Anayra menguap sambil mengacau nescafe di dalam teko. Penat sangat semalam. Dia menonton Runningman reunion sampai pukul 3:50 pagi.
"Tulah, berjaga malam lagi. Kan dah mengantuk" tegur Puan Sari dari belakang. Anayra tersengih.
"Alah mama.. Sementara tunggu abah nak daftar universiti nanti, Anayra free-free lah dulu. Kita enjoy! " Anayra ketawa. Puan Sari menggelengkan kepalanya.
Ringtone telefon Puan Sari berbunyi. Panggilan diangkat dari sahabatnya.
"Assalamualaikum, Syah. Ye, ada apa call pagi -pagi ni? Rindu Sa ke? " Puan Sari tersengih. Anayra yang berada bersebelahan dengannya menjulingkan mata. Perasan orang rindu dia!
"Hah? Astaghfirullahalazim. Betul ke ni Syah? Kenapa? " raut wajah Puan Sari berubah. Anayra berkerut kening. Kenapa pulak ni.
"Hmm.. Yelah. Kita doakan yang terbaik je untuk mereka. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Syah sabar ye, Sa ada je. Ye.. Nanti kita jumpa. Assalamualaikum" Puan Sari menutup panggilan. Anayra yang tidak sabar-sabar itu memandang Puan Sari dengan penuh rasa ingin tahu.
"Kenapa ni mama? Tu umi eh? Kenapa ni? Macam serius je.. "
"Abang Ngah.. Maksud mama, Eiman. Dah bercerai dengan isteri dia. Talak satu" ujar Puan Sari sayu. Anayra terdiam.
'Dah bercerai? Selama ni bukan diorang bahagia je ke? Sweet-sweet depan aku lagi. Pegang tangan elok. Tup-tup dah bercerai. Aku kena sedih ke kena gembira ni? Eh, jahatlah engkau ni, Anayra!' bisik hati gadis itu.
"Lepastu abang ngah macam mana? " soal Anayra prihatin. Benci-benci pun, sayang dia kepada Eiman sebagai seorang abang masih ada.
"Dia masih berkurung dalam bilik. Takpe, bagi dia masa. Benda ni terjadi secara mengejut kan? " Anayra mengangguk. Ditepuk bahu Puan Sari.
•••
'Gula dah, lada sulah dah, garam dah.. Hmm.. Apa lagi eh? ' Anayra meneliti kertas kecil ditangannya.
"Tu je kot" Anayra terus membawa barang yang dibawanya ke kaunter bayaran. Baru sahaja ingin menghulurkan duit, ada tangan yang memberikan beberapa wang kertas bernot Rm50. Eleh, macam mahal lah sangat harga barang tu.
Anayra berpaling memandang lelaki yang dibelakangnya. Anayra terkaku.
"Abang Ngah"
Eiman tersenyum.
"Keep the change" ujar Eiman sambil menarik lengan baju Anayra. Anayra cuba untuk meleraikan.
Sampai di depan kedai makan tidak berjauhan dari kedai runcit itu, Eiman melepaskan pegangan.
"Apa awak ni duk heret orang" marah Anayra. Wajahnya masam mencuka.
"Sorry, abang just nak cakap something dengan Anayra. Boleh kita minum kejap? Lepas abang cakap, Anayra nak balik, baliklah" pinta Eiman penuh berharap. Anayra mengeluh. Dia mengangguk setuju.
Mereka memesan minuman sebelum duduk di tempat yang kosong. Anayra tanpa berlengah lagi terus menyoalkan perkara tersebut. Tidak mahu berlama-lama dengan orang yang bukan mahram baginya.
"Apa yang awak nak cakap? "
Eiman terdiam. Sudah tiada panggilan abang ataupun Abang Ngah dari gadis itu . Anayra memang betul-betul benci kepada dia.
"Anayra tahu kan abang dah bercerai dengan Khadijah? " Anayra mengangguk. Dah lama tahu..
"Abang.. Abang tak boleh lupakan Anayra. Abang tahu abang bersalah sebab abang kahwin dengan Khadijah tanpa bagitahu Anayra. Abang mungkir janji abang, " Eiman memberi kata pendahuluan. Anayra berkerut kening tidak faham.
"Apa yang awak nak cakap sebenarnya ni? Saya tak faham"
Eiman menarik nafas sebelum berkata.
"Abang cintakan Anayra. Kita kahwin? Abang nak tebus silap abang buat Anayra tertunggu-tunggu selama dua tahun. Abang tahu Anayra masih tunggu abang, kan? " lamaran dari Eiman buat Anayra terkaku. Kahwin?
"What do you mean? Saya dah tak suka awak! Saya dah sakit hati dengan apa yang awak buat dekat saya selama ni. Selepas apa yang awak buat, awak ingat saya akan terima awak macam tu je? Awak hina saya, awak tahu tak?" jerkah Anayra. Nasib baik pelanggan disitu hanya sedikit dan mereka berada di sudut yang terpencil. Jadi, kurang dengar sangatlah pergaduhan antara mereka berdua.
"Abang tahu, abang faham. Tapi abang tak boleh lupakan Anayra. Abang cintakan Anayra. Abang minta maaf abang sia-sia kan cinta yang Anayra bagi dulu. Abang bodoh. Abang tak tahu beza antara kaca dan permata. Terima abang ye, sayang? " pinta Eiman penuh berharap. Anayra geli-geleman. Sayang? Mahu tercirit dia sebulan.
"Pergi matilah dengan sayang awak. Saya taknak kahwin dengan awak. Saya bila dah cintakan seseorang, ye.. Saya akan setia cintakan dia sampai bila-bila. Tapi bila dia sendiri yang rosakkan, hancurkan kesetiaan saya selama ni, jangan harap saya terima balik. Saya dah tawar hati dengan awak. Assalamualaikum, " Anayra membawa plastik yang berisi barang dapur pergi jauh dari Eiman.
Air yang dipesan tadi? Ikutlah.. Eiman jugak yang bayar.
"Anayra, abang belum habis cakap lagi! " panggil Eiman tapi Anayra buat tidak dengar. Eiman hanya pasrah.
'It's okay. I will make you mine. Hanya Anayra yang akan jadi isteri abang. Tiada lain. Abang akan usaha untuk dapatkan balik cinta abang. Sayang tunggu' Eiman tekad mahukan gadis itu. Digenggam tangannya kuat.
•••
Anayra meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi diatas meja kasar. Puan Sari yang sedang memotong bawang itu terkejut. Nasib tak terpotong jari. Dada diusap perlahan.
"Kenapa ni? Macam baru lepas bergaduh dalam reban ayam je" Puan Sari memandang Anayra sambil berkerut kening. Anayra mencebik.
"Memang bergaduh pun. Tapi bukan dalam reban ayam, dalam kandang kambing! " Anayra menyilangkan tangannya. Puan Sari menggeleng-geleng.
"Kenapa ni? Cuba cerita dekat mama. Tell me. Siapa yang buat anak mama macam ni? " Puan Sari menarik kerusi duduk. Bawang yang ingin dipotong ditinggalkannya dulu. Kini anak gadis dia lagi penting. Ditarik tubuh Anayra disuruh duduk. Anayra menurut.
"You know what? "
"I don't know, " cepat Puan Sari mencelah. Anayra merengus.
"Orang tak cakap lagi dia dah potong. Malas lah cakap macam ni" Anayra memuncungkan mulut. Puan Sari mencubit pipi anaknya.
"Alololo... Mama gurau pun tak oleh. Sekarang ni cerita dekat mama. I'm serius" tekun dia memandang anaknya. Anayra mengambil nafas dulu.
"Anayra terserempak dengan abang ngah. Lepastu dia ajak borak kejap. Dia cakap nak bagitahu something. Then, dia cakap dia nak kahwin dengan Anayra" Anayra memendekkan cerita. Puan Sari mengangguk faham.
"Baguslah kalau macam tu, mama dapat menantu" tersengih-sengih Puan Sari. Anayra menepuk bahu mamanya. Geram.
"Mama! "
"Eh.. Tak tak tak.. Apalah dia kan? Lepas dah buat macam-macam dekat anak mama disuruhnya kahwin pulak. " Anayra menjulingkan matanya keatas. Ye ye jelah mamanya ni. Dia mendengus.
"Kan? Anayra taknak jumpa dia dah! "
Puan Sari kelu lidah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"T.. Tapi.. "
Anayra memandang Puan Sari yang resah gelisah seperti ingin beranak. Diangkat sebelah keningnya.
"Kenapa mama? "
"Mama baru je ajak diorang sekeluarga dinner dekat sini malam ni" Puan Sari tersengih manja. Ingat comellah buat muka macam tu.
"WHAT??!! " ingin pecah gegendang telinga Puan Sari dengan jeritan Anayra.
"Why mama?? Orang baru nak jauhkan diri dengan 'manusia' tu, mama pergi dekatkan pulak" Anayra mencebik. Tidak puas hati.
"Alah, ajak makan je bukannya buat plan nak nikahkan kamu berdua" jawab Puan Sari tenang. Anayra mengecilkan anak matanya.
"Mama jangan cakap bukan-bukan. Kata-kata tu satu doa tau! Lagi-lagi dari mulut mama ni. Dahlah doa dari seorang ibu tu selalunya termakbul. Mama jangan macam-macam" tegas suara Anayra.
"Eh.. Taklah.. Mama tak amin kan pun lagi. Nak mama amin kan ke? " usik Puan Sari sambil terkekek-kekek ketawa. Anayra menjulingkan matanya keatas.
"Mama!! "
"Mama gurau jelah!! "
Share this novel