•^BAB 20^•

Romance Series 37373

Pejam celik, dah lebih dua minggu dia menjadi tunangan kepada Aaran. Tinggal sebulan lagi sebelum perkahwinan mereka dijalankan. Ini semua atas sebab keluarga mereka yang ingin mempercepatkan perkahwinan antara mereka berdua.

"Cik tunang duk fikir siapa tu? " Nani mengusik.

Anayra yang dari tadi memerhati cincin permata yang terlihat cantik di jari manisnya tersentak diiringi ketawa besar Nani.

"Sibuk jelah kau ni" Anayra mencebik.

"Eleh, duk fikir pasal Encik Tunang lah tu. Alah, lagi sebulan kan? Sabarlah.. Lepasni kau mendapat lah tu.. " Nani menyenggol lengan sahabatnya sambil terkekek-kekek ketawa. Anayra menutup mukanya malu.

"Aku tak tahu lah, Nani. Betul ke lepas ni aku akan jadi bini orang? Aku macam tak percaya" ujar Anayra sambil tersenyum. Nani menggelengkan kepala. Dah teruk kawan dia ni.

"Ye, wahai kawan. Kau akan kahwin. Doakan yang baik-baik je. Yang pasti, aku nak jadi pengapit. " Nani tersengih. Anayra menjulingkan matanya ke atas. Orang accept pun tak lagi.

"Yelah Nani. Ikut kau lah.. "

•••

Aaran masih berada di atas kerusi kerjanya. Dia ligat berfikir tentang perkahwinan antara dia dan Anayra. Dia pun tak percaya yang dia seberani itu melamar gadis merangkap adik kawannya sendiri. Jodoh, nak buat macam mana?

Petang ni dia akan menjemput Anayra untuk mencari baju kahwin. Semua benda termasuk pelamin dan hantaran sudah lama dibereskan oleh ibu bapa mereka.

Aaran menekan interkom ingin bertanyakan tentang jadualnya pada hari itu.

"Suzy, apa jadual saya lepasni? "

"Pukul satu petang ni Tengku hanya ada lunch bersama Dato' Kamil, Ceo K Holdings. Selepas itu, dah takde apa-apa. Cuma ada beberapa fail yang Tengku perlu tanda tangan selepas ini. Itu sahaja, Tengku" jelas Suzy, pembantu peribadi Aaran.

"Baiklah, petang nanti saya busy. Saya taknak ada orang ganggu saya. Terima kasih, Suzy "

"Sama-sama Tengku Aaran Merdaad"

Panggilan ditutup. Aaran mengerling ke arah jam tangannya sebelum menyambung kerjanya.

•••

Anayra masih mencari kelibat Aaran tapi masih tidak jumpa. Penat dia menunggu di depan pintu pagar dengan panas terik lagi. Anayra mengeluh perlahan.

"Jangan cakap yang dia lupa harini kena cari baju pengantin." Anayra bercekak pinggang. Lama-kelamaan, kereta Mecerdes hitam Aaran tiba betul-betul sebelah Anayra. Anayra memandang Aaran dengan tajam.

"Ye,aku minta maaf sebab ambik kau lambat. Aku sebenarnya memang dah nak gerak tapi client aku pulak buat hal" jelas Aaran.

Anayra masuk ke dalam perut kereta. Wajahnya masih masam mencuka. Dia bukannya nak merajuk sangat pun, cuma dia nak tengok usaha Aaran memujuknya.

"Jadi client awak lagi penting dari saya?" soal Anayra tanpa memandang wajah Aaran.

"Mestilah penting..."

Laju Anayra berpaling memandang Aaran dengan mata dijegilkan.

"Kau" sambung Aaran sambil tersenyum nipis.

Anayra kaku. Pipi dah merona kemerahan. Sekarang ni boleh tak dia nak hantuk kepala dekat dashboard kereta? Dia hampir cair dah ni.

Anayra memandang luar tingkap ingin menyorokkan senyuman. Aduh..pantang betul!

"Dah tak merajuk?"

"Diamlah"

•••

Beberapa minit selepas itu, mereka tiba di butik pengantin yang mewah yang dikatakan oleh Puan Dareena. Anayra ternganga melihat hiasan dari luar butik.

Hiasan yang mewah, dengan tema hitam emas. Nampak class di situ. Itu baru di luar, kalau masuk mesti dah rasa macam syurga.

Anayra melangkah masuk membuntuti Aaran. Di dalam butik itu dipenuhi gaun-gaun pengantin yang cantik direka oleh pereka terkenal.

"Sampai dah pun kamu. Ingatkan nak sampai tahun depan" Puan Dareena mendapatkan mereka berdua. Anayra bersalaman dengan Puan Dareena sopan.

"Alah, mummy ni. Nasib kitaorang datang tau, kalau tak datang?"

"Mulut kamu ni kan" Puan Dareena memukul bahu anak lelakinya. Aaran mengaduh sakit sambil menggosok bahu yang dipukul Puan Dareena.

Anayra yang melihat aksi dua beranak itu tergelak kecil.

"Jadi, mummy dah tengok-tengok design dia! Cantik sangat! Mummy tak sabar nak tengok Anayra pakai nanti. Jom, Anayra. Kita pergi tengok-tengok" Puan Dareena menarik lengan Anayra erat.

"Amboi, mummy. Bila jumpa bakal menantu terus dilupakan anak kandung" Aaran mencebik.

"Itu pun nak jealous. Dahlah, nanti kamu pilih nak baju yang mana. Asalkan tema putih. Untuk resepsi nanti, Anayra cakap nak colour apa. Mummy sponsor! " teruja Puan Dareena sambil menggenggam erat tangan bakal menantunya. Tak sabar macam dia pulak yang nak kahwin.

"Anayra okey je colour yang mana, mummy. Takpe, mummy je pilihkan. Anayra pakai"

"Betul ni? "

Anayra mengangguk. Lagi bersinar mata Puan Dareena membelek-belek katalog sambil tersenyum.

"Mummy lupa nak cakap. Tarikh untuk food testing tu diawalkan. Jadi hari Rabu ni kena pergi"

Anayra dan Aaran mengangguk faham.

Pemilik butik itu atau lebih dikenali sebagai Miss Sharon, mendekati mereka bertiga dengan tali pengukur dileher dengan buku dan pen. Bersiap sedia untuk berkhidmat.

"So, Sharon. I'd like to make baju kurung as akad nikah and gown for reception. Tapi untuk theme akad nikah tu  i nak all white. Baju kurung tu kalau boleh i nak baju kurung Pahang macam Mira Filzah tu." Puan Dareena menyatakan kehendaknya kepada Miss Sharon.

Miss Sharon mengangguk-angguk sambil melukiskan reka bentuk tersebut di dalam bukunya.

'Baju kurung Pahang? '

Perkara itu mengingatkannya kepada kejadian dua tahun lepas di mana dia dan Eiman diusik oleh keluarga kerana berpakaian sedondon. Anayra cepat - cepat menggeleng.

'Anayra, past is past' Anayra menghela nafas perlahan. Kembali fokus pada butir bicara yang bakal disampaikan oleh Miss Sharon.

"Boleh je Puan Sri. Trust me. How about gown for reception? "

"Untuk gaun i nak warna merah. Khas untuk hijabi punya. Tak nak yang terlalu ketat, tak nak yang terlalu longgar. Simple but elegan. Okey tak, Anayra? "

"Boleh je, mummy" Anayra menurut. Sebenarnya dia pun tak reti tentang baju-baju pengantin ni. Sebab tu lah dia serahkan sahaja kepada Puan Dareena.

"Macam mana dengan baju pengantin lelaki?"

"Untuk Aaran, i nak baju Melayu putih yang selesa. Simple je . Untuk resepsi i nak tuxedo hitam. Itu je. "

"Okay Puan Sri. Nanti i cari baju-baju pengantin yang sama macam Puan Sri nak. Sebelum tu, mari kita ukur badan dulu. " Miss Sharon sudah bersedia dengan tali pengukur di tangan. Dimulakan dengan Anayra dan berakhir dengan Aaran. Dia meminta diri sebentar.

Dalam beberapa minit kemudian, Miss Sharon datang bersama pekerjanya dengan membawa baju-baju pengantin yang sudah siap sedia seperti mana yang Puan Dareena pinta.

Gaun merah itu diberikan kepada Anayra. Anayra ditolak masuk ke dalam fiting room. Gaun merah itu masih ditangannya.

Dia melekapkan gaun itu ditubuhnya.

"Cantiknya gaun ni! Hmm.. Memang gaun ni cantik pun, tapi bukan si pemakai. " dia mengeluh perlahan.

Lima minit kemudian, Anayra keluar dari fitting room dengan gaun merah yang dipakai cantik terletak di tubuhnya. Dia menunjukkan kepada Puan Dareena.

"Ya Allah, cantiknya bakal menantu mummy! Aaran, cuba tengok. Dah dah lah main phone tu" Puan Dareena menggoncangkan lengan anak lelakinya.

Aaran mendongak memandang Anayra yang menundukkan wajah. Jelas terpana di wajah lelaki itu. Telefon yang dipegang terus diletak jauh. Kini, pemandangan di hadapannya lagi menarik.

"Cantiknya, cik Anayra! Sampai ternganga Tengku dibuatnya" Miss Sharon menahan ketawa.

Aaran yang sedar akan itu cepat-cepat menutup mulutnya. Dia berdehem sebentar.

"Okey, Sharon. I pilih design ni."

"Ready, Puan Sri. Bila baju untuk akad nikah siap, nanti i akan bagitahu Puan Sri. Sekarang kita teruskan dengan tuxedo Tengku pula"

Anayra memandang Aaran  senyap-senyap. Senyumannya terukir.

Bahagia.

•••

Seorang wanita yang memakai dress separas paha memasuki bilik kerja Aaran. Bunyi kasut tumit tinggi itu kedengaran kuat mengganggu pekerja-pekerja di situ.

"Hazel," Aaran memandang wanita itu tajam.

Wanita itu membuka cermin mata hitam dan tersenyum sinis.

"Hey, honey"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience