Eiman memandang Maira dalam. Nampaknya, bekas isterinya sudah membuat keputusan untuk melepaskan kain yang menutup separuh wajah itu. Ye, bekas isterinya memang cantik, tapi lagi cantik ketika mereka bersama dahulu.
"Buat apa dekat sini? " soal Eiman sekadar beramah mesra.
"Buat apa abang tahu? "
Eiman mengeluh. Dia tahu, Khadijah masih marahkannya.
"Masa dekat kedai bayi haritu. Khadijah lah kan? " duga Aaran. Dia sebenarnya sudah mengingati kejadian tersebut. Dia juga tidak sangka akan Khadijah yang berkahwin dengan....
"It's not me. Abang salah orang" Maira cepat-cepat menggeleng kepala.
"Abang tak salah orang. Kalau macam tu, kenapa Khadijah terkejut sangat bila jumpa dengan abang haritu dan lari dari abang? "
Maira mendengus geram.
"Yes, that's me. Kenapa? " Maira akhirnya mengalah. Nak tutup pun rasa bodoh baik dia mengaku.
"So, sekarang ni Khadijah jadi perampas laki orang pulak ke? " straight to the point. Tiada rasa teragak-agak.
"Apa abang cakap ni? "
"Jangan buat tak tahulah, Siti Khadijah Humaira. Jangan disebabkan dendam Khadijah pada abang, Khadijah musnahkan rumah tangga orang lain? "
"Dah jodoh. Nak buat macam mana? Abang tak boleh melawan takdir" kata Maira selamba. Dia menyilangkan tangan.
"Anak tu... " Eiman memuncungkan mulut menghala pada perut Maira.
"Anak Aaran ke atau... " Eiman sengaja menggantungkan ayatnya.
"Anak Aaran lah! Abang ni kenapa busuk hati sangat? Tak boleh tengok orang bahagia? Hei, Khadijah dah seronok hidup macam ni. Abang stop lah" Maira sudah tidak boleh menahan sabar. Nafas dia naik turun. Dia terus mengangkat punggung ingin berlalu dari situ. Tapi langkahnya terhenti apabila satu ayat terpancul keluar dari bibir Eiman.
"Diorang tak tahu yang sebenarnya Khadijah ni... Khadijah. Bekas isteri abang, kan? " Eiman meneka lagi. Maira mula gugup. Tali beg digenggam kuat. Gigi diketap rapat.
Dia hanya pergi tanpa berpaling meninggalkan Eiman yang senyum sinis.
Abang ingat yang Khadijah dah berubah.... Rupa-rupanya lagi teruk.
Lagi teruk dari iblis!
Anayra terkejar-kejar dengan permintaan Maira. Pagi tadi nak nasi ayam berempah. Lepas dah siap masak, nak mee goreng basah pulak. Tak cukup dengan tu, dessert perlu disediakan selalu. Coklat, puding, aiskrim macam-macam perisa.
Macam ni ke ibu hamil mengidam?
Sedangkan dia yang tengah hamil ni pun tak overdose macan tu.
Aaran pula satu hal. Jika Maira tu mengadu tak dapat ni lah, tak dapat tulah, mesti disalahkan Anayra. Nasib baik ada Puan Dareena yang menasihati. Mereka sekarang tinggal di rumah Encik Shah.
"Mummy kadang-kadang peliklah. Masa mummy mengandungkan Luan ataupun Aaran dulu, mummy taklah mengidam sampai macam ni sekali. Ni bukan mengidam,ni mengada namanya" jujur Puan Dareena. Anayra hanya tergelak kecil.
Alhamdulillah, sepanjang berada di dalam rumah Puan Dareena, dia ada juga teman untuk berbual. Walaupun seharian penat belajar dan menguruskan mak buyung yang menggedik macam ikan keli tu, dia tetap gembira.
"Macam mana masa mummy mengandungkan Aaran dulu? Nak tahu boleh? " soal Anayra dengan mata berkelip-kelip. Puan Dareena ketawa. Lucu dengan tingkah laku menantu kesayangannya.
"Setiap ibu, ada kelainan dia. Masa mummy mengandungkan Aaran, mummy suka sangat bertempel dengan daddy Aaran. Daddy pun layankan jelah mummy masa tu. Entahlah. Yang peliknya, morning sickness mummy teruk sangat tau. Tapi bila duduk dekat dengan daddy kamu, jadi hilang serta-merta. Gatal lah jugak mummy ni masa pregnant kan Aaran dulu" Puan Dareena tertawa kecil.
"Patutlah besar-besar jadi mengada" sempat lagi dikutuk suaminya itu.
"Hahaha... Memang. Dia tak boleh berenggang dengan orang yang dia sayang. Haih..." Puan Dareena menggelengkan kepala.
Anayra hanya mengangguk-anggukkan kepala. Faham.
"Anayra.... Nak puding karamel! " pinta Maira kuat dari dalam bilik.
Anayra mengeluh kecil. Baru je nak berehat, kena panggil lah pulak.
"Serbuk agar-agar dah habislah, Maira. Lagipun dah nak maghrib ni, kedai pun dah tutup masa ni. Tunggu lepas Isyak lah" kata Anayra. Penatlah jugak seharian duk kesana kesini. Dahlah dia pun pregnant.
"Alah... Nak jugak! Tak kira, nak jugak!" rengek Maira seperti budak kecil. Anayra mengurut-urut dahi.
Ya Allah...
"Assalamualaikum, " salam seseorang dari pintu utama dipandang Anayra.
"Waalaikumussalam" balas Anayra dan Puan Dareena serentak. Senyuman manis diberikan. Kaki baru sahaja ingin berjalan ke arah si suami, ada seseorang pula yang memintas langkahnya.
"Awak... Saya nak puding karamel... Anayra tak nak buat" adu Maira manja. Jari dikuis-kuis pada dada Aaran.
Cepat sahaja kepala Aaran mendongak kearah Anayra tajam.
"Kenapa pulak taknak buat? Maira mengidam kan? " tegas suara Aaran menyoal.
"Saya nak buat... Tapi... "
"Tapi apa? Susah sangat ke nak buat?" cepat sahaja Aaran memotong kata-kata Anayra.
"No! Bukan! Saya nak buat, tapi serbuk agar-agar dah habis. Kedai pun mesti dah tutup masa ni, bukak lepas Isyak nanti. Saya dah cakap yang saya akan buat puding karamel tu lepas Isyak, tapi dia nak jugak" jelas Anayra panjang lebar.
"Alasan Anayra Alhena, "
Anayra menjegilkan mata. Alasan? Eh, salah ke aku cakap? Betullah kan? Kalau aku pergi masa ni pun, mesti kedai dah tutup. Apa? Nak suruh aku pergi jugak lepastu duduk depan kedai tu macam batu? Macam tu?
"Apa ni Aaran Merdaad? Betullah apa yang Anayra cakap. Kedai mungkin dah tutup masa ni. Lepas Isyak tak boleh? Kenapa? Boleh mati ke kalau tak dapat puding tu sekarang? " Puan Dareena datang dari belakang menghampiri mereka bertiga.
Entah. Apa? Kalau kau tak dapat puding tu sekarang mak kau meninggal ke?
See my level -Diva AA 2020-
"Bukan macam tu mummy... "
"Dah takde takde. Sekarang, kamu pergi mandi, ready solat maghrib. Puding ke, belut ke, beruk ke, yang wajib diutamakan dulu" arah Puan Dareena tegas.
Tanpa banyak bicara, Aaran terus pergi naik ke bilik. Maira memaut lengan Aaran bersama.
Anayra mengeluh. Haih... Puding pun boleh jadi isu mak kau.
"Kadang-kadang mummy pun terfikir jugak yang anak mummy yang sorang tu pun tak boleh fikir guna akal. Macam tulah perangai kalau fikir guna kepala lutut" Puan Dareena menggeleng kepala sambil kaki melangkah ke dapur.
Anayra ketawa. Cuba untuk mengubat hati yang lara.
Maira merengus geram. Orang tua tu pun! Kalau dia takde, mesti Aaran dah marah gila-gila dekat perempuan tu!
"Sayang... " Aaran menghampiri Maira dan terus memeluk pinggangnya. Sebuah ciuman dihadiahkan pada Maira dipipinya.
"Ye, awak.. "
"Sayang mengidam puding sangat-sangat ke? " soal Aaran. Rambut isterinya dibelai penuh kasih.
"Emm... Sekarang ni Maira mengidam benda lain pulak" ujar Maira dengan suara yang sengaja dimanjakan.
Aaran mengerutkan kening. Ibu mengandung ni memang taste dia mengidam cepat bertukar eh?
"Apa? "
Maira senyum bermakna. Kepala dirapatkan pada telinga Aaran. Dibisikkan sesuatu sehingga mata Aaran ingin tercabut keluar.
"Sayang.... Err.. Maghrib ni sayang" kata Aaran dengan suara terketar-ketar.
"Awak memang tak sayang saya! " Maira terus berpusing membelakangi Aaran. Aaran menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Abang solat maghrib dulu, okey? " Aaran cepat-cepat melangkah ke bilik air. Maira ternganga.
"Awak!! "
Allahu... Penat tak boleh nak cakap. Macam-macamlah Minah mengada tu mintak. Dia ingat aku ni kuli dia agaknya.
Anayra mengeluh dalam hati. Tangannya asyik mengucau sup ayam untuk makanan tengah hari. Peluh yang merinik di dahi dikesat dengan hujung lengan baju.
"Sayang...." suara garau dibelakang mengejutkan Anayra. Pinggang kecil isterinya dipegang erat. Bibir jatuh pada bahu Anayra yang terdedah.
"Abang... dah mandi? " soal Anayra. Dia menggeliat kecil menahan geli.
"Hmmm... Belum... " suara serak basah lelaki itu menyapa gegendang telinga Anayra.
"Habistu, pergilah mandi"
"Kejaplah... " ciuman Aaran merayap ke leher pula.
"A.. Abang... Kita kat dapur ni... Rumah mummy pulak tu. Abang pergilah mandi dulu... " Ya Allah, geli Ya ampun... Tolonglah sesiapa hentikan perangai tak semenggah suami dia ni.
"Kejaplah, sayang... Bila abang tengok sayang pakai apron macam ni....hmm.. Sayang nampak seksi, " senyuman nakal suaminya menghiasi bibir.
Entahlah. Dia memang tak boleh duduk dekat dengan Anayra. Satu tarikan yang kuat menghalang dia dan Anayra menjauh. Anayra tidak buat apa-apa pun dah buat dia tergoda. Erti kata lain, bernafsu.
Kalau bini dia yang sorang lagi tu dia akan bernafsu bila Maira yang menggoda diri dia.
Bukan nak membandingkan, cuma benda betul.
"I have suprise for you" kata Aaran.
"Suprise? Suprise apa? "
"We are going to Korea," hanya lima patah perkataan yang terpancul keluar dari mulut Aaran sudah membuatkan Anayra berpaling laju.
"Betul ke? " soal Anayra teruja. Aaran cepat-cepat menekup mulut isterinya.
"Shhhh... Jangan cakap kuat-kuat. Maira tak tahu pasal hal ni" ujar Aaran.
Anayra menganggukkan kepalanya lemah. Ouh, lupa. Kalau pergi bercuti mestilah Minah tu ikut sekali, kan? Suprise untuk dua bini lah ni.
"Maira pergi jugak, eh? Okey... " badan Anayra kembali berpusing menghadap sup ayam yang masih mendidih.
"Who said? Kita pergi Korea berdua jelah sayang" ujar Aaran seoaruh berbisik.
Anayra berpaling untuk kali kedua. Kalini dengan muka betul-betul terkejut. Betul ke tak suami dia ni?
"Berdua je? "
Aaran mengangguk.
"Habis? Maira macam mana? Dia kan tak boleh pergi menjauh dengan abang. Duduk jauh 1 cm pun dah menangis, "
"Don't worry lah. Mummy dah uruskan semua tu. Just me and you okey? Dah, sambung masak. Abang nak mandi" kata Aaran seraya melepaskan pelukan. Anayra mengangguk.
Ciuman dibibir sesaat membuntangkan mata Anayra bulat. Menyempat lagi suami dia ni! Laju sahaja Aaran berlari anak pergi ke bilik air sambil mengenyitkan mata.
Anayra menggeleng kepala sambil ketawa kecil.
Ada ada jelah suami dia ni...
sorry lambat update
Share this novel