Anayra merenung ke arah cincin di jari manisnya. Dia tersenyum nakal. Nani disebelah memandangnya meluat.
"Aku tahulah yang kau tu dah kahwin... Tapi tak payah lah sampai angau. Duk tenung cincin tu dari tadi.
Hesyy... Terasa hati single ni" Nani memegang dada.
"Kau tak faham... Kau kena kahwin dulu baru kau faham"
"Amboi kau, mengata aku nampak. Tahu lah aku takde boyfriend"
"Elelele... Dah dah... Makan cepat. Nanti lewat pulak nak masuk kelas"
"Aku ni bergerak je, kau tu yang duk tersengih-sengih. Mee sup depan kau tu pun tak sentuh lagi" kata Nani sambil menyuapkan bihun goreng ke dalam mulut.
Anayra hanya tersengih. Dipandang jam pada skrin telefon tersebut. Lama lagi nak balik... Rindu nak jumpa husband kesayangan.
"Aku ada dengar yang kita akan ada lecturer baru untuk kelas lepasni. Ganti Puan Zakiah cuti bersalin. Lelaki. Still muda dalam umur 30 ke bawah. Mesti hensem kan? " Nani sengih nakal. Dibayangkan figura tersebut di dalam kepala.
"Jadi? Ada aku kisah? "
"Aku tak suruh kau kisah pun. Kalau hensem, aku nak rebut siap-siap" tekad Nani. Anayra hanya mengiyakan.
Selepas beberapa minit, mereka bergerak menuju ke kelas yang seterusnya. Mereka mengambil tempat duduk bersebelahan.
Dalam beberapa minit juga untuk dewan itu dipenuhi dengan pelajar. Kemudian, bunyi derapan kaki menuju ke dalam dewan tersebut.
Seorang lelaki yang berkaca mata, lengkap dengan baju kemeja putih berserta dengan kot coklat memasuki ke dalam dewan.
Para gadis sudah bersinar mata termasuk Nani manakala Anayra membuat muka selamba. Gila nak join sekaki? Dia pun dah ada laki.
"Assalamualaikum, kelas." suara itu bergema melalui mikrofon. Dia menyambung bicara.
"Seperti yang anda semua tahu, saya akan mengajar subjek Research and Statistics. Nama saya, Khalish Adham. You all can call me Sir Khal. I'm 29 years old " ujar Sir Khal.
Mereka semua hanya mengangguk-angguk seperti burung belatuk. Kedengaran desas-desus yang mengandungi pujian yang melambung kepada lecturer baru itu. Biasalah... Hensem.
"Any questions before we start our class? " soal Sir Khal sambil memandang setiap pelosok pelajarnya.
Seorang pelajar wanita mengangkat tangan dengan wajah manja.
"Yes? "
"Sir Khal dah kahwin? " soal gadis itu.
Sir Khal tersenyum. Dia menggeleng. Seluruh pelajar perempuan sudah tersengih-sengih bersorak di dalam hati.
"Yes, single lagi. Nampaknya aku ada harapan nak menggoda si jejaka pujaan hati" Nani sengih lebar.
"Umur dia 29 engkau! Tak terlalu tua sangat ke dekat kau? Beza 10 tahun kot"
"Excuse me, cinta tak pandang umur okey? Age is just a number. Asalkan wajah tu kekal hensem. Aku on je"
"Ikut suka hati engkaulah sahabat... "
Mata kembali memandang Sir Khal.
"So, shall we start? "
Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan kecuali segelintir pelajar perempuan yang sedang berbual-bual manja dengan Sir Khal.
"Eiiii, tengoklah ulat gonggok dekat sana tu. Sakit mata aku! " Nani cemberut muka. Geram.
"Dah namanya lecturer hensem. Kalau lecturer yang perut boroi, botak tengah, ada yang nak? Kau pun mesti tak pandang" kata Anayra.
"Terima kasih, Sir Khal untuk harini. Kalau Sir Khal hari-hari mengajar kitaorang pun takpe, kitaorang tak kisah. Asalkan muka Sir Khal yang kitaorang dapat pandang" ujar salah satu pelajar yang sibuk memintal rambutnya.
"Sama-sama. Err...Taknak balik ke? Saya pun nak pergi dah ni"
"Okey, Sir Khal. Jumpa minggu depan. Bye" mereka semua berlalu pergi dari dewan tersebut.
Anayra yang sudah ingin bergerak pulang ditahan Sir Khal. Dia memandang lecturer barunya itu pelik.
"Ye, Sir? Ada apa yang saya boleh tolong? " tanya Anayra formal.
"Nothing, just.... " dia memandang name tag pada leher Anayra sambil mengangguk.
"Anayra... Anayra Alhena. Okey, you may go"
Anayra masih terpinga-pinga. Nak tahu nama je ke? Alahai...
"Untunglah kau. Sir Khal tanya nama. Aku? Sir Khal pun tak pandang"
"Mungkin dia just nak tahu nama pelajar-pelajar dia. Mungkin nama engkau dia dah tahu awal-awal? Kita tak tahu... " Anayra terus bergerak menuju ke pintu keluar diikuti Nani.
Nani mengangguk-angguk. Ada betulnya jugak.
"Ni... Laki kau ke yang datang ambik?"
"Ha'ah... Tu, dia dah datang. Aku balik dulu" Anayra melambai-lambaikan tangannya. Dia menuju ke arah kereta yang dipandu oleh Aaran.
"Assalamualaikum, abang" Anayra menyapa suaminya selepas dia masuk ke dalam kereta. Tangan Aaran dikucup lembut.
"Waalaikumussalam"
"Abang... Saya lapar lah..." Anayra memuncungkan mulut sambil menggosok-gosokkan perutnya yang kempis.
"Makan dekat kafeteria dalam office aku. Lepas ni aku ada meeting. Kau duduk dalam office aku dulu eh? "
"Okey..."
Mereka tiba di sebuah bangunan yang besar dan tinggi milik Aaran. Ini adalah kali pertama Anayra ke syarikat Aaran.
Dia dipimpin masuk ke dalam syarikat tersebut. Pekerja-pekerja di situ menundukkan badan menyapa ketibaan Aaran dan Anayra.
Mereka memasuki lif ke tingkat 8. Setibanya mereka disana, Aaran menarik tangan Anayra ke bilik kerjanya.
Bilik kerja Aaran yang luas, selesa dan sejuk menyapa pandangan Anayra.
"Kau duduk dulu dekat sini. Kalau kau nak makan, kafeteria dekat tingkat 5. Nanti kau tanyalah pekerja-pekerja dekat sini. Aku nak masuk meeting dulu" kata Aaran sambil mengusap kepala isterinya. Anayra hanya mengangguk.
Tinggallah Anayra keseorangan di dalam bilik tersebut setelah Aaran hilang dari pandangan.
Dia memegang perutnya yang sudah berbunyi.
"Wahai perut, awak lapar eh? Okey okey... Kita turun makan. Kesian perut saya ni... " Anayra menggosok perutnya sambil tertawa.
Dia turun ke kafeteria yang diberitahu Aaran tadi. Dipesan spaghetti carbonara dan segelas teh o' ais. Dia menikmati makanan itu dengan gembira.
Tiba-tiba, satu suara bisikan yang tidak jauh dari mejanya menyapa di telinga.
"Tuan Aaran tu hensem kan? Setiap hari aku datang kerja awal sebab nak jumpa muka dia yang kacak tu. Haishhh, boleh kena strok tiap-tiap hati jumpa Tuan Aaran. " kata dalah seorang pekerja wanita tersebut.
"Tapi, Tuan Aaran kan dah kahwin? Kau tengok isteri dia masa Tuan Aaran nikah tu. Cantik! Lebih cantik dari kau! " ujar seorang pekerja lagi.
Anayra sudah tersengih-sengih. Orang puji kot.
"Tu aku tahu lah bahanol! Tapi kau perasan tak? Isteri Tuan Aaran tu nampak macam budak-budak baru lepas PT3. Dia kahwin dengan budak-budak ke? "
"Hish, kau ni! Kan isteri Tuan Aaran tu dah masuk Universiti! Lepasan PT3 apa benda nya? "
"Ye eh? Sebab nampak muda gila siot! Aku tak terkejut jugak kalau taste Tuan Aaran macam tu. Nak buat macam mana? Kita ni pekerja je"
"Kau cari yang lebih better lah... Tak baik ambik suami orang "
Nak je dia peluk akak yang satu lagi. Memahami betul! Dia hampir mahu melemparkan spaghetti kepada pekerja wanita tadi.
Tapi... Muka macam budak lepas PT3? Muda sangat ke dia? Heheheh...
Eh, terlama pulak dia disitu. Anayra cepat-cepat menghabiskan makanannya. Selepas selesai menikmati makanan, Anayra kembali ke bilik kerja Tuan Aaran.
Azan asar sudah dilaungkan. Anayra menunaikan solat dahulu sebelum lena diatas sofa empuk.
Beberapa minit kemudian, Aaran memasuki ke dalam biliknya dengan kot disangkutkan di bahu, tali leher yang dilonggarkan dan lengan baju yang disinsing sehingga siku.
Dia mengeluh perlahan. Penat menghadiri mesyuarat selama 2 jam. Dia memandang susuk tubuh kecil yang sedang lena berbaring diatas sofa. Dia tersenyum kecil.
Dia mendekati tubuh yang lena tersebut. Ditundukkan sedikit badannya ingin memandang wajah itu. Dia mengusap pipi gadis tersebut.
Dia memasuki bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat asar sebelum berangkat pulang.
"Hey, Alhena. Bangun. Jom, balik" Aaran menggoncangkan tubuh itu lembut.
Anayra merungut seketika sebelum membuka mata perlahan-lahan. Dia masih mamai.
"Taknak... "
"Jomlah, balik"
"Nak dukung"
Permintaan Anayra membuatkan Aaran tercengang. Alahai... Manja naww!!
Nasib baik semua pekerja nya sudah lama pulang. Atas sebab kesiankan si isteri, dia mendukung Anayra dengan gaya bridal style dari bilik, ke lif, sehingga ke tempat parkir kereta.
Anayra senyum dalam diam. Biarlah nak manja sekali-sekala... Isteri kan?
"Terima kasih, awak... Angkat saya dari sana sampai sini. Heheheh... Mesti awak penat kan? Mesti saya berat. Sorry... " Anayra mengelipkan mata beberapa kali.
"Kau isteri aku. Berat apa kurus keding macam lidi? "
Anayra memukul lengan suaminya. Ada ke dipanggil dia ni lidi?
Anayra sedang menyediakan makan malam. Aaran yang baru sahaja turun sudah dapat menghidu bau yang enak datang dari dapur.
Dia memeluk Anayra dari belakang. Anayra terhinjut sedikit kerana terkejut.
"Kau masak apa ni? "
"Masak biasa-biasa je... Sup tulang" ujar Anayra sambil menyuapkan satu sudu sup yang masih panas kepada Aaran. Aaran
"Biasa-biasa apa benda? Sup tulang kot. Lama tak makan" Aaran menongkatkan dagu pada bahu Anayra.
"Heheheh... Awak tolong ambilkan pinggan dalam kabinet tu letak atas meja boleh? Sup ni pun dah siap"
Aaran terus bergerak menuju ke arah kabinet yang dikatakan Anayra. Dia mengambil beberapa pinggan dan meletakkannya diatas meja makan.
Anayra membawa semangkuk sup tulang yang masih berasap dan diletakkan diatas meja. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan dan menyerahkan kepada Aaran. Mereka menikmati hidangan malam itu dengan senyap.
"Abang nak tahu tak? Dalam kelas tadi ada lecturer baru"
"Jadi? "
"Lelaki, hensem pulak tu. Semua orang dalam kelas tu jatuh cinta" puji Anayra sambil tersengih.
"Jadi kau pun turut jatuh cinta lah? "
"Boleh ke? "
"Tak boleh"
"Kenapa? "
"Kau isteri aku. Jatuh cinta dengan aku je" ujar Aaran sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut. Dikunyah geram. Ada hati nak jatuh cinta dengan lelaki lain.
"Heheheh... Taklah abang. Takkanlah saya nak jatuh cinta dengan lecturer saya sendiri... Dia pun dah umur nak dekat 30 dah... Saya kan isteri abang... Jadi, baik saya jatuh cinta dengan abang je.. " Anayra mengangkat-angkat kening.
"Bagus"
Anayra terkekek-kekek ketawa. Jealous lah tu!
Share this novel