THE BROKEN HEART : ERZHAN
Hari pertama persekolahan sebagai pelajar tingkatan 1. Anayra melangkah kaki dengan penuh semangat.
'Bismillah'
Tiba-tiba, beberapa orang pelajar lelaki melanggar bahunya sehingga fail dan buku-buku ditangan terjatuh menyembah bumi.
Bibir hampir mengeluarkan kata-kata kesat. Namun, ditahan.
Anayra menundukkan badannya mengutip satu-persatu buku-buku nya yang berterabur.
Entah dari mana ada satu tangan yang membantu mengutip buku-buku itu dan menyerahkannya kepada Anayra. Anayra mendongak memandang jejaka itu.
Fulamakkk... Gugur iman woi!
Rupanya yang kacak, hidungnya mancung, tinggi, berkulit putih, rambut tak usah dikatakan, macho habis!
Zina mata detected.
"Awak okey? " soal lelaki tersebut.
Anayra hanya membalas dengan anggukan. Dia menundukkan wajah. Malu ingin bertatapan dengan lelaki yang menolongnya tadi.
"Saya Erzhan. Ketua Pengawas di sekolah ni. Awak... A... Anayra?? " katanya sambil memandang nametag gadis itu. Anayra mengangguk lagi.
"Awak mesti pelajar tingkatan 1 kan? Jom, saya tunjukkan awak kelas sebelum perhimpunan bermula. Mari,"
Anayra terus mengikut langkah lelaki bernama Erzhan tersebut. Hatinya berbunga-bunga. Ketua Pengawas engkau! Hensem macam putera raja! Lebih kurang macam TAIM Shah.
Mereka tiba di kelas 1 Bestari.
"Ni kelas awak. Meja tu ikut nombor giliran tau. Jadi awak check dekat papan kenyataan nombor giliran awak. Emm.. Saya rasa dah start waktu bertugas. Semoga kita berjumpa lagi" kata Erzhan sambil melambaikan tangan.
Anayra tidak membalas tapi hanya memberikan senyuman. Senyuman bahagia.
'Dahlah baik, senyuman dia mampu mencairkan hati-hati para wanita macam aku. Ketua pengawas lagi! Bertuahnya aku harini! '
Anayra masuk ke dalam kelas dengan senyuman. Tidak sabar menunggu masa untuk bertemu dengan Erzhan semula.
•••
Anayra masih berseorangan di kerusinya. Tiada siapa lagi yang sudi duduk disebelahnya. Entah kenapa dan mengapa.
Datang seorang pelajar perempuan yang agak tinggi duduk disebelahnya. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Anayra hanya memerhatikan gadis itu.
Pelajar perempuan itu menghulurkan tangan.
"Hai, saya Nani. Nama awak? " soal gadis yang bernama Nani itu.
Perlahan-lahan Anayra menyambut huluran itu.
"Hai, saya Anayra."
Siapa tahu, detik perkenalan itu kekal hingga sekarang.
•••
Waktu rehat, Anayra dan Nani ke kantin membeli makanan dan minuman.
"Makcik, nak mee goreng dua dengan dua milo ais " pesan Nani ramah.
Selepas membeli makanan, Anayra dan Nani mencari tempat duduk. Sedang mereka berjalan, seseorang telah melanggar Anayra dan membuatkan air milo ais ditangannya jatuh menyembah bumi. Innalilillah....
Apalah nasib dia harini. Pagi tadi kena langgar dah, waktu rehat pun kena langgar lagi. Dahlah air favourite dia tu dah masuk alam bazrah dah.
Anayra terkesima buat sementara sebelum memandang dengan perasaan amarah yang membuak-buak. Dia mendongak memandang orang yang melanggarnya.
Wajah marah itu terpadam.
It is Erzhan!
"A.. Awak, sorry sorry.. Saya minta maaf sebab terlanggar awak." berkali-kali ucapan maaf itu disebut.
"Eh, takpe-takpe. Awak tak sengaja kan? " Anayra memberi senyuman semanis gula. Crush tu!
"Tak boleh macam tu. Saya dah langgar awak. Saya belikan air baru eh? Awak tunggu kejap"
Erzhan terus berlalu dari situ untuk membelikan air minuman baru untuk Anayra.
"Eh.. Awak takpelah.. "
Dalam hati dah berbunga-bunga mekar. Crush sendiri tolong belikan air minuman baru untuknya!
Baiknya, crush aku tu.. Untung siapa dapat dia. Eh?
"Nah, air baru untuk awak. Maaf ye, Anayra? "
Anayra menyambut air dari tangan Erzhan sambil mengangguk.
"It's okaylah. Terima kasih untuk air ni"
"Welcome. Saya pergi dulu tau. Bye! "
Anayra hanya memandang jejaka itu pergi dari ekor mata. Pelajar-pelajar perempuan lain dah pandang dia lain macam. Perasaan marah, cemburu, sedih pun ada. Mungkin sebab Erzhan tu ketua pengawas, yelah.. Kacak pulak tu. Siapa yang tak ter'simping'?
Nani menyenggol lengan sahabatnya.
"Weyh, Anayra. Siapa tu? Kau kenal ke? " soal Nani.
Anayra hanya memberikan senyuman sebelum berkata,
"Crush"
•••
7 BULAN KEMUDIAN
Semua pelajar berkumpul di perhimpunan bagi mendengar bebelan guru-guru. Seperti biasa, rutin harian Anayra memerhatikan crush yang sedang sibuk melakukan tugasnya sebagai ketua pengawas. Terukir senyuman manis bak gula kapas Anayra.
"Baiklah, para pelajar. Sebelum mengakhiri perhimpunan pada hari ini, ada satu pengumuman dari ketua cikgu Kelab Budaya dan Persembahan kita, Cikgu Farah.
Kelab Budaya dan Persembahan mengadakan satu ujibakat berlakon sempena Hari Raya akan datang. Sesiapa yang berminat, boleh minta borang pada ketua pengawas kita, Erzhan.
Sekian sahaja perhimpunan kita pada hari ini. Terima kasih"
Anayra berfikir sejenak. Dia memang berminat untuk berlakon! Ketika di sekolah rendah dahulu, dia selalu memegang watak utama dalam persembahan.
Nani disebelah dipandang.
"Nak masuk tak? " soal Anayra dengan mata bersinar.
"Masuk apa? " soal Nani sambil berkerut kening. Anayra mengeluh.
"Masuk berlakon. Jomlah, kita pergi try. Kalau diorang accept, boleh kita berlakon sama-sama! "
"Berlakon?? Eiii... tak maulah aku. Aku rela terjun dalam lubang jamban dari masui berlakon. Err.. Taknak-taknak. "
Anayra merengus. Tak kira. Nani kena join jugak!
•••
Anayra berjumpa dengan Erzhan dengan niat ingin mendaftarkan diri untuk menyertai persembahan. Senyuman diukir manis.
"Eh, Anayra? Awak nak join berlakon jugak? " tanya Erzhan ramah. Dia membetulkan postur kedudukannya.
"Hehe.. Ye. Saya nak borang tu boleh?"
"Boleh-boleh. Takkanlah tak boleh. Dan awak nak tahu tak? Saya pun masuk berlakon sekali dalam tu" kata Erzhan.
Anayra membuntangkan mata. Wow! Kalau dia diterima, dia boleh berlakon dengan si crush!
"Seriuslah? Saya tak sangka awak pandai berlakon. Tapi tak heran jugak sebab yelah.. Muka awak helok, dah sememangnya cikgu akan pilih awak" puji Anayra ikhlas.
"Eh.. Takdelah sampai macam tu sekali. Awak ni, Anayra. Puji saya sampai macam tu sekali. Malu saya" Erzhan ketawa kecil.
Anayra hanya tersengih seperti kerang terlebih busuk.
'Alahai.. Wahai pencuri hati. Kau ketawa pun dah berseri-seri. Kalau aku yang ketawa, dah macam beruk mak nyah. Untunglah, googglelooking'
•••
Anayra menghentak meja Nani kuat. Nani yang sedang khusyuk membuat kerja sekolah terkejut biawak. Nani memandang Anayra yang ketawa terkekek-kekek itu dengan perasaan geram.
"Kau ni dah kenapa?! Terkejut aku! "
"Sorrylah.. Macam tak biasa cara aku bergurau." Anayra memuncungkan mulut. Ingat comellah.
"Kalau kau niat nak kacau aku, sorry. Aku takde masa nak layan. Aku nak siapkan kerja matematik ni." Nani meneruskan kerjanya. Anayra merengus.
"No.. No.. Aku bukan nak kacau kau. Cuma aku nak cakap yang aku dah daftarkan kau untuk berlakon sempena hari raya ni. Sekain saya melabuhkan tirai," Anayra berdesup melarikan diri dari Nani. Nani membulatkan mata besar.
"Woii Anayra!! Kau memang nak kena dengan aku!!! "
•••
Keputusan telah dibuat. Mereka yang terpilih akan menghadiri perjumpaan pertama di dewan tertutup.
Cikgu Farah menghadiahkan senyuman sebelum memulakan bicara.
"Baiklah, Pertama sekali, tahniah buat anda yang terpilih untuk melakukan persembahan pada tahun ini. Seperti yang anda semua tahu, hari raya akan menjelma lebih kurang dari dua bulan lagi. Jadi, kita akan mulakan latihan bermula esok, faham? "
"Faham, cikgu! "
"Bagus, hari ini cikgu akan membahagikan watak. Antara watak-watak utama yang akan dipersembahkan adalah dua pesakit yang lari dari hospital tercedera akibat mercun, seorang doktor, seorang nurse, seorang pemilik kedai mamak dan macam-macam lagi,"
"Mengikut pemarkahan dari ujibakat lepas, cikgu dah pilih watak untuk masing-masing. Jadi, kamu semua kena terima ye? Aarash dan Erzhan, kamu jadi pesakit yang lari dari hospital.
Anayra, kamu jadi doktor yang mencari pesakit-pesakit yang lari dari hospital dan diiringi Nani sebagai nurse. Atau lebih senang dikatakan pembantu awak. "
Anayra memandang Nani sambil mengangkat kening. Nani menjulingkan mata.
Cikgu Farah juga memberitahu watak-watak yang lain. Mereka semua mengangguk faham.
"Cikgu rasa, itu sahaja untuk hari ini. Sila ambik skrip ikut watak. Latih dekat rumah. Esok kita buat pembacaan skrip beramai-ramai. Baiklah, kamu semua boleh pulang"
Para pelajar mengucapkan terima kasih pada Cikgu Farah. Belum sempat Anayra ingin melangkah pergi, Cikgu Farah memanggilnya.
"Kamu, Aarash dan Erzhan kena perbanyakkan berlatih bersama-sama, sebab dialog kamu dengan Aarash dan Erzhan banyak dan lama. Jadi, cari keserasian sampai dapat result gempak. Okey? " ujar Cikgu Farah panjang lebar. Anayra mengangguk.
Maksudnya, dia dan Erzhan akan selalu bersama! Aarhh!! Sukanya!!
•••
Keesokkan harinya, mereka semua berlatih dengan penuh disiplin. Anayra dan Nani sibuk berlatih pembacaan skrip bersama Erzhan dan Aarash.
"Baiklah, ada satu part ni awak kena tarik kolar baju saya. Jadi selepas awak berdua dah jumpa kitaorang dekat kedai mamak, saya akan bangun larikan diri. Tapi, awak akan tarik kolar baju saya untuk buatkan saya duduk semula. Tapi, janganlah tarik kuat sangat. Faham? " jelas Erzhan. Anayra dan Nani mengangguk.
"Baiklah, mari kita mulakan babak pertama. Semua sila ambil posisi! " arah Cikgu Farah dengan suara yang lantang.
Mereka semua menjalankan sesi latihan dengan baik.
Tiba waktu rehat, Anayra dan Nani duduk di bangku berdekatan dengan dewan tertutup, tempat latihan mereka.
Nani menyenggol lengan Anayra manja.
"Sukalah tu dapat berlakon dengan crush sendiri, lepastu dapat tarik kolar baju dia, auchh! "
Anayra mencubit lengan sahabatnya. Dia memandang kiri kanan. Takut apa yang diperkatakan Nani didengari oleh orang lain.
"Kau ni, cakap tu slow-slowlah sikit. Tak payahlah nak cakap macam nak bagi satu dunia dengar. Ye, aku suka. Puas hati? "
Nani tersenyum nakal.
"Elelele.. Kawan titew ni.. "
Mereka berdua menghamburkan ketawa. Bahagia. Nampaknya.
Tanpa disedari mereka berdua, sepasang mata sudah memandang mereka dari jauh lagi. Sempatlah dia mendengar kata-kata Nani sebelum pergi.
so dark , so deep..
the secret that you keep
Share this novel