Anayra membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya rasa memberat. Wajah kacak yang tersengih nakal dihadapannya menjadi tatapan utama.
Aaran mengucup dahi Anayra penuh kasih sayang.
"Goodmorning, beautiful" ucap Aaran. Anayra senyum. Perkara semalam berlayar di ruang fikirannya. Wajahnya mula me merah.
Anayra menyorokkan wajah pada dada Aaran. Malu. Aaran ketawa besar. Dia mengelus rambut beralun Anayra lembut.
"Dengan abang pun nak malu ke, sayang? " bisik Aaran pada telinga Anayra.
That voice....
"Abanglah ni. Semua salah abang" ujar Anayra. Aaran ketawa.
"Apa pulak salah abang? "
"Dahlah, baik orang pergi mandi. Ak solat. Layan abang, esok pun tak sudah" kata Anayra seraya mengambil tuala yang tidak jauh dari katil. Dia bergerak menuju ke bilik air.
"Jangan lupa mandi wajib, sayang" usik Aaran sekali lagi.
"Abang!! "
Nani memandang Anayra pelik atas bawah. Risau kadang-kadang dengan Anayra ni. Dari tadi duk senyum je. Orang langgar bahu dia pun senyum, orang tampar dia pun senyum. Thulah senyum tu satu sedekah, tapi kalau lama-lama jadi seramlah pulak.
Kini, mereka berada di kafeteria. Nani menyisip minumannya rakus. Dahaga sangat gamaknya.
"Hoi! " Nani menepuk meja. Anayra tersentak. Dipandang sekeliling kawasan kafeteria itu.
"Kau kenapa, jebon?!" Anayra memandang dengan wajah geram.
"Kau lah dari tadi duk senyum-senyum. Dah kenapa? Demam ke?" soal Nani. Siapa yang tak pelik?
Senyum sorang-sorang setiap masa. Orang fikir gila agaknya.
"Kau ni kacau betul lah! Aku tengah bahagia ni..." Anayra tersengih. Kemudian, dia mengambil fail ditangan sebelum menutup wajah.
"Hah yelah... Orang angau memang macam ni" kata Nani. Anayra mencubit lengan Nani kuat. Nani mengaduh kesakitan.
"Kau memang tak boleh tengok aku bahagia, kan? Halah-halah. Dahlah,aku nak pergi masuk kelas. Kau taknak masuk kelas ke, dik non?"
"Yelah yelah...aku nak pergi lah ni" Nani mencebik. Air didalam gelas disisip sehingga habis.
Allahu... Banyak sungguh dugaan...
Kereta kesayangannya buat masalah petang-petang ni pulak. Dibuka enjin kereta, tidak hidup. Nak kata takde minyak, baru isi semalam.
Alahai... Apa masalah engkau wahai kereta kesayangan? Kenapa disaat-saat sebegini engkau ingin membuat onar?
Aaran!
Dia ligat mengambil telefon lalu didail nombor cinta hati kesayangan. Telefon dilekapkan pada telinga yang berlitupi tudung, menunggu panggilan diangkat.
Suara operator telefon menghiasi pendengaran.
Dia mendail lagi. Tetap sama.
Ya Allah, husband kesayangan... Mana abang ni? Kereta saya dahlah buat masalah. Abang pulak taknak angkat call.
Didail lagi dan lagi. Namun, hanya sia-sia. Satu panggilan pun tidak diangkat sama sekali. Anayra sudah tidak tahu ingin berfikir macam mana.
Dia bukannya kenal kedai makenik yang terdekat. Nombor telefon apatah lagi? Nak telefon keluarga dia pun, jarak antara rumah dengan universiti tersangatlah jauh.
Nombor Abang Luan? Dia pun tak simpan.
Hazel? Sekarang ni Hazel tengah bercuti di Switzerland dengan kekasih hati.
Haih... Keluhan berat dilepaskan. Takkanlah dia nak tunggu sampai maghrib?
Sedang dia berfikir, sebuah kereta bergerak melalui Anayra berhenti tiba-tiba. Anayra hanya memandang.
Wajah yang dikenali keluar dari perut kereta.
Sir Khal.
Dengan gaya maskulin, Khalish bergerak mendekati Anayra. Kaca mata hitam dibuka.
"What's wrong?" soal Khalish dengan riak risau.
"Kereta saya tak boleh start. Tak tahulah masalah apa. Saya tak reti sangat bab bab kereta ni" ujar Anayra. Khalish mengangguk-angguk.
"Mari saya check" Khalish membuka bonet hadapan. Dia melakukan kerjanya. Anayra hanya memerhati.
"Batery weak. Kena tukar. Waktu macam ni pun kedai makenik dah tutup. Err... Saya tolong hantarkan awak balik jelah Anayra. " pelawa Khalish.
"Habis, kereta saya?"
"Kereta awak nanti saya suruh kawan saya tolong angkut baiki dekat kedai" ujar Khalish. Anayra diam.
Dia berfikir sebentar. Pesanan Aaran masih berlayar di ruang fikiran.
Telefon dikeluarkan. Cuba menelefon Aaran buat keberapa kali. Masih tidak dijawab.
Akhirnya, dia bersetuju. Khalish tolong membukakan pintu. Selepas mengucapkan terima kasih, kereta milik Khalish meluncur laju meninggalkan perkarangan universiti.
Sesampai sahaja di depan rumah, Anayra terus keluar dari kereta. Ucapan terima kasih diberikan.
"Nanti apa-apa saya akan inform dekat awak. Selepas kereta dah siap baiki, awak boleh ambil nanti" ujar Khalish. Anayra mengangguk faham.
Senyuman saling diberikan antara satu sama lain. Anayra hanya melihat kereta itu pergi sebelum masuk ke dalam rumah.
Salam diberikan. Namun, tiada jawapan.
Kaki tetap melangkah masuk ke ruangan tersebut. Mata Anayra tertancap pada figura yang sedang berdiri dengan pandangan yang menggerunkan.
"Assalamualaikum, abang. Dah lama balik? " soal Anayra sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Namun, huluran tangan Anayra langsung tidak disambut.
Anayra mendongak memandang suaminya.
"Kereta sendiri ada, sampai nak kena tumpang dengan jantan lain dah kenapa? " jerkah Aaran kuat. Bahu Anayra sedikit terhinjut.
"Ke.. Kereta saya rosak"
Aaran mendecit. Senyuman sinis diberikan. Lengan Anayra dicapai dan digenggam. Kuat.
Anayra mengetap gigi menahan sakit. Pegangan Aaran terlalu kuat sehingga pergelangan tangannya merah kemerahan.
"Kereta rosak ke... Memang kau gatal sangat nak naik dengan jantan tu? "
Anayra tidak faham. Apa maksud lelaki itu sebenarnya?
"Apa abang cakap ni? Betul, kereta saya rosak. Sir Khal tolong hantarkan saya" jelas Anayra lembut.
Rahang Anayra pula dicengkam. Anayra mengaduh kesakitan. Wajah Anayra ditarik kuat didekatkan dengan wajah Aaran.
"Kalau betul kereta kau rosak, kenapa kau tak call aku? Jadi betullah? Kau memang gedik nak Sir Khal kesayangan kau tu tolong hantarkan kau. Kau kan perempuan, murah tu simpan sikit! " tubuh Anayra ditolak jatuh keatas sofa.
Sakit yang dirasakan, Anayra hanya simpan. Badannya ditindih Aaran. Kedua-dua tangannya dipegang kuat. Anayra meronta-ronta ingin melepaskan diri. Namun, hanya sia-sia. Dia tidak dapat meloloskan diri dari cengkaman kejam suaminya.
"Murahnya tubuh kau, kan? Mesti jantan tu dah sedap sentuh kau. Yelah, badan murah, siapa yang taknak. Atau... Untuk Sir kesayangan kau tu, kau bagi free je? " kata Aaran sarkastik. Dia senyum sinis.
"Apa abang cakap ni? Abang ingat saya murah sangat ke? " soal Anayra. Air matanya hampir menitis.
"Memang kau murah pun!! Sangat-sangat murah! Kalau nak dibandingkan kau dengan Maira, Maira jauh lebih suci dari kaulah, perempuan! " rambut Anayra ditarik. Anayra masih cuba menahan kesakitan yang dirasa. Air mata jernih mula mengalir di pipi.
"Tak payah nak berlakon menangislah. Aku jijik tengok kau tahu tak?! "
"Kalau abang jijik sangat dengan saya, ceraikan je saya! Lepaskan saya kalau itu yang abang fikir pasal saya! " Anayra membalas. Rasa pedih dan sakit bagai sembilu yang menikam hatinya apabila mendengar kata-kata Aaran.
Kalau lelaki itu jijik sangat dengan dia, kenapa dia berkahwin dengan dia?
"Not that easy, honey. Kalau kau boleh layan jantan tu free je, kau pun boleh layan aku free jelah kan? " Aaran mula mengangkat Anayra atas bahunya.
"Saya bukan pelacur lah abang! Kenapa abang layan saya macam ni? "
"Sebab perangai kau tak ubah macam pelacur murah. Kau jangan ingat yang kau boleh bahagia, Anayra. Sebab kenapa? Sebab aku takkan biarkan benda itu terjadi" langkah Aaran mula menuju ke bilik Anayra. Anayra masih cuba bergelut. Badan Anayra dilontar kuat keatas katil. Kekasaran keatas gadis itu, Aaran ulang dan ulang.
Dan malam itu, adalah sebuah kesilapan. Kesilapan Anayra memilih Aaran.
Perkahwinan mereka adalah satu kesilapan.
Maira yang bersandar di dinding sudah tersenyum sinis.
Aaran berkasar dengan Anayra?
Pelacur?
Interesting.
Share this novel