•^BAB 38^•

Romance Series 37373

Keesokkannya, selepas mereka siap menikmati sarapan, mereka berlapan bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu, Honey Bee Factory. Keluar sahaja dari kereta, angin yang dingin menyapa tubuh. Anayra menggigil kesejukan.

"S... Sejukkkk" Anayra menggenggam erat baju sejuk coklat dibadannya. Sejuk, tapi dia suka!

"Anayra okey tak? " soal Khalish. Bimbang akan gadis itu.

Anayra hanya senyum nipis. Tanda okey diberi.

"Jom kita pergi tengok madu! " jerit Hazel. Luan di sebelah menutup wajah.

Saya tak kenal dia.

Hazel memimpin tangan Anayra masuk. Perasaan pertama adalah kagum. Teknologi-teknologi yang serba mewah yang sedang menghasilkan sebotol madu dapat dilihat dari jarak dekat.

Mereka mendengar penjelasan dari jurucakap dengan baik tentang proses penghasilan madu dari sarang lebah sehinggalah terjadinya sebotol madu.

Madu dibuat dari nektar tanaman berbunga yang dikumpulkan oleh lebah. Ketika nektar sudah terkumpul, kemudian disimpan dalam sarang lebah untuk diproses dan akhirnya, terjadilah madu yang digemari ramai dan dijual di pasaran.

Anayra diheret kesana dan kesini oleh Hazel. Hazel tidak boleh tahan rasa terujanya lagi. Seronok melihat proses pembuatan madu secara berhadapan.

Dalam beberapa minit juga mereka disitu. Akhirnya, mereka ke tingkat 2 untuk melihat pelbagai kedai-kedai yang menjual produk berkaitan dengan madu contohnya, sabun madu, coklat madu, dan macam-macam lagi.

Aaran berdiri disebelah Anayra dan mendekatkan bibir pada telinga isterinya.

"Sayang pilihlah nak apa abang belikan" ujar Aaran. Anayra terus berpaling menghadap suaminya. Senyuman ceria menghiasi wajah putih bersih Anayra.

"Jap, nak pergi borong" kata Anayra dengan senyuman nakal. Aaran tersenyum sambil menggeleng kepala. Gigit kang!

Lengan dia ditarik. Dia berpaling.

"Awak... Jom pergi situ. Maira nak beli barang. Jom" ajak Maira lembut sambil menunjukkan kedai yang ingin ditujunya.

"Okey, guna duit sayang kan? " usik Aaran sengaja.

"Maira mana ada duit, awak ni... " Maira memuncungkan bibir. Alahai... Isteri aku sorang ni. Cium kat sini kang baru tahu. Haih... Seronoknya berbini dua...

"Abang gurau jelah... Jom" tangan itu digenggam kemas. Maira senyum keseronokan. Macam kanak-kanak yang baru dapat aiskrim gayanya.

"Akak, honeycomb ni berapa satu? " soal Anayra sambil menunjukkan bekas madu bar diatas meja jualan itu.

"Rm80, dik" kata jurujual tersebut.

"Uish, mahalnya... Tak boleh kurang lagi ke kak?"

"Madu original memang mahal dik. Ni pun akak jual yang paling murah sekali dari kedai-kedai yang lain"

"Takkan tak boleh kurang akak... " suara Anayra semakin mengendur.

Satu huluran misteri memberikan duit bernot Rm50 dua keping kepada jurujual tersebut.

"Saya nak satu honeycomb ni kak" ujar Khalish.

Plastik beg yang berisi sebekas honeycomb tersebut diberikan kepada Anayra. Anayra terkebil-kebil.

"Ambiklah, untuk awak. Nampak macam teringin sangat je nak makan" kata Khalish sambil menghulurkan plastik itu kepada Anayra.

Anayra mengambilnya dengan teragak-agak.

"Saya tak minta pun untuk Sir Khal belikan. Hmm.. Apa apa pun, terima kasih" senyuman ceria terpancar pada wajah gadis itu. Khalish senyum senang.

"Sama-sama" balas Khalish sambil mata mengerling ke arah Aaran. Aaran yang melihat adengan tersebut meremukkan bekas plastik berisi air ditangan. Cemburu? Memang dia cemburu!

"Ya Allah, awak. Kenapa remukkan air tu? Habis tumpah air Maira...orang suruh pegangkan sekejap, dia pergi musnahkan pulak" Maira menjarakkan badan. Wajah cemberut diberikan.

"S.. Sorry sayang. Abang tak sengaja. Nanti abang beli baru" pujuk Aaran. Pipi isterinya dielus perlahan.

"Hmm.. Okey" terubat sikit hati Maira. Cuami titew usap pipi titew awuckss!!

Geram je nak peluk peluk... Nak kiss kiss... Hmm..Tunggu kat hotel, heheheh.

Badan gadis itu dipeluk dan dibawa ke kedai yang lain pula. Maira mengerling kearah Anayra. Gadis itu masih meneruskan pembeliannya. Dia merengus. Dia tak nampak ke adengan dia dan encik suami dia tadi?

Perjalanan diteruskan menuju ke Lavender Garden. Tempat yang pernah diberitahu Khalish. Anayra sudah tidak sabar.

Khalish memandang riak wajah gadis disebelahnya.

"Suka? " soal Khalish. Nak tergelak pun ada melihat kelakuan Anayra seperti kanak-kanak ribena. Suka semacam!

"Suka! Nak pergi tengok favourite saya, mestilah saya suka. Perempuan mana yang tak sukakan bunga? "

"Yelah, Puan Anayra Alhena. Now, welcome to Lavender Garden"

Hiasan pada luaran taman itu sudah membuatkan Anayra teruja. Malah terlalu teruja. Tidak sabar untuk melihat di dalam sana pula.

Selepas selesai membeli tiket, mereka semua masuk ke dalam taman yang dipenuhi bunga-bunga tersebut.

Anayra bertepuk tangan. Di kiri kanan ada macam-macam jenis bunga. Betullah kata Khalish, tempat ni memang khas untuk gadis yang suka kan bunga. Cantik!

Ada satu taman besar yang dipenuhi bunga Lavender yang bermacam-macam jenis warna. Ada warna ungu, putih, merah, dan kuning. Bau pun harum!

Dia beralih ke taman yang dipenuhi bermacam-macam jenis bunga mengikut warna. Ada bunga rose, daisy, lily, tulip, orkid, marigold dan banyak lagi! Jenuh nak taip satu-satu.

Bunga itu dicium. Harum semerbak.

Telefon dari dalam beg diambil. Tudung dibetulkan sebelum gambar diambil.

KECEKAKK!!

Sempurna!

"Taknak ambil gambar dengan abang ke? " soal Aaran disebelah. Terhinjut sedikit bahu Anayra. Tiba-tiba je suami dia ni datang kat sebelah. 'Sayang' dia lagi sorang tu lari mana?

"Mana Maira? Selalunya tak boleh kena tinggal langsung" soal Anayra dengan senyuman. Sengaja menyindir.

"Dia merajuk dengan abang. Entahlah pergi mana, ikut dialah. Cepatlah, sayang. Jom ambik gambar sama-sama" pinta Aaran. Anayra ketawa. Kepala diangguk.

Kamera selfie sudah bersedia. Mereka berdua memberikan senyuman manis pada mata kamera. Pelbagai jenis gaya diberikan.

Akhirnya, diakhiri dengan ciuman Aaran singgah di pipi Anayra. Anayra tercengang.

KECEKAKK!!

Walau apapun, gambar tetap diambil. Secara tidak sengaja ye... Dia terkejut. Yelah, tiba-tiba cium pipi orang.

"Jom, abang belanja aiskrim" tangan Anayra ditarik menuju ke gerai aiskrim yang berdekatan dengan mereka.

Anayra dari tadi tidak lekang dengan senyuman. Bahagia. Inilah yang dia mahu.

Selepas siap membayar, aiskrim dihulurkan pada Anayra.

"Satu untuk sayang, satu untuk abang" kata Aaran. Anayra gelak kecil.

Mereka menikmati aiskrim itu dengan penuh gembira. Adakalanya aiskrim itu dicolet sedikit pada hidung Aaran. Terbuntang mata Aaran dengan kelakuan nakal isterinya.

"Jaga sayang eh... "

"Tak kisah, " Anayra terus-terusan menjilat aiskrim ditangan.

"Tonight..."

"Tak boleh" potong Anayra.

"Alah, kenapa.. "

"Abang kan ada Maira. Suruh jelah Maira layan abang. Saya tidur dengan Hazel" kata Anayra lagi. Wajah cemberut Aaran tidak dihiraukannya.

"Tukar tempatlah... Malam ni Maira tidur dengan Hazel, sayang tidur dengan abang. Abang rindu nak peluk sayang... "

"Maira tu nak ke tidur sebilik dengan Hazel? Nak pandang pun takut. Dahlah, saya nak pergi sambung tengok bunga. Bye" lambaian diberikan.

Aaran mendecit. Nak jugak dengan Hazel tu, dengan aku taknak pulak.

"Sampai hati awak tinggal Maira sorang-sorang..." suara Maira menerjah ruang telinga Aaran. Aaran memejamkan mata dan cuba mengambil nafas sebelum kepala dialihkan memandang isterinya.

Pipi itu diusap.

"Sorry sayang... Dah bila abang panggil, sayang taknak dengar. Abang bagilah masa sayang tenangkan diri dulu. Hmm, sorry okey? " senyuman diberikan.

"Kalau Maira sesat tadi macam mana? Awak bukannya nak pujuk Maira pun. Awak pergi dating dengan isteri pertama awak tu pulak" dia mencebik.

"Apa salahnya? Anayra tu kan isteri abang? Dating dengan isteri sendiri tak boleh? " Aaran mengangkat kening.

"Tapi Maira merajuk! Awak lah kena pujuk Maira dulu, bukannya pergi dekat bini awak tu! " Maira menghentakkan kakinya.

"Dah abang panggil sayang taknak dengar? "

"Ish, bencilah! " kaki dihentak-hentak beberapa kali sebelum kaki melangkah jauh meninggalkan Aaran. Aaran mengeluh panjang sebelum mengejar langkah Maira.

•••

Sedang leka Anayra berjalan dengan aiskrim di tangan, dia terhenti pada pagar yang dihiasi dengan pelbagai mangga yang bermacam bentuk dan warna. Dia mendekati pagar tersebut.

Kebanyakan mangga-mangga yang digantung pada pagar itu adalah hak milik pasangan yang bercinta.

Haih... Bila lah dia nak dapat rasa gantung mangga cinta ni dengan suami dia?

Lamberrttt lagi

Tak payah nak mimpi Nur Anayra Alhena!

"Nah" tangan Khalish menghulurkan sesuatu. Anayra menoleh memandang Khalish dengan kerutan di kening.

"Apa ni? " soal Anayra.

'Benda' itu diletakkan betul-betul atas telapak tangan Anayra. Anayra terdiam sebentar sebelum mengukir senyuman lebar.

"Sir beli ke? Cantiknya!! " mangga kecil yang berbentuk love berwarna pink itu di pusing-pusing.

"Tulislah nama awak dekat mangga tu. Lepastu simpan kunci ni elok-elok. Saya pergi dulu" Khalish sempat menyerahkan pen penanda dakwat kekal berserta kunci kepada Anayra kemudian berlelu pergi. Anayra terkebil-kebil.

Tangan terus ligat menulis sesuatu diatas mangga tersebut. Dia tersengih puas.

AA+AM

Singkatan bagi nama dia, Anayra Alhena dan Aaran, Aaran Merdaad. Mangga itu digantung elok dan dikunci.

Dia senyum nipis. Lama-kelamaan bertukar kendur.

Kalaulah dia boleh pasang mangga cinta dia ni dengan Aaran bersama, mesti best kan?

Hanya dia dan Aaran.

Dia mendecit.

Dalam mimpi, Anayra. Dalam mimpi...

Sempat dia mengambil gambar untuk menjadikan kenang-kenangan. Selepas berpuas hati, dia meninggalkan pagar mangga cinta itu sambil melambai-lambaikan tangan. Berat hati nak berpisah dengan mangga kesayangan. Huhuhu...

•it hurts to leave a light on for nobody•

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience