"Khadijah tu bekas isteri aku. Kau pernah jumpa dia masa kita berempat bertembung dekat restoran masa tu. Aku... Aku tak tahu yang dia berdendam dengan aku sampai macam tu sekali. Mungkin silap aku jugak sebab selalu mention nama Anayra setiap kali kami berdua. Dan mungkin sebab tu jugalah Khadijah curang dengan aku.
Dia mungkin terasa dengan family aku. Lagi-lagi umi. Umi pun selalu cerita pasal Anayra depan dia. Dia mungkin rasa tercabar. Aku tak sangka akan jadi macam ni sampai runtuhkan rumah tangga orang lain. " ujar Eiman sambil menundukkan wajah. Kesal barangkali.
Aaran hanya mendengar. Sedikit kata pun tidak terpancul keluar dari mulut. Dia hanya termangu sendiri.
"Kau jangan risaulah, Aaran. Pihak polis cuba cari Anayra sekarang ni. Banyakkan berdoa. In Shaa Allah, kita akan jumpa dia" Eiman menepuk-nepuk belakang badan Aaran memberi semangat.
"Kalau kita jumpa dia sekalipun, nak ke dia jumpa aku? Aku dah banyak buat salah dekat dia. Aku selalu marah dia, aku tak pernah nak dengar semua penjelasan dia, aku ego, aku fitnah dia macam-macam. Aku mungkiri semua janji-janji yang pernah aku taburkan pada dia dulu.
Sekarang Allah nak bagi kifarah dekat aku. Memang aku ni dayus. Sampaikan satu tahap aku gunakan kekerasan terhadap isteri aku sendiri, Man. Aku gelar dia pelacur. Aku...aku tak layak hidup."
Eiman hanya mendiamkan diri.
"Dia tengah kandungkan anak aku. Darah daging aku. Macam mana diorang sekarang. Aku rindu dia...aku rindu Anayra."
Eiman mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia faham. Dia juga rindukan wanita itu.
Telefon Eiman berdering kuat. Eiman segera mengangkat panggilan tersebut.
"Ye, umi? Waalaikumussalam. Kenapa umi?"
Senyuman pada wajah Eiman terus bertukar. Telefon hampir terlucut jatuh dari genggaman.
"Innalillahiwainnaillahirajiun" ucap Eiman perlahan. Telefon itu didakap di dada.
"Kenapa?" Aaran mendongak memandang Eiman sambil berkerut kening.
"Khadijah... Meninggal sebab bunuh diri terjun bangunan. Umi bagitahu aku tadi" kata Eiman. Aaran kaku.
Ahli keluarga Maira berkerumun di depan pintu bilik mayat. Mereka semua menangisi dengan apa yang berlaku terhadap Maira.
Aaran,Eiman dan yang lain-lain tiba di hospital. Mereka mendekati keluarga tersebut.
Puan Syifa, a.k.a ibu kepada Maira berpaling. Mata tajam memandang jejaka yang berada dihadapannya ketika itu. Segera dia meluru ke arah Eiman dan memberikan tamparan penuh padu.
"Kenapa kau buat anak aku macam ni! Kalau kau tak ceraikan anak aku, dia takkan jadi macam ni! Anak aku...anak aku kena bunuh... Kau bunuh anak aku..." Puan Syifa merintih kuat. Meraung-raung memanggil nama anak perempuannya.
"Ibu.."
"Kau diam! Aku bukan ibu kau! Aku dengan kau dah takde hubungan! Kau buat anak aku macam ni! Kesian anak aku Ya Allah... Apa salah anak aku sampai jadi macam ni Ya Allah..."
Bunyi gelak tawa sinis dari belakang menghentikan rintihan Puan Syifa.
Hazel yang sedang duduk bersilang kaki di tempat duduk ketawa sinis. Kaca mata hitamnya dibuka separuh.
"Makcik...makcik... Penampilan je macam ustazah, berpurdah bagai tapi hati macam tahi cicak. Kesian kesian..." sempat lagi dia memakaikan nail polish pada kuku panjangnya. Puan Syifa memandang Hazel naik turun.
"Kau kata aku apa?! "
"Hazel, " tegur Eiman perlahan.
"Shhh... Biar aku selesaikan masalah ni one by one dengan USTAZAH SERBA ALIM ni eh...
Makcik, saya dengar kata makcik sendiri yang halau anak makcik tu keluar rumah sebab dia ada scandal dengan jantan lain lepastu curang dengan bekas menantu makcik ni. Tu salah satunya, lepastu nak salahkan orang lain. Choii! What a shame! "
"Lepastu makcik boleh pulak tanya apa salah anak makcik. Makcik makcik... Makcik nak tahu tak anak makcik ni dah musnahkan masjid seseorang? Tidur dengan jantan lain? Mengandung anak jantan lain lepastu buat semua orang fitnah dekat orang yang tak bersalah?
Lepastu tuduh orang lain bunuh anak makcik. Anak makcik tu lah yang bodoh. Gila apa pergi terjun bangunan. Salah sendiri lah kenapa otak dia tu bengap sangat. Orang kalau stress sangat dengan masalah hidup, tu... Mintak dekat atas tu. Siapa? Allah.
Makcik pun sama. Dua kali lima sepuluh lima kali lima dua puluh lima. Fitnah orang bukan-bukan. Makcik tahu tak, fitnah tu lagi besar dosanya dari membunuh? Alahai makcik... Muka je macam ahli syurga, tapi perangai macam ahli neraka" selamba itu sahaja Hazel berbicara. Siap ditiup kukunya yang masih belum kering.
Mata Puan Syifa sudah ke atas bawah meneliti pakaian Hazel.
"Kenapa? Pelik sebab pakaian saya macam ahli neraka? Makcik... " Hazel bingkas berdiri mendekati Puan Syifa. Kaca mata dibuka sepenuhnya. Senyuman sinis ditayang.
"Biar pakaian macam ahli neraka tapi fikiran tak cetek. Setakat penampilan je yang sopan tapi adab macam kambing... Hehehe... Takpelah. Makcik jangan ingat sebab makcik lebih tua, tak bermakna makcik betul tau. Kesian makcik, tertonggek-tonggek semayang tapi mulut tak reti jaga. Tak jadi makcik... Tak jadi... "
"Kerap datang masjid selalu eh makcik. Nampak muka masih tak berseri tu. Ambik air wudhuk banyak sikit. Dekat dengan makcik pun terasa haba...panas. Banyak dosa sangat kot. Sekian ceramah saya pada petang ini" Hazel menepuk lembut bahu Puan Syifa sebelum kembali memakai kaca mata hitamnya kemudian pergi begitu sahaja tanpa menoleh sedikit pun.
Puan Syifa apa lagi? Terciduk tercucuk terduduk disitu.
Aaran menepuk dahinya. Hazel kalau tak buat hal tak sah.
5 bulan kemudian
Anayra mengusap perutnya yang sudah berbukit tinggi. Alhamdulillah, lagi satu bulan, anak mummy akan lahir! Yeay!!
Kelengkapan semua dah beres. Hanya menanti saat untuk bayinya keluar ke dunia.
Dia memegang dadanya. Tiba-tiba... Serasa seperti ingin shopping lah pulak.
Ini satu hal pelik yang dia alami masa mengandung. Sakan shopping ke hulu ke hilir. Sampai Kak Hanis pun dah naik pening dengan tingkah laku dia yang satu itu.
Anayra bangun perlahan-lahan dari duduk dan menuju ke dapur di mana Kak Hanis berada.
"Kak long... Boleh tak Anayra nak pergi mall? Anayra teringin nak beli abaya lah... Dengar kata ada sale kat sana. Boleh eh? " pinta Anayra sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Tapi nanti akak dengan abang long nak keluar nanti. Tak boleh teman Anayra shopping sama-sama"
"Takpe lah akak. Anayra pergi sorang. Anayra dah besar lah, Anayra pandai jaga diri. "
"Kalau adik dah cakap macam tu, nak cakap macam mana lagi kan? Nanti akak tolong hantarkan okey? " pelawa Kak Hanis. Anayra menggeleng-geleng kepala.
"It's okay... Anayra boleh naik grab. Anayra dah teringin sangat ni, Kak Long. Anayra bersiap dulu eh? Bye! " cepat-cepat si mak buyung berjalan terkedek-kedek ke bilik. Kak Hanis menggeleng-gelengkan kepala.
Macam macam.
Anayra tersengih seorang diri. Dengan badan kecil bersama pembawakan budak, mesti ramai orang ingat dia masih remaja dan sedang kandungkan anak luar nikah.
Hmm... Nak buat macam mana? Dah muka baby face. Hadap jelah.
Mata Anayra sudah berseri-seri. Abaya merah yang tergantung berjaya membuat hatinya terpaut. Dia mengambilnya dan melekapkan abaya merah tersebut pada badannya.
Dia merengus kecil. Akibat badan dan macam dinasour, mesti dia tak dapat memakai abaya tersebut. Nak buat macam mana? Kerja dia seharian pun asyik makan je.
Takpelah, nanti-nanti kuruslah tu. Abaya merah tetap diambil. Selepas selesai membuat pembayaran, dia ke kedai Baskin Robin pula.
Sampai sahaja disana, cepat-cepat dia memesan aiskrim berperisa cotton candy kegemarannya.
Haih... Jejak kaki ke sini, teringat pula momen dia dengan Aaran dahulu sebelum mereka berkahwin. Momrn terindah. Makan aiskrim sama-sama, comot sama-sama.
Flashback pulak! Aiskrim yang sudah siap dibayar diterkam sepenuh hati. Buruk perangai sungguh. Tapi dah mengidam nak buat macam mana kan?
Jam sudah berginjak pukul 5 petang. Hari pum dah lewat. Dia pun belum solat asar. Cepat-cepat dia membawa beg kertas yang memenuhi barangan-barangan yang dibeli tadi.
Dia sudah menelefon grab siap-siap. Mata ditoleh kiri kanan sebelum melintasi jalan raya. Dia tersenyum sungging. Happy lah tu boleh shopping.
Entah dari mana datangnya sebuah kereta menuju kearah Anayra laju kemudian melanggarnya. Bunyi yang kuat terhasil dari rempuhan tersebut membuatkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut menjadi kalut.
Anayra sudah terpelanting jauh. Kereta yang melanggarnya tadi sudah menghilangkan diri.
Anayra terbaring diatas jalan raya bersama darah yang mengalir kuat pada bahagian kepalanya. Anayra mengerang kuat. Air mata jatuh membasahi pipi. Perit yang teramat dibahagian perutnya.
Darah membuak-buak keluar dari celah kelangkang nya itu. Anayra kaget.
"Anak mummy... Anak mummy... " rintih Anayra perlahan. Nadanya tersekat-sekat. Dia memegang perutnya erat.
"Anak... Mummy... "
Kini, hanya sekujur tubuh lesu berbaring diatas jalan tersebut tanpa suara. Darah masih lagi mengalir keluar tanpa henti.
Dia, Anayra. Seorang gadis biasa, yang hanya mahukan bahagia.
Hatinya diseksa. Dia menderita hanya disebabkan satu nama. Lelaki.
Nur Anayra Alhena, berehatlah kamu buat selama-lamanya. Tenanglah kamu disana. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikanmu di akhirat sana.
Derita mu hilang. Kini, amanlah kamu tanpa segala gangguan. Damailah kamu tanpa segala masalah dan penderitaan.
Dia adalah bidadari, yang bukan untuk dimiliki.
Oleh lelaki.
Share this novel