Anayra membuntangkan mata luas. Suara itu.. Seperti pernah dia dengari.
"A.. Aaran? " mata yang berbicara. Lelaki yang memakai pelitup muka dan hanya mata yang bekerja memandang Anayra tajam.
"Akhirnya... Sayang sedar pun. Ni abang, sayang... " lelaki itu merangkak perlahan-lahan ke arah Anayra. Anayra meneguk air liur.
"Awak nak buat apa ni?! " Anayra mengesot kebelakang dan kebelakang. Sehingga dirinya bersentuhan dengan dinding.
"Abang nak sayang. Sayang tahu tak abang rindu sayang sangat-sangat? Abang nak jumpa sayang... " dia memegang kemas kedua-dua lengan Anayra.
"Kita dah takde apa-apa lagi! Lepas lah Aaran! Awak bukan mahram saya lagi! Haram awak buat macam ni! " Anayra meronta-ronta. Aaran mengetap gigi rapat.
Secara pantas tubuh kecil Anayra diangkat dan diletakkan diatas bahu tegapnya. Anayra makin kuat meronta. Aaran berjalan menuju ke bilik Anayra.
Badan Anayra dihempas ke atas katil. Anayra sudah gugup. Peluh merenik membasahi dahi. Aaran yang dilihatnya dahulu dan sekarang semakin berubah.
Dia takut...
Aaran merangkak mendekati tubuh genit itu. Tangan Anayra dikemaskan. Betis gadis itu ditindih supaya tidak banyak bergerak.
"I miss you... So much" dihidu aroma bau tubuh badan Anayra. Anayra memejamkan mata. Dia tak sanggup melihatnya. Air mata ketakutan mula berair.
"Jangan buat saya macam ni... Tolonglah.. "Anayra merayu. Dia tak mahu diperlakukan begini.
"Abang tak buat apa pun sayang... Abang rindukan sayang. Sejak kita bercerai, abang tak boleh terima. Abang nak sayang. Sayang je milik abang" ujar Aaran.
Dia merentap tudung Anayra kasar. Anayra menjerit kuat.
"Aaran! "
"Shhh... I miss this so damn much" dia mencium pula haruman shampoo dari rambut panjang mengurai bekas isterinya. Anayra cuba menepis tapi tidak boleh. Tangannya dipegang ketat oleh Aaran. Dia tidak boleh melakukan apa-apa.
"Kenapa sayang... Kenapa sayang tinggalkan abang... I love you, i need you so much. I want you... Kita rujuk okey? " pujuk Aaran. Dia membelai lembut rambut Anayra.
Anayra menggeleng laju.
"Sejak lafaz cerai tu terbit pada bibir awak dan gugurnya anak saya, rasa tu dah mati Aaran! Awak bukan sayangkan saya! Nafsu awak dah kawal semuanya! Saya dah tawar hati dengan awak! "
"Don't worry, dear. Kita on the way making a new one. Behave okay? " pipi Anayra dicium sekejap.
Ya Allah... Air mata Anayra tidak berhenti mengalir. Rasa berdosa, rasa sakit, rasa takut dalam diri. Tidak sangka Aaran akan menjadi begini.
Jijik dia rasakan sekarang ini.
Aaran menyembamkan wajah pada leher jinjang Anayra. Anayra memejamkan mata rapat. Dia tidak mahu semua ini. Dia tak mahu!
Anayra cuba ingin melepaskan pegangan, namun semakin ditepis, semakin sakit.
Ya Allah... Selamatkan lah hambamu ini..
Wajah Aaran mula ke bawah... Ke bawah dan kebawah...
Luan tersengih dari tadi. Yelah, lamaran diterima kut. Happylah member. Berbaloi juga dia perhabiskan duitnya hanya untuk perkara itu.
Dia memandang Hazel disebelah. Haih.. Cantiklah bakal bini dia ni. Rasa macam nak nikah sekarang. Hahahaha...
"Kereta kau kat mana? " soal Luan. Hazel memuncungkan mulut menunjukkan keberadaan keretanya yang diparkir elok disitu.
"Jom aku hantar kau sampai sana. Perempuan tak elok jalan sorang-sorang. Lagipun, siapa nak teman aku atas pelamin nanti? " Luan mengusik. Hazel menjulingkan mata keatas. Tak habis pickup line dia.
"Banyaklah kau. "
Luan mendahului. Hazel hanya mengekor dibelakang. Luan berpaling menghadap Hazel sambil membuat tanda love.
"Tengok jalan lah! Terhantuk kat dinding baru tahu"
"Kalau aku terhantik, kau lah yang tolong rawat. Hehehe.. "
Cahaya terang disebelah membuatkan Hazel berpaling. Dia menjegilkan mata kemudian berpaling semula kearah Luan. Luan masih ligat membuat mini love sambil menutup mata.
Hazel cepat-cepat menolak Luan ketepi kuat. Badan Luan rebah ketanah. Bunyi yang kuat menyapa gegendang telinganya.
Apabila mata dibuka sahaja, dia ternampak sekujur tubuh yang dibasahi darah merah pekat terbaring disitu.
"Hazel!! " Luan pantas bangun berlari ke arah gadis itu.
"Hazel! Bukak mata kau! Tolong bertahan sikit je lagi. Jangan tutup mata! " tubuh itu diangkat gaya bridal style. Gaun putih tersebut habis dikotori dengan warna merah pekat milik Hazel.
"Aku sayang kau... " bibir Hazel cuab diukir senyum.
Hazel kaku. Ia membuatkan Luan semakin tertekan.
"Kau kuat. Aku tahu kau kuat! Kau jangan sesekali tutup mata kau! " pedal minyak ditekan. Dengan kelajuan tinggi, kereta tersebut meluncur laju ke destinasi, hospital.
Malam penyatuan dua hati, menjadi malam tragedi.
Tubuh Aaran ditolak kuat. Lengan Anayra ditarik. Tubuh Anayra terdorong kearah Khalish. Khalish membelakangi Anayra.
"Kau buat apa ni Aaran?!! " jerkah Khalish kuat.
"Kau sibuk kenapa! Lantak aku lah nak buat apa pun! Kau tu pemusnah segalanya! Kau cuba curi Anayra dari aku! " Aaran menunding jari pada Khalish.
"Kalau aku curi pun kenapa? Dia bukan hak kau lagi! Dia berhak cari kebahagiaan dia sendiri! Kau tak boleh paksa dia untuk terima kau! Kau sendiri yang lafazkan cerai! Ingat tu! "
"Kau ingat aku nak sangat ke? Kalau boleh, aku nak kurung dia! Aku nak dia untuk aku je! Sayang... Jom dekat abang. Abang nak sayang... " Aaran memandang Anayra redup. Cuba memujuk lembut. Anayra menggeleng-geleng laju.
Gila! Hanya orang bodoh sahaja yang menerima tawaran tersebut.
"Sayang... Jangan buat abang macam ni! Abang nak sayang! Abang janji abang akan jaga sayang. Kita bina hidup baru okey? " Aaran mencuba lagi.
Anayra tetap tidak berganjak. Esakan kuat mula kedengaran. Dia takut... Takut akan kelakuan Aaran sekarang. Dia memegang kuat kain baju Melayu Khalish.
"Saya tak nak! "
Aaran mengetap gigi kuat. Nafas dia naik turun.
"Aarghhh!! " Aaran menghentak kuat dinding rumah membuatkan bahu Khalish dan Anayra terhinjut sedikit.
"Aku nak kaulah! Kau tak faham ke?! "
"Kau tak boleh paksa Anayra! Jangan jadi macam ni Aaran! Bawak mengucap! " kata Khalish.
"Aarghhhh!! Kau diam lah setan!! " Aaran meluru ke arah mereka. Pisau dari kocek belakang badannya dikeluarkan. Ditusuk pisau rambo tajam itu pada bahagian perut Khalish.
"Aaran! " jerit Anayra.
Darah pekat mengalir menitik keatas lantai. Wajah berkerut Khalish memandang Aaran yang sedang senyum sinis.
Badan itu rebah, jatuh terduduk. Pisau itu ditarik kasar.
"Sir! Cuba tahan kejap sir! Jangan macam ni... " Anayra mengambil mana-mana kain ingin menutup kesan tikaman dengan darah yang membuak-buak keluar.
Aaran tidak puas. Tangan bergerak sekali lagi ingin menghunus senjata itu pada tubuh Khalish. Anayra memejam mata rapat.
BAAM!!
Bunyi tembakan pistol dari arah belakang berbunyi kuat. Tembakan itu tepat mengenai lengan Aaran. Pisau itu jatuh ke lantai. Aaran menjerit kesakitan. Dia memegang lengannya.
Anayra menoleh. Kelihatan beberapa anggota polis mula menuju ke arah mereka. Badan Aaran dipegang kuat kiri kanan oleh anggota polis.
"Careful! Keep watch with the arms of criminals! " ujar salah satu anggota polis tersebut. Mungkin ketuanya.
Aaran diangkut masuk ke dalam kereta polis. Khalish pula dibawa masuk ke dalam kereta ambulans.
Aqeef mendapatkan Anayra.
"Adik... Adik okey? " soal Aqeef. Risau.
"Abang... Khalish... Dia kena tikam! Aaran tikam dia! " Anayra menyembamkan wajah pada dada Aqeef. Aqeef menggosok-gosok belakang badan Anayra. Kain tudung diletakkan diatas kepala Anayra, menutup aurat adiknya.
"Shhh... In Shaa Allah... Khalish tak apa-apa" dia menepuk-nepuk bahu Anayra. Dia menghela nafas.
Nasib baik instinct Khalish kuat. Semasa mereka dalam perjalanan ke masjid, Khalish memberhentikan langkah. Aqeef memandangnya pelik.
"Aku rasa tak sedap hati. Aku nak balik rumah maktok jap. Kalau aku tak balik-balik, kau telefon polis" arah Khalish serius. Aqeef terpinga-pinga. Belum sempat ingin bertanya lebih, Khalish sudah berlari laju berpatah balik ke rumah.
Nasib baik pintu belakang rumah tidak berkunci, mungkin Mak Timah lupa untuk menguncinya. Khalish membuka pintu perlahan-lahan.
Bunyi jeritan Anayra didalam bilik membuatkan Khalish bergegas menuju ke sana. Melihat Aaran yang sedang melakukan perkara tidak senonoh tersebut, Khalish cepat-cepat menolak lelaki itu.
Akan tetapi, dia pula yang ditikam.
Jari runcing itu bergerak-gerak perlahan. Luan segera mengangkat wajah. Mata Hazel yang kuyu itu dibuka perlahan-lahan.
"Hazel! " panggil Luan teruja.
Hazel batuk-batuk kecil.
"Kau kenapa? " soalnya lemah.
Alhamdulillah... Dia dah sedar. Luan bersyukur ke hadrat ilahi. Akhirnya, dapat juga dia berbicara dengan gadis tersebut.
"Kalau ikutkan hati aku,aku dah lama nak peluk-peluk kau tau! Kau takutkan aku tau! Kau dahlah tak sedar 3 hari. Kesian aku cakap sirang-sorang" Luan memuncungkan bibir.
"Siapa suruh kau cakap? Aku tak suruh pun" perlahan sahaja bicara Hazel.
"Jahat kau eh. Nasib baik tengah sakit. Tapi, jangan sakit lama-lama. Tak jalan kita punya majlis kang" dalam kata-kata,ada juga usikan.
Hazel mencebik. Tak habis-habis pasal nikah.
"Janji eh, nikah dengan aku"
"Ye...janji"
Alhamdulillah... Semuanya berakhir dengan baik. Khalish ditahan di wad selama beberapa hari selepas mendapatkan rawatan akan kesan luka tikaman di perut beberapa hari lepas.
Aaran pula sekarang ditempatkan di hospital mental. Selepas disiasat, rupa-rupanya Aaran menghidap mental illness akibat stress yang melampau dan juga obsesinya pada Anayra.
Berita itu disampaikan pada Puan Dareena dan Encik Shah. Hampir gugur jantung Puan Dareena. Sampai begitu sekali Aaran buat untuk mendapatkan balik Anayra.
Puan Dareena sampai melutut dan memeluk kaki Anayra meminta maaf. Gagal. Itu yang dia katakan pada Anayra sambil menangis teresak-esak.
Anayra dengan tenang memaafkan segala perbuatan Aaran terhadapnya. Biarlah Aaran dirawat sepenuhnya dahulu. Terbit juga rasa kasihan pada lelaki itu.
Hazel dan Luan selamat disatukan. Alhamdulillah, selama beberapa tahun menyinggle, mereka berdua sah menjadi suami isteri.
Eiman pula bercadang untuk menyambung PhD di London. Dia juga sempat bertemu Anayra buat kali terakhir. Segala kata maaf diluahkan pada gadis itu.
Hati Anayra lembut, selembut sutera putih. Tenang sahaja gadis itu memaafkan.
Eiman ingin melupakan segalanya. Biarlah dia mencari sendiri kebahagiaannya. Dia akan mulakan azam baru.
Anayra?
Anayra memandang pemandangan dihadapannya. Matahari yang terbenam bersama ombak pantai yang menderu serta angin Bayu perlahan menyapa tubuh. Dia sekarang sedang berdiri di balkoni bilik.
Nyaman... Cantik... Indah ciptaan Allah. Alhamdulillah...
Tangan melingkar di keliling pinggang Anayra. Anayra tersentak. Dia menoleh kebelakang.
"Sayang... " panggil lelaki itu manja.
"Abang.." Anayra membalas sambil mengukir senyuman. Dia menyandarkan kepala pada dada tegap lelaki itu.
Suaminya mengucup kepala gadis yang dilitupi tudung penuh kasih. Diperketatkan pelukan dipinggang isterinya.
"Rindulah abang nak mengajar sayang lepasni. Sayang nak graduate dah. Sayang ambiklah master... "
"Saya letihlah nak sambung belajar. Saya nak fokus jadi mummy pulak. Okey, Sir Khal? " Anayra mengenyit mata. Khalish mengetap bibir.
"Yelah yelah... Lepas baby dah besar sikit, kita suruh mummy jaga. Sayang sambung master. Abang tak sabar nak kacau sayang dalam kelas" Khalish sengih nakal. Pipi Khalish dicubit Anayra geram.
Ketawa kecil Khalish menghiasi gegendang telinga Anayra. Perutnya yang membukit tersebut diusap-usap oleh tangan kekar suaminya.
Alhamdulillah, mereka sah menjadi suami isteri beberapa bulan yang lepas. Dalam banyak cara juga Khalish cuba memikat hati si janda. Akhirnya, Anayra cuba membuka hati untuk lelaki lain.
Alhamdulillah, rumah tangga mereka dihiasi lagi kegembiraan dengan kehadiran nyawa kedua di dalam rahim Anayra. Tidak lama lagi mereka bakal mendapat cahaya mata pertama.
Anayra menutup mata. Tenang. Dia sekarang bahagia. Bahagia dengan apa yang dia ada sekarang.
Dan akhirnya, dia temui juga cinta sebenar. Cinta yang akan dia sama-sama bawa hingga ke syurga. Walaupun pengenalan mereka hanya tempoh yang singkat, namun itu tidak menghalang hubungan itu untuk ke langkah yang seterusnya.
Selepas apa yang dia pendam, dia rasa dan segala keperitan yang dia hadapi, bidadari itu kini akhirnya boleh melepaskan nafas tenang.
Dia bidadari syurga.
Hanya satu untuk si dia.
Dunia dan akhirat.
Hingga ke Jannah In Shaa Allah...
Dia, Nur Anayra Alhena. Seorang bidadari untuk satu jejaka.
Kekal untuk selamanya.
Amin.
Alhamdulillah.. Yeay!! Akhirnya habis jugak True Love setelah sekian lama dari 14 September 2021 sampailah 11 Januari 2022. Fuhh... Lega rasanya. Macam nak minum err mellow pulak rasa.
Terima kasih kepada anda kerana selalu mengsupport HaeraLee punya story!
Komen korang yang mencuit hati dan juga pembakar semangat untuk HaeraLee sentiasa berkarya. Jutaan terima kasih kepada anda.
In Shaa Allah, masih ada 4 story dalam draft yang masih belum dipublish. Doa-doakan.
Maaf jika ending dia tidak memuaskan hati para pembaca. Saya sebagai penulis ingin meminta maaf akan karya yang underrated dan tidak sempurna ini.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri.
Dengan ini, saya ingin mengumumkan, True Love akhirnya melabuhkan tirai.
Assalamualaikum.
nak rehat... fokus study duluuu
Share this novel