•^BAB 48^•

Romance Series 37373

Maira mundar-mandir ke hulur ke hilir di ruangan bilik itu sambil menggigit jari. Dia gusar memikirkan perkara yang berlaku tadi.

Macam mana... Macam mana dia boleh ada kat situ?

Bukan ke dia dah lama hilang ke?

Maira menggaru-garu kepalanya kasar. Serabut!

Kalau jantan tu ada sekali, habis rosak plan aku! Dia tak kenal aku kan? Tak kan???!!

"Sayang? " Aaran memegang kedua-dua bahu Maira erat.

Maira terus berpaling memandang Aaran. Senyuman manis diberikan diberikan. Dipegang tangan Aaran dibahunya.

"Awak dah siap mandi? " soal Maira. Wajah yang segar dengan rambut yang basah bersama kain tuala dipinggang dipeluk rapat.

"Dah... " pipi Maira diusap-usap.

"Seksinya husband saya ni... Aumm! " Aaran tergelak. Ciuman pada dahi dihadiahkan pada Maira.

"Sayang jangan macam macam... Kang ada yang tak tidur malam kang"

Kata-kata Aaran diselangi ketawa riang Maira. Maira menggeleng-geleng kepala. Dada Aaran ditumbuk perlahan.

"Miang! "

"Dengan sayang je... "

Maira mendecit dalam hati. See, Anayra? I win and you lose. Aaran cintakan aku lebih dari kau.

"Dahlah, pergi pakai baju tu" arah Maira. Aaran tersengih nakal. Maira tahu akan sengihan itu. Sengihan minta kaki.

"Pakaikan" ringkas. Satu patah perkataan tersebut membuatkan Maira juling mata keatas.

"Mengada" kata Maira sebelum bergerak ke wardrobe mengambil baju untuk suaminya.

"Dengan sayang je,"

"Saya nak anak ni"

Kata Anayra yakin. Tanpa teragak-agak. Dia nekad. Biarlah apa pun jadi pada dirinya asalkan bukan bayinya.

Doktor Iman mengangguk faham. Menerima keputusan Anayra. Dia menulis sesuatu diatas kertas.

"Nanti saya akan aturkan janji temu untuk buat check up keatas bayi dalam kandungan puan dan juga check up untuk puan. In Shaa Allah, kita akan bertemu lagi 3 bulan, " ujar Doktor Iman panjang lebar. Anayra menganggukkan kepalanya.

Anayra menghela nafas panjang. Perutnya diusap.

Anak mummy ada dengan mummy sentiasa kan? Selalu dengan mummy okey? Mummy dah takde siapa-siapa dah selain sayang. Bantu mummy jadi kuat. Okey?

Dia menarik nafas menahan sebak di dada. Kemudian, menyambung mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh doktor Iman.

Aaran mendapatkan Anayra yang baru sahaja memasuki pintu utama rumah. Dilekapkan tangan pada dahi isterinya.

"Sayang sakit ke? " soal Aaran risau. Panas suam suam sikit dia rasa.

"Demam sikit je. Sakit perut sangat. Ni dah okey sikit dari tadi" ujar Anayra lembut. Telapak tangan suaminya di dahi dialihkan pada pipi. Tangan besar yang hangat itu membuatkan dia rasa nyaman.

"Sorry sebab abang tak teman sayang pergi klinik. Jalan jem tadi" kata Aaran serba salah. Anayra mengangguk faham.

"Takpelah. Ni, Maira mana? Senyap je. Selalunya dialah yang paling kecoh," dalam kata-kata ada juga ayat berbunyi sindiran pada madunya yang satu itu. Senyuman diberi.

"Lepas balik je dari kedai, terus K.O. Penat sangat agaknya. Jom, abang bawak masuk bilik. Ke.... Nak abang dukung? " soal Aaran. Tangan sudah berura-ura ingin mengangkat tubuh kecil isterinya. Anayra mengundur setapak.

"Eh, tak payahlah nak mengada. Saya demam je, bukan patah kaki, " tangan Anayra sudah mencapai pemegang tangga.

"Like do i care, " tubuh Anayra segera diangkatnya gaya bridal style. Anayra terjerit kecil namun mulutnya sempat ditekup.

"Shh... Nanti Maira bangun, kita tak boleh geder-geder" bisik Aaran rapat ke telinga Anayra. Bibir digigit dengan senyuman nakal diberi. Anayra menjulingkan matanya keatas.

"Kenapa abang boleh jadi mengada, gatal sangat harini, hah? "

"Dengan sayang je... "

Maira mengemaskan tali leher suaminya. Dada Aaran di tepuk-tepuk tanda siap. Tangan dikalungkan pada leher Aaran, menarik suaminya lagi rapat.

"Kenapa nakal sangat sayang abang ni? " soal Aaran sambil mengangkat sebelah kening.

Maira tergelak kecil.

"Salah ke? " Maira gigit bibir.

Aaran meneguk air liur. Haih... Lain macam bini dia sorang harini.

"Sayang jangan macam-macam... Ada jugak yang tak pergi kerja harini, "

"Ish, orang usik sikit dah tergoda. Dahlah, nanti lambat." Maira menolak dada Aaran. Aaran mencebik.

"Ouh, harini Maira nak keluar boleh?"

"Keluar? Pergi mana? Dengan siapa? " soal Aaran bertalu-talu.

"Pergi jumpa kawan dekat kedai makan je. Boleh eh? "

"Hmm.. Jaga diri. Kalau ada apa-apa, call abang" Maira mengangguk laju.

"Bye, abang" tangan dilambai.

"Bye"

Tubuh Puan Sari dipeluk erat. Ya Allah... Akhirnya dapat juga dia bertemu dengan ibunya setelah beberapa bulan sibuk dengan hal pembelajaran.

Tangan Encik Azman disambut dan dikucup penuh kasih. Encik Azman mengusap kepala anak gadisnya.

"Anayra sihat? " soal Puan Sari. Melihat keadaan Anayra yang pucat membuatkan naluri hati keibuannya bimbang.

"Anayra sihat je, mama. Mama dengan abah sihat? Abang mana? " soal Anayra. Matanya meliar mencari susuk tubuh lelaki yang dirinduinya.

"Adik! " tubuh Anayra dipeluk dari belakang. Anayra tahu gerangan siapakah itu. Dia tergelak.

"Abang sihat? " soal Anayra ramah.

"Tengok badanlah"

Anayra mencebik. Ada ada je abang dia sorang ni. Perasan. Tahulah sekarang badan dah tough. Sepak karang baru tahu.

"Ni, Anayra datang sini dah bagitau Aaran belum? " soal Encik Azman.

"Dah. Dia bagi je Anayra jumpa abah dengan mama"

"Eh, jom masuk. Bersidai kat luar panas-panas ni nanti pengsan pulak" ajak Puan Sari. Anayra tergelak. Ya Allah... Rindunya dia pada keluarga. Sekarang baru boleh bersua muka.

"Adik okey? " soal Aqeef. Anayra memandang Aqeef redup.

"Kenapa? Nampak macam adik tak okey ke? " Anayra sengih.

Tangan Anayra dicapai dan digenggam. Diusap kekura tangan adik perempuannya lembut.

"Adik, abang faham perasaan adik. Kalau adik nak luah apa-apa dekat abang, abang setia mendengar. Abang tak nak adik pendam sorang-sorang. " ujar Aqeef.

Anayra diam. Tidak tahu ingin membalas apa.

"Abang minta maaf. Kalaulah abang tak rapatkan Anayra dengan Aaran, mesti sekarang ni Anayra dah happy. Abang pun tak tahu kenapa Aaran jadi macam tu" wajah Aqeef mula muram.

Anayra cepat-cepat menggeleng. Tangan naik mengusap pipi Aqeef.

"Kenapa abang perlu minta maaf? Abang tak buat salah apa-apa pun. Anayra okey je. Anayra pun kena terima yang Aaran tu bukan milik Anayra sorang. Takpe abang. Anayra dah redha"

Tubuh adiknya terus dipeluk erat. Anayra membalas pelukan abangnya. Terasa hangat. Selesa.

"Abang nak tahu something tak? " Anayra mengangkat-angkat keningnya. Aqeef mengangguk teruja.

Tangan kekar Aqeef dicapai dan diletakkan di perut nya yang kempis. Aqeef memandang adik perempuannya dengan mata terkebil-kebil. Tidak faham.

"You are going to be uncle, " bisik Anayra perlahan. Aqeef membuntangkan matanya luas. Mulutnya ternganga.

"W.. WHAT?? FOR REAL? NO LIE? "

"For real" sengihan diberikan. Tawa kecil kedengaran. Lucu dengan riak wajah abangnya.

"Oh My Gosh!" jerit Aqeef kuat.

"But abang jangan bagitahu Aaran tau. Jangan bagitahu sesiapa pun. Hanya abang je yang tahu hal ni, okey? " bisik Anayra lagi. Aqeef mengerutkan kening.

"Why? "

"Just janji dengan adik. Lambat laun nanti diorang akan tahu jugak. Janji okey? " Anayra mengeluarkan jari kelingking sambil menggoyang-goyangkannya.

Tanpa berfikir panjang, Aqeef mengangguk. Ditautkan jari kelingking mereka menandakan perjanjian sulit antara mereka adik beradik.

Maira mula resah. Apa yang diperkatakan oleh lelaki yang dia jumpa tadi mula bermain di fikiran.

"I mengandungkan anak you" ujar Maira serius.

Lelaki itu membuntangkan matanya luas. Air yang diminum habis tersembur. Dihentak kuat meja makan tersebut.

"What? What do you mean tu anak I? Mana tahu tu anak yang you kandungkan tu anak suami you? " dia mengesat bibirnya yang comot menggunakan tisu.

"Yes, i really sure that this baby is yours. You tak ingat ke? Masa kita jumpa when my husband pergi oustation? Dekat hotel? You jangan buat-buat lupa, Faris! " Maira mengetap gigi rapat.

Mudahnya lelaki ini melupakan apa yang mereka buat ketika itu.

"Then? What now? "

Maira mengeluh berat.

"I don't want this baby. But i have to. Selepas dendam I terbalas, I akan minta cerai dengan Aaran and you kena kahwin dengan I" kata Maira.

"Easy baby... Very easy. But before that, money first " lelaki yang bernama Faris itu menggeselkan ibu jari dan jari telunjuk. Senyuman sinis diberi.

"For what? You yang buat I macam ni, and you still nak duit? Hey, you kena bertanggungjawab! " Maira sudah hilang sabar.

Gelak sinis diberi.

"Baby, jangan lah marah baby... Garang lah you ni. I suka. You tak takut ke kalau I bagitahu suami you yang you bukannya mengandungkan anak dia? I boleh je bagitahu bila-bila. Anytime. " kata-kata berbaur ugutan menggetarkan tubuh Maira. Dia menggenggam penumbuk.

"Okey fine! I akan bagi duit dekat you. But, you promise me, you kena kahwin dengan I! "

"Sure, baby. Don't worry. It's okay. Today I belanja you. I pergi dulu, sayang"

Bibir Maira diusap menggunakan ibu jari. Maira menepis. Tawa sinis dari Faris membuatkan diri Maira geram.

"Khadijah? "

Maira tersedar dari khayalan. Dia mendongak memandang jejaka dihadapannya.

Dia membulatkan mata. Darahnya berderau. Jejaka itu juga sama.

"Abang... " terbit panggilan itu dari bibir Maira.

Eiman memandang Maira dalam. Tidak sangka dia akan dapat berjumpa dengan bekas isterinya lagi selepas setahun lebih tidak bersua.

Maira... Atau namanya Siti Khadijah HuMaira

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience