Anayra memandang skrin televisyen tanpa riak. Dia pun tidak tahu nak buat apa. Akhirnya, cerita The Nun juga menjadi pilihan.
Tepat pukul 10 malam, Anayra bangun dari duduk. Sedang dia ingin berjalan masuk ke dalam bilik, tubuhnya ditarik rapat.
"Abang..." panggil Anayra perlahan. Diliar ke kiri dan ke kanan. Mana tahu Maira ada sekali. Dia kan tak boleh berpisah langsung dengan Aaran.
"Shhh... Stay still" pelukan dieratkan.
"Abang tidur dengan siapa malam ni?" soal Anayra. Yelah... Sekarang dia dah berkongsi suami. Suami nya juga haruslah berlaku adil.
"Abang tidur dengan Maira dulu malam ni. Dia still trauma. Abang tak boleh tinggalkan dia. Ni pun sebab dia dah tidur sebab penat sangat"
"Okey... " balas Anayra ringkas.
"Esok abang tidur dengan sayang, okey? " pujuk Aaran lembut. Anayra mengangguk.
"Abang masuk tidur dulu" pelukan dilepaskan. Dia bergerak menuju ke bilik tidur yang paling hujung. Anayra melepaskan nafas perlahan sebelum bergerak menuju ke bilik tidur.
Aaran membuka pintu perlahan-lahan. Dia mendekati figura yang berselubung di dalam selimut tersebut. Wajah lena itu dipandang. Satu kucupan ringkas pada dahi gadis itu. Dia berbaring di sebelah isterinya.
Gadis itu merengek kecil. Aaran tersenyum. Di tepuk-tepuk punggung Maira seperti bayi, mendodoikan isterinya. Tangan Maira naik memeluk Aaran dengan mata masih terkatup.
"I love you, sayang. Abang janji, abang akan jaga sayang" bisik Aaran perlahan. Lama kelamaan, dia juga tertidur dalam pelukan Maira.
Anayra baru selepas solat Isyak, melentokkan kepala pada tilam katil. Dia mengeluh perlahan. Satu satu masalah timbul dalam hidupnya.
Dia ingin mencari kekuatan. Tubir matanya sudah bergenang air mata. Dia harus tabah dengan apa yang terjadi. Dia harus faham Aaran.
Tangan ditadah.
"Ya Allah Ya Rabb... Aku memohon ampun kepadaMu atas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan kepadaMu... Tabahkanlah hati aku untuk menerima semua perkara ini, Ya Allah... Kuatkanlah hati aku, berikan aku kesabaran yang tinggi...
Perihalah kami Ya Allah, lindungilah kami... Lindungilah suamiku, Ya Allah... Selamatkanlah kami dari segala bencana yang akan datang... Hanya engkau yang aku pohon... "
Setiap butir bicara diselangi air mata sambil berdoa kepada-Nya. Anayra meraup wajah kemudian rebah bersandar pada katil. Kepala direhatkan disitu. Dia penat, Penat sangat...
Akhirnya, dia lena disitu dengan telekung yang masih dipakai menghadap kiblat dengan berjujuran air mata.
Pagi itu, Anayra bangun sedikit lewat dari kebiasaan. Selepas subuh, dia menyambung tidur kerana terlalu penat dengan kejadian yang menimpanya semalam.
Selepas sahaja dia siap membersihkan diri, kaki di langkah turun ke bawah ingin menyediakan sarapan. Sampai sahaja di tangga yang terakhir, Anayra terdengar bunyi gelak tawa dari dapur.
Dinding yang menghalang antara dapur dan tangga itu menjadi tempat Anayra menyorok sambil memandang ke arah dapur.
Kelihatan Aaran sedang memeluk erat pinggang Maira yang sedang sibuk memotong bawang. Kadang-kadang disembamkam mukanya pada leher jinjang Maira. Maira ketawa kegelian.
"Janganlah, awak... Saya tengah potong bawang ni... "
"Nak manja manja sikit je" kata Aaran sambil mengucup pipi Maira. Maira tersengih.
"Janganlah... Nanti Anayra nampak macam mana? "
"Alah... Dia masih kat atas. Kita manja manja lah berdua dulu macam selalu. Abang pun tak tahu sekarang ni nak makan apa, nasi ke sayang? " kata Aaran sambil mengucup bahu Maira yang terdedah.
"Jangan nak mengada, pergi ambik pinggan. Nasi goreng nak siap dah"
"Nak kiss dulu" Aaran menunjukkan pipinya. Maira merengus. Baru sahaja bibir ingin dihala ke pipi Aaran, Aaran lantas berpaling wajah dan bibir Maira selamat mendarat pada bibir Aaran.
"Eiii! Gatal! " Maira menumbuk dada Aaran perlahan. Aaran ketawa sambil memeluk Maira.
Anayra yang memerhati adengan suami isteri itu dari jauh cuba untuk menenangkan diri. Tangan diletakkan di dada, cuba bersabar.
Dia tak sanggup lagi duduk di situ. Kaki di langkah kembali ke bilik. Rasa lapar mula hilang. Dia tiada selera untuk makan.
Pintu bilik Anayra diketuk. Pintu itu dibuka dan terjengul wajah Aaran di muka pintu. Dia memandang Anayra yang sedang berbaring membelakanginya.
"Anayra... " panggil Aaran namun tiada sahutan. Dia mendekati isteri pertamanya itu.
Digosok belakang tubuh isterinya perlahan. Wajah disembamkan di leher Anayra. Hmm... Wangi.
Anayra yang tersedar dari lena lantas bangun dari pembaringan. Terkejut dengan tindakan Aaran. Dia mengesot sedikit menjarakkan kedudukannya dengan Aaran.
"Sayang? " baru sahaja tangan ingin naik mengusap pipi Anayra, Anayra mengelak.
"Kenapa abang panggil saya? " soal Anayra.
"Jom, sarapan. Maira pun dah tunggu kat bawah tu" kata Aaran.
"Takpelah, abang pergilah makan dulu. Saya tak lapar lagi. Bila saya lapar nanti, saya turun makan sendiri" Anayra menolak. Tak lapar? Semua itu dusta. Perutnya dari tadi memanggil minta diisi. Tapi, disebabkan rasa kecewa, sedih dan marah, Anayra sanggup menyeksa diri.
Lagi-lagi nak sarapan bersama madunya? Memang taklah... Simpang malaikat 44! Dari sarapan, jadi pertengkaran. Dia rela undur diri.
"Jomlah... Abang tahu sayang lapar" perut Anayra digosok perlahan.
"Takpelah...abang pergi makan dulu. Saya mengantuk lagi ni. Saya nak rehat kejap"
Aaran mengangguk. Faham akan kehendak isterinya. Wajahnya didekatkan pada wajah Anayra, ingin menyambar bibir mungil isterinya. Anayra cepat-cepat menahan dada Aaran. Aaran berkerut. Dalam hatinya tidak puas hati dengan tolakan Anayra.
"Cepat lah turun makan. Awak kata Maira tunggu dekat bawah kan? Awak pergilah teman dia. Tak payah risaukan saya. Saya tahu jaga diri saya. Pergilah.. " Anayra memberikan senyuman nipis.
"Jangan lupa makan" itu sahaja kata-kata dari Aaran sebelum susuk tubuh itu hilang dari pandangan.
Senyuman Anayra terus pudar. .
Petang itu, Anayra hanya bersendirian di taman. Aaran? Dia keluar bersama Maira pergi berjalan-jalan. Aaran juga ada mengajaknya tapi, Anayra menolak. Suami dengan dua isteri pergi berjalan-jalan? Bukan sweet, tapi menyampah!
Biarlah dia menenangkan diri sambil memandang bunga-bunga yang mekar cantik ditamannya. Taman yang dia sendiri cipta.
Betullah apa yang dia rasakan sebelum ini, dia memang takkan bahagia. Dimadukan tanpa sedar.
Maira juga setiap kali bertembung dengannya pasti takut-takut. Nak takut apa benda nya? Muka dia ni nampak macam makan orang sangat ke?
Tahu takut.
Belum lagi dengan Hazel. Mahu terkencing perempuan itu rasanya.
Melihat cuaca yang semakin gelap menandakan maghrib, Anayra terus masuk ke dalam rumah menyiapkan diri untuk solat Maghrib.
Kalau diikutkan dulu, setiap kali masuk waktu solat, mereka pasti akan berebut-rebut masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk dan solat berjemaah bersama. Namun, sekarang sudah berubah. Dia kini lebih tenang solat berseorangan.
Malam itu, Aaran dan Maira duduk di sofa berpelukan sambil memandang cerita di televisyen. Maira yang berada di ribaan Aaran memeluk leher lelaki itu erat. Sesekali dicium pipi suaminya.
Anayra yang baru turun ke bawah memandang pasangan tersebut dengan wajah dingin. Dia ke dapur ingin melegakan tekak yang kering. Selepas sahaja selesai, dia terus melangkah ingin menuju ke bilik namun disapa Aaran.
"Anayra? Jomlah duduk sini, tengok cerita sama-sama" ajak Aaran sambil menepuk-nepuk sofa tempat duduk kosong disebelahnya.
Anayra senyum sinis. Tengok cerita sama-sama? Dia rela terperap di bilik dari menyertai pasangan tersebut.
"Takpelah, saya mengantuk. Saya nak tidur dulu" Anayra terus melangkah ke bilik tidur dan menutup pintu rapat.
Aaran hanya membiarkan Anayra begitu. Anayra mungkin perlukan masa.
Sehinggalah beberapa minit mereka menikmati cerita tersebut, mata Maira mula kuyu. Aaran tersenyum. Dicempung tubuh isterinya dan dibawa ke bilik. Dibaringkan isterinya disitu dan menyelimutkan tubuh Maira.
Dia kemudian turun ke dapur ingin membasahkan tekak.
Anayra membuka pintu bilik perlahan-lahan. Dia memandang kiri kanan sebelum keluar dari bilik. Rutin dia setiap malam akan menonton netflix sebelum tidur.
Baru sahaja tv dibuka, ada tangan melingkar di lehernya. Anayra berpaling. Wajah Aaran ditatap.
"Bukan ke abang... "
"Abang kat dapur tadi"
Anayra mendiamkan diri.
"Mengantuklah sangat. Malam-malam tengok jugak" pipi Anayra dicubit.
Anayra hanya membiarkan. Satu soalan bertapa di mindanya.
"Malam ni abang tidur dengan saya kan? " soal Anayra penuh berharap.
"Haa--"
"Awak...isk isk..." suara esakan kecil dari bilik Maira kedengaran. Aaran terus berpaling memandang Maira yang berdiri di pintu sambil mengesat air matanya. Badan terhinjut menangis.
"Saya cari awak takde...isk isk..Jahat awak tinggalkan saya... Saya nak awak... Saya takut...isk isk" esakan Maira kini bertambah. Aaran kalut. Dipandang raut wajah Anayra dan Maira silih berganti.
"Anayra... Abang tidur dengan Maira ye, malam ni? Dia masih trauma dengan kejadian tu. Lain kali, okey? Sekarang ni Maira perlukan abang" Aaran mengusap tangan Anayra dan dibawa ke bibir. Dahi dicium sekilas sebelum dia bergerak ke arah Maira memeluk isterinya yang dari tadi teresak-esak menangis.
Pintu ditutup. Suara esakan tadi juga terhenti. Anayra tersenyum pahit.
"Saya pun perlukan abang... Tapi saya rasa abang tak perlukan saya... " dia mengeluh perlahan. Kembali menyambung menonton netflix walau hatinya rasa perit seperti disiat-siat.
•no matter how much you hurt me, i still pray for you every night•
Share this novel