Alhamdulillah, mereka sudah selamat sampai di Dubai. Kereta yang sudah siap disewa oleh Aaran dipandu ke Hotel Atlantis.
Hotel Atlantis adalah hotel yang termahal di dunia dengan biaya menginap sekitar 231043 US Dolar semalaman. Shah Rukh Khan pun pernah menginap dekat sini tau!
Anayra ternganga melihat kecantikan bilik yang bakal dia menginap selama tiga hari itu.
"Subhanallah, cantiknya bilik ni! Terima kasih, Abang. Terima kasih sangat-sangat! " dipeluk tubuh Aaran erat. Mata masih diliarkan melihat keindahan dihadapannya.
Bilik mereka ditempatkan di sebelah pantai. Sungguh indah pemandangan bayu tersebut. Angin sepoi-sepoi menyapa wajah.
"Kita rehat dulu sekejap. Lepasni kita pergi jalan-jalan. Aku nak mandi sekejap" Aaran mengambil tuala dan menuju ke bilik air.
"Jalan-jalan? Seronoknya! " Anayra bertepuk tangan. Tidak sabar.
Selepas beberapa minit membersihkan diri, Aaran keluar dari bilik air dengan tuala hanya separas lutut.
"Alhena, tolong.... " matanya tertancap pada tubuh gadis yang terbaring lena diatas katil tersebut.
Aaran tersenyum kecil. Tadi bukan main bising, tengok-tengok dah terjelepok tidur. Haih.. Isteri siapalah..
Dia mendekati Anayra perlahan. Tidak mahu mengejutkan isterinya. Dipandang wajah polos yang sedang lena itu. Bibir diukir senyum.
Kepala Anayra diusap perlahan.
Anayra merengus kecil apabila merasakan tidurnya terganggu. Mata Anayra dibuka perlahan-lahan. Wajah lelaki itu menyapa pandangannya. Anayra cepat-cepat bangun. Terkejut mungkin.
"A.. Abang dah siap mandi? " Anayra tunduk memandang lantai. Tidak mahu melihat suaminya yang masih bertuala.
"Dah, maaflah ganggu kau tidur."
"Takpe, saya pun nak pergi mandi lepastu nak solat zohor. " Anayra kalut mengambil tuala dan pakaian. Dia cepat-cepat ke bilik air.
Aaran hanya memandang isterinya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tak ubah macam budak-budak!
Selepas sahaja mereka solat zohor, Aaran dan Anayra turun ke restoran untuk makan sebelum pergi berjalan-jalan. Dipesan dua stik untuk mengisi perut yang kosong.
"Abang... Liat lah stik ni. Saya tak boleh nak potong" Anayra terkial-kial memotong stik di pinggannya. Dia merengus kecil.
"Kau tu lembik sangat. Meh, aku tolong" Aaran menolong Anayra memotong stik itu satu-persatu. Kemudian dihalakan stik itu pada bibir Anayra. Anayra berkerut kening.
"Nganga, " arah Aaran.
Anayra membuka mulutnya perlahan-lahan. Disumbatnya stik ke dalam mulut isterinya lembut. Anayra mengunyah perlahan-lahan.
"Hmm, sedap! "
"Makan cepat, lepasni kita nak pergi pantai "
"Okey, " stik dimasukkan ke dalam mulut lagi.
•••
Kereta Lamborghini kuning yang dipandu oleh Aaran bertolak ke Pantai Terbuka JBR, antara pantai terbaik di Dubai.
Pasirnya putih lembut, air yang hangat dan berwarna biru-hijau yang cantik.
Keluar sahaja dari perut kereta, Anayra melompat-lompat teruja. Tidak sabar untuk bermain pantai.
Aaran hanya tersenyum melihat tingkah laku Anayra. Dia menarik rapat tubuh ramping isterinya ke dalam dakapan.
"Jom, jalan-jalan tepi pantai" Aaran menarik tangan isterinya. Anayra hanya mengikut.
Tangan kecil itu digenggam Aaran erat. Kadang-kadang, dipercikkan air sedikit pada Anayra. Aaran terus berlari meninggalkan Anayra yang sedang menahan marah.
Anayra berlari mengejar suaminya. Gelak tawa Aaran diselang-seli dengan jeritan kuat Anayra.
Dipeluk tubuh sasa itu. Aaran mengusap kepala Anayra. Dikucup ubun-ubun isterinya. Bahagia.
"Seronoknya, abang... Tenang je pantai ni. Nanti saya nak datang lagi, boleh? " soal Anayra sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
Aaran mengangguk.
"Kau nak pindah sini terus pun boleh"
Perut Aaran dicubit Anayra.
"Aduh, kenapa kau cubit aku pulak ni? " soal Aaran sambil menggosok-gosok perutnya.
"Tak boleh. Kalau kita pindah sini, ramai perempuan-perempuan cantik yang seksi-seksi nak dekat husband. Nanti abang dah tak pandang saya. Mesti abang kahwin lain lepasni" Anayra memuncungkan mulutnya. Merajuk.
"Lah, dah memang perempuan-perempuan dekat sini cantik dan seksi. Tak pandang rugi, " ujar Aaran selamba.
Anayra menjegilkan mata.
'Ouh.. Cantik dan seksi eh? Takpe.. Takpe.. '
Anayra terus menonong berjalan meninggalkan Aaran. Tangan disilangkan. Wajah dimasamkan. Cemburu campur merajuk.
Aaran gelak kecil.
'Gurau je pun, tu pun nak cemburu? '
Dikejar tubuh kecil isterinya yang hanya beberapa langkah sahaja sebelum dicempung tubuh itu. Anayra terjerit kecil. Dipeluk leher suaminya.
"Eeiii!! Lepas lah! Malu orang tengok. Abang ni dah kenapa? Nak sangat dekat perempuan yang seksi-seksi tu kan? Pergilah dekat diorang. Datang sini buat apa? " marah Anayra. Ditumbuk-tumbuk dada bidang Aaran.
Tapi, apa lah sangat. Setakat tangan kecil yang menumbuknya, takde lah sakit mana pun.
"Aku tak habis cakap lagi lah.. "
"Apa? Abang nak kahwin lagi satu? Kahwin lah kalau berani" Anayra memalingkan wajahnya. Tidak mahu memandang Aaran.
"Ish, ada sampai ke situ pulak. Hey, look at me. Memanglah diorang semua tu cantik dan seksi. Tapi, kau lagi cantik pada mata aku. Kalau tak, aku dah lama kahwin dengan diorang. Tapi kenapa aku pilih kau? "
Anayra terdiam. Dipandang mata coklat itu sebelum Aaran menyambung.
"Sebab aku cinta kan kau, Alhena" Aaran mendekatkan wajahnya pada wajah Anayra.
Dicium hujung hidung si isteri. Anayra terkedip-kedip memandang Aaran. Wajahnya menunduk. Malu.
"Marah lagi tak? " Aaran mengangkat sebelah keningnya.
Anayra meronta -ronta untuk turun dari dukungan Aaran.
"Belanja saya makan baru saya maafkan abang" Anayra memeluk tubuh suaminya erat. Aaran ketawa kecil.
•••
Hari kedua di Dubai, Aaran membawanya ke Muzium Sejarah Dubai yang terletak di Fort Al Fahidi.
Kubu purba yang dibina pada 1787, dicipta untuk melindungi emirat. Di sana, ada kubu pertahanan, barak untuk tentera, istana raja dan penjara.
Tangan Anayra tidak pernah dilepas oleh Aaran. Dia menerangkan satu-persatu sejarah Dubai kepadanya. Anayra hanya mengangguk faham.
Sesekali Aaran mengerling ke arah Anayra yang teruja. Dia senyum senget.
Selepas ke muzium, Aaran mengajaknya untuk makan tengah hari atas sebuah cruise. Anayra ternganga untuk kali ke berapa.
Meja makan sudah tersedia dengan makanan-makanan yang membuat Anayra kecur air liur.
Makan di atas cruise yang mewah, dengan pemandangan air laut yang tenang dan damai, serta makanan yang sedap sampai menjilat jari.
Cruise yang dinaiki Aaran dan Anayra bergerak secara tiba-tiba. Anayra kaget.
"Abang, takpe tumpah ke makanan kalau cruise ni bergerak? " soal Anayra takut-takut.
Aaran ketawa. Geli hati dengan soalan Anayra.
"Takde nya nak tumpah. Kau makan je. Takde apa-apa lah" Aaran terus mengunyah. Anayra hanya mengangkat bahu.
"Kenapa kosong je dalam cruise ni. Takde orang naik ke? " soal Anayra lagi.
"Aku tempah untuk kita dua je"
"Kita dua je?!! " Anayra menjerit terkejut.
Aaran hanya mengangguk dengan muka selamba. Disumbat lagi daging unta ke dalam mulut.
"Mesti mahal kan? " kata Anayra sayu.
Dia rasa bersalah. Yelah, datang sini pun pakai duit suami, makan pun duit suami, bermalam dekat hotel pun duit suami... Haihh, kalau nak diikutkan, satu sen pun dia tak keluarkan.
"Takde apa lah. Untuk isteri aku. Asalkan kau happy. Kau happy tak? "
"Gila tak happy. Dapat naik cruise lagi. Terima kasih sangat, encik suami. Saya rasa, saya lah orang yang paling bertuah dalam dunia. Dapat kahwin dengan orang handsome" Anayra tersengih nakal.
"Kau Alhena aku. Takde siapa-siapa yang akan dapat jadi Alhena aku. Hanya kau sorang je untuk aku. " Aaran mencapai tangan kecil isterinya. Dicium romantis.
Anayra terharu. Dia hampir mengalirkan air mata. Dikibas-kibas wajahnya dengan tangan.
"Menangis? " Aaran tersenyum senget.
"Takde lah... Mata masuk apa benda entah. Tu yang berair tu"
'Macam-macam lah, ' bisik hati Aaran.
Seterusnya, mereka ke tempat yang paling digemari ramai iaitu menara Burj Khalifa, sebuah pencakar langit yang amat tinggi.
Walaupun hanya dari jauh sahaja dia dapat melihat menara itu, dia tetap gembira. Aaran pula menjadi jurugambar tanpa berbayar. Dirakamkan setiap pose yang dilakukan Anayra.
"Berapa ketinggian menara ni?" soal Anayra ingin tahu.
"828 m" kata Aaran selamba. Cermin mata hitam dibetulkan.
Anayra ternganga luas. Mak aihh!! Bapak tinggi!
"Jom, kita pergi shopping" tangan Anayra diheret.
"Shopping? "
•••
Mall of the Emirates, kompleks membeli-belah dan hiburan terbesar dengan keluasan lebih daripada 600,000 m. Lebih daripada 400 jenama dunia diwakili di sana.
"Kita nak beli apa dekat sini? "
"Kau pilih, aku bayar" ujar Aaran selamba. Anayra terkebil-kebil.
"Saya pilih cenderahati dekat family belah saya dan abang eh? Lepastu, untuk Nani. Boleh? "
Aaran mengangguk. Anayra sudah tidak sabar untuk menghabiskan duit si suami. Dia masuk ke dalam satu-persatu kedai. Sekejap kedai itu, sekejap kedai ini.
Aaran sudah lali dengan perkara itu semasa dia menemani Hazel membeli-belah.
Lingerie hitam diambil Anayra. Aaran senyum nakal.
"Kau nak beli untuk siapa? Ke... Untuk kau? " bisik Aaran di tepi telinga Anayra. Bibir tidak henti-henti tersengih.
"Bukan lah! Saya beli untuk... mama, " Anayra ketawa terkekek-kekek.
"Kenapa pulak kau beli untuk mama?" soal Aaran pelik.
"Yelah, asyik-asyik dia kenakan saya je. Tahu tak, masa wedding kita dulu, mama hadiahkan saya lingerie merah aum? Saja lah tu nak kenakan saya. Hmm, balik nanti mesti ternganga mulut dia depan abah. HAHAHAH" Anayra gelak jahat. Aaran menggelengkan kepala.
"Tapi, kau tak pernah bagitahu pun yang mama bagi kau lingerie? Merah aum pulak tu. Kau tak pernah pakai pun depan aku"
Anayra menjegilkan mata.
"Kalau saya pakai, silap haribulan boleh jadi gila. Macam nak tempah maut je. "
"Untuk aku, apa salahnya? " Aaran mengangkat sebelah kening.
"For what? "
"Nanti dapat Aaran junior cepat-cepat" Aaran semakin mendekatkan mukanya pada wajah Anayra dengan senyuman gatal. Anayra menolak.
"Gatal! "
"Dengan Alhena aku je"
Share this novel