•^BAB 58^•

Romance Series 37373

Rambut yang serabai disikat rapi, kolar baju dibetulkan, pakaian dikemaskan. Tidak lupa juga pada semburan minyak wangi Dashing pada tubuh.

Aaran memandang dirinya dihadapan cermin.

"Macam nilah baru adik aku. Dah, jom turun bawah, makan. Kau mesti lapar kan? "

Aaran mendiamkan diri. Mahu, tapi malu. Tulah, ego sangat taknak makan. Mengada.

Luan senyum sinis. Halah-halah... Aku hempuk dengan batang penyapu baru tahu.

Mereka berdua melangkah kaki menuju ke meja makan. Bau enak yang datang dari dapur sudah membuat kan perut Aaran berbunyi minta diisi.

"Duduk, Aaran. Aaran makan, okey? Mummy dah masakkan semua makanan favourite Aaran. Makan ye, sayang? " pujuk Puan Dareena lembut. Aaran mengangguk. Rasa bersalah pula apabila berkelakuan seperti dahulu, menyusahkan semua orang .

"Nombor tiga, nanti tolong kemaskan katil Aaran. Tukar cadar baru, okey? " arah Puan Dareena. Pembantu rumah tersebut mengangguk. Dia terus bergerak ke bilik Aaran menjalankan tugas.

Tak sampai berapa minit, pinggan Aaran sudah kosong, licin. Tidak cukup dengan itu, ditambahnya lagi nasi.

Baru dia sedar, selama ni dia lapar rupanya.

Bongok.

Sebiji aku bagi.

Aaran memandang Luan redup. Dia memegang tangan abangnya. Luan terus mengangkat wajah.

"Kau tolong carikan Anayra untuk aku. Aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf dekat dia. Tolong aku eh? Aku perlukan dia... Tolong" pinta Aaran penuh harapan. Luan menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Aku cuba, In Shaa Allah"

"Kau nak buat apa cari dia lagi? Bukan kau sendiri yang halau dia ke? Siap taknak tengok muka lagi. Tiba-tiba, eh... Suruh orang cari pulak. Choi, what a shame" Hazel yang datang dari dapur membawa semangkuk sup ayam tiba-tiba bersuara.

"Aku tahu aku silap, aku-"

"Bukan kau percaya sangat ke dekat Maira tu? Perempuan tu kan yang kau paling agungkan sekali? Dia lagi mulia dari Anayra? Lagi suci, bersih, putih melepak?! Kan? "

"Dia tengah mengandungkan anak aku, Hazel! Dia perlukan aku dan aku perlukan dia! " kata Aaran kuat sambil menghentakkan meja. Panas hati dari tadi diberi sindiran bertubi-tubi dari gadis tersebut.

"Anayra mengandung? " Puan Dareena menyoal. Tangan menekup mulut. Tidak tahu ingin memberi reaksi sepertimana.

Luan, Hazel dan Encik Shah juga terpana. Masing-masing memandang wajah Aaran.

Hazel mula mengukir senyuman sinis.

"Anayra mengandung, diceraikan masa tengah bawa anak kau, kau tuduh dia masa dia bawak anak kau, kau caci dia masa dia bawa anak kau, kau halau dia masa dia bawa anak kau dan kau masih boleh kata yang Anayra perlukan kau?

Dia disakiti, dia pendam semua sorang-sorang. Dia tak pernah burukkan nama suami dia. Aku tahu kau pernah sakitkan Anayra, Aaran. Aku tahu. Pergelangan tangan Anayra lebam. Bila aku tanya dia, dia hanya cakap terseliuh masa buat kerja rumah. Tapi, aku tak bodoh nak percaya lah.

Anayra sabarkan hati tengok kau dengan Maira berdua-duaan, bermesra-mesraan depan dia. Dia tu isteri pertama kau tau. Tapi macam terbalik pulak, macam Anayra tu pulak nombor dua. Eh, silap-silap. Kau macam buat Anayra seperti orang gaji dalam rumah tu untuk kau dengan Maira.

Kau dah berikan banyak janji-janji dekat Anayra dan satu pun kau tak dapat nak tepati. Kau akan jaga dia? Dia yang terseksa dalam jagaan kau lah, Tengku Aaran Merdaad! " air mata Hazel mengalir perlahan.

Dia dah tak sanggup lagi. Dia nak luah jugak segala-galanya yang dia nampak, dia perhati depan mata dia sendiri. Perit Anayra tanggung, sampai dia sendiri terasa.

Aaran menundukkan wajah. Tak mampu untuk membangkang. Semuanya benar belaka. Dia suami yang dayus. Dia munafik!

Betullah, untuk dapatkan cinta Anayra memang mahal. Tak ternilai wang ringgit. Tapi dia dah sia-siakan cinta berharga itu. Akhirnya, dia sendiri yang parah.

"Aku lebih rela tengok Anayra kahwin dengan orang lain daripada kahwin dengan kau! "

Aaran memandang Hazel.

"Tak... Anayra milik aku sorang! "

"Betul ke? Kau rasa, Anayra nak kau balik ke?"

Aaran terdiam.

Hazel gelak sinis. Dia terus berlalu pergi selepas bersalaman dengan Encik Shah dan Puan Dareena. Puas! Puas hati dia!

Anayra memasukkan semua barangannya ke dalam satu beg besar. Dokumen-dokumen penting turut dibawanya. Dia menarik zip terakhir.

Kak Hanis dari belakang menyapa Anayra ramah.

"Betul ke adik nak balik KL? Taknak tinggal dengan akak?"

"Takkanlah Anayra nak duduk selama-lamanya dengan Kak long. Kak long pun ada family sendiri. Lagipun, Anayra balik KL sekejap je nak selesaikan penceraian Anayra dengan Aaran. Lepastu, Anayra fikir nak duduk dekat kampung dengan maktok dekat Kelantan. Anayra bercadang nak buat bisnes sendiri bila dekat sana nanti" ujar Anayra. Kak Hanis mengangguk faham.

"MummyYa!" seorang budak lelaki yang berusia dalam 3 tahun berlari anak menuju ke arah Anayra. Dipeluk erat tubuh ibu saudaranya itu.

"Ye, sayang? "

"Kenapa mummyYa kemas kemas? MummyYa nak pergi mana? MummyYa nak tinggal Haris ke? " soal budak lelaki itu bertalu-talu dengan petah kecilnya.

Anayra ketawa kecil. Terhibur dengan keletah anak saudaranya.

"MummyYa kena balik dah. Nanti kalau MummyYa free, MummyYa datang pulak jumpa Haris okey? "

Wajah Haris disebek menahan tangis. Mata bulat yang hampir berkaca-kaca itu dipandang Anayra kalut sebelum tangisan kecil itu kedengaran juga akhirnya.

Anayra menepuk-nepuk punggung Haris lembut, menenangkannya. Wajah Haris masih menekup di bahu Anayra bersama tangisan. Terhinjut-hinjut bahu budak lelaki itu menahan esakan.

"Sampai hati MummyYa nak tinggal Haris. Kenapa MummyYa nak tinggal Haris? Haris nak MummyYa. Haris takde kawan. MummyYa je kawan Haris. Sampai hati MummyYa taknak kawan kawan dengan Haris"ujar Haris sambil mengesat air matanya.

"In Shaa Allah, nanti MummYa datang selalu jumpa Haris, okey? MummyYa janji, nanti MummyYa bawak Haris jalan-jalan pergi beli mainan banyak-banyak. Okey? "

Wajah sedih itu bertukar ceria. Teruja agaknya bila mendengar bicara Anayra sebentar tadi.

"Okey" Haris tersengih. Anayra terus mencubit pipi pau milik Haris kegeraman.

Kak Hanis hanya memerhati gelagat mereka berdua dengan senyuman. Dia mengeluh nafas berat.

'Kuatnya hati kau, adikku, '

Hazel memeluk Anayra erat dan ketat. Tidak sangka yang gadis itu bakal menunjukkan wajah dihadapannya.

"Mana Anayra pergi hah? Tahu tak Hazel risau sangat-sangat?" soal Hazel sambil memegang kedua-dua bahu Anayra. Anayra senyum.

"Tak pergi mana pun. Anayra duduk Johor dengan Kak long Anayra je. Alah... Anayra dah balik, kan? "

Luan hanya tersenyum.

"Kandungan okey? Ada muntah-muntah tak? " soal Hazel sambil memegang perut Anayra. Anayra terkedu buat sementara.

Dia memegang erat tangan Hazel di perutnya dan mengusap kekura tangan gadis tersebut perlahan-lahan. Dia menghadiahkan senyuman manis seraya berkata.

"Anayra gugur, Hazel. Baby tak sempat nak lahir ke dunia. Takpelah, takde rezeki kan? Baby tengah tunggu Anayra dekat syurga"

Hazel dan Luan memandang satu sama lain. Wajah Hazel menjadi sebek. Terus dirangkul Anayra ke dalam pelukan.

"Sorry, Anayra sebab Hazel takde masa Anayra sorang-sorang jaga kandungan dekat sana. Hazel minta maaf sangat-sangat" kata Hazel. Anayra menepuk-nepuk belakang badan Hazel.

"Kenapa pulak nak minta maaf? Takpelah... Allah lebih sayangkan dia. Tunggu Anayra pulak menyusul nak jumpa baby Anayra"

"Anayra jangan cakap macam tu. Jangan sesekali cakap macam tu lagi. Hazel tak suka. " Hazel menggeleng-gelengkan kepalanya laju. Cakap benda bukan-bukan. Sumbat batang mop dalam mulut kang, baru tahu.

"Yelah, yelah... " Anayra ketawa kecil.

"Anayra tinggal dekat KL terus eh? Nanti kita boleh pergi jalan-jalan shopping sama-sama berdua" Hazel menyeluk lengan Anayra dan menarik gadis itu rapat.

"Anayra tak lama pun dekat KL ni. Selepas selesai je hal penceraian Anayra dan Aaran, Anayra akan terus menetap dekat kampung maktok Anayra dekat Kelantan. "

Hazel mengangguk lemah. Itu pilihan Anayra. Biarlah dia atur hidup dia sendiri kali ini.

"Bila Anayra nak jumpa Aaran? "

"Esok, "

Berkali-kali Luan cuba membangunkan adiknya yang masih lagi terbongkang tidur diatas katil. Luan mengeluh kuat.

"Bangunlah, ada orang nak jumpa kau"

Aaran masih lagi dalam keadaan begitu. Luan sudah tidak tahan. Dijentik dahi adiknya yang luas. Secara automatik, Aaran terus bangun dari pembaringan. Digosok-gosok permukaan tersebut.

"Kau kenapa?!"

"Ada orang nak jumpa kau"

"Aku taknak jumpa siapa-siapa selagi aku belum jumpa Anayra"

"Kau keluarlah sekejap. Sekejap pun jadilah. Bangun sebelum aku panggil daddy tolong bangunkan kau" ugut Luan keras. Aaran mendecit.

Main ugut-ugut pulak menatang ni.

Dia bangun malas. Luan senyum puas hati. Aaran bergerak menuju ke pintu keluar. Luan hanya mengekori dari belakang. Kaki bergerak menuju ke ruang tamu.

Wajah didongakkan.

Seperti masa berhenti bergerak, bumi berhenti berputar, jantung berhenti berdegup. Mata tepat memandang figura manis bertudung dihadapannya yang turut memandang lelaki itu dengan pandangan serius.

Seperti mahu rebah badannya ketika ini apabila melihat orang yang dirinduinya setiap hari dan waktu. Akhirnya, gadis tersebut berada dihadapannya.

"Sayang, "

Teaser BAB 59

"Talak masih belum jatuh. Sayang masih isteri abang, "

"Anak saya dah gugur, Aaran! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience