•^BAB 34^•

Romance Series 37373

Anayra yang baru sahaja turun dari biliknya disapa Puan Sari. Anayra memberikan senyuman. Hari itu wajah Anayra berseri-seri. Tiada lagi wajah duka yang selalu dipandang.

"Ye, mama? "

"Anayra nak pergi mana ni? " soal Puan Sari. Dia melihat pakaian yang dipakai anak gadisnya atas bawah.

"Nak pergi balik rumah kejap nak kemas kemas. Dah lama dah tinggal rumah tu. Mesti dah berhabuk" kata Anayra diselangi gelak tawa kecil.

Puan Sari memandang Anayra sambil tersenyum. Nampaknya, Anayra dah mula ketawa. Satu perubahan yang baik setakat ini.

"Okeylah, mama. Anayra pergi dulu. Bye" kaki di langkah ke garaj kereta mendapatkan kereta Myvi kesayangan. Selepas itu, kereta itu terus berdesup laju menuju ke destinasi.

Dalam 30 minit, Anayra tiba di perkarangan rumahnya. Suasana sunyi dan muram. Memang dah lama dia tak balik ke sini selepas Puan Sari dan Encik Azman bercadang untuk tinggal dengan mereka buat sementara.

Pintu rumah dibuka. Keadaan masih sama. Sunyi tanpa sebarang bunyi. Tanpa membuang masa, Anayra terus melakukan tugasnya.

Dimulakan dengan ruang tamu di vakum, menyedut segala habuk dan kotoran diatas lantai. Dari ruang tamu hingga ke seluruh tempat di vakum.

Seterunya, dia mengelap meja meja yang habis berhabuk. Meja makan, meja dapur dan meja di ruang tamu.

Bilik mereka pula dituju. Katil dikemaskan dengan frame gambar diletakkan diatas meja bersebelahan katil.

Dalam beberapa minit juga dia mengemas seluruh ruangan di dalam rumahnya. Penat. Tapi, bila teringatkan Aaran, dia cuba gagahkan diri.

Sedang asyik dia menyapu lantai di dapur, loceng rumah berbunyi berkali-kali. Anayra mengerutkan kening hairan. Tudung dicapai dan kaki melangkah ke pintu rumah.

Sebaik sahaja pintu dibuka, senyuman Anayra tadi berubah pudar. Dia memandang figura di hadapannya dengan tidak percaya.

Aaran... Aaran sudah pulang!!

Anayra terus memeluk tubuh itu erat. Dicium sekitar dada suaminya. Ingin membuktikan bahawa dia tidak bermimpi.

"Ni memang abang... Abang dah balik... Suami Anayra dah balik! "

Pelukan Anayra dilonggarkan. Nafas lelaki itu dilepaskan berat. Anayra memandang Aaran sambil mengerutkan kening.

Tiba-tiba, ada satu tangan kecil yang meliar pada lengan Aaran. Seorang gadis bertudung yang sedang menyorok belakang badan Aaran Anayra pandang.

"Siapa ni, abang? " soal Anayra. Tajam melihat gadis itu erat memeluk lengan suaminya.

"Later, Anayra" kaki Aaran cuba melangkah masuk tapi ditahan Anayra dengan mata yang tajam memanah anak mata Aaran.

"Who is she??!" soal Anayra kuat. Pegangan gadis itu pada lengan Aaran dieratkan dengan wajah ketakutan.

"Awak... Saya takut.. " kata gadis itu setelah lama mendiamkan diri. Aaran terus menarik gadis itu kedalam dakapan.

"Shh... It's okay. I'm here" kata Aaran sambil mengusap kepala gadis itu. Kepala dikucup.

Anayra mendiamkan diri sambil memerhati adengan di hadapan matanya. Suaminya dengan wanita lain? Air mata sudah jatuh membasahi pipi.

"Pergi naik atas dulu, nanti abang ikut" arah Aaran pada gadis itu. Dia menggeleng.

"Taknak.. Saya nak masuk dengan awak... Saya takut.. " wajah disembamkan pada dada bidang Aaran.

"Maira naik atas dulu okey? Abang janji abang naik nanti" kata Aaran. Gadis yang bernama Maira itu akur. Dia berjalan melintasi Anayra.

Anayra menghalang Maira dari masuk.

"Who are you?! " jerkah Anayra kuat.

Maira menggigil ketakutan.

"Anayra! " panggil Aaran kuat.

"Kau siapa?? Apa hubungan kau dengan laki aku? Kau siapa hah?!! " terhinjut sedikit bahu Maira. Bibir bergetar-getar. Air mata hampir jatuh.

"Anayra! Words!! " jerkah Aaran kuat. Dia mendapatkan Maira yang sudah tersedu-sedan menangis.

Anayra membawa Maira ke tingkat atas. Nama Aaran dipanggil Anayra kuat berkali-kali.

"Who is she??!"

"Tenang dulu, Anayra"

"No, who is she?? Kenapa abang backup sangat dia tu? Perempuan murah mana yang abang bawak balik hah?!!"

"She is my wife, Anayra! " kata Aaran kuat selepas dia hilang sabar dengan kata-kata Anayra.

Anayra diam. Mata memandang Aaran seakan tidak percaya. Bibirnya kemudian terukir dengan senyuman sinis.

"Wife? Your wife? "

"Yes"

Anayra memejamkan matanya. Perit yang dirasa dipendam dalam hati. Setia yang diberikan dihancurkan begitu sahaja.

"Mana janji abang? Mana janji abang sebelum ni? Kalau abang tak pergi Langkawi haritu, mesti semua ni takkan jadi macam ni!! "

"Sudahlah, Anayra. Belajar untuk terima takdir tuhan. Jodoh, ajal semuanya dah tertulis" kata Aaran tanpa rasa bersalah.

Senang sahaja jawapan lelaki itu. Anayra menahan diri dari mengeluarkan suara esakan. Tidak mahu nampak lemah di mata lelaki itu.

"Abang duakan Anayra... Abang janji abang akan setia dengan Anayra... Abang janji macam-macam dekat Anayra. Sekarang, mana janji abang? "

"Abang ada sebab, Anayra. Tolong faham abang"

"Macam mana saya nak faham abang kalau abang tak cuba nak faham saya? Tahu tak saya tunggu abang macam orang gila? Tiap-tiap hati tunggu abang balik? " mata Anayra sudah dijegilkan. Amarah semakin membara. Selama 5 bulan dia menunggu lelaki itu, ini yang dia dapat?

"Anay--"

"Awak... " belum sempat Aaran menyambung kata-katanya, Maira sudah memanggilnya dari atas disebalik pintu.

"Ye, sayang kejap" Aaran terus berlalu pergi melepasi Anayra dan menuju ke arah Maira. Pintu ditutup.

Anayra lemah. Dia jatuh terduduk di atas lantai sambil berpegang pada sofa di sebelahnya.

Dia dimadukan...

Ungkapan itu sahaja sudah membuatkan hati dia sakit sangat. Perit yang dia hadapi selama ini dibalas kejam.

Panggilan dari seseorang diangkat Anayra lemah.

"Helo, Anayra! " ceria suara Hazel di telefon.

"Hazel, i need you"

Kini, mereka semua berada di dalam rumah Encik Shah bersama keluarga Anayra. Encik Shah memandang Aaran tajam. Dari tadi Maira memeluk lengan suaminya dengan muka ketakutan.

Anayra berada disisi Hazel dan Puan Sari. Matanya sembab kerana terlalu banyak menangis.

"Apa yang kamu dah buat Aaran?! " soal Encik Shah kuat. Habis bergema satu rumah.

"Aaran ada sebab kenapa Aaran buat macam ni"

"Kenapa kau tak fikir pasal Anayra? Tahu tak dia tu dah macam orang gila tunggu kau balik? Kau memang bodohlah! " sembur Hazel pada muka Aaran. Mata dipandang tajam kearah Maira.

'Gedik nak mampus betina ni' desis hati Hazel. Muka menyampah.

"Let me explain"

"Okay, what? " soal Encik Shah pula.

Nafas ditarik perlahan-lahan sebelum memulakan bicara.

"Aaran kahwin dengan Maira ni bersebab. Aaran jumpa dia dekat Langkawi. Dia hampir dirogol dekat lorong dengan orang dekat situ.

Maira ni anak yatim piatu. Tiada siapa-siapa. Dia masih trauma dengan kejadian tu. Niat Aaran kepada Maira hanya kerana Aaran nak menjaga Maira. Dia tiada siapa siapa, papa. Tolong semua cuba faham Aaran" pinta Aaran sambil menggenggam erat tangan Maira.

Hazel sudah tidak terkawal. Nafasnya naik turun. Bagi dia, alasan tu tak munasabah langsung!

"Kau ni otak kat mana, Aaran? Hantar jelah dia dekat rumah kebajikan! Yang kau gatal sangat nak kahwin dengan betina ni dah kenapa? What? Dah tak cukup sorang isteri lagi?"

"Hazel, sabar... " Luan menarik tangan Hazel untuk berada di sisinya. Muka Hazel habis merah menahan marah. Ingin sahaja dia cakar cakar muka konon takut tu.

"Kalau Aaran dah tak sudi jaga anak abah, tolong pulangkan dengan cara baik" pinta Encik Azman. Sayu dia melihat anak perempuannya yang dari tadi mendiamkan diri.

"Aaran takkan ceraikan Anayra. Aaran takkan ceraikan isteri-isteri Aaran. Anayra masih perlukan Aaran dah Aaran masih perlukan Anayra"

"Kau nak Anayra tersakiti lagi ke, Aaran? Eh, kau otak kat mana eh? Kat punggung? Sesat gila akal kau ni. Hoi, Allah bagi otak supaya berfikir benda betul bukan fikir benda bodoh macam kau ni, Bodoh! " habis semua yang dia simpan tadi disembur pada Aaran. Mata memandang sinis Maira atas bawah.

"Kau, betina... Dah tahu Aaran tu laki orang, kau gatal lagi kan? Tak sedar diri! "

"Hazel! " jerkah Aaran kuat.

"What? Betul kan? " Hazel senyum mengejek.

Aaran merengus. Sebanyak mana dia bertikam mulut dengan Hazel, pun dia takkan menang. Akhirnya dia membuat keputusan mendiamkan diri.

"Awak... Saya takut... " Maira menarik-narik lengan baju Aaran. Wajah disebek.

"Don't worry... I'm here" Aaran mengusap kepala Maira lembut. Wajah Maira disembamkan pada dada Aaran.

"Awak~ saya takut~" Hazel mengajuk suara Maira kemudian menjeling tajam. Menyampah aku.

"Takpelah... Anayra terima je. Benda dah jadikan? Anayra masuk bilik dulu" Anayra berdiri meninggalkan ruang tamu tersebut. Aaran hanya memerhati langkah Anayra dari ekor mata.

"Sayang tunggu kejap ye, nanti abang datang balik" Aaran berdiri ingin mengikut langkah Anayra tapi ditarik Maira. Kepala digelengkan tidak mahu.

"Jangan tinggalkan Maira... Maira takut... Maira nak ikut awak.. "

"Sekejap je" pegangan dilepaskan. Dia menuju ke bilik yang dimasuki Anayra.

Maira meneguk air liur. Dikerling wajah-wajah seram dihadapannya. Lagi-lagi, gadis berskirt hitam itu. Siapa lagi kalau bukan, Hazel Rubeyl Matthew.

"Eleh, tak boleh tinggal Aaran sekejap pun nak meraung sakan. Gedik. Aku dengan boyfriend aku pun tak macam tu. Dahlah rampas laki orang. Tak tahu malu lah kau ni, betina" sinis kata-kata Hazel diberikan kepada Maira. Maira menundukkan wajah.

"Hazel, sudah lah..." Luan menepuk-nepuk bahu Hazel.

"Kau jangan ingat kau boleh hidup bahagia macam cinderella eh?" Hazel menambah lagi.

"Hazel, stop it"

Hazel memandang Luan tak puas hati.

"Kenapa? Ikut suka hati aku la "

"Shut up or i will kiss you here" bisik Luan perlahan. Hazel tergamam kemudian memandang Luan sinis.

"Heh, kau bukan boyfriend aku pun. Kau pun tak berani" Hazel meng'flip' kan rambut ikal mayangnya pada wajah Luan. Kemudian berlalu pergi ke dapur. Marah marah ni buat aku laparlah pulak!

"Kau yakin? " Luan tersenyum sinis.

Anayra berdiri di balkoni menghirup udara segar. Dia ingin mengosongkan fikirannya yang serabut. Nafas dihela perlahan.

Tiba-tiba, ada tangan yang melingkar di pinggangnya membuatkan dia tersentak sedikit.

Bau ini... Bau yang dia amat kenal...

"Sayang... " panggil Aaran meleret.

"I'm sorry... " ucap Aaran.

Laju sahaja air mata Anayra mengalir deras. Dia sudah tidak dapat tahan lagi. Dia rindukan lelaki itu, dia rindukan belaiannya, layanannya, kasih sayangnya...

"Please faham abang... Abang janji abang akan adil. Abang sayang kedua-dua isteri abang. Abang sayang, Anayra" Aaran mencium bahu Anayra yang masih berlapik baju.

Melihat Anayra yang masih tiada tindak balas, dia memanggil Anayra perlahan.

"Sayang.... "

"Panggilan tu dah bukan untuk saya. Tu untuk isteri abang, Maira"

"Sayang pun isteri abang"

Anayra memejamkan matanya rapat. Tidak sanggup lagi. Dia tak boleh. Dia lemah dengan pujuk rayu Aaran. Aaran adalah seseorang yang paling istimewa.

"Kalau abang nak tolong dia, bukan dengan berkahwin"

Aaran mengeluh. Badan Anayra dipusingkan menghadapnya. Ditekap kedua-dua belah pipi Anayra. Diseka air mata yang mengalir.

"Tolong faham keadaan abang. Anayra sayang abang, kan? " dia memandang mata gadis itu dalam.

Anayra mengangguk perlahan. Aaran menghadiahkan senyuman. Diusap bibir merah itu sebelum dilekapkan bibirnya pada bibir Anayra. Anayra hanya kaku, tidak membalas.

Aaran melepaskan bibirnya. Dia mengerti, Anayra masih perlukan masa untuk menerima semua ini. Aaran cuba memberikan dia masa.

"Kita balik rumah kita, eh? " pipi Anayra diusap. Anayra mengangguk lemah.

Tubuh mereka bersatu.

Ya Allah... Kuatkanlah aku...
Aku tak dapat menerima semua ini Ya Allah...
Tabahkanlah hati aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience