•^BAB 12^•

Romance Series 37373

Anayra memandang Aaran lama. Dia berdebar-debar. Matanya mencari keikhlasan dalam anak mata lelaki itu.

'Dia tengah lamar aku ke ni? ' bisik hati Anayra.

"Taklah, aku gurau je" ujar Aaran sebelum menyuapkan udang yang telah dibogelkan kedalam mulut.

Anayra terus berubah riak wajah. Dia mengecilkan mata memandang lelaki itu. Bibir terkumat-kamit menyumpah seranah perlahan kepada Aaran.

Dah dapat dosa free.

"Bibir tu mengata aku lah tu. Aku cium karang" ugut Aaran sambil mendekatkan wajah. Anayra menahan wajah Aaran menggunakan chopstick dan meletakkan di bibir Aaran. Aaran tersenyum nakal.

Eiman yang dari jauh memerhatikan pasangan yang giat usik-mengusik itu dipandang panas. Khadijah memandang suaminya pelik.

"Abang tengok apa tu? Masam je muka" Khadijah mengusap pipi suaminya. Eiman memegang tangan Khadijah dan memberikan senyuman.

"Takdelah, sweet je tengok diorang tu. Yelah, aura nak kahwin kan? " Eiman memberi alasan. Khadijah hanya mengangguk.

Eiman kembali memandang pasangan itu.Dia tak faham kenapa Anayra cepat sangat berubah hati. Bukan ke dia adalah satu-satunya seseorang yang Anayra tunggu sampai bila-bila?

Anayra juga sudah berubah dari luar, dan dalam. Dahulu dia mengenali Anayra dengan tudung dipakai atas dada, pakaian pun hanya menutup apa yang perlu ditutup. Sarung tangan dan stokin? Tak pernah dipakai sebelum ini. Gadis itu dulu sedikit berisi. Anayra juga tidaklah cantik mana kalau mahu dibandingkan dengan sekarang.

Sekarang? Semuanya sempurna. Perbezaan antara Anayra dan Khadijah hanya tidak memakai purdah sahaja. Tapi, bagi dia. Anayra jauh lebih menarik dari sebelum ini.

Dia menyesal ke?

•••

Petang itu, mereka bermandi-manda di kolam. Anayra menuangkan air ke dalam gelas satu persatu.

Kawan-kawan abangnya sedang berseronok berenang-renang di dalam kolam. Anayra terpaksa membutakan mata daripada memandang kawan-kawan abangnya yang hanya memakai seluar pendek. Terbit rasa geli dalam diri.

Dia memberikan satu persatu gelas yang berisi air oren itu kepada kawan-kawan abangnya.

Minuman itu diberikan kepada Anas.

"Terima kasih, sayang." ucap Anas tersengih nakal. Anayra hanya mampu menahan mulut dari mencarut.

"Sayang, tengok abang. Seksi tak? " soal Anas sambil menggosok abs nya yang terhidang di depan mata. Anayra memandang kearah lain.

Ilman mengetuk kepala sahabatnya.

"Kau ni kan. Tak kacau anak dara orang sehari tak boleh kan? Be matured lah sikit. Simpan perangai kau yang macam bangang tu." kata Ilman sambil menggeleng. Anas memuncungkan mulut.

Anayra meneruskan kerjanya memberi minuman. Gelas diberikan kepada Aarash yang berada dihujung tersorok sikit dari kawan-kawannya yang lain. Benci-benci pun kena hadap jugak!

Aarash menyambutnya. Tapi tangannya nakal memegang tangan Anayra dengan sengaja sebelum mengambil gelas tersebut.

"Kenapa awak ni?! " Anayra lantas menarik tangannya. Dikesat pada hujung baju. Jijik!

"What? It's normal"

"Normal? Pegang tangan bukan mahram normal? Hoi, kambing! Itu dah dikira sexual harassment! Tambah pulak dengan dosa! Suka hati je pegang tangan orang. Ingat halal?? " Anayra menjegilkan mata. Dipandang wajah itu dengan penuh rasa amarah.

Aarash mendekati Anayra. Anayra semakin ke belakang. Dia bersandar pada dinding. Tangan Aarash dilekapkan pada dinding. Mengurung gadis itu.

"What are you doing?" soal Anayra kuat. Mentang-mentang tempat tu tersorok, senang-senang je dia ambil kesempatan!

"If you want to make it halal, then marry me" ujar Aarash dengan senyuman menggoda diberikan. Menggoda lah sangat?

Anayra ketawa kuat. Kahwin? Dengan dia ni? Dia sanggup kena makan dengan piranha daripada menjadi isteri lelaki ini.

"Just keep dreaming. Takpe, berangan tu indah. Because of what? It will never happen! " Anayra menolak kuat tubuh itu. Tubuh Aarash terdorong ke belakang sedikit. Dia terus meninggalkan Aarash yang masih tersenyum sinis.

"We will see it, Anayra"

•••

Akhir sekali, Anayra memberikan air oren itu kepada Aaran. Aaran menyambutnya dengan senyuman. Dia meraup rambutnya kebelakang menyerlahkan ketampanan jejaka itu.
Anayra hanya memerhati dalam diam.

'Boleh tahan hesmes jugak dia ni. Tapi, takkanlah takde girlfriend.' bisik hati Anayra.

"Kau tengok apa? " soal Aaran sambil mengangkat sebelah kening. Anayra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak de apalah.. Ni, nak tanya. Kawan awak tu memang suka pegang-pegang tangan anak dara orang ke? " Anayra menukar topik. Taknak kantoi duk perhati anak teruna orang.

"Siapa? Aarash? "

Anayra mengangguk. Aaran tersenyum sinis.

"Dia tu dekat U sebenarnya digelar playboy nombor satu selepas Anas. Tapi, dia suka buat diam-diam. But, ramai jugaklah hati gadis yang terluka.

Pagi, dengan orang lain. Petang date dengan orang lain. Malam dinner dengan orang lain. And you know? Perempuan jatuh hati dengan dia hanya sebab dia pandai berkata manis." ujar Aaran panjang lebar. Anayra senyum sinis dalam diam.

'Ayat manis? Dia pun hampir terkena dulu. Tapi sekarang? Never tertipu lagi. Harap muka je hensem tapi perangai, na'uzubillah. Dasar buaya biawak komodok! ' desis hati Anayra geram. Tangan menggenggam hujung baju kuat.

"Kata manis? Macam mana? " soal Anayra lagi. Dia taknak tahu pun sebenarnya tapi dia hanya nak cari topik untuk berbual dengan jejaka dihadapannya ini.

"You wanna see it? "

Anayra hanya mengangguk malas.

"Let me show you how... "

Aaran mendekatkan wajah dengan Anayra. Anayra terpaku seperti batu buat seketika. Aaran bermain-main dengan tudung shawl yang dipakai Anayra. Diambil dan dicium.

"Hmm.. Wangi, " kata Aaran dengan suara serak-serak basah. Anayra meneguk air liur. Menyesal pulak suruh dia buat contoh!

"Err.. A.. Aaran.. "

"Shhh.. Just one minute. I want to stared into your diamond eyes, your beauty nose, your golden cheek, and..."

Aaran merenung kearah bibir gadis itu rapat.

"These sexy lips, it really tempting me.  I love it and i want very bad. I want to lean my lips with your sexy lips. "

Anayra hampir mahu sesak nafas. Dia memandang Aaran dengan penuh berdebar. Dahlah dengan badan yang basah, lapan abs yang tersusun dengan senyuman nakalnya membuat Anayra mahu pengsan. Wajah mereka sangat rapat.

"You're mine," ujarnya menggoda.

Anayra menatap wajah Aaran. Aaran masih memandang Anayra dengan senyuman. Senyuman yang boleh mencairkan hati gadis.

"That's how Aarash flirting with girls." Aaran menjauhkan wajahnya. Anayra yang baru tersedar menundukkan muka. Wajahnya merona kemerhanan.

"Apalah awak ni" Anayra menutup muka aku dengan tangan. Aaran ketawa.

"Kenapa? Kau dah jatuh dengan aku? Well, fun fact is.. Kau gadis pertama aku buat macam ni. Tak sangka pulak kau boleh cair dengan aku. Why? You want to make it real? " soal Aaran. Anayra menggeleng laju. Gila woii!!

"Sa.. Saya nak masuk d.. dulu... Bye," Anayra terus melangkah kaki memasuki dapur. Aaran tersenyum nakal.

Sepasang mata yang dari tadi memerhatikan babak manis antara mereka mengepal tangan geram.

'Ouh, dengan aku bukan main elak. Dengan orang lain boleh pulak kau rela eh? Kau tunggu, Anayra. I will make you mine one day'

•••

Anayra bangun dari tidur. Jam masih menunjukkan pukul 2:30 pagi. Dia berasa dahaga. Dicapai tudung shawl yang sudah tersedia di ampaian. Kaki melangkah ke dapur.

Anayra membuat air milo panas kegemarannya. Sesekali dia menguap. Baki sisa mengantuk masih ada. Sedang leka dia mengucau air, ada tangan yang menjalar di pinggangnya.

Anayra tersentak lalu berpaling memandang lembaga misteri yang menyentuhnya. Anayra membentangkan mata. Dia menolak jejaka itu kuat. Namun, kudrat wanita tidak boleh menandingi kudrat lelaki. Sedikit pun tidak berganjak.

"What are you doing, Aarash??! " Anayra cuba menolak-nolak Aarash yang semakin rapat. Anayra tersandar pada meja makan. Tangan Aarash diletakkan disitu, mengurung gadis itu.

"What? Is it wrong? "

"Confirm-confirm lah salah! Tak reti halal haram ke? Tidur masa cikgu mengajar? Eii, tolonglah! Lepas! " Anayra cuba menolak lagi.

"For this time, halal haram kita letak tepi. Now, i just want you. I just want to stared into your diamond eyes... "

"Your beauty nose, your golden cheek and your sexy lips. Hey, ayat tu dah basi sampai aku hafal tau! Kalau kau nak perempuan, cari orang lain tapi bukan dengan aku!" ejek Anayra plus dengan mimik muka.

"Okay, how about this... " Aaran mendekatkan wajah disebalik shawl Anayra yang hampir terselak. Dihidu baru tersebut. Anayra memalingkan wajah ke tepi.

"Your smell... Very tempting me. You make me want to so bad... Your gorgeous body... Masa I peluk you tadi, emph... Hanya I yang tahu rasa dia... I fell good and want you more and more..." Aarash mendekatkan wajahnya pada wajah Anayra. Anayra yang perasan akan hal itu terus menampar pipi Aarash kuat. Terteleng kepala Aarash dan Anayra memboloskan diri dari perangkap itu.

"You think what? Ingat aku hamak sangat dengan kau? Ayat manis? Ingat aku cair? Eh, aku dah basi lah dengan ayat kau! Dah expired! Ingat aku nak balik dekat kau selepas apa yang kau buat dekat aku? Sorry not sorry, kau adalah satu kesilapan dalam hidup aku. Middle finger for you! "

Anayra terus melangkah keluar daripada bersemuka dari Aarash lagi. Tapi, lengannya ditarik lagi.

"You think yang I akan berdiam diri? No, My Little Delicious. I will make you until you want me. And I will make you... "

"Aarash, " suara tegas Aaran dari belakang mengkagetkan mereka berdua. Serta-merta tangan Anayra dilepaskan. Anayra terus keluar dari dapur. Dah hilang niat nak minum air tadi.

"Kenapa kau buat Anayra macam tu?" soal Aaran sambil memandang Aarash tajam.

"Sibuk apa kau?" Aarash melanggar bahu Aaran. Aaran mengeluh berat. Aarash hilang dari pandangan mata Aaran. Dah masuk bilik kot.

•••

Nani tersedak bila mendengar apa yang diceritakan oleh Anayra. Air yang diminumnya tersembur sedikit pada wajah sahabatnya.

"Eeiii... Nani. Kalau ye pun terkejut janganlah sampai tersembur! " Anayra mengesat mukanya menggunakan tisu yang sudah tersedia.

"Sorry, aku terkejut sangat. Seriuslah? Sedap kepala mak nenek dia eh sentuh kau? Dia memang dah tak tahu hukum ke? "

"Dia cakap apa tau? Halal haram tu letak tepi. Eh, bodohnya!"

"Memang bodoh, bengap, bangang! Gila apa dia tu? Weyh, aku rasa kau tak selamat lah duduk rumah tu." Nani memegang erat tangan sahabatnya.

"Tu rumah aku, ngek! Kalau boleh, dah lama dah aku halau si Aarash tu. Kawan-kawan abang aku tu semua gatal tau! Yang sorang tu dah ada girlfriend, masih nak menggatal nak tunjuk sixpack dia tu dekat aku. Eiii! Aku ni nak muntah berguni tau! Pagi-pagi asyik, 'sayang...' Erghh, disgusting! " Anayra membuat muka meluat. Nani ketawa terkekek-kekek.

"Macam mana? Cool tak sixpack dia? Kau tergoda tak? " Nani mengusik.

"Eiiuuu!! Tergoda? Aaran lebih better dari dia, " kata Anayra laju.

"Aaran? Aaran mana pulak ni? " Nani mengerutkan keningnya. Anayra yang sedar akan keterlajuran percakapannya menutup mulut laju.

"Tak de apalah.. Takde sape pun" Anayra senyum kambing. Nani tersenyum mengejek.

"Haaa.... Kau ada buah hati eh? Kau cakap dengan aku sekarang. Siapa? Kalau tak, aku cincang -cincang kepala kau. " ugut Nani keras. Anayra menggeleng-geleng kepalanya.

"Mana ada... Tu salah satu kawan abang aku je.. Takde apa pun. " Anayra memberi jawapan selamat. Nafas dihembus perlahan.

"Dia hensem tak? " soal Nani laju.

"Hensem tu hensem lah jugak. Baik. Bakal CEO pulak tu. Hmm.. " Anayra dah tersenyum sendiri.

"Aku syak kau suka dekat dia. Tengok perangai pun dah tahu"

"Mana ada! Dahlah.. Habis minum tu cepat. Lepasni kau nak pergi beli barang dapur kan? Banyak cakap pulak dia. " Anayra menukar topik. Nani cemberut muka. Ada je nak tukar topik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience