•^BAB 53^•

Romance Series 37373

Bagai satu tamparan buat Anayra, dia kaku memandang Aaran dengan riak wajah tidak percaya. Adakah dia salah atau memang betul lafaz cerai sudah terbit dari mulut Aaran.

"A.. Abang... " lemah tubuhnya ketika ini. Beg tangan yang dipegang jatuh keatas lantai.

Tangan Aaran cuba dicapai. Aaran pantas menepis. Pandangan tajam diberi.

"Tak payah sentuh aku! Jijik tahu tak jijik? Kau dengan aku, takde apa-apa lagi. Sekarang, kau dah boleh berambus dari sini. Pack semua barang kau dan jangan berani nak tunjuk muka iblis kau depan aku" Aaran terus berlalu pergi menuju ke arah Maira yang masih terlantar.

Air mata Anayra laju turun membasahi pipi. Dia cuba untuk menahan esakan dari kedengaran.

"You're mine,"

"Kenapa? Kau rindu aku? "

"Aku bukan maksudkan shawl ni, aku maksudkan kau, "

"Will you marry me, Anayra? "

Anayra memejamkan matanya. Perit yang dia rasakan sekarang ini.

"Kau tunggu apa lagi, perempuan?! Pergilah! " jerkah Aaran kuat. Anayra tersentak. Dia kembali mengambil beg tangannya dan keluar dari wad itu.

Dia mengesat air mata yang setia turun. Perut yang masih kempis diusap perlahan.

Takpe, sayang. Sayang selalu ada dengan mummy kan? Sayang takkan tinggalkan mummy, kan? Mummy takut sayang. Mummy takut sebab mumny dah takde siapa-siapa sekarang ni.

Ya Allah... Betapa sakitnya hati dia. Terlalu sakit dan perih. Dia tidak tahu ingin ke mana lagi.

"Kak long, " nama itu terbit di bibir Anayra.

Maira mencelikkan mata perlahan-lahan. Dia memalingkan wajah disebelah. Aaran terus mendapatkan isterinya. Dicium dahi isterinya penuh kasih .

"Anak Maira mana? Kenapa perut Maira kempis? Mana anak Maira?! " jerit Maira kepada Aaran sambil menangis. Aaran terus memeluk Anayra erat. Maira meronta-ronta dalam pelukan Aaran.

"Shhh... Sayang bawa mengucap sayang... Bawa mengucap. Anak kita dah takde sayang... Anak kita dah takde" ujar Aaran. Dia menahan air matanya jatuh. Perit rasanya bila kandungan yang baru sahaja berusia 6 bulan itu pergi buat selama-lamanya.

"No! Anak Maira! Anak Maira mana! " Maira terus-terusan menangis. Dia membalas pelukan Aaran. Wajah ditekup pada dada si suami, merembeskan air mata yang masih bersisa.

"Sayang... I'm here.."

Lama-kelamaan, keadaan mereka mula tenang. Pelukam antara suami isteri itu belum lagi dilepaskan. Aaran setia disisi Maira.

Maira senyum dalan sinis. Pelukan dieratkan lagi.

"Aaran dah ceraikan Anayra"

Seperti mahu gugur jantung Puan Dareena, dia hampir jatuh terduduk mendengar apa yang baru sahaja diperkatakan Aaran. Nasib baiklah Encik Shah disebelah sempat menyambut tubuh isterinya dari jatuh menyembah bumi.

"Apa yang kamu dah buat ni Aaran Merdaad!! " Puan Dareena sudah hilang sabar.

"Dia bunuh anak Aaran, dia tu perempuan berhati iblis mummy! "

PANG!

Satu tamparan khas untuk Aaran dari Puan Dareena. Nafas wanita itu naik turun.

"Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni, Aaran?! Kamu sedar tak? Kamu ada bukti ke Anayra yang buat semua ni? Ada ke??!! "

"Siapa lagi yang jaga Maira kalau bukan Anayra? Aaran sendiri nampak Anayra yang tolak Maira jatuh tangga. Tak habis dengan tu, susu yang dia bagi dekat Maira yang ada ubat miferpristone untuk gugurkan anak Aaran! Perempuan tu memang kejam mummy!! "

"Aaran! "

"Dahlah, mummy... daddy... Kalau mummy dengan daddy masih nak backup perempuan tu, silap besarlah. Aaran menyesal kahwin dengan dia! " Aaran terus masuk ke dalam wad.

Puan Dareena memegang dadanya.

"Ya Allah, Anayra... "

Aqeef tidak boleh hilang sabar lagi. Dia meluru masuk ke rumah Puan Dareena selepas apa yang diberitahu Puan Sari dan Encik Azman.

Aaran yang baru sahaja turun dari bilik menjinjit beg yang dipenuhi baju-baju persalinan Maira ditujunya.

Sebuah hadiah tumbukan padu diberikan pada pipi Aaran.

"Kau apahal sial? "

"KAU TU APAHAL! KAU DAH BUAT APA DEKAT ADIK AKU? AKU DAH BAGI SEPENUH KEPERCAYAAN DEKAT KAU UNTUK JAGA ADIK AKU, DAN INI YANG AKU DAPAT? KAU MEMANG TAK GUNA BODOH! " satu tumbukan lagi diberikan pada Aaran. Dia mencengkam kolar baju milik lelaki itu. Bibir Aaran pecah berdarah bersama lebam dibahagian pipi.

"Heh, adik kau tu memang patut kena macam tu. Adik kau tu pembunuh anak aku. Adik kau tu kejam. Macam syaitan! "

"Dasar jantan sial! " dipukul Aaran bertubi-tubi. Amarahnya naik turun. Mendengar adik kesayangannya sendiri dicaci dan dihina? Memang taklah dia akan bersabar.

"Tunggu masa semua akan dijelaskan. Dan masa tu kau akan melutut dekat aku dan aku takkan sesekali bagi Anayra dekat kau lagi! "

Aqeef terus meninggalkan Aaran yang masih berbaring sambil menahan perit dengan tumbukan Aqeef.

Aaran yang baru sahaja ingin ke hospital ditahan Encik Shah.

"Aaran dah lambat nak lawat Maira ni daddy " Aaran mengeluh.

"Ada satu perkara yang daddy nak Aaran tengok. " Encik Shah memandangkan pekerjanya yang lengkap bersut disebelah. Dia menganggukkan kepala.

Laptop dikeluarkan dari beg. Dihulurkan pada Encik Shah. Punat on ditekan.

Jelas disitu terpampang wajah Anayra yang sibuk mengucau susu didapur membuatkan Aaran tersenyum sinis.

See?

Kemudian video itu menunjukkan yang Anayra pergi meninggalkan dapur dan menuju ke arah laman rumah. Dan yang paling mengejutkan Aaran, seseorang yang masuk ke dapur perlahan-lahan menuju ke arah susu yang dibuat Anayra tadi. Dia terus menuang sesuatu ke dalam susu tersebut dan mengucaunya ala kadar.

Kemudian, kelibat itu cepat-cepat meninggalkan dapur selepas kerjanya selesai. Kelibat Anayra pula yang kelihatan membawa susu tersebut dan menuju ke tingkat atas.

"Aaran tak percaya Maira yang buat" ujar Aaran lagi. Tak... Tak mungkin Maira sendiri yang membunuh anak mereka.

"Ira, jelaskan semua pada Aaran apa yang kamu tahu" arah Encik Shah tegas.

Ira, pembantu rumah tersebut takut-takut menuju ke arah mereka anak-beranak.

"Sebenarnya... Cik Maira yang upah saya. Memang betul Cik Anayra yang buat susu tu sebab Cik Maira yang request. Saya diarah Cik Maira untuk alihkan perhatian Cik Anayra supaya dia dapat masukkan ubat gugurkan kandungan ke dalam susu yang Cik Anayra buat.

Pasal Cik Anayra yang tolak Cik Maira tu, Cik Maira yang tarik tangan Cik Anayra untuk bagi Tuan Aaran nampak yang Cik Anayralah yang tolak Cik Maira. Cik Anayra langsung tak bersalah dalam hal ni. Dia tak tahu apa-apa"

"Maafkan saya, Tuan Aaran. Tapi saya terpaksa buat semua ni sebab Cik Maira yang paksa saya. Dia tahu yang saya ni anak yatim. Hanya saya je dalam keluarga yang cari nafkah untuk mak saya kat kampung dengan adik-adik masih bersekolah. Cik Maira ugut akan buat benda yang tak elok dekat keluarga saya. Saya terpaksa, Tuan. Tolong jangan pecat saya. Saya merayu," rintih Ira sambil tertunduk-tunduk mengucapkan kata maaf.

Aaran seperti tidak percaya dengan semua yang berlaku. Seperti satu batu yang besar menghempap dirinya. Dia baru sahaja membuat kesilapan.

Satu kesilapan yang besar.

Tangan Aaran naik ke kepala. Dia meraung kuat. Dia menarik nafas geram. Dicapai kunci kereta dan memecut meninggalkan rumah. Dia perlu mendapatkan penjelasan dari Maira sekarang juga!

Setibanya di hospital, Aaran sudah tidak memikirkan perkara lain. Hanya Maira yang dia perlu fokus sekarang ini. Baru sahaja punat lif ingin ditekan, bahu Aaran disapa seseorang.

Aaran menoleh. Lelaki yang menyapanya tadi hanya sengih nakal.

"Kau siapa? Aku takde masa nak layan kau lah! "

"Sekejap dulu brader... Relax dulu. Aku, Faris"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience