji akan selalu ada disisi sayang. Alhena hak abang. Hak abang, abang kena jaga elok-elok. Abang dah janji kan? Kalau abang khianat, bunuh je abang" kata Aaran serius. Anayra terus memeluk Aaran erat. Rasa sakit seperti hilang begitu sahaja.
"I love you, abang"
"I love you more, Alhena"
Air mata Anayra mengalir dipipi. Suara sedaya upaya menahan tangis.
Ye, abang dah khianat janji abang. Ye, memang saya nak sangat bunuh abang. Nak sangat-sangat.
Tapi rasa cinta saya pada abang buat perasaan itu pergi jauh. Rasa cinta saya pada abang kuat sangat sampai saya tak boleh lepaskan tangan abang.
Rasa cinta saya pada abang takkan pernah pudar. Hanya ajal sahaja yang dapat matikan rasa ni.
Saya cuba setia abang, saya cuba setia walaupun abang dah ada yang lain.
Sorry kalau ada yang kurang. Haera akan cuba perbaiki. Sorry sebab terpaksa tunggu update lewat..
Share this novel