Anayra tersedu-sedan menangis apabila mengingati kembali apa yang berlaku pada beberapa bukan lepas. Hari yang paling sakit dia pernah rasa.
Dan sekarang, dia bertemu kembali pasangan tersebut yang mesra bergurau-senda sambil berpegangan tangan. Hati dia pedih.
Aaran memandang Anayra dengan penuh sayu. Pertama kali melihat perempuan itu menangis seteruk ini. Ingin sahaja dipeluk gadis itu bagi meredakan tangisan tapi dia tak boleh.
"Maaflah, ternangis pulak. Apalah saya ni. Dahlah bodoh percayakan lelaki-lelaki tu. Lepastu, bila dah percaya dikhianati pulak. Mungkin ni je kot kesudahannya. Saya takkan bahagia dengan mana-mana lelaki." Anayra mengesat air matanya sambil ketawa palsu.
"Jangan tahan perasaan kau tu. Menangis bukan bermaksud untuk menunjukkan kita ni lemah, malah bagi kita rasa kelegaan. Kau bukan bodoh, Anayra. Kau adalah seorang, pencinta yang setia. Lelaki-lelaki yang pernah dicintai dan oleh kau dulu tu menyesal sebab lepaskan seseorang yang berharga dari permata. In Shaa Allah, akan ada seorang lelaki yang akan setia menunggu kau. Akan ada, Anayra" ujar Aaran lembut.
Anayra ketawa. Dia merasakan apa yang diperkatakan lelaki itu satu jenaka.
"Saya berharga? Awak tengok saya. Nampak macam berharga ke? Tong sampah depan rumah saya tu lagi berharga dari saya. Lagipun, siapa yang akan jadi penunggu setia saya? Takkan adalah... "
"Macam mana kalau aku cakap itu aku? " kata Aaran sambil merenung ke dalam anak mata gadis itu.
Tawa Anayra terhenti. Dia memandang Aaran. Lama mata mereka bertaut.
"Apa maksud awak? " soal Anayra sambil berkerut kening.
"Takde apalah. Lupakan je apa yang aku cakap" Aaran berpaling memandang pemandangan malam di hadapannya.
"Okeylah, saya nak masuk tidur dah. Terima kasih sebab sudi dengar luahan saya. Untung bakal isteri awak" Anayra bangun dari duduk. Dia memberikan senyuman kepada Aaran. Kemudian kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.
'Tak sangka hati kau setabah tu, Anayra.' bisik hati Aaran. Tanpa sedar, dia tersenyum.
•••
Pagi itu Anayra mengajak Nani sarapan bersama. Tiba sahaja kereta Nani di kawasan rumah Anayra, Anayra menyambutnya dengan senyuman.
"Banyaknya kereta dekat rumah kau. Ada kenduri ke? " soal Nani sambil memerhatikan satu-persatu kereta yang dipakirkan di garaj yang tersedia. Anayra tersengih.
"Kepala otak kau kenduri. Kenduri apa? Tahlil abang aku? Ha, memang pun,"
Nani mencubit lengan Anayra.
"Apa kau cakap macam tu. Abang kau tu! Tapi, seriuslah... kereta siapa banyak-banyak ni? Kereta mahal-mahal pulak tu. Ferarri ada, Lambo, Mercedes, fuh.." kata Nani sambil mengira kereta-kerera tersebut menggunakan jarinya.
"Ni semua kereta kawan-kawan abang aku. Diorang bermalam dekat sini sebulan sementara tunggu last exam." jelas Anayra.
"Hah! Kawan abang kau? Mesti ramai kan? Weyhh... Aku taknak masuk! Aku malu.. "
"Takde apa nak malunya. Aku ajak kau ni sebab aku bosan. Nina tu sibuk dengan kelas dia. Sebab tu aku ajak kau datang sarapan dekat sini. Ada kawan jugak nak borak. Taklah aku lonely je. Lagipun kau cuti hari ni kan? "
"Ye, aku cuti harini. Cafe tutup seminggu sebab nak renovate. Lepas tu aku sambung kerja semula. Tapi lepas ni aku resign sebab dah nak daftar Universiti kan?" ujar Nani. Anayra mengangguk faham.
"Jomlah, masuk. Aku rasa kau mesti terkejut dengan salah satu member abang aku" bisik Anayra perlahan. Nani mengerutkan kening. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah.
"Hah? "
Sekumpulan kawan-kawan Aqeef melintasi pemandangan mereka. Nani membulatkan matanya besar. Seperti mengenali salah satu mamat disebelah Aaran.
"Aarash? Member abang kau?" bisik Nani.
"Iya, dialah. Dahlah, jom masuk dapur. Kita sarapan dulu. Aku masak tau! Kau kan cakap kau rindu masakan aku. Harini aku masak mihun goreng. Kau duduk sini sampai lunch, okey? "
"Err.. Tengoklah dulu" kata Nani sambil senyum senget.
•••
Nani hampir tercekik mihun goreng yang dimakannya. Anayra segera menghulurkan air kosong. Air kosong itu diteguk laju oleh Nani. Anayra menggeleng kepala. Sampai macam tu sekali penangannya.
"Seriuslah? Lepastu kau tegur dia tak?"
Anayra terus menampar perlahan lengan sahabatnya namun masih terasa sakitnya.
"Apasal kau tampar aku?? " marah Nani.
"Kau gila? Lepas apa yang dia buat dekat aku kau tanya aku tegur dia ke tak? " Anayra bercekak pinggang. Nani tersengih seperti kerang busuk.
"Mana tahu... Kau nak berbaik ke.. Tutup cerita lama, bukak cerita baru"
"Dia salahkan aku weyh. Dia cakap aku yang salah sebab percaya dia. Kau rasa? Bila aku terserempak dengan diorang semalam, diorang nampak bahagia. Pegang tangan, bergurau senda, cuit hidung. Kalau Eiman tak buat hal dulu mesti aku dapat dilayan macam tu kan?
Tapi bila dia cakap darjat isteri dia lagi tinggi dari aku, aku rasa macam down. Ye, kitaorang memang berbeza dari segi pemakaian. Isteri dia nampak solehah, pakai purdah, head to toe semua cover. Aku ni? Masih merangkak-rangkak nak tutup aurat dengan sebaiknya. Tapi perlu ke dia cakap pasal darjat? Bukan ke semua manusia dicipta sama je?
Entahlah Nani... Aku rasa mungkin aku tak akan dapat kebahagiaan aku dari segi cinta manusia. Aku rasa Allah nak bagi aku petunjuk supaya dekatkan diri dengan dia dahulu. Cintakan Dia dulu. Kau doakan aku okey? " Anayra menggenggam erat tangan Nani. Nani hampir mengalirkan air mata. Sedih.
"Kenapa kau menangis ni? " soal Anayra pelik.
"Aku sedih doe.. Kau dah banyak kali disakiti tapi hati kau tetap tabah. Kalau aku dekat tempat kau, aku rasa aku kelar nadi dah kot. " Nani mengesat air matanya.
"Teruk sangat sampai nak kelar nadi. Agak-agaklah, broken broken jugak, tapi otak tu kena waras. Yang kelar nadi tu memang dah gila, tak boleh fikir mana betul mana salah."
Nani mengangguk. Mihun goreng itu disuap lagi ke dalam mulut.
"Sedap tak mihun goreng air tangan aku? " soal Anayra sambil mengangkat kening. Bibir tersenyum senget.
"Sedap! Nak tambah lagi! " puji Nani sambil menghulurkan pinggangnya yang dah kosong.
"Ni dah kali ke lima kau menambah. Nak tambah lagi? "
Aaran yang disebalik dinding dapur mendengar semua perbualan antara Anayra dan Nani tersenyum. Dia menutup wajahnya dengan sebelah telapak tangan.
"Aku dah gila rasanya," bisik Aaran perlahan sebelum meninggalkan dapur.
•••
2 MINGGU KEMUDIAN
Anayra menyergah Aaran dari belakang. Sejak dua menjak ni, dia dan Aaran menjadi rapat. Tapi Anayra masih berjaga-jaga. Dia dan Aaran hanya KAWAN.
"Kau ni... " Aaran menjeling. Anayra terkekek-kekek ketawa. Dia duduk diatas bangku panjang sebelah Aaran tapi masih mengekalkan jarak.
"Hehe.. Sorrylah. Emm.. awak, " panggil Anayra lembut.
"Apa? Haa.. Ni mesti kau nak minta something kan? Aku dah hafal lah"
"Memang pun.. Tapi benda ni kecik......je. Tolong jadi lunch date saya petang nanti boleh tak? " pinta Anayra. Aaran memandang Anayra pelik.
"Lunch date kau? Kenapa aku pulak? "
"Alah.. Bolehlah. Nani dahlah kerja. Abang Aqeef pulak sibuk je kerja. Takde siapa nak teman saya makan. Dahlah restoran steambot yang saya nak pergi tu ada diskaun sekali je setahun. Please... Kalau tak, mama tak bagi pergi " Anayra memandang wajah Aaran sambil mengelip-ngelipkan mata.
"Kenapa tak minta tolong Aarash? "
"Eii, kenapa saya perlu minta tolong si buaya kambing tu? Sah sah dekat sana nanti saya tak selamat. Ya Allah, minta dijauhkan, Amin.." Anayra menadah tangan kemudian meraup wajah. Aaran menggeleng sambil ketawa kecil. Ada je benda yang gadis ini lakukan mencuit hatinya.
"Yelah, yelah. Bagi tahu aku pukul berapa. Nanti aku bersiap. Jangan kau pulak yang lambat. Lambat, tinggal. " ugut Aaran seram.
"Tak.. Tak... Hehe.. Terima kasih awak. Lepas zohor dalam pukul 2 tu dah boleh bertolak rasanya. Nanti saya bagi hadiah coklat sebutir. Bye" Anayra terus meninggalkan Aaran berseorangan. Aaran hanya tersenyum melihat tingkah laku Anayra seperti budak-budak.
•••
Makanan dihadapannya dipandang penuh berselera. Dah lama tak makan steambot. Diskaun pulak tu! Aroma dihidu dahulu sebelum menerkam makanan tersebut.
"Perlahan-lahan, tercekik kang nanti" pesan Aaran. Dia mengambil beberapa daging mentah kemudian diletakkan pada papan stim.
"Terima kasih awak, belanja saya makan. Sekali lagi. Tapi, awak tak perlulah nak keluarkan duit awak selalu. Macam saya ni takde duit pulak. Nampak macam kaki kikis. Nanti bila saya tak cukup duit, awak belanja lah saya" ayat terakhir itu ditekankan sambil tersenyum kambing.
"Hmm.. Yelah" Aaran masih khusyuk membalikkan daging-daging tadi. Anayra? Kerja dia ambik dan makan je. Benda free, orang kata rezeki jangan ditolak.
Mata Anayra meliar dan terpandang satu pasangan yang berpegangan tangan melangkah ke kedai makan yang sama dengan Aaran dan Anayra. Anayra membulatkan mata. Dia terbatuk-batuk kuat.
"Haa.. Kan dah cakap jangan gelojoh sangat" Aaran menghulurkan air.
Batuk kuat daripada Anayra itu membuatkan pasangan itu memandang gadis itu. Isterinya menarik tangan suaminya menuju ke arah meja yang diduduki Anayra dan Aaran.
"Assalamualaikum, Anayra kan? Kawan Abang Eiman? Kita pernah jumpa beberapa bulan lepas masa majlis nikah saya? " soal gadis berpurdah itu. Anayra mengangkat muka sambil mengangguk. Senyuman diberikan.
"Ha'ah. Ye. Saya Anayra. Khadijah kan? Tak sangka boleh jumpa dekat sini"
Anayra perasan yang Eiman memandangnya tanpa berkelip. Perasan mungkin perubahan ketara pada Anayra. Yelah, Anayra yang dulu dia kenal bukan Anayra yang sekarang. Semakin kurus, cantik dan paling penting pemakaiannya. Ditutup sepenuhnya.
"Kan. Anayra mesti datang sini sebab diskaun kan? Khadijah dengan Abang Eiman pun datang sini sebab diskaun. Anayra datang dengan siapa ni? Boyfriend ke? " soal Khadijah sambil melirik Aaran.
Anayra memandang Aaran. Aaran memandang Anayra. Mata bertentang mata. Satu idea datang dari akalnya.
"Ha'ah, boyfriend. Yelah.. Nak datang dengan siapa lagi kan? Dengan cinta hati kita lah.. Nasib baik dapat boyfriend yang SETIA dan BAIK HATI macam cinta hati kita. Kan, Sayang?" dia menekankan perkataan tersebut. Anayra memandang Aaran dengan harapan.
"Boyfriend? " Eiman yang dari tadi diam mula bersuara. Anayra mengangguk yakin.
"Ha'ah, boyriend Anayra. Hensem kan? Kitaorang nak kahwin dah pun. Around this year." ujar Anayra lagi. Aaran hampir tersedak namun ditahan. Eiman seperti tidak senang duduk. Dia memandang Aaran dengan tidak puas hati.
"Lah, yeke? Congratulation for you both. Jangan lupa jemput kitaorang. Tak sabar nak makan nasi minyak korang berdua. Kan, abang? " Khadijah memandang suaminya. Eiman berdehem sebelum mengangguk .
"In Shaa Allah. Confirm kena jemput. Nak datang masa akad nikah pun boleh. Dialu-alukan." sindir Anayra. Eiman masih tidak lepas memandang Anayra. Dia tahu, kata-kata itu memang untuk dia.
"Eh, rancak pulak berborak. Perut ni dah berbunyi. Jom, abang kita order. Kacau daun pulak orang tengah sweet-sweet dating. Khadijah pergi dulu, ye? " Khadijah menarik tangan suaminya. Eiman menurut. Dia memandang Anayra buat kali terakhir. Terbit dihatinya rasa penyesalan.
Anayra menjongketkan bibir sambil menjulingkan mata. Dia kembali mencekik makanan. Dia memandang Aaran yang tidak lepas memandangnya dari tadi.
"What? Kenapa awak pandang saya macam tu? " soal Anayra.
"Are you trying to propose me in silent? Kahwin around this year? Hmm, interesting, " ucap Aaran sambil memandang nakal Anayra. Anayra meneguk air liur. Alah.. Kena balik.
"No, saya tak lamar awak pun lah. Saya just nak sakitkan hati si bekas crush saya dulu tu. Stoplah fikir pasal tu"
"If you want, I can make it real." kata Aaran sambil memandang wajah Anayra. Anayra diam tidak berkutik.
"What do you mean? " soal Anayra tidak faham.
"Will you marry me, Anayra? "
Share this novel