Mata dibuka perlahan-lahan. Sinaran terang matahari dari tingkap menganggu penglihatannya. Anayra memandang figura disebelahnya yang nyenyak tidur.
Kepalanya yang berbalut masih berdenyut kuat membuatkan kepalanya masih sakit akibat hentakan yang kuat dibahagian iti.
Anayra beralih memandang perutnya. Dia mengerutkan kening. Mana anak dia? Kenapa perut dia tak besar? Mana anak dia?
"Anak mummy... Mana anak mummy?" soal Anayra sambil menggosok perutnya yang kempis. Mata diliarkan disekeliling.
Lelaki yang tidur disebelahnya tadi terus bangun apabila mendengar esakan seseorang. Dia memandang Anayra.
"Anayra? "
"Sir... Mana anak saya, Sir? Mana anak saya??!! " raung Anayra kuat.
"Ya Allah bertenang, Anayra. Bawak mengucap. Bayi dalam kandungan awak tak dapat diselamatkan. Awak dah koma hampir 4 minggu, Anayra, " ujar Khalish lembut.
Anayra terpana. Waktu seakan-akan terhenti. Dia memandang Khalish tidak percaya. Anak dia... Dah takde?
Tak mungkin! Dia dah susah-susah kandungkan anak dia. Tinggal sebulan je lagi untuk bayi dia keluar. Pengakhirannya?
Anayra meraung sekuat hati. Air mata merembes keluar laju.
Dia diduakan, diceraikan, disakiti dan sekarang ni... Anak dalam kandungannya pergi menghadap ilahi .
Allahuakhbar...
"Anak saya! Mana anak saya! Sir tipu! Anak saya masih ada! Sir tipu kan? Semua ni tak betul! Anak saya!! Saya nak anak saya! "
Anayra menumbuk-numbuk dada Khalish kuat. Khalish cuba menahan tapi dia masih cuba menjaga batas. Mungkin Anayra masih diluar kawalan.
Khalish cepat-cepat menekan butang kecemasan di dinding. Dalam beberapa minit kemudian, seorang doktor dan beberapa orang misi masuk ke dalam wad tersebut.
Khalish diminta untuk meninggalkan wad buat sementara waktu. Anayra tidak habis-habis meracau. Dia dipegang erat oleh beberapa nurse yang sudah bersiap sedia untuk memberikan suntikan ubat penenang kepada Anayra.
Khalish cepat-cepat mendail nombor Kak Hanis.
"Assalamualaikum, akak. Anayra dah sedar. Cuma dia meracau kuat sikit. Doktor tengah rawat dia tu." ujar Khalish.
Dalam beberapa minit kemudian, doktor keluar dari wad yang menempatkan Anayra tersebut. Khalish cepat-cepat mendekati doktor itu.
"Macam mana, doktor?"
"Puan Anayra masih lagi dalam fasa trauma. Saya dah bagi ubat penenang untuk dia. In Shaa Allah, bila keadaan Puan Anayra sudah tenang, dia dah boleh discharge. Cuma kami masih perlu pantau keadaan Puan Anayra. Itu sahaja" doktor tersebut mula mengundurkan diri.
Selepas mengucapkan terima kasih, Khalish melangkah masuk ke dalam wad tersebut.
Wajah penat Anayra yang terhias itu dipandang sayu.
Ya Allah...kasihan gadis ini. Terlalu banyak masalah yang dia perlu hadapi. Kenapa... kenapa lelaki lelaki yang pernah menjadi pujaan hati gadis itu dulu tidak pernah melayannya baik?
Apa salah dia?
Alhamdulillah, kejadian apabila Anayra mengalami kemalangan, Khalish juga berada disitu. Dialah yang menolong Anayra dari awal sehingga akhir.
Anayra juga sudah lepas dari tahap kritikal. Dia juga sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahim dan semua kos tersebut sudah siap dibayar oleh Khalish.
Baik Khalish na... Aku pulak yang blushing menaip.
Aku cop Khalish!
Khalish memandang Anayra sayu. Kalau mengikut rasa hatinya, ingin sahaja dia mengusap kepala gadis tersebut, menenangkan dia, dan memeluk erat tubuh genit tersebut.
Khalish mengeluh kuat. Kuakan pintu bilik mengejutkan lelaki itu. Terus dipandang pada figura wanita yang baru masuk ke dalam.
"Ya Allah... Anayra..." Kak Hanis segera meluru ke arah adik kesayangannya itu.
"Terima kasih Khalish sebab tolong jagakan Anayra. Kalau Khalish takde,tak tahulah" ucap Kak Hanis ramah. Khalish mengangguk sambil tersenyum manis.
"Sama-sama akak. Emm..saya nak kena pergi dah ni. Nanti saya datang melawat Anayra lagi. Saya pergi dulu,akak. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Khalish melangkah keluar dari wad tersebut. Sempat dia melihat Anayra buat kali terakhir.
"Get well soon, dear."
Puan Sari terus memeluk batang tubuh kecil anaknya yang sedang bersandar lemah di kepala katil. Anayra mengukir senyuman.
"Mama... " panggil Anayra lemah. Dia menyambut pelukan Puan Sari erat.
"Kenapa tak bagitahu mama Anayra kat mana. Mama risau sangat bila Anayra pergi macam tu je tanpa tinggalkan nota. Tengok-tengok je dah jadi macam ni" Puan Sari mengusap pipi anaknya.
"Anayra taknak susahkan mama. Lagipun Anayra taknak jumpa Aaran lagi. Biarlah Anayra ubat hati Anayra dulu sebelum Anayra uruskan tentang hal penceraian kami berdua" ujar Anayra. Puan Sari hanya mengangguk-angguk. Kalau dah macam tu kata putus Anayra, sebagai ibu, dia hanya menyokong. Lagipun, dia dah tak nak tengok Anayra tersakiti lagi.
Keadaan senyap sunyi. Aqeef mula mendekatkan diri. Kepala adiknya diusap lembut.
Air mata Anayra mula gugur. Dia menatap wajah Aqeef dalam.
"Maafkan Anayra, abang. Anayra tak dapat nak selamatkan anak Anayra. Anayra tahu abang mesti nak sangat jumpa dia. Anayra minta maaf..." lengan sasa Aqeef dipeluk erat.
"Adik tak perlu nak minta maaf dekat abang. Allah lebih sayangkan dia. Sekarang ni, adik pulihkan diri adik dulu. Okey? "
Anayra mengangguk lemah. Dia melentokkan kepala pada bahu si abang. Manja.
Wajah Khalish terjengul di muka pintu. Anayra mendongak memandang jejaka tersebut sambil tersenyum. Teruja.
Khalish hanya tersengih. Dia meluru masuk ke dalam wad tersebut. Kerusi ditarik sebelum punggung dihenyakkan diatas kerusi tersebut. Tangan yang menggenggam plastik beg dari tadi dia letakkan diatas meja.
"Sir bawak apa kalini? " soal Anayra ingin tahu. Tangan sudah bertepuk-tepuk riang.
"Saya bawak... Bubur nasi! " Khalish mengeluarkan bekas bubur nasi yang dibawanya dari rumah.
Senyuman Anayra yang mekar tadi berubah masam. Sia-sia je buat muka teruja tadi.
"Bubur lagi? Alaa... Kan orang request nak nasi ayam. Orang ingat nasi ayam dah... Sir ni... " Anayra memuncungkan bibirnya. Khalish hanya gelak kecil.
"Awak tu tak sihat lagi. Kena makan bubur ni baru bekas jahitan awak tu pulih. Lepas awak dah discharge, sembuh... Baru saya bawak awak pergi makan apa je yang awak nak. "
Mata Anayra kembali bersinar-sinar.
"Serius, Sir? Okey, janji Sir belanja" terkekek-kekek Anayra ketawa. Khalish hanya senyum sambil memandang Anayra redup.
Khalish mencedokkan sedikit bubur dan menghalakan kearah bibir Anayra sambil mengisyaratkan gadis tersebut untuk membuka mulut. Anayra memandang Khalish kaget.
"Err... Tak payahlah Sir... Saya boleh makan sendiri. Tangan tak patah, tak hilang lagi pun. " Anayra cuba mencapai sudu tersebut dari tangan Khalish. Khalish cepat-cepat melarikan sudu tersebut. Anayra mencebikkan bibir.
"Tak payah mengada. Orang kata, kalau kita makan makanan dari tangan orang yang menyuap, lagi sedap tau. Orang cakap bukan saya yang cakap. Lagipun awak tengah sakit, Anayra. Patutnya awak duduk diam je"
Bubur kembali dihala pada Anayra. Anayra mengeluh kuat tanda protes. Akhirnya, bubur tersebut selamat dimakan.
"Setiap petang Sir datang melawat saya. Sir tak ada class ke?" soal Anayra.
"Saya ambik cuti sebulan"
"Sebulan?!!" hampir terbuntang mata Anayra mendengar kata-kata Khalish.
"Yelah, kenapa?"
"Sir tak takut kena pecat ke? Lama gila Sir mintak cuti. Setahu saya, paling lama lecturer minta cuti pun dalam seminggu lebih je. Berani lah Sir ni"
"Memanglah saya berani. Universiti tu bapak saya punya."
Anayra ternganga luas. Patutlah selama ni Sir Khal seronok keluar masuk sekolah sesuka hati. Universiti bapak dia rupanya.
"Patutlah relax semacam."
"Memang. Dah dah. Nganga mulut tu luas-luas. Makan sekerat-sekerat." tegas suara Khalish kedengaran. Anayra menjulingkan mata keatas.
"Dah bubur ni tak sedap nak buat macam mana? Orang minta nasi ayam dia bawak nasi lain. Kalau nasi ayam tadi, fuh... Dengan luasnya saya ngangakan mulut saya yabg kecik ni tahu tak?"
"Apa-apalah, sayangku..." bubur disuakan lagi. Anayra terkedu.
Sayangku?
Tiber.
Hazel dan Luan melangkah masuk ke dalam rumah Puan Dareena dan Encik Shah. Mereka bersalaman dengan kedua orang tua itu penuh hormat. Beg tangan kecil setia di pergelangan tangan Hazel. Kaca mata hitam dibuka.
"Aaran taknak keluar bilik. Dah berapa hari dia terperap dalam tu. Makan pun tak. Aunty risau lah! " keluh Puan Dareena. Encik Shah menggosok-gosok bahu isterinya perlahan, cuba menenangkannya.
"Sabar... Awak tu dahlah darah tinggi. Biar budak-budak ni pergi tengok. " ujar Encik Shah sambil memandang Luan dan Hazel.
Hazel mengeluh.
"It's okay, aunty. Hazel tolong pergi tengok. Aunty duduk je dekat sini. Tak sabar aku nak serbu bilik duda tu. Taknak makan konon," kain dibahagian lengan disinsing sehingga ke siku. Beg tangannya diletakkan diatas sofa. Dia menaiki tangga menuju ke bilik sepupunya itu.
Luan hanya mengekori dari belakang.
Sampai sahaja dimuka pintu, tangan segera bertugas mengetuk pintu bilik tersebut.
"Assalamualaikum! Kau hidup lagi ke tak? " Hazel mengetuk pintu bertalu-talu. Telinga ditekapkan pada pintu tersebut.
"Macam dah mati je... "
Luan memulas tombol pintu tersebut. Tidak berkunci. Mereka berdua segera masuk ke dalam.
Wajah Hazel terus berubah.
"Ya Allah... Bau hauk. Bilik kau ni dah bau macam kandang lembu tengah berak tahu tak? Ya Allah... Sabar jelah" Hazel menutup hidungnya. Tangan dikibas-kibas.
Tubuh yang sedang duduk diatas katil sambil memandang balkoni bilik itu diperhati mereka berdua. Luan mendekati Aaran perlahan-lahan.
"Kau okey tak ni, Aaran? " soal Luan lembut. Tangan diletakkan diatas bahu adiknya.
Aaran mendongak. Mata yang sembap dengan rambut kusut masai. Nampak sangat yang Aaran ni dah berapa hari tak mandi.
Ditangannya, dia menggenggam bingkai gambar perkahwinan antara dia dan Anayra bersama gambar scan bayi. Kedua-duanya dipeluk erat seperti tidak mahu lepas.
"Aku rindu dia, abang.... Aku nak dia balik... Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku perlukan dia. Aku boleh mati tanpa dia abang. Aku menyesal. Serius aku nak dia! " tangan Aaran naik menarik-narik rambutnya. Hazel menggeleng-geleng kepala.
Dah gila sepupu aku ni.
"Kau ingat dengan kau buat muka sedih, tak makan, tak mandi dengan bilik dah macam longkang ni, Anayra datang balik dekat kau? " soal Hazel. Kibasan tangannya dikuatkan.
"Kalau kau sayangkan Anayra, kau rindukan dia, kau pergi bersihkan diri kau. Kau pun dah tak makan berapa hari kan? Kau pergi sekarang" arah Luan.
"Aku rindu dia..."
"Ye, aku tahu." Luan memapah bahu Aaran menuju ke bilik air. Selepas itu, Luan keluar sambil menutup pintu. Dia memandang Hazel, Hazel memandang dia.
"Kau buat apa lagi dekat sini? Keluarlah,"
"Alah... Mana tahu kau nak aku tolong dia pakaikan baju ke...pakaikan boxer ke...pakaikan-"
"Dah takyah nak mengarut. Kau simpan benda tu untuk aku je nanti. Dah keluar." Luan mendepakan sebelah tangan menunjuk kearah pintu bilik.
"Kau halau aku? " kening Hazel diangkat sebelah. Mata dijegilkan.
"Memang"
"I hate you!" Hazel menghentakkan kaki. Dia segera keluar dari bilik Aaran dan menutupnya kuat tanda protes hingga bergegar rumah.
"But I love you" Luan senyum nakal.
Haih...
Entahlah.
Share this novel