Anayra cuba mencapai buku yang ingin diambilnya tapi tidak sampai. Dia menjengket lagi. Tangan hampir-hampir ingin mengambil buku tersebut. Namun, ada satu tangan yang mengambilnya dan menyerahkan kepada Anayra.
"Sir Khal? " Anayra mengambil buku tersebut dari tangan lelaki itu.
"If you need help, just call me" ujar Sir Khal.
Anayra terkebil-kebil memandang pensyarahnya. Apa benda pulak Sir Khal ni? Anayra hanya mengangguk.
"Kita hanya berjumpa seminggu sekali kan? " soalnya. Anayra mengangguk lagi.
"If saya nak ajak awak makan berdua petang ni, awak nak tak? " ajak Sir Khal ramah.
"Err.. Sorry, Sir Khal but i'm married" Anayra menunjukkan cincin berlian di jari manisnya. Terasa bangga pulak reject orang ni!
"Ouh, awak dah kahwin? Kahwin muda lah ni? "
"Lebih kurang lah... "
"Sorry, saya tak tahu. Kalau awak tak kahwin lagi mesti kita dah boleh keluar berdua... "
"Hah? " Anayra berkerut kening sambil memandang Sir Khal.
"Nevermind, saya ada kelas. Kita jumpa lusa nanti" Sir Khal terus keluar dari library. Anayra masih terpinga-pinga.
Bahu Anayra dicuit. Anayra memalingkan wajah.
"Kau pergi mana? Jenuh aku mencari tau. Kata nak ambik satu buku je. Sampai berjanggut aku tunggu tau! " rungut Nani sambil berpeluk tubuh.
"Sorry lah...buku ni duduk hujung sekali lepastu duk tempat tinggi-tinggi. Ambik masa sikit nak ambik. Nasib baik Sir Khal ada tolong ambilkan" jelas Anayra.
"Sir Khal? Dia ada ke tadi? " soal Nani sambil berpaling kiri kanan meliarkan mata di seluruh tempat di dalam library.
"Dah pergi dah... Kau lambat sangat"
"Ceh, jomlah... Kata nak study" Nani mengheret tangan Nani ke meja yang disediakan.
"Yelah... Yelah... "
Seorang wanita melangkah ke pintu bilik Aaran. Diketuk pintu sebelum dibenarkan masuk.
"So, you are my new personal assistant? Pengganti Suzy?" soal Aaran. Matanya tidak beralih dari komputer besar itu.
"Yes, Tengku"
"So your name is..."
"Kaylee Rumaysa. Just call me Kaylee" Kaylee memperkenalkan dirinya. Aaran mengangguk.
"You can do your work now" arah Tuan Aaran tegas. Kaylee mengangguk dan terus keluar dari bilik Aaran.
"Omg, Kaylee!! Hensemnya bos kau! Tengok dari gaya macam single and available. Ada harapan aku nak mengorat boss hensem tu. Well, i'm the best seducer. Petik jari dah boleh dapat" kata Kaylee sambil senyum menggoda.
Suzy mendekati Kaylee dengan membawa beberapa fail di tangan. Dia menyerahkan fail itu kepada Kaylee.
"Apa ni? " soal Kaylee bingung.
"Kerja lah" kata Suzy selamba.
Suzy sudah dinaikkan pangkat. Gaji lebih besar dan kedudukan yang lebih tinggi. Semua atas ihsan Aaran Merdaad.
"Kenapa banyak sangat? " rungut Kaylee.
Suzy mencebik.
"Awak ingat kerja PA kepada CEO ni senang? Ni skop kerja awak. Baca dulu dan kalau ada yang tak faham, tanya saya. Lepastu ada beberapa fail yang awak perlu tandatangan" Suzy menyerahkan lagi fail kepada Kaylee.
"Dan fail-fail tu saya nak suruh awak cek cawangan-cawangan kita dekat Shah Alam, Cheras, One Utama dengan Cyberjaya. Pastikan awak suruh personal incharge betulkan untuk kali terakhir sebelum hantar dekat Tuan Aaran. Buat copy untuk saya. Better siapkan cepat. Tuan Aaran tak suka kerja dilambatkan. Selepas siap semua ni, ada beberapa fail lagi saya nak suruh awak cek" ujar Suzy panjang lebar.
Kaylee meneguk air liur.
"Lagi?"
"Always kena remind jadual pada Tuan Aaran. Jangan lambat. Tuan Aaran takde masa nak cek jadual dia tiap hari. Always peka dengan masa. If awak tak remind, i don't know what will happen to you" kata Suzy sebelum meninggalkan Kaylee yang masih bingung.
"Habislah aku... " Kaylee menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia membawa semua fail tersebut ke mejanya.
Anayra terjengket-jengket mendekati Aaran yang sedang tidur diatas sofa ruang tamu. Mulutnya terkatup rapat.
Baru sahaja ingin menatap wajah lena tersebut, tangan sasa Aaran sudah menarik tubuh itu menindih dirinya. Kini, Anayra berada diatas Aaran.
"Ish, abang ni! Terkejut lah! " dia memukul dada lelaki itu. Aaran ketawa besar.
"Kau nak buat apa? "
"Takde apa...hehehe... Awak,saya rindu mama dengan abah lah... Bila boleh jumpa diorang ni?"
Aaran senyum sinis. Dia menarik leher gadis itu membuatkan Anayra terdorong ke arah Aaran. Anayra meneguk air liur.
Aaran memandang anak mata gadis itu.
"Kita pergi rumah mama minggu depan. Cuti seminggu kan?" ujar Aaran. Dia terus bangun dari baring.
Anayra melebarkan senyuman.
"Serius? "
"Kau nak aku tarik balik ke? "
"Taknak taknak... " kata Anayra sambil memintal-mintal hujung bajunya.
"Dahlah, aku nak pergi buat kerja" Aaran bangun dari duduk ingin menuju ke arah bilik kerjanya.
"Awak..." panggil Anayra perlahan.
"Apa? " apabila Aaran memalingkan wajah, Anayra sudah melekapkan kedua-dua tangannya pada pipi Aaran. Dia mendekatkan bibirnya dengan bibir Aaran.
Cup!
Hanya 0.3 saat. Anayra terus berlari ke bilik. Aaran terkejut dengan kelakuan Anayra tersenyum nakal. Bibir digigit.
"Kau buat game, aku main Anayra, " kata Aaran seraya melangkah menuju ke bilik mereka. Kerja yang ingin dibuat tergendala sebentar. Sekarang, ada 'kerja' yang ingin dia bereskan. Kerja antara dia dan isterinya.
Anayra memeluk tubuh wanita dihadapannya itu erat. Rindu punya pasal. Lama gila tak jumpa sebab sibuk dengan pembelajaran. Akhirnya, dapat juga bertemu dengan permaisuri hati.
"Mama... I miss you so much! " kata Anayra selepas meleraikan pelukan. Dia mencium tangan Puan Sari berkali-kali.
"Yelah, " itu sahaja jawapan Puan Sari. Alah, macam tak kenal mama dia ni. Mulut kata lain hati kata lain.
Giliran Encik Azman pula disalam.
"Anayra tidur sini? " soal Encik Azman.
"Ha'ah... Anayra dengan Aaran cuti seminggu. Bolehlah menempel dengan mama dengan abah hari ni. Hehehe.. "
"Lagipun kitaorang memang takde apa-apa hal, abah. Alang-alang dia ni selalu cakap rindu mama dengan abah, tu yang Aaran turut je permintaan dia" kata Aaran dengan kedua-dua tangan diselukkan ke dalam poket seluar.
"Baguslah kalau macam tu. Eh, jom masuk. Bawak beg tu sekali masuk dalam" kata Encik Azman.
Anayra memandang kiri dan kanan sebelum keluar dari bilik air. Setelah dia memastikan yang Aaran tiada di dalam bilik, Anayra cepat-cepat keluar. Dia hanya dengan memakai baju t-shirt putih besar separas lutut dipilihnya. Alah, dalam rumah je kan? Lagipun dia dah nak tidur. Seluar akan dipakai kemudian selepas dia siap memakai losyen.
Dia menyangkutkan tuala di penyangkut. Kemudian, dia bergerak ke arah meja solek. Dicapai botol losyen itu dan disapu di seluruh badan. Sempat dia menghidu bau losyen ditangan sebelum tangan bergerak menyapu dibahagian betis. Hmmm...wangi!
Tapi segalanya terhenti apabila dia terdengar pintu terkuak luas. Anayra kaku disitu. Aaran!
Aaran memandang Anayra tanpa berkelip. Anayra nampak yang Aaran sedang meneguk air liur dan memandang dia atas bawah. Pintu ditutup perlahan dan yang tak boleh blah sekali, dia kunci!
Perlu ke kunci??!!
Anayra menelan air liur perit. Gugup melihat pandangan Aaran sekarang ni. Seperti pandangan harimau yang ingin membaham mangsanya dan mangsanya itu dia!
Dia tahu pandangan tu jenis apa. Pandangan yang bernafsu. Lagi-lagi mereka ni mempunyai ikatan yang halal. Walaupun Aaran sudah pernah menyentuhnya, tapi perasaan malu dan seram itu masih ada dalam diri. Kalau boleh, mahu sahaja dia berlari masuk ke dalam bilik air ataupun terjun gaung!
Tapi sekarang ni dia tidak boleh ke mana-mana.
Aaran mendekati Anayra. Derapan kaki lelaki itu pun sudah boleh membuatkan Anayra kecut perut. Apa lagi yang dia boleh buat selain menundukkan wajah dari memandang panahan mata dari suaminya.
Aaran membongkokkan badan. Kedua-dua tangannya terletak elok pada meja solek memerangkap Anayra dalam kurungan.
Jari Aaran memegang dagu Anayra dan mendongakkan wajah gadis itu disuruh memandangnya. Mata bertemu mata.
"What are you trying to do? Seduce me? " soal Aaran nakal.
"Mana ada saya goda awak! " Anayra menafikan. Memang betul! Takde niat dalam hati pun ingin menggoda si suami.
"You know what? Dengan pakaian kau macam ni... Baju putih tanpa seluar dengan terpampang paha sampai buku lali kau... And losyen... "
Aaran mendekatkan wajah pada leher Anayra. Ingin menghidu bau gadis itu. Anayra diam tidak bergerak.
"Smell like rose, " ujar Aaran.
Anayra diam tidak berkutik. Tidak tahu ingin berkata apa.
"Dan kau pun baru lepas mandi. Rambut pun masih basah. Kau yakin yang kau bukan tengah goda aku sekarang ni? " Aaran mengangkat sebelah kening.
Anayra sudah tidak dapat berfikir apa-apa. Dalam kepala otaknya hanya ingin lari! Dia menolak badan Aaran sebelum bergerak menuju ke pintu bilik.
Berkali-kali tangan memulas tombol pintu tersebut kalut. Sesekali ingin menepuk dahi. Lupa yang pintu dah berkunci. Jari terkial-kial cuba membuka kunci pintu.
Tangan sasa itu sudah melekapkan pada pintu bilik. Anayra dah teguk air liur berat. Tubuh dia dipusingkan.
"Not too fast, dear"
Badan aku ditolak ke atas katil. Belum sempat ingin bangun selamatkan diri, Aaran sudah menindihnya rapat. Anayra takut. Aura seperti malam pertama.
Sudah... Memang mati dia harini!
Belum sempat dia ingin membuka mulut, bibir dia sudah dikunci. Anayra pasrah.
Malam itu merupakan malam janji Aaran kepada Anayra. Janji yang tidak akan dimungkiri.
Share this novel