Pada petang itu, rumah mereka dihiasi dengan kedatangan Luan dan Hazel. Hazel dari tadi tidak melepaskan genggaman tangan pada Anayra. Mata dijulingkan pada pasangan yang duk berkepit dari tadi.
Anayra hampir tergelak kecil melihat reaksi Maira yang sedang membawa dulang menghidangkan air dengan tangan yang terketar-ketar. Takut sangat gamaknya dengan Hazel.
"Anayra, Luan dengan Hazel bercadang nak pergi holiday tau dekat Cameron Highland. Kita pergi dekat tempat yang dekat-dekat dulu, nanti kita pergi oversea pulak. Semua benda dah settle kecuali persetujuan Anayra" ajak Hazel dengan riak teruja.
"Bukan kita je, Ilman dengan Nani pun pergi. Hah, Anayra kenal tak Khalish Adham? "
"Sir Khal? Dia pensyarah Anayra. Kenapa? "
"Dia pun ikut sekali tau. Actually, Khal tu classmate Hazel masa belajar kat London dulu. Tak sangka dia mengajar dekat universiti Anayra. Kebetulan pulak"
Anayra memandang Aaran.
"Awak izinkan tak saya pergi? "
"Buat apa nak minta izin kalau abang pun pergi sekali" ujar Atidur Genggaman tangan pada Maira tidak dilepaskan.
"Okey, lusa kita pergi. Tak sabar nak petik buah strawberi" Hazel bertepuk tangan.
Anayra meregangkan otot-ototnya. Seharian di rumah sibuk mengemas rumah. Dari mengemas bilik tidur, membersihkan ruang tamu, memasak dan macam-macam lagi.
Aaran? Dari pagi tadi lagi dah keluar bersama Maira. Seperti biasa, dia menolak ajakan suaminya untuk keluar bersama.
Dia mengambil masa untuk tidur sekejap di sofa sementara menunggu Aaran pulang.
Aaran yang berada di muka pintu bersama Maira mengerling ke arah Anayra sekilas. Dia mengucup dahi Maira seraya mengarahkan Maira naik ke bilik.
Dia mendekati Anayra yang sedang lena sebelum dicempung tubuh kecil itu ke bilik tidur.
Diletakkan Anayra perlahan-lahan diatas katil. Rambut yang mengurai menutup wajah isterinya diselak. Nampak wajah keletihan pada Anayra.
Dia mengingati kembali peristiwa apabila dia berkomunikasi dengan isterinya ketika dia di Langkawi.
"Assalamualaikum, abang!" suara ceria Anayra menyapa gegendang telinganya.
"Waalaikumussalam"
"Abang tidur ke? Suara abang macam penat je. Saya minta maaf kalau saya kacau abang tidur " suara itu mula sayu.
"Aa.. Err.. Ha'ah. Abang tidur tadi sebab penat sangat. Maaflah abang angkat panggilan lambat" dia menjawab dengan tergagap-gagap.
"Sorry abang. Kalau abang nak sambung tidur, pergi jelah. Nanti kalau ada masa kita call lagi. Assa--"
"Okey, abang pergi dulu " dia cepat-cepat mematikan panggilan. Wajah Maira disebelah dengan lengkap berbaju kurung dipandang.
Dia mengelus pipi Maira sebelum melabuhkan ciuman pada isterinya. Isteri keduanya.
Ketika itu, mereka baru sahaja selamat diijabkabulkan. Aaran yang rasa panas berbahang membuka dua butang teratas baju Melayunya.
"Awak... Jangan tinggalkan Maira. Maira ada awak je" pelukan tubuh Aaran dieratkan seperti tidak mahu melepaskan lelaki tersebut.
"Ye, sayang. Abang janji abang akan jaga sayang. You're mine now" pelukan dibalas erat.
"Macam mana dengan is--"
"Shhh... Sekarang ni cakap pasal kita. Hanya kita" dia melekapkan jari telunjuknya pada bibir Maira. Maira mengangguk perlahan.
Bibir gadis itu diusap perlahan. Jari-jemari Maira yang bermain-main diatas dadanya yang terdedah dengan pandangan redup itu membuatkan nafsu kelakiannya berkocak. Dia memandang bibir isteri yang baru sahaja dilafazkan akad itu sebelum meragutnya.
Melihat tiada penolakan, Aaran meneruskan kerjanya lagi dan lagi sehingga mereka berdua terbuai bersama malam yang indah sebagai suami isteri. Malam pertama mereka.
Aaran mengeluh berat. Ingin sahaja dia memutarkan kembali masa. Kini, dia mencintai dua gadis, kedua-dua isterinya. Dia tak sanggup melepaskan satu dari mereka. Dia memerlukan kedua-duanya.
Aaran membuka baju kemeja yang dipakainya sebelum direbahkan di sebelah Anayra. Pinggang isterinya dipaut.
Dia rindu untuk bersama Anayra. Rindu dengan gelak tawa gadis itu, senyuman manisnya, mulut yang petah bercakap, dan belaian isterinya.
Akhirnya, Aaran terlelap bersama Anayra dengan tangan masih memaut pinggang isterinya.
Anayra yang terjaga dari lena akibat gerakan sesuatu dipinggangnya menoleh gerangan disebelahnya. Aaran yang masih lena itu ditatap.
Rindunya dia pada lelaki itu. Jambang nipis itu diusap perlahan. Suka sangat dia bermain dengan jambang suaminya.
Aaran membuka mata perlahan-lahan. Mata bertemu mata. Anayra kaget. Tangan yang mengusap jambang Aaran ingin dilarikan tapi Aaran kuat memegang tangan Anayra dan kembali melekapkan pada wajahnya.
"I like it when you rub my beard. Don't stop " ujar Aaran. Anayra tersenyum kecil. Tangan kembali mengusap jambang itu.
"I miss our time. Like two of us"
Anayra memandang raut wajah itu.
"But we are now three, bukan berdua"
"Kenapa sayang selalu tolak bila abang ajak keluar sama-sama? Macam dulu? "
Senyuman dihambarkan.
"Saya nak kita berdua, bukan bertiga. Saya hanya nak abang bila keluar bersama. Like you said, i miss our time. Our old time when you only have me"
Aaran terdiam.
"Tapi takpelah, saya tak boleh selfish. Saya kan dah berkongsi suami. Saya tak boleh fikir untuk saya sorang je"
"Saya sanggup beralah untuk awak. Saya akan cuba faham awak" senyuman dimaniskan.
Tanpa berkata apa-apa, bibir Anayra dikunci. Anayra yang masih belum bersedia meronta-ronta. Dada Aaran ditolak namun, kudrat lelaki lebih kuat berbanding wanita. Pegangan Aaran di leher Anayra ditolak lagi memperdalamkan ciuman mereka.
Beberapa minit kemudian, bibir Anayra dilepaskan. Nafas Anayra tercungap-cungap mencari oksigen.
"I love yo--"
"Awak.... " panggil Maira meleret dari luar bilik . Aaran mengeluh perlahan. Wajah Anayra ditatap sebelum dia menyambar lagi bibir gadis itu. Sekejap sahaja.
"Kejap sayang... " kata Aaran. Dia bangun dari pembaringan sebelum bergerak menuju ke arah isteri keduanya. Dipeluk tubuh tersebut.
"Awak pergi mana... Saya cari awak dari tadi tau... Awak tinggal saya... "
"Abang janji abang tak tinggal Maira dah. Jom, masuk bilik" tangan Maira dipapah. Maira mengeraskan badan. Dia menggeleng.
"Nak dukung" kedua-dua tangan diangkat. Aaran tergelak kecil . Diangkat tubuh itu gaya bridal style menuju ke bilik mereka diiringi gelak tawa mereka berdua.
Anayra yang dari tadi memerhati di sebalik pintu tersenyum hambar. Tangan dilekapkan pada dada.
"Sabar Anayra... Sabar... "
Malam sebelum mereka akan bertolak ke Cameron Highland, Anayra dari awal sudah siap mengemas pakaiannya dalam satu bagasi sederhana besar berwarna cream.
Anayra melepaskan nafas. Penat.
Pintu bilik diketuk. Terjengul wajah Aaran dengan senyuman. Dia mendekati Anayra dan duduk bersila di sebelah isterinya.
"Sayang... Nanti tolong kemas baju-baju abang boleh? Abang tak sempat nak kemas sebab banyak kerja. Abang tak sampai hati nak minta tolong Maira sebab dia penat sangat. Boleh? " mata Aaran dikerdipkan beberapa kali.
Anayra mengangguk. Ingin tergelak bila melihat Aaran yang tiba-tiba manja itu.
"Abang ambil dulu baju abang yang nak dibawa ke sana. Saya masukkan baju-baju abang dalam bagasi saya sekali ye? "
"Eh, takpe. Anayra masukkan baju-baju abang dalam bagasi Maira. Nanti abang bawa masuk. Thank you, sayang" pipi Anayra dikucup sekilas. Anayra hanya senyum.
Dilipat pakaian yang diberikan Aaran dengan kemas. Aaran datang membawa bagasi Maira. Nampaknya, Maira sudah siap berkemas. Anayra hanya menyusun pakaian yang sudah dilipat ke dalam bagasi. Aaran hanya memerhati.
"Siap" Anayra menghulurkan bagasi yang sudah siap dizip kepada Aaran. Aaran menyambutnya.
"Terima kasih sayang" pipi Anayra dikucup sebelum dia menarik bagasi ke bilik Maira.
Anayra memegang pipi yang dicium Aaran. Dia senyum senget. Sudah seminggu lebih Aaran tidak tidur bersamanya...
Dia rindu pelukan lelaki itu. Setiap malam dia rindu.
Hazel, Luan, Nani, Ilman dan Khalish sudah tiba di perkarangan rumah Aaran. Mereka memasukkan bagasi dan barang-barang lain kedalam bonet kereta. Aaran berjabat tangan dengan Sir Khal. Pertama kali berjumpa.
"Tak sangka saya awak ni sepupu ipar Hazel. Kecil nya dunia ni" ujar Sir Khal. Anayra hanya tersengih.
"Tulah. Saya pun tak sangka Sir Khal pun kenal dengan Hazel"
Melihat senyuman dan gelak tawa isterinya itu, Aaran memandang tajam Khalish. Dia seperti tercabar dengan lelaki ini. Anayra pun seperti selesa bersama lelaki itu dilihatnya.
"Kereta ada empat, so dua orang setiap kereta sebab barang-barang semua dah penuh. Jom" Hazel sudah masuk kedalam kereta Luan. Entahlah, sejak dua menjak ni dia semakin rapat pula dengan Luan.
Anayra yang ingin membuka pintu hadapan kereta Aaran dipintas Maira laju. Maira cepat-cepat membuka pintu dan terus masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup kuat. Anayra terkedu sebentar.
Dia mengerling ke arah Aaran. Aaran hanya membuat muka selamba. Lelaki itu terus masuk ke tempat pemandu.
Baju Anayra ditarik perlahan olej seseorang. Anayra menoleh.
"Anayra, jomlah naik dengan saya. Masih ada tempat kosong. Mari," ajak Khalish. Anayra menggigit bibir. Dipandang wajah Aaran di dalam kereta yang tiada riak. Akhirnya,Anayra bersetuju.
Pintu kereta dibuka oleh Khalish romantik. Anayra tergelak kecil. Ada-ada jelah Sir Khal ni.
Anayra mengucapkan terima kasih sebelum masuk ke dalam kereta milik Khalish.
Aaran yang memandang gerak-geri Anayra dari cermin kereta mengetap gigi kuat. Stereng kereta digenggam.
Maira menoleh memandang suaminya.
"Kenapa awak?" terkebil-kebil matanya.
"Takde apalah,sayang. Jom gerak" keempat-empat buah kereta itu bertolak ke Pahang.
Di dalam kereta Khalish, Anayra tidak henti-henti gelak dengan lawak yang diberikan oleh Khalish.
"Jahatlah Sir ni buat Hazel macam tu" kata Anayra. Dia ketawa hingga kering gusi.
"Siapa suruh dia tumpahkan air dekat baju saya? Kalau air kosong takpe lagi, ni air oren. Dahlah haritu saya pakai putih. Apalagi? Saya pun hilangkanlah assignment dia yang nak kena hantar haritu. Padan muka"
"Sir Khal takde girlfriend ke? Muka kacak macam ni takkan takde siapa nak. Macam tak percaya je" Anayra mengangkat sebelah kening.
"Ada je yang nak, cuma saya tolak"
"Kenapa pulak?"
"Saya nak orang yang ikhlas cintakan saya, bukan sebab rupa. Lagipun,tak matilah kalau tak kahwin lagi. Saya nak fokus kerja dulu. Lagipun saya muda lagi"
"Hmm..ikut Sir lah" Anayra terus memandang ke hadapan, menikmati pemandangan. Bukan hal dia pun Sir Khal ni kahwin atau tak.
Khalish memandang Anayra redup.
"Awak taknak jadi girlfriend saya? "
"Hah? "
"Nothing" Sir Khal kembali meneruskan pemanduan. Dilihat Anayra yang merengus kecil. Comel!
Di dalam kereta Luan pula, mereka tidak habis-habis bertengkar. Nasib baik hanya ada mereka berdua sahaja di dalam kereta tersebut.
"Kau ni dari tadi lagu sedih-sedih, bagi lah lagu aku pulak!" Hazel menepis tangan Luan yang sedang mengawal radio.
"Kau nanti pilih lagu bising-bising! Boleh pekak aku seminggu" Luan membantah.
"Alah... Lagu Money je pun... Aku nak feeling kaya-kaya kejap pun jadilah" Hazel mengerdipkan mata beberapa kali. Luan akhirnya mengalah.
"Ambiklah! Bising je"
Hazel tersengih menyeringai menampakkan gigi putihnya. Telefon Luan yang disambungkan ke bluetooth diambilnya. Lagu Money oleh Lisa dimainkan.
“Dolla bills~ Dolla bills~
Watch it fallin' for me i love the way it feels~
Dolla bills~ Dolla bills~
Keep on fallin' for me i love the way it feels~
I came here to drop some money! ”
Nyanyi Hazel kuat sambil menari mengikut rentak lagu. Luan hanya menggelengkan kepala. Hampir bergoyang-goyang kereta Luan dengan gerakan Hazel.
"Ya Allah... Sepupu siapalah ni" Luan menutup sebelah wajah.
“Twerking twerking when i buy the things i like”
Siap di'twerking' lagi di dalam kereta tersebut. Luan menutup mata. Ya Allah... Mata aku dah tak suci...
Dalam beberapa jam perjalanan, mereka berhenti di RnR untuk solat Zuhur sebelum meneruskan perjalanan.
Anayra yang lena dibuai mimpi dipandang Khalish. Tudung shawl yang terselak dibetulkan.
'Haih... Anayra... Awak tidur pun cantik. Tapi sayang, awak isteri orang' desis Khalish dalam hati. Dia tidak sedar yang dari tadi ada seseorang yang memerhatinya dari tadi. Hanya sebelah sebelah.
Mata itu memandang tajam kearah Khalish dengan genggaman kuat di stereng. Panas hatinya melihat Khalish mengambil kesempatan atas Anayra.
"Awak...saya laparlah... Bila kita nak turun makan? " soal Maira.
Aaran menoleh. Wajah Maira ditatap sayang.
"Jom, kita turun solat dulu. Jangan lupa niat jamak" Aaran mematikan enjin kereta.
"Okey"
Anayra terpisat-pisat bangun dari tidur. Mata diliarkan kiri dan kanan.
"Kita dah sampai ke? " soal Anayra dengan suara yang masih serak.
"Kita berhenti dekat RnR dulu. Solat jamak. Then, kita pergi makan. Perut pun dah lapar ni"
"Ha'ah, saya pun dah lapar" Anayra tersengih.
Mereka berdua keluar dari kereta tersebut. Anayra mendapatkan Nani.
"Jom, solat. Lepastu kita pergi mencekik. Aku dah lapar sangat ni. Dari tadi duk makan keropok segera sampai naik muak aku" Anayra menarik-narik lengan Nani.
"Sabarlah kejap, aku nak ambik telekung. Kau ni, tak menyabar betul!"
Hazel hanya menunggu di kedai makan. Abc katanya... Sempat lagi memesan bihun tomyam sementara menunggu mereka semua selesai solat.
Dalam beberapa minit juga menunggu. Akibat terlebih bosan, Hazel mengeluarkan telefon dan membuka aplikasi instagram.
Dia membaca satu-persatu komen pada posting yang baru sahaja dia memuat naik beberapa minit yang lepas.
@JamieMarie_95: cantiknya Hazel!!
@AmirahSuzana: Wow! So gorgeous
@Erina_Amel790: Hazel lah idola saya!
Dia tersengih sebentar. Orang puji choiii... Kembang hidung sebentar. Dia kembali membaca komen.
@KhalidAmeer: Will you be my girlfriend?
Mata dikecilkan. Muka naik menyampah. Block!
"Muka macam jalan tar ada hati nak jadi boyfriend aku. Kalau muka macam Tom Holland takpelah jugak" mata dijulingkan ke atas. Dia meneruskan pembacaannya.
"Are you lost babygirl? " bisikan halus dengan suara yang serak basah menggoda itu menyapa telinga Hazel dari belakang.
Hazel tergamam seketika. Nafas yang menderu pada lehernya membuatkan Hazel berdebar-debar. Wajah ditoleh kebelakang ingin mengetahui gerangan yang menyapanya.
Matanya terbuntang besar.
Share this novel