•^BAB 51^•

Romance Series 37373

Sampai sahaja di rumah Puan Dareena, Anayra terus dapat menangkap seorang manusia yang tidak kurang sama seperti gorila bergerak laju menuju ke arah mereka seperti ingin menerkam si mangsa.

"Awak... hisk hisk... Awak tinggal saya. Awak pergi mana... Awak jahat! " Maira memukul dada Aaran berkali-kali.

Anayra menjulingkan mata keatas. Dia meneruskan langkahnya sambil menarik bagasi cream miliknya ke bilik. Malas nak dengar segala rintihan dari mulut si Maira itu.

"Kenapa curi suami Maira! Tahu tak Maira lebih perlukan suami Maira dari Anayra? Maira mengandung tau!" Maira memandang Anayra tajam. Mulut dicebik.

Anayra meneruskan langkah. Biarlah nak marah ke, mengamuk ke, terjun bangunan ke, asalkan aku nak tidur. Katil dah memanggil tu.

"Hey! Maira cakap dengan Anayra lah! Pekak ke?!" lantang suara Maira kedengaran. Anayra terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Perkara itu membuatkan Maira lagi sakit hati.

"Shhh... Sayang... Janganlah marah macam ni. Kesian baby dalam perut" kata Aaran sambil mengusap lembut perut yang semakin berkembang.

"Awak tinggal saya... Sampai hati awak tak bawa saya... Saya mengandung tau. Mengandung anak awak. Sampai hati awak buat saya dengan baby kita macam ni. Malas kawan dengan awak " Maira memusingkan badannya membelakangi Aaran. Aaran menggaru kepalanya.

Aduh... Merajuk lah pulak.

"Sayang... Janganlah merajuk. Nanti abang bawak pergi honeymoon sekali"

"Kalau macam tu, nak pergi sekarang jugak! " bentak Maira.

"Tak bolehlah sayang... Sayang tengah sarat ni, nanti jadi apa-apa macam mana? Ha... Kan lagi susah"

"Tak kira, nak jugak! Nak jugak! " rengek Maira seperti budak kecil. Aaran memejamkan mata.

Macam ni ke perangai ibu mengandung?

"Maira, pergi solat asar dulu. Dah nak habis waktu ni. Dari tadi kamu tak solat lagi kan? Nak tunggu bila? " suara Encik Shah dari ruang tamu menghentikan kelakuan mereka.

Maira merengus. Dia melangkah kaki menuju ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat tanda protes.

Aaran menggeleng-gelengkan kepala. Malu satu, rasa bersalah satu.

Haih...

Anayra mendekati Aaran yang sedang menonton televisyen itu rapat. Kepala dilentokkan pada bahu si suami. Aaran menarik badan Anayra rapat.

"Abang, saya nak pergi rumah mama boleh tak? Rindu mama lah... " pinta Anayra manja. Jari telunjuknya sengaja mencuit-cuit dada Aaran sambil tersengih.

"Aik, haritu bukan dah pergi ke? "

"Alah... Tu haritu. Ni harini. Alah... Bolehlah, eh? "

"Hmm... Yelah. Jangan nakal-nakal sudah"

"Okey! Thank you abang. Sayang abang" pipi Aaran dicium sekilas. Aaran tarik bibir senyum.

Haih... Macam mana dia tak jatuh hati?

Anayra cepat-cepat membuka kasut ingin melangkah masuk. Tak sabar sangat nampaknya nak berjumpa dengan syurga hati. Sedangkan baru seminggu tidak bersua.

Maklumlah... Pembawakan budak.

Pintu dibuka oleh seseorang dari dalam. Wajah ceria itu terus berubah kelam.

"Rara, "

"Abang Ngah"

Kedua-duanya memandang antara satu sama lain. Anayra telan air liur kelat. Dah lama tidak bertemu lelaki tersebut.

"Rara! Umi rindu sangat dekat Rara! " Puan Rafisyah dari belakang melepasi Eiman terus memeluk Anayra.

Anayra cuba untuk senyum. Dibalas pelukan Puan Rafisyah. Jujur, dia pun rindukan wanita ini. Tidak pernah bertanya khabar.

"Umi sihat? " soal Anayra ramah.

"Sihat je... Eh, masuk masuk. Kita berbual kat dalam. Umi rindu nak borak dengan anak dara umi" tangan Anayra dipimpin masuk. Anayra akur. Eiman hanya mengikut dari belakang.

Gelak ketawa menghiasi bibir Anayra. Segala cerita dari mulut Puan Rafisyah mencuit hatinya. Mata mengerling Eiman sekilas. Nampaknya, lelaki itu memandangnya lama.

Tak selesa.

"Rara nak ambik air kejap eh. Dahaga pulak. Anayra masuk dapur kejap eh" Anayra meminta diri. Jujur dia takut akan pandangan oleh Eiman.

Air kosong diteguk rakus. Dia menarik nafas kemudian dihembus.

"Anayra bahagia dengan dia? "

Anayra tersentak. Dia memusingkan badannya. Eiman yang sedang bersandar pada peti ais dilihatnya.

"Kenapa abang perlu tahu? "

"Jangan tipu, Anayra. Dia setia? Dia madukan Anayra! Anayra tak nampak lagi ke? "

"Abang Ngah, he is my husband. Itu hak dia kalau dia nak cari bini baru. Anayra akan cuba faham. Kalau benda tu buat dia bahagia, Anayra terima. Abang tak perlu nak kacau"

"Abang kacau? Abang nak tolong Anayra- "

"Anayra tak perlu pertolongan abang! Cukuplah. Anayra dengan life Anayra, abang dengan life abang" Anayra terus memotong percakapan Eiman.

"There's one thing you don't know. Madu Anayra tu sebenarnya-"

"Biarlah dia siapa-siapa pun. Abang tak perlu masuk campur dalam hal ni! Anayra boleh terima dan abang pun kena terima hal tu. Okey? Dahlah, malas cakap dengan abang" Anayra terus meletakkan gelas tadi ke tempat asal. Dia berlalu pergi meninggalkan Eiman.

Eiman menghela nafas berat.

"Maira tu Khadijah, sayang"

"Alhamdulillah, kandungan puan tidak ada apa-apa masalah. Pastikan puan selalu makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan angkat barang-barang berat. Okey? " Doktor Iman menghadiahkan senyuman. Anayra mengangguk.

"Cuma... Masalah untuk ketumbuhan puan. Puan tahu kan, kalau kita tak buat pembedahan secepat mungkin, fibroid akan merebak ke organ-organ yang lain? " ujar Doktor Iman.

Anayra mengeluh kecil. Dia mengangguk lagi.

"Atas permintaan puan untuk menyimpan kandungan tersebut, kita terpaksa untuk menangguhkan sesi pembedahan pada rahim puan sebab takut akan menjejaskan keselamatan pada bayi"

"Puan jangan lupa makan ubat yang saya dah bagi. Puan kena jaga kesihatan puan dan bayi dalam kandungan. In Shaa Allah, lepas sahaja puan bersalin, kita akan teruskan sesi pembedahan ke atas rahim puan secepat mungkin" ujar Doktor Iman panjang lebar.

Anayra senyum. Perut diusap lembut. In Shaa Allah, tak lama lagi mummy dapat jumpa baby. Tunggu mummy okey?

Anayra meletakkan beg tangannya diatas meja makan. Dia bergegas menuju ke tandas. Dua tiga hari ini, dia kerap sangat membuang air kecil. Kata doktor, itu juga salah satu faktor kehamilan. Solusinya, selalu minum air masak bagi mengelakkan dehidrasi.

Maira bercekak pinggang. Kaki melangkah turun dari tangan berhati-hati. Mana Anayra ni? Masa dia nak suruh masak something lah, perempuan tu menghilang. Suruh buat puding pun banyak hal. Dasar.

Matanya melihat pada beg tangan Anayra yang berada di atas meja makan. Dia mendecit.

Baru lepas keluar? Hey, ingat sikit. Kerja kau tu jaga semua keperluan aku. Bukannya merayap pergi merata tempat!

Dia menyilangkan tangan. Mata dijulingkan keatas.

Mata dia tertancap sekali lagi pada beg tangan Anayra. Beg yang tidak berzip sepenuhnya itu didekati. Satu perkara yang membuatkan rasa ingin tahu.

'Benda' yang berwarna pink itu diambil Anayra perlahan-lahan. Dia hampir hilang kata.

Buku pink? Buku rekod kesihatan ibu? Wait... She's pregnant?

Dia menyelak pada halaman sebelah. Benarlah tekaannya. Bersama gambar scan bayi yang dipin elok. Buku itu hampir jatuh dari tangannya.

No.. No way! Tak.. Semua ni tak boleh terjadi!

No!

Macam mana kalau Aaran dah taknak layan aku? Taknak bagi perhatian pada aku? Macam mana kalau dia bagi sepenuh perhatian pada perempuan tu?

Tak boleh jadi! Tak boleh jadi! Dia takkan benarkan Aaran sesekali berpaling darinya.

Aaran hak milik dia seorang. Tiada siapa akan dapat Aaran kecuali dia!

"Plan... "

Senyuman sinis terlakar dari bibir Maira.

"Kau, mati"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience