Anayra meregangkan badan. Penat seharian membuat kerja rumah sehingga terlelap sekejap. Dia mengerdipkan mata beberapa kali sambil meliarkan mata mencari susuk tubuh Mak Timah.
"Maktok, abang Aqeef mana? " soal Anayra bersama tangan yang menggosok-gosok mata.
Melihatkan bilik abangnya yang sedikit terbuka dan tiada orang di dalamnya, dia mengerutkan kening.
"Aqeef dengan Khalish pergi sawah. Nak celup kaki katanya" kata Mak Timah yang sibuk menyiang ikan.
"Hah? Sawah? Dasar abang tak gerak adik! " dia terus berlari mencapai shawl dan terus keluar dari rumah Mak Timah. Selipar disarung kalut sebelum berlari laju ke sawah padi.
Dia bercekak pinggang memandang Aqeef dan Khalish yang berada di tengah-tengah sawah. Seronok sakan gayanya.
Anayra meniti jambatan kayu itu berhati-hati menuju ke arah mereka. Dia berpeluk tubuh.
"Sampai hati tak bawak adik"
"Dah adik tidur, abang taknak kacau adik"
"Ish, dah tepi tepi! Adik nak masuk ni!" selipar ditanggalkan. Anayra melangkah masuk berhati-hati ke dalam sawah. Sedikit licin kerana dipenuhi lumpur.
"Aarghhh! " tidak sempat mengimbangi badan, badannya menjunam jatuh ke dalam sawah.
Anayra membuka mata perlahan-lahan. Pandangan pertamanya, sawah padi.
Ye, dia dah jatuh terduduk disitu dihiasi dengan lumpur. Khalish dan Aqeef menutup mulut menahan gelak melihat dirinya ketika ini. Anayra mendecis geram.
"Abang jahat! Bukannya nak tolong pegang adik ke apa" bebel mulut kecil tersebut sambil membuang sisa-sisa lumpur pada shawlnya.
"Ingat adik tu puteri? Lepas ni mandi lah. Alahai... Manja anak itik sorang ni" Aqeef mengusik Anayra dengan cara menarik-narik kain shawl tersebut.
"Abang!! "
Khalish hanya memandang adik-beradik tersebut sambil menggeleng-geleng kepala tersenyum.
Matanya tertancap pada susuk tubuh berpakaian serba hitam bersama topi hampir menutup segalanya, sedang mencuri-curi pandang ke arah mereka bertiga.
Senyuman Khalish kian pudar. Matanya asyik memerhati figura tersebut. Apabila 'dia' menyedari akan pandangan tajam Khalish terhadapnya, 'dia' cepat-cepat berlalu pergi.
Ya, pandangan tajam tersebut masih tidak lepas dari mata Khalish. Dia mula merasakan sesuatu. Sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Luan menggenggam kotak baldu merah kecil ditangannya. Dia tekad, walau apa sekalipun yang akan terjadi, bakal terjadi, dia tetap akan lakukannya.
Muktamad.
Biarlah kalau dia tolak sekalipun, asalkan aku dah luah apa yang terbuku dalam hati aku. Asal dia tahu aku sayang dia, aku betul-betul serius dengan dia, aku memang nak jadikan dia halal buat aku pun dah cukup.
Dia membuka kotak baldu merah tersebut. Hampir tersenyum lebar member bila tengok cincin bertatahkan berlian tersebut yang terletak elok disitu. Mahal jugak kira-kira. Nasib dia tak kedekut duit.
Semuanya kerana wanita itu! Ye! Wanita tu yang salah sebab dah curi hati dia!
Sebab tu lah dia dah persiapkan segalanya. Meja yang dihias cantik bersama lilin-lilin yang menaikkan lagi aura membuatkan dia berdebar-debar. Jam tangan dikerling. Hampir pukul 9:30 malam.
Bunyi tapak kasut tinggi membuatkan dia menoleh kebelakang. Wajah yang dinanti-nanti akhirnya muncul jua.
Hazel yang memakai gaun serba putih serta shawl labuh menutupi dada menjadi tarikannya.
Cantik, desis hatinya.
Luan menarik kerusi mempelawa wanita itu duduk. Hazel hanya menurut. Dia memerhati setiap pelosok restoran yang kosong, hanya mereka berdua sahaja.
Sejambak bunga rose merah dan putih menjadi tatapannya. Dia memandang kepada si pemberi. Luan hanya tersengih nakal. Hazel mencebik.
"Terima kasih. Dah lama ke rehearsel ni? Sejak bila kau pandai nak sweet-sweet bagai ni? " soal Hazel sambil menaikkan sebelah kening.
"Hehehe.. Sweet kan aku? Kau cantik sangat harini. Macam mana kau boleh decide nak pakai serba putih ni? Dah macam bidadari syurga aku pulak"
"Mengada. Entahlah, terdetik hati ni nak pakai putih. Alah, tak payah nak sibuk dengan pemakaian akulah! Kau tu. Tiba-tiba je. Kata ajak makan, ni dah macam candle light dinner je. Orang pun takde" cebik Hazel. Luan senyum sinis.
"Itulah kau tak tahu. Memang kita tengah candle light dinner pun. Kau dengan aku je. Dating" Luan mengangkat kening nakal. Hazel menjulingkan mata.
Perangai macam Anas, tapi lagi gatal.
"So, mana makanan? Aku lapar ni" Hazel menggosok-gosok perutnya.
"Nanti makanan sampai. Sebelum tu... Aku nak bagitahu kau sesuatu" tangan Luan sudah bersedia.
"Apa? " soal Hazel sambil menyisip air kosong. Mata dihalakan sepenuhnya pada Luan.
"Ada sebab aku buat semua ni. Aku nak kau tahu yang aku... Aku... Aku suka dekat kau. Aku sayang kau. Aku nak kau. Aku cintakan kau. Dari kecil lagi kau dah tambat hati aku. Serius aku jeles gila bila tengok kau dengan Aaran rapat sebab dengan aku kau tak buat macam tu pun.
Tapi aku tak kisah, aku cuba lagi. Aku takkan pernah putus asa nak dapat kau. Ye, jujur aku cakap. Untuk memiliki kau adalah sesuatu yang sukar, tapi tak mustahil. Sebab tu lah harini, malam ni... Aku nak tanya kau... "
Luan mula berdiri dan menuju ke arah Hazel yang sudah diam seribu bahasa. Hanya mata yang berbicara segalanya.
Luan memusingkan kerusi Hazel menghadapnya. Tatapan mata ke mata diberi. Hazel teguk air liur kelat.
Luan mula melutut. Kotak baldu merah dibuka. Cincin itu menjadi pandangan utama Hazel sekarang ini.
"Aku nak tanya kau... Kau sudi tak nak kahwin dengan aku? Ada anak dengan aku? Dan selalu bersama aku dunia akhirat? " soal Luan. Straight to the point. Tiada dolak dalih.
Hazel memandang Luan. Bibir masih bergetar ingin membalas.
"I'm.. I'm sorry i can't" terluah juga kata-kata dari bibir merah Hazel.
Harapan dalam hati Luan serta-merta pudar. Hati mula redha. Faham. Sangat faham.
Baru sahaja kotak baldu ingin ditutuo kembali, Hazel menghalang.
"Kau nak tutup buat apa? "
"Dah kau reject aku, cincin ni takde guna dahlah. "
"Aku tak boleh bagi jawapan selagi kau tak bawak rombongan meminang aku. Kau bincang dengan parents aku kat sana. " ujar Hazel tenang. Luan membulatkan mata. Dia memandang Hazel tak berkelip.
"Kau serius lah weyh?! "
"Kau nampak muka aku macam menipu ke? "
"Kau terima aku ke ni? Ya Allah, Alhamdulillah... Penantian aku semenjak aku lahir akhirnya berbaloi. Maksudnya, kau suka aku ke? " Luan mendekatkan wajahnya pada wajah Hazel.
"Sebab aku suka kau lah setan! Dahlah, perut aku lapar ni"
"Sarunglah cincin dulu. Tanda kau hak milik aku. Hak milik Tengku Luan Alwaz. HAHAHAHA" tangan Luan berura-ura ingin menyarungkan cincin pada jari manis Hazel.
"Aip! Belum halal lagi! Biar aku sarung sendiri! Sibuk je" Hazel merampas cincin tersebut. Cincin bertatahkan berlian itu selamat disarungkan pada jari manis runcing Hazel.
Hazel senyum puas hati. Cantik, pandai pilih taste aku.
"Suka? " soal Luan.
"Suka, terima kasih"
"Sama-sama kasih, sayang"
Anayra sibuk menuam kain keatas perutnya. Senggugut punya pasal, sakit tu kena tanggung.
Maktok dari asar lagi dah terpacak depan masjid. Nak cari pahala lebih katanya.
Wajah Aqeef terjengul pada pintu bilik. Anayra mengangkat kedua-dua kening.
"Abang nak pergi masjid dahnu dengan Khalish. Betul ni adik taknak abang teman? " soal Aqeef. Anayra mengangguk beberapa kali.
"Ye, abang pergi je masjid tu. Anayra okey je. Anayra dah besar lah. Nanti kalau abang dengan maktok dah balik, telefon je. Okey? Anayra penat, nak tidur kejap" ujarnya. Aqeef mengangguk faham. Dah amsi adik kata begitu, si abang turutkan sahaja.
"Okeylah, baik-baik" pintu ditutup. Anayra mengunci pintu atas bawah. Dia kembali ke bilik menyambung aktiviti menuam tersebut.
Tak sempat beberapa minit lagi, pintu rumah sudah diketuk.
"Haih abang ni... Mesti ada barang tertinggal ni. Aku dah cakap, check... Ni tak, main tinggal je" bebel Anayra perlahan. Kaki melangkah membuka kunci pintu.
Pintu dibuka. Wajah ceria Anayra kembali pudar. Susuk tubuh hitam dihadapannya membuatkan dia kembali menutup pintu. Namun tidak sempat.
Lelaki itu menolak pintu rumah sehingga membuatkan Anayra tertolaj kebelakang dan terjatuh diatas lantai. Wajah berkerut menahan kesakitan.
Lelaki itu dengan pantas mengunci pintu rumah atas bawah. Dia menjikat bibir melihat kain batik Anayra yang terselak sedikit menampakkan betis bunting padi nya. Anayra mengesot kebelakang.
"Kau siapa?! " jerit Anayra kuat.
"Assalamualaikum, sayang"
Share this novel