Khalish menyiku lengan Aqeef yang sedang memegang telefon sambil membelek instagram. Aqeef memalingkan wajah menghadap wajah Khalish sambil mengangkat kedua-dua bekah kening.
"Aku bosan lah. Takde benda best ke yang kita boleh buat kat kampung ni? Dari takde buat apa-apa, " soal Khalish.
"Kau nak buat apa? "
"Jalan jalan satu kampung ni ke. Haa... Kan best. Jomlah... "
"Yelah yelah. Kau ni, sibuk betul. Aku baru nak melayan awek cun" ujar Aqeef. Dia bingkas bangun dari pembaringan menuju ke dapur. Selepas memberitahu Makcik Timah, mereka berdua segera keluar dari rumah tersebut.
Disarungkan selipar sebelum kaki melangkah ke jalan yang berada diantara sawah-sawah. Angin sepoi-sepoi bahasa bersama bunyi burung yang berkicau membuatkan Khalish kagum seketika.
"Bestnya duduk kampung. Aman je weyh. Ni kalau aku stress, datang kampung mesti dapat release tension. Haih... Tapi tulah. Arwah nenek aku pun orang bandar, tak pernah merasa aku jalan kampung" ujar Khalish. Aqeef mengangguk-angguk.
"Kalau kau nak datang sini, cakap je dengan aku. Bila-bila masa aku boleh bawak kau. Jangan kau datang sorang sudah,"
Khalish mengekek ketawa. Takut sangat aku caras adik dia.
"Serius talk eh, dalam banyak-banyak perempuan yang aku kenal, Anayra lah yang paling tabah tau. Kalau aku jadi perempuan lepastu dapat nasib macam dia, serius aku tak mampu" kata Khalish sayu.
"Aku tahu dia kuat. Aku tahu. Kau tahu tak? Kalau aku tahulah yang Aaran tu akan buat adik aku macam tu, aku sumpah aku takkan rapatkan diorang. Adik aku dara sampai tua pun takpe.
Sakit dia tu sampai aku rasa kau tahu tak? Aku dah penat tengok dia nangis, aku dah penat tengok dia menderita. Aku penat. Aku dah taknak tengok dia hadap benda tu lagi. Cukuplah sekali"
Khalish menepuk beberapa kali bahu Aqeef lembut.
"She's perfect. Tapi Aaran gagal jaga dia. Dia sia-sia kan bidadari yang sempurna untuk kaca yang tak berguna. Aku faham kau, Aqeef . Kalau aku ada adik perempuan, aku pun akan rasa benda yang sama"
Aqeef mengangguk lemah. Dia mendongak memandang Khalish.
"Kau nak makan aiskrim? "
"Aiskrim? Ada ke? "
"Kau ingat takde ke? "
"Mana aku tahu"
Aqeef mencebik. Bandar sangat gamaknya. Kau ingat kampung ni jual benda tradisional je ke? Pale otak dia.
Kedai runcit yang berdekatan disinggahi mereka. Aqeef memilih aiskrim Solero manakala Khalish memilih aiksrim Magnum Chocolate.
Aqeef mendecit. Mentang-mentang kaya, Magnum kau makan eh.
Umpat-umpat jugak, kedua-dua aiskrim tu jugak Khalish yang tolong bayarkan. Aqeef terus sengih menyeringai menampakkan giginya.
"Hehehe... Terima kasih. Kau nak jadi adik ipar aku tak? "
"Eh, boleh ke? "
Wajah itu terus berubah masam.
"Tak boleh"
"Ceh"
Bunyi gesekan tayar basikal di luar kedai menjadi tatapan mereka berdua. Gadis yang memakai baju kurung bersama tudung bawal labuh memasuki kedai runcit tersebut.
"Eh, abang buat apa kat sini? "
"Beli aiskrim. Adik buat apa kat sini? "
"Adik nak beli garam kasar. Lupa nak beli pagi tadi. Garam dah habis kat rumah. Tu yang kalut tu. Hehehe "
Anayra menggaru-garu kepala nya yang berlapikkan tudung. Dia meminta diri melalui lorong kecil dan sempit untuk mengambil beberapa bungkus garam. Selepas dapat apa yang ingin diambil, dia bergerak ke kaunter bayaran.
Tangan kekar dibelakangnya dahulu sudah memberikan duit bernot sepuluh ringgit kepada penjual. Anayra menoleh.
Eh, dua ketul ni ada kat sini lagi rupanya. Kalut punya pasal tak sedar pulak kat toyol berdua ni.
"Apa pulak ni sir. Tak payah tak payah. Macam orang takde duit je" Anayra menolak huluran tangan Khalish menggunakan hujung telefon yang dipegang.
"Apa pulak? Pakcik, ambil duit saya pakcik. Simpan baki eh" ujar Khalish sebelum pergi dengan senyuman.
Nak tak nak, bungkusan plastik itu diambil juga. Anayra meniup tudungnya geram.
"Ambik jelah dik. Rezeki.... Mujur orang tolong bayarkan. Terima kasih pun kau tak ucap. Dia kaya woo" ujar Aqeef sambil menjilat aiskrim yang hampir mencair.
Anayra mengetap bibir menahan geram. Disekeh kepala abangnya itu. Macam-macam.
"Aduh, sakitlah dik! "
"Dah, cepat balik. Nak maghrib dah ni" pesan Anayra sambil kaki menuju ke arah basikal milik maktok kesayangan.
"Yelah... " jawab Aqeef pasrah.
Basikal dikayuh berselisih dengan Khalish.
"Terima kasih" ucap Anayra sebelum kayuhan mula dilajukan. Khalish melihat pemergian Anayra dengan ekor mata. Bibir tersungging senyum.
Alahai.... Janda sorang ni. Comel!
Janda pujaan teruna. Cewah!!
Tiber.
Aqeef menguap kuat. Dia baru sahaja selesai membuang hajat di tandas luar rumah. Kaki bergerak ingin kembali semula ke kamar, namun terhenti apabila melihat lampu bilik Anayra yang masih menyala terang bersama pintu bilik yang terbuka sedikit.
Dia menukar arah menuju ke bilik Anayra. Anayra yang dilihat sedang memeluk baju bayi sambil menangis dipandang Aqeef sayu.
Dia mendekati Anayra kemudian memegang bahu adiknya. Anayra menoleh terkejut. Cepat-cepat dia mengesat air matanya sambil menyorokkan baju tersebut di bawah kain.
"Abang! Bila abang masuk? Anayra tak sedar pun. "
Aqeef memandang Anayra redup. Tangan beralih ke kepala adiknya. Digosok perlahan.
"Adik... Abang nampak semuanya. Adik buat apa ni? Dengan baju-baju bayi ni semua. Kenapa ni dik? " soal Aqeef prihatin.
Anayra menundukkan wajah. Baju bayi itu dikeluarkan dari tempat persembunyian.
"Anayra... Anayra rindu anak Anayra, abang. Kalau ditakdirkan dia lahir, mesti dia comel kan? Mesti sekarang ni dia dah belajar cara nak panggil mummy dekat Anayra. Mesti sekarang ni dia tengah tidur sebelah Anayra. "
Aqeef memegang erat tangan adiknya.
"Adik jangan lah macam ni. Baby kan dah dekat syurga? Anayra patut gembira tau. Dia tengah tunggu kita pulak dekat pintu syurga. Kita berdoa yang baik-baik je untuk baby"
Anayra senyum. Dia mengangguk perlahan.
"Lagipun, kalau adik nak kahwin lain boleh je. Asalkan cari yang hensem macam abang. Nanti anak adik pun hensem. Hehehe... " sempat lagi Aqeef berseloroh.
"Tak abang... " balas Anayra perlahan.
Aqeef mendongak memandang Anayra sambil berkerut kening.
"Kalau adik kahwin, kesian bakal suami adik. Macam mana perasaan dia kalau adik cakap yang adik dah tak boleh mengandung? " soal Anayra bersama senyuman tipis.
Ingin jatuh rahang Aqeef ketika ini. Dia memandang Anayra dengan riak tidak percaya. Senyuman perit yang Anayra berikan menambahkan lagi rasa pedih di hati.
Ya Allah...
"Kenapa adik cakap macam ni? Mana adik tahu yang adik dah tak boleh mengandung? "
"Doktor kata, hentakan pada rahim masa Anayra kemalangan hari tu kuat sangat. Rahim Anayra jadi lemah. Kemungkinan hanya berapa peratus je keuntungan untuk Anayra hamil, tapi peratus untuk Anayra tak dapat mengandung lagi tinggi, abang. Anayra redha dengan semua ni. Anayra terima ujian Allah bagi dekat Anayra" ucap Anayra. Senyuman masih tidak lekang dibibirnya. Air mata mengalir perlahan.
Aqeef terus menarik Anayra ke dalam pelukan. Ya Allah, adikku... Besar sungguh ujian yang kau perlu hadapi. Tabah betul hatimu sebagai seorang wanita.
Jujur dia katakan, dia tak kuat. Melihat adiknya dalam sengsara membuatkan dia lemah semangat.
"Abang janji abang akan jaga adik"
Share this novel