Dada lelaki itu dipukul.
"Kepala otak kau babygirl, Gila! " wajah Hazel dimasamkan. Dia kembali menghirup bihun tomyamnya.
Luan terkekek-kekek ketawa. Dia duduk berhadapan Hazel.
"Kau dah siap solat ke? " soal Hazel sambil menyisip minumannya. Luan mengangguk.
"Taknak makan? "
"Aku tunggu yang lain"
Hazel hanya mengangkat bahu. Dia meneruskan sedutan bihun tomyam sehingga ada kesan comot pada bibir.
Luan yang perasan akan hal itu terus naik mengesat menggunakan ibu jarinya. Tindakan refleks.
Hazel tergamam. Mata memandang Luan dengan mata terkebil-kebil. Bihun masih tergantung dalam mulutnya.
"Kau makan comot"
"Mana ada! " wajah ditundukkan. Pipi merona kemerahan. Suka dilayan sebegitu.
"Pipi kau merah pehal? "
"Aa... Err.. Pe.. Pedas" kata Hazel sambil mengibas-ngibaskan wajah.
Mereka diam sejenak.
"Hazel, " panggil Luan. Hazel mendongak sambil mengangkat kening, 'Apa?'
"Nak" mulut di nganga.
Hazel memandang bihun tomyam yang masih ada sisa sedikit. Dia merengus kecil. Ditolak mangkuk berisi bihun tomyam tersebut pada Luan.
Luan menolaknya kembali. Hazel mengerutkan kening. Ditolak sekali lagi mangkuk itu kepada Luan. Luan menolak lagi. Hazel mendengus. Nak main tolak-tolak sampai subuh ke?!!
"Nak suap..." pinta Luan dengan suara dimanjakan. Hazel membuat muka kegelian. Kenapa dengan sepupu dia seorang ni? Dah kena sampuk Ju-On ke apa? Tiba-tiba nak manja-manja mengalahkan Dato' Sri Vida.
"Kau pehal nak manja-manja dengan aku ni? "
"Mummy aku kata... Makanan lagi sedap kalau orang yang kita sayang suapkan. Jadi, aaaaa.... " Luan membuka mulut sekali lagi. Akhirnya, bihun itu selamat masuk ke dalam mulut Luan. Luan senyum puas.
Hazel kembali menyambung makan. Tiba-tiba dia berhenti sejenak.
'Orang yang kita sayang? Maksud dia, orang yang dia sayang? Dia sayang....aku ke? Gila apa Mamat ni? ' Hazel pandang Luan atas bawah.
"Makan tak ajak" suara dari belakang Luan menyapa mereka. Anayra bersama Nani yang tersengih sambil membuat peace itu dipandang.
"Marilah, duduk" pelawa Hazel. Tempat duduk disebelahnya di tepuk-tepuk.
Mereka semua memesan makanan dan minuman kepada pelayan. Sekali lagi Hazel memesan bihun tomyam kegemarannya dengan alasan masih lapar lagi.
Maira yang asyik berkepit dengan Aaran itu dipandang sinis Hazel. Tangan tidak lari dari memaut lengan Aaran dan melentokkan kepalanya pada bahu sepupunya.
Orang lain pun ada suami jugak, tapi taklah perangai macam kau, macam hantu!
Khalish yang duduk bersebelahan Anayra tidak melepaskan peluang berbual dengan gadis tersebut. Anayra hanya ketawa dan tersenyum sambil mendengar cerita-cerita dari Khalish.
Aaran mengepal tangan tanda geram. Melihat kemanisan antara Anayra dan Khalish itu membuatkan hati dia membara.
Makanan sudah tiba. Ilman tanpa sabar terus mengambil makanan yang dipesannya. Perkara itu membuatkan Nani mencubit bahu Ilman.
"Awak ni... Makanan tu tak pergi mana pun. Gelojoh betul! "
"Alah sayang ni... Saya lapar lah... " Ilman memuncungkan bibir sambil menggosok bahu yang dicubit Nani itu. Sakit woo...
Anayra memesan nasi goreng pataya. Sama seperti Khalish. Anayra ralit berborak dengan Khalish sehingga tidak sedar yang Aaran kini memandang Anayra penuh tajam.
Pandangan yang cemburu...
"Sayang, abang nak nasi goreng tu. Nampak sedap je" pinta Aaran manja.
"Kenapa nak nasi goreng? Maira boleh share makanan Maira. Meh, Maira suapkan" kuey tiaw goreng itu dihalakan pada Aaran. Aaran tidak mempedulikan Maira. Tumpuannya kini pada Anayra.
"Sayang... " panggil Aaran lagi.
"Saya ke? " Anayra mengangkat sebelah kening dengan jari telunjuk dihalakan kepada diri sendiri.
"Sayang lah... Sayang mana lagi"
Anayra senyum nipis.
"Abang dah ada DUA sayang. Saya mana tahu abang panggil saya" perkataan 'dua' itu ditekankan. Bibir diherot sebelah.
Aaran diam.
"Apa-apa jelah. Abang nak nasi goreng sayang tu sikit... boleh? "
"Ambik jelah... " pinggan ditolak pada Aaran. Aaran menggeleng kepala.
"Nak suap"
Anayra mengerutkan kening. Tiba-tiba je suami dia nak sweet-sweet depan orang ni dah kenapa? Selalunya Aaran akan manja dengan dia bila mereka berduaan sahaja.
Tanpa kata, Anayra terus menghalakan sesudu nasi goreng pataya kepada Aaran. Makanan itu selamat disumbatkan ke dalam mulut suaminya.
Aaran sempat mengerling ke arah Khalish dengan senyuman kemenangan. Bini aku suap, kau ada?
Khalish hanya memandang dengan malas. Kalau cemburu tu, cakap jelah.
Kedua-dua mata lelaki-lelaki itu memanah antara satu sama lain. Sorang-sorang tidak mahu kalah.
Anayra cuba menarik sudu dari dalam mulut Aaran. Tidak berjaya. Aaran seperti sengaja mengacip sudu itu dengan kuat bagai tidak mahu lepas.
"Abang ni dah kenapa duk tahan sudu macam tak nak lepas. Saya nak makan lah"
Aaran mengalihkan mata memandang isterinya. Seperti baru tersedar, Aaran menggosok lehernya. Maira disebelah sudah memandang tajam.
"Abang, makanlah kuey tiaw goreng Maira ni. Meh Maira suap" dia juga tidak mahu mengalah. Sudu yang berisi kuey tiaw goreng itu dihalakan pada mulut Aaran.
"Eh, err...aa--" Anayra ingin mengatakan sesuatu tapi dipintas Aaran.
"Abang tak makan kuey tiaw" jujur Aaran. Merah padam muka Maira ketika itu. Malu mungkin.
Dah 5 bulan duduk dengan suami aku, takkan makanan yang dia tak suka pun kau tak tahu?
Anayra senyum sinis. Nasi goreng pataya disuapkan ke dalam mulut. Hmm...sedap!
"Anayra suka bunga?" soal Khalish secara tiba-tiba. Anayra mengangguk laju.
"Suka! Suka sangat-sangat. Anayra ingat lagi masa Anayra tingkatan 3 dulu setiap kali balik dari sekolah, Anayra selalu suruh abang Aqeef tolong belikan bunga tulip dekat kedai bunga depan sekolah. Buat hiasan dalam bilik" terpancar wajah ceria Anayra. Ye, bunga adalah satu kegemarannya.
"Okey, nanti kita akan pergi dekat Lavender Garden. Dekat situ, bukan ada lavender je, ada banyak jenis bunga dengan macam-macam warna. Cantik sangat. Anayra kena pergi situ" ujar Khalish. Mata Anayra bersinar-sinar. Rasa terujanya menambah. Tidak sabar. Khalish mengerling ke arah Aaran. Senyuman manis bermakna itu dihadiahkan.
"Semua dah siap makan kan? Jom gerak" Aaran terus bangun dari kerusi menuju ke arah kereta yang diparkir.
Mereka semua terpinga-pinga. Maira bangun dan mengejar jejak langkah Aaran, tidak mahu ditinggalkan.
Anayra hanya mengangkat bahu. Sisa minuman di dalam gelas plastik itu dihabiskan.
Luan dan Hazel sudah senyum senget. Tahu apa sebenarnya maksud dari kelakuan Aaran tersebut. It called, J.E.A.L.O.U.S. Cemburu in Malay.
"Sebu perut. Tak larat nak jalan" Anayra menepuk-nepuk perutnya yang kempis itu. Khalish tergelak kecil.
"Kalau tak larat nak jalan, nak saya tolong dukungkan? " kening diangkat sebelah seperti Ziana Zain. Anayra hanya gelak.
"Sorry, but you are too haram for me" beg tangan diambil.
Khalish senyum. Melihat Anayra dari ekor mata meninggalkan restoran.
Selepas selesai membayar harga makanan dan minuman, mereka menyambung perjalanan ke destinasi yang dituju.
Dalam 2 jam perjalanan, mereka tiba di Hotel Copthorne di Brinchang, Cameron Highlands. Mereka mengeluarkan bagasi masing-masing dan bergerak menuju ke receptionist untuk mendaftar masuk.
4 kunci bilik yang sudah siap ditempah dipegang Luan. Kini, mereka akan menentukan keempat-empat bilik untuk setiap orang.
Nani dengan Ilman memang tak boleh nak dipisahkan. Mereka berdua satu bilik.
Luan dan Khalish, si bujang akan duduk bersama. Takkan nak duduk dengan yang bukan mahram pulak. Astaghfirullah... Mereka satu bilik.
Mata bertemu mata. Anayra memandang Aaran, Aaran memandang Anayra.
Maira cepat memeluk Aaran.
"Kita sebilik okey, awak? Maira tak puas lagi honeymoon dengan awak. Lagipun, Maira mana kenal sepupu awak yang gedik ni" akhir ayat dia memperlahankan suara, tidak ingin didengari si rambut blonde tersebut.
"Excuse me? Bercakap dengan cermin ke? " kata Hazel sambil meniup kukunya yang berwarna-warni itu. Kaca mata hitam diturunkan sedikit.
Dia ingat aku pekak agaknya. Sorry not sorry, this is Hazel Rubeyl Matthew. Kau bisik guna mikroskop pun, aku boleh dengar.
"It's okay. Anayra tidur dengan Hazel. Lagipun, bila lagi kita nak have fun gegerl gegerl? I take this room" salah satu kunci di tangan Aaran diambil. Wajah dimaniskan sebelum mengheret tangan Hazel ke bilik mereka.
"Awak... Jom masuk bilik kita? " jari jemari diukir atas dada Aaran menggoda. Aaran mengangguk. Dia mengheret bagasi mereka ke pintu lift.
Malam itu, aktiviti mereka hanya duduk di bilik masing-masing. Esok pagi baru lah mereka akan meneruskan aktiviti yang sebenar. Sekarang ini, mereka perlu mengecas tenaga untuk aktiviti esok.
Hazel dan Anayra berada di atas katil masing masing. Dua katil single sebelah menyebelah. Anayra mendengar dengan penuh khusyuk cerita yang disampaikan oleh Hazel.
Dengan penuh gaya dengan lakonan semula mengikut babak Hazel lakukan untuk menghidupkan balik cerita itu. Penuh perasaan. Ada sedih, gembira, kecewa dan marah.
"Sebab tu Hazel single sekarang. All my ex is very.... Like bitch. Single is better like who am i now. Sangat bahagia"
"Takkan Hazel taknak buka hati Hazel untuk lelaki lagi? Macam mana kalau ada seorang lelaki yang benar-benar cintakan Hazel? Hazel terima tak? "
"We will see it. Hazel akan tengok cara dia dulu. If perasaan ikhlas tu datang sekejap tak jadi jugak. Baru kahwin esok dah cerai, apo? "
Anayra gelak kecil. Terhibur dengan jawapan Hazel. Lama-lama dia terdiam.
"So, macam mana pulak dengan kisah Anayra?" soal Anayra dengan soalan cepumas. Hazel mengerutkan kening.
"Like what? "
"Perkahwinan antara Aaran dengan Anayra....berakhir dengan baik atau tak? "
Soalan itu membuatkan Hazel terpempan. Tidak sangka dalam banyak-banyak soalan, soalan itu juga dipilih untuk ditanya.
"Apa yang Hazel boleh cakap, Allah knows everything. Dia tahu apa yang akan jadi walaupun benda tu tak terjadi lagi. Doa, itu sahaja jawapan Hazel. Allah suka kalau kita merintih kepadaNya, berdoa kepadaNya" nasihat Hazel lembut. Anayra mengangguk.
Hazel ni walaupun pakaian tak cukup kain, pengetahuan agama dia tinggi choii!! Hashtag, #ContohiHazel.
Tangan Anayra digenggam dengan senyuman manis dihadiahkan.
In Shaa Allah... Bahagia untuk dia akan tiba..
Share this novel