Khadijah membetulkan tali leher suaminya sebelum meletakkan tangannya diatas dada Eiman perlahan-lahan. Didongak memandang raut wajah itu sambil memberikan senyuman.
"Siap dah zauji saya ni. Hensem" kata Khadijah lembut. Eiman mengusap pipi isterinya. Sesekali dicuit hidung Khadijah yang dilitupi purdah.
"Zaujah saya pun cantik, manis je abang pandang. " Eiman mengucup dahi isterinya lembut.
Wanita dihadapannya ini sudah menjadi isterinya. Teringat pula ketika pertama kali berjumpa dengan isteri kecilnya. Ketika mereka berada di Kaherah untuk aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Universiti Al-Azhar.
Sedang dia merakamkan gambar dibuat kenangan, kamera itu tertangkap satu figura yang manis berpurdah berjalan-jalan disekitar. Dia terdiam. Mata gadis itu membuatkan hatinya terpaut suka. Keayuan gadis itu, kecantikan matanya, walaupun disebalik purdah, dia masih dapat melihat senyuman makhluk Allah tersebut.
Dengan niat ingin menjadikan gadis itu hak miliknya, dia berani menyuarakan perkara tersebut setelah sekian lama disimpan di hati.
"Siti Khadijah Humaira, dengan nama Allah, saya ingin memperisterikan awak. " luah Eiman sambil menundukkan wajahnya. Dia perasan gadis itu tampak terkejut. Namun cuba dikawal.
"Kalau awak betul-betul mahu, jumpalah umi dan abi saya. Saya terima apa sahaja kata putus dari mereka" ujar Khadijah lembut.
Senyuman disebalik purdah itu menambahkan rasa yang sudah bercambah di hati. Dia nekad ingin memperisterikan gadis dihadapannya ini tanpa halangan sehinggakan perjanjian antara dia dan Anayra hilang bergitu sahaja.
Dia pulang dari Mesir dengan mengejut. Tiada siapa tahu lelaki itu akan pulang pada ketika itu lagi-lagi bersama seseorang. Hati Puan Rafisyah merasakan perkara yang tidak elok akan berlaku.
Ye, perjanjian itu terhapus begitu sahaja. Mereka bertunang secara rahsia. Keluarga mereka berdua sahaja yang tahu. Anayra tidak tahu yang Eiman sudah lama pulang dan mereka bertemu dengan keadaan yang menyayat hati Anayra.
"Jom. Nanti lambat pulak. " kata-kata Khadijah mematikan lamunan Eiman. Khadijah memaut lengan Eiman dan menyimpulkan jari jemarinya dan jari jemari Eiman menjadi satu. Eiman mengusap kepala isterinya sambil ketawa.
Eiman membawa kereta dengan cermat menuju ke destinasi. Sampai sahaja ditempat yang ditujui, dia memberhentikan kereta berhadapan sebuah sekolah.
"Khadijah pergi dulu ye, bang. Assalamualaikum, " Khadijah menyalami tangan suaminya. Eiman memberikan ciuman didahi dan berakhir dengan mengusap kepala si isteri. Dia hanya memerhati Khadijah memasuki kawasan sekolah itu dengan ekor mata.
Khadijah dan Eiman merupakan seorang ustaz dan ustazah tapi di sekolah yang berlainan. Itu pun atas permintaan Khadijah sendiri. Puas Eiman meminta untuk mengajar di sekolah yang sama dengannya tapi ditolak baik. Katanya untuk menambah rindu. Eiman ikutkan sahaja.
Dia terpandang pula seorang gadis bersama seorang budak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah di pintu pagar. Budak perempuan itu menyalam tangan kakaknya sebelum memasuki kawasan sekolah. Senyuman gadis itu mengingatkannya kepada seseorang.
"Anayra Alhena" ucap Eiman. Matanya tidak lari dari melihat Anayra yang sedang sukar memakai topi keledar bertenggek di atas motor. Walau hanya tudung sarung Fareeda kepunyaan Puan Sari yang dipakai, tetap kelihatan cantik di mata Eiman.
Lama dia tidak melihat senyuman gadis itu. Senyuman bahagia. Kali terakhir senyuman itu dilihat ketika dua tahun yang lepas di lapangan terbang semasa dia berangkat menuju ke Mesir.
Dan selepas dua tahun, dia menyeksa hati gadis itu. Senyuman bahagia itu terus hilang. Apa yang dia lihat pada Anayra ketika itu hanya duka. Kini, senyuman bahagia itu semakin dia yakin bahawa Anayra telah menjumpai seseorang. Seseorang yang dapat membahagiakannya. Tak lain tak bukan lelaki yang dijumpainya di restoran hari itu.
Selepas sahaja motor yang dibawa Anayra pergi, Eiman mula bergerak menuju ke tempat kerjanya. Dia masih memikirkan Anayra.
"Kalaulah aku boleh putarkan masa, " terbit kata-kata itu dibibir Eiman.
•••
Tiba sahaja dirumah, Anayra mencabut topi keledar itu dari kepalanya. Dia mengeluh.
"Dasar topi keledar kepala kecik! Kau ni menyusahkan aku je. Ni pun aku terpaksa pakai kau sebab polis, kau tahu tak?! " Anayra menjeling tajam topi keledar berwarna hitam itu. Aqeef yang berada di garaj itu ketawa.
"Topi keledar yang tak hidup tu pun kau nak marah ke, dik? Dah yang tu je ada. Pakai jelah. "
"Eii, abang ni kan. Kalau tak sakitkan hati orang dalam sehari memang tak boleh kan? Ada je nak dicakapnya. "
"Dah abang ada mulut. Bukannya guna mulut adik. "
"Abang!! " Anayra memukul belakang badan abangnya kuat. Aqeef terkekek-kekek ketawa.
"Bro, jomlah pergi. Anayra nak ikut abang dating? " soal Anas sambil menggigit bibir.
Anayra memandang Anas tanpa perasaan. Bilalah dia nak kena tempuh benda ni? Anas ni tak habis-habis menggodanya macam dia terpikat sangat.
"Abang nak pergi mana? " soal Anayra kepada Aqeef. Anas menjawab.
"Jom, hotel 5 Bintang, " Anas mengangkat kening. Anayra membulatkan mata.
Aqeef menyepak pinggul sahabatnya. Anas mengaduh kesakitan. Digosok pinggulnya yang disepak itu.
"Ni adik aku bongok! Berani kau cakap macam tu!" Aqeef menutup kedua-dua telinga Anayra yang dilitupi tudung sarung Fareeda itu dengan kedua-dua tangannya.
"Entah kau! " ditunjal pula kepala Anas oleh Ilman.
Anayra memegang kedua-dua tangan abangnya yang setia di telinganya. Disangkutkan pada lehernya.
"Abang nak pergi universiti. Nak ambik barang tertinggal. Lepastu nak pergi makan kejap. " Aqeef memeluk leher adiknya. Anayra mengangguk faham. Dia melepaskan pelukan abangnya dan mengucup tangan Aqeef sebelum meleraikannya. Dia berlalu pergi tanpa memandang Aarash.
Mereka berlima menaiki kereta dan bertolak menuju ke destinasi yang ingin dituju.
•••
Fikiran Eiman bercelaru. Wajah itu.. Senyuman itu... membuatkan dia merindui figura tersebut. Teringat pula kenangan dia dan gadis itu ketika kecil dahulu. Mereka sangat rapat. Seperti adik-beradik.
Sekarang mereka berkelakuan seperti orang asing. Sedangkan dulu dipanggil panggilan yang manja. Selalu setia bersama-sama. Tapi, hanya disebabkan kesalahannya yang satu itu, hubungan itu tidak lagi erat seperti dulu.
"Ustaz? " seorang murid lelaki melambai-lambaikan tangannya kepada Eiman.
"Err, ye Syafiq. Kenapa? " Eiman membetulkan kedudukannya.
"Saya dah siap kerja yang ustaz bagi. Saya nak hantar dekat ustaz... er.. Ustaz okey? " pelajar yang bernama Syafiq itu memandang Eiman dengan risau.
"Ye, saya okey. Apa? Kerja yang saya bagi dah siap? Baiklah, awak boleh duduk. Terima kasih, Syafiq"
Syafiq kembali duduk ditempatnya. Eiman meraup wajahnya. Berangan pulak kau masa mengajar. Dia menggeleng-geleng kepalanya sebelum menyambung kerjanya menanda kerja sekolah anak muridnya.
•••
Anayra memuncungkan mulut. Kepala digelengkan. Tangan disilang. Asyik-asyik dia, asyik-asyik dia!
"Mama ni.. Letihlah orang nak ambik Nina balik. Pagi tadi kan orang dah hantar? Papa takde ke? "
"Papa kamu ada meeting dengan klien lepasni, tak sempat. Kamu je yang boleh tolong mama sekarang ni. Takkan mama pulak yang nak bawak motor tu. Tolonglah, sayang mama.. eh? " Puan Sari memujuk. Anayra mengeluh perlahan.
"Yelah, yelah. Okey! " Anayra terus mengambil tudung shawl lalu disarungkan malas-malas. Kunci motor dan topi keledar diambil.
"Thank you, Sayang! " Puan Sari tersenyum.
Motor yang dibawa berhenti di tempat yang teduh berhadapan sekolah adiknya. Topi keledar dicabut. Lemas. Lagi beberapa minit waktu sekolah akan tamat.
"Anayra, "
Anayra berpaling pada kereta disebelahnya. Siapa yang panggil aku tadi. Tinted hitam tak nampak langsung. Betul ke dia panggil aku? Ke salah dengar?
Tingkap kereta iti diturunkan. Jelas wajah pemilik kereta tersebut. Anayra hampir terkejut namun cuba dikawal sebaik mungkin. Wajah dimasamkan. Tiada riak.
Eiman keluar dari perut kereta menuju kearah Anayra.
'Dia datang lah pulak... ' gumam Anayra perlahan.
Eiman berdiri rapat disebelah Anayra. Anayra menjauhkan badannya sedikit. Suka hati je nak dekat dekat.
"Anayra sihat? " sapa Eiman ramah.
"Alhamdulillah, tangan okey, kaki masih boleh berjalan.. boleh bawak motor lagi. " sindir Anayra. Eiman mengangguk faham walaupun dalam hati seperti ditusuk pisau tajam.
"Abang harap hubungan kita masih terjalin walau apa pun yang terjadi. Abang tak nak anggap macam kita ni orang asing"
"Siapa yang buat kita jadi orang asing? Siapa yang mula? Saya ke? " Anayra tersenyum sinis.
"Jodoh abang bersama dengan orang lain, Anayra. Anayra kena terima hakikat"
"Siapa yang kisah pasal jodoh awak? Saya ada kacau rumah tangga awak ke? Saya dah lama terima ketentuan tuhan. Sekarang ni saya dah lupakan semua"
Eiman terdiam. Panggilan 'abang' sudah dibuang. Saya dan awak? Panggilan itu terlalu kekok disebut.
"Abang cuma... "
"Abang! " Khadijah melambaikan tangannya. Kaki menuju ke arah suaminya. Dipaut lengan suaminya mesra. Mata memandang Anayra dengan senyuman.
"Eh, Anayra? Buat apa kat sini? " Anayra memandang lengan Khadijah yang kemas memaut lengan Eiman.
"Err...saya tunggu adik saya... tu! Dah sampai. Alhamdulillah nasib baik kau sampai cepat! "
Nina berlari anak menuju kearah Anayra yang menjegilkan mata mengarahkan dia datang kearahnya cepat. Dia taknak bersama dengan pasangan tu melihat aksi mesra yang boleh buat dia muntah satu besen.
"Saya pergi dulu ye, assalamu'alaikum, " Anayra terus memboncengkan motor laju.
'Dan saya harap saya takkan jumpa awak lagi' sambung Anayra dalam hati.
Share this novel