•^BAB 52^•

Romance Series 37373

Ya Allah, tak sabarnya rasa! Harini merupakan hari lahir Aaran. Tahun lepas mereka hanya sambut berdua sahaja. Namun, kini bertiga!

Suasana di dalam rumah sunyi kerana Puan Dareena dan Encik Shah tiada di rumah kerana berkunjung ke kenduri kahwin anak kawan mereka.

Anayra tekad untuk memberitahu Aaran tentang kandungannya. Yelah, lambat-laun Aaran pasti akan tahu juga pasal kandungannya. Perutnya juga pasti akan membesar.

Kotak kecil yang sudah dibalut reben itu diletakkan di tengah-tengah katil. Anayra senyum puas. Tidak sabar untuk menunggu reaksi dari suaminya tentang satu nyawa kecil yang sedang menetap di rahimnya.

Anayra memandang jam di dinding. Dalam masa beberapa minit lagi Aaran akan pulang ke rumah setelah selesai kerjanya. Anayra makin tidak sabar. Dia tersengih seorang diri.

"Anayra, " panggil Maira dari dalam biliknya.

Senyuman Anayra yang ceria tadi bertukar wajah. Sehari madunya itu tidak memanggilnya memang tak sah. Kalau tak panggil tu pelik.

Dia melangkah juga ke bilik madunya yang seorang itu. Bersedia untuk berkhidmat.

"Nak apa" soal Anayra malas.

"Tolong buat susu dekat Maira boleh? Maira nak susu..." pinta Maira lembut. Anayra menaikkan keningnya sebelah. Sejak bila si Maira ni pandai minta sesuatu lembut-lembut dengan dia? Selalunya akan merengek tak tentu pasal.

"Haa... Okey" tanpa teragak-agak, Anayra terus turun dari bilik Maira.

Maira senyum sinis. Dia mencapai telefonnya di sebelah. Didail nombor seseorang.

"Kau dah boleh start kerja kau" ujar Maira dari corong telefon.

Anayra sibuk memikirkan kejutan yang bakal dia berikan kepada Aaran. Sesekali senyuman kecil diberikan. Semenjak dua menjak ini, Aaran kerap tidur bersamanya tiap malam.

Walaupun suaminya perlu menenangkan Maira dahulu, tapi dia tak kisah. Asalkan Aaran tetap tahu tugasnya yang perlu adil terhadap kedua-dua isterinya.

Anayra senyum sendiri sambil mengacau susu yang dipinta Maira. Gelas yang berisi susu itu diletakkan di atas dulang berbunga, bersedia untuk membawa dan  diberikan kepada Maira.

"Cik Anayra, tolong saya kejap! " panggil seseorang iaitu, pembantu rumah keluarga tersebut. Anayra cepat-cepat meninggalkan kerjanya dan terus meluru ke arah pembantu rumah yang mengaduh sakit dihalaman rumah.

"Kenapa ni, Ira? Ya Allah... " Anayra terus memegang jari pembantu rumah yang berdarah bernama Ira tersebut .

"Saya nak ambil daun kari ni, terhiris jari pulak. Sakit sangat, cik Anayra" rintih Ira. Anayra cepat-cepat mengambil first aid kit dan merawat jari Ira yang terluka.

"Terima kasih, cik Anayra. Maaflah ganggu cik Anayra"

"Takde apalah, Ira. Ira tu kena hati-hati. Kalau ada apa-apa, panggil je saya, okey? " kata Anayra sebelum kembali masuk kedalam rumah. Dia membawa segelas susu yang dibuatnya tadi dan menuju ke bilik Maira.

Telefon dari dalam poket Ira berbunyi nyaring. Ira terus mengangkat panggilan tersebut.

"Bagus kerja kau. Tak sia-sia aku upah kau"

Anayra meletakkan kek coklat itu perlahan-lahan diatas meja makan. Kek yang dia buat sendiri khas untuk Aaran. Nampaknya, Aaran akan balik dalam bila-bila masa sahaja lagi.

Dia menarik nafas lega.

"Anayra! Tolong Maira! " jerit Maira dari tingkat atas.

Memang harini hari pertolongan sedunia ke?

Anayra bergegas meluru ke arah Maira yang sedang terkial-kial menuruni tangga sambil memegang perutnya. Kerutan di dahi Maira jelas terlihat perit yang dia rasakan.

Maira jatuh terduduk di tangan yang terakhir. Perutnya dipegang kuat.

"Kenapa ni? " soal Anayra risau.

"Perut Maira.... s..sakit" balas Maira tersekat-sekat.

"Jom, Anayra bawak pergi hospital" Anayra menghulurkan tangan. Maira menyambutnya dengan perlahan-lahan.

Entah tidak tahu kenapa, Maira menarik tangan Anayra membuatkan Maira jatuh terduduk sekali lagi. Anayra tercengang.

Kenapa... Kenapa... Maira buat macam tu?

"Awak... Sakit awak.." rintih Maira.

Anayra terus memandang muka pintu rumah. Aaran yang sedang berdiri dengan muka yang kemerahan menahan marah membuatkan Anayra gugup.

"What are you doing, Anayra!!! " jerkah Aaran sambil meluru ke arah mereka.

"S.. Saya tak.. "

"Awak.. Sakit sangat.. " rintih Maira lagi. Aaran terus mencempung Maira menuju ke kereta. Wajah marah bercampur risau jelas terlihat.

Kereta itu berlalu pergi ke hospital yang tidak jauh dari rumah Puan Dareena. Badan Anayra mula menggeletar.

Dia... Dia buat apa? Apa salah dia?

Dia tidak membuang masa lagi. Terus dicapai kunci keretanya dan terus memecut meninggalkan rumah dan menuju ke hospital.

Anayra diam menunggu di ruang menunggu sambil memandang wad VIP dihadapannya. Doktor masih sedang merawat Maira di dalam.

Wajah kusut Aaran dipandang. Mereka masih tidak berbicara antara satu sama lain. Masing-masing mendiamkan diri.

Pintu dibuka. Selepas doktor tersebut memberi isyarat, Anayra dan Aaran terus meluru masuk ke dalam wad tersebut.

Aaran mendapatkan Maira yang sedang menangis berkelubung dengan selimut hospital itu. Aaran memandang doktor tersebut.

"Maafkan saya, kandungan Puan Maira tidak dapat diselamatkan. Kamu sudah mencuba sedaya upaya. Allah lebih sayangkan dia" ucap doktor tersebut dengan wajah muram.

Semakin galak Maira menangis. Aaran tercengang.

"Encik Aaran, boleh saya bercakap secara peribadi dengan encik sekejap" soal doktor itu. Aaran mengangguk. Mereka berdua menghilangkan diri sekejap.

Anayra masih kaku. Dia tidak percaya.

Kuakan pintu wad dipandang Anayra. Aaran meluru laju kearahnya da menghadiahkan sebuah tamparan hebat dipipi mulus Anayra.

Anayra masih tidak dapat memproses apa yang terjadi. Dipegang pipinya yang masih pedih.

"Kau! Kau bunuh anak aku! Kau bunuh anak aku! " tengking Aaran lagi.

"Tak cukup dengan letak ubat dalam minuman Maira, kau tolak dia jatuh tangga? Hebat permainan kau, perempuan! " pergelangan tangan Anayra direntap kasar. Anayra mengaduh sakit.

"Apa maksud abang ni? " Anayra cuba menahan perit rasa sakit itu. Pergelangan tangannya dicengkam kuat.

"Kau jangan buat bodoh, perempuan! Aku tahu kenapa kau buat macam tu. Sebab kau iri hati dengan Maira? Sebab dia boleh mengandungkan anak aku? Sedangkan kau, mandul? Tak boleh mengandung? Kau dasar perempuan bertopengkan syaitan! Hati iblis! "

Aaran menyembur segala-galanya kepada Anayra. Anayra masih cuba merentap tangannya dari pegangan kejam Aaran. Dia tidak faham. Apa salah dia?

"Abang! Apa yang abang cakap ni? Saya tak buat semua benda tu! Abang tolonglah percaya... " air mata Anayra mula bergenang. Aaran memandang Anayra tajam sambil ketawa sinis.

"Kau memang boleh pergi mati! Aku. Percayakan kau? Kesilapan aku dalam hidup ni adalah percayakan kau, perempuan! "

Anayra diam. Sakitnya tamparan Aaran tadi tidak sesakit hatinya sekarang ini. Sanggup suaminya... Sanggup dia...

"Nur Anayra Alhena, aku ceraikan kau dengan talak satu" lafaz Aaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience