Khadijah meletakkan lauk yang dimasaknya diatas meja. Dia duduk bersebelahan Eiman. Eiman tanpa membuang masa lagi terus menikmati makanan itu.
"Abang, " Khadijah memandang suaminya. Eiman menghentikan kelakuannya lalu menatap wajah Khadijah. Dia mengangkat sebelah kening.
"Abang dah lama kenal Anayra ke? "
Soalan Khadijah membuatkan Eiman terbatuk-batuk.
"Kenapa Sayang tanya soalan tu? "
Khadijah tersenyum. "Taklah.. Sayang just nak tahu je. Yelah, abang cakap abang dengan dia kawan tapi nampak macam tak rapat je. Muka Anayra pun masam je. "
"Abang dengan dia kawan dari kecik. Kitaorang okey jelah. Cuma abang kan dah kahwin, abang tak bolehlah rapat sangat dengan Anayra.. nanti sayang abang cemburu? Susah tau nak pujuk" Khadijah cemberut muka sambil memandang tajam Eiman.
"Mana ada cemburu, " Khadijah menjeling manja.
"Jeling tu.. Macam nak minta terkam je. " usik Eiman. Khadijah memukul bahu suaminya perlahan.
"Abang ni.. "
•••
Anayra sudah siap lengkap memakai baju kurung. Dia berpusing-pusing di depan cermin. Solekan yang tipis dengan kurung riau berwarna biru menambahkan seri pada wajah Anayra.
Selepas berpuas hati dengan diri, terus dicapai beg tangan pasar malamnya dan terus keluar dari bilik.
Di ruang tamu, kelihatan keluarganya yang lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu sedang menunggunya. Kawan-kawan abangnya juga begitu.
"Cantik siot adik Aqeef ni. Kalau aku nak putus dengan Syasya boleh tak? " Anas menyenggol bahu Ilman.
"Kau ingat dia nak dekat kau? "
"Jom, abah. Nanti lambat pulak" Aqeef sudah siap dengan kunci kereta ditangan. Encik Azman mengangguk.
Mereka bertolak menggunakan dua kereta. Satu dipandu oleh Encik Azman dan satu lagi dipandu oleh Aqeef.
Pagi itu mereka dijemput ke rumah Encik Khalid, adik lelaki kepada Encik Azman untuk majlis cukur jambul anak sepupu Anayra, Hanifah. Hanifah yang sudah berkahwin dengan Kael Fikri, bekas crush Anayra.
Tiba sahaja disana, Anayra terus meluru kearah Hanifah bersama Kael. Dipeluk sepupunya itu erat. Puan Sari dan Encik Azman bersalaman dengan Encik Khalid dan isterinya. Aqeef, Anas, Aarash, Aaran dan Ilman bersalaman dengan Kael.
"Mana anak kau? Aku nak tengok" Anayra meliar-liarkan mata. Hanifah tergelak kecil.
"Ada kat dalam, nanti kau dukung lah. Sekarang ni dia tengah tidur lagi. Baru lepas minum susu. Alang-alang kau ada boleh tolong teman aku. Bosan tau"
"Alah..aku datang ni nak tengok Rafael, bukan kau. Tapi kalau dia tidur takpelah. "
"Bie, Fah nak duduk dengan Anayra kejap eh. Bie tolong tengok Rafael dekat dalam takut dia nangis nak susu," Hanifah memandang Kael sambil tangannya erat memegang tangan suaminya. Kael memuncungkan mulut seperti itik.
"Jangan pergi jauh-jauh tau, nanti bie rindu. Dahlah nak dapat sayang ni susah. Pergi jauh-jauh bie gigit nanti" Kael membuat seperti ingin menggigit pipi isterinya. Hanifah ketawa. Diusap tangan suaminya.
Anayra yang berada dihadapan mereka itu membuat muka. Meluat. Nak pergi bersembang dengan bini dia je kot, bukannya nak pergi culik jual dekat Siam!
"Bie ni.. Anayra ada dekat depan ni kan" tegur Hanifah sambil melirik kearah Anayra yang tersenyum menyampah.
"Oh.. Tahu pun aku masih wujud kat sini. Dahlah, jom cepat. Lepasni aku nak culik anak kau pulak" Anayra menarik-narik tangan Hanifah. Hanifah mencium tangan suaminya sebelum bibir merah itu di'landing'kan diatas dahi Hanifah.
"Jom, " Hanifah membawa Anayra ke meja kosong. Anayra menjulingkan mata.
"Kau dengan Kael tu macam tak boleh nak tinggal kan? Nak muntah aku" cebik Anayra.
"Biarlah laki aku. Kau tu kalau nak jugak carilah laki. Ni tak, asyik single je. Tengok lelaki pun macam nak cari gaduh"
"Aku ni berhati-hati je. Kang tak pasal-pasal hati aku disakiti lagi" Anayra meletakkan tangan pada dadanya. Hanifah tersenyum penuh makna.
"Macam mana dengan lelaki yang pakai baju Melayu sama colour dengan kau tu? " soal Hanifah sambil mengangkat-angkat kening. Anayra berkerut kening.
"Siapa? "
"Tu... Yang datang dengan Aqeef tu. Pakai baju sedondon, wah... Ada apa-apa ke? Hensem pun hensem. " Hanifah menunjal bahu Anayra manja. Anayra memandang figura yang disebutkan Hanifah.
Aaran yang sedang asyik berbual dengan Aqeef memandang kearah Anayra. Mata mereka bertaut. Masa seperti berhenti buat seketika.
"Hoi, aku suruh kau jawab soalan aku bukannya main mata dengan dia. Ouh.. Jadi betullah kau dengan lelaki tu ada relationship? " Hanifah menyatukan dua jarinya. Anayra menggeleng laju.
"Mana ada kau ni! Dia kawan abang aku lah! Eiii... Taknak aku dengan kawan abang aku sendiri. Geli tahu tak? "
"Elelele.. Mulut cakap tak suka tapi hati kata lain. Kita tak boleh menipu hati tau! Kalau betul kau dengan dia.. Aku harap kau bahagia" ucap Hanifah penuh berharap. Anayra mencebik.
"Takdenyalah.. Dahlah, aku nak jumpa Rafael. Biarlah dia tengahvtifyr ke tengah menangis ke, aku tak kira" Anayra terus bangun dan masuk ke rumah Encik Khalid. Hanifah senyum penuh makna.
Majlis cukur jambul Rafael, anak lelaki Hanifah dan Kael berjalan seperti yang dirancang. Selepas mencukur rambut, ustaz yang dijemput mengetuai bacaan doa. Selepas beberapa minit, para tetamu ke dewan makan untuk menikmati hidangan.
Anayra mendukung Rafael sementara Hanifah dan Kael sedang makan di dewan makan. Tinggal dia sahaja di ruang tamu itu. Didodoikan bayi kecil itu yang hampir lena.
"Kenapa tak pergi makan? " Aaran menyergah dari belakang. Nasib tidak terlepas Rafael dari dukungan Anayra.
"Awak ni, terkejut saya. " Anayra memegang dadanya. Aaran tanpa dipelawa terus duduk bersebelahan Anayra. Tapi masih ada jarak diantara mereka.
"Aku tanya ni" soal Aaran tegas.
"Tak nampak ke saya dukung siapa ni? Soalan pun. Saya tolong jaga Rafael dulu sementara diorang pergi makan. "
Rafael tiba-tiba menangis. Anayra kalut. Mesti Rafael lapar. Mana pulak susu nak cari ni?
"Kenapa dia nangis? " soal Aaran. Anayra cuba menghentikan tangisan Rafael namun menjadi semakin kuat.
"Dia nak susu"
"Bagi yang kau punyalah, " kata Aaran selamba sambil memuncungkan mulut menujuk ke dada Anayra. Anayra membuntangkan matanya. Merah mukanya menahan malu.
"Awak ni kan! Saya tak kahwin lagi mana ada susu! Awak pun agak-agaklah! Kita kena cari susu yang dah siap pam. Awak tolong dukung Rafael kejap saya nak tanya Hanifah. " Anayra menyerahkan Rafael kepada Aaran. Aaran kekok memegang bayi tersebut. Kali terakhir dia pegang bayi pun dia tak ingat.
Dipandang wajah bayi yang putih bersih suci tanpa sebarang dosa. Diusap pipi merah si kecil tersebut. Air mata Rafael masih mengalir. Comel! Mesti best kalau ada anak sendiri.
Aaran menggelengkan kepalanya. Dikucup pipi pau Rafael yang masih merengek. Di tepuk-tepuk punggung kecil si comel itu. Lama kelamaan, tangisan Rafael semakin reda. Mata bulat itu memandang Aaran.
Anayra yang datang bersama botol susu nampak segala kelakuan Aaran terhadap Rafael. Hatinya tersentuh.
Aaran yang perasan kehadiran Anayra terus berdehem kecil. Rafael terus diserahkan kepada gadis itu. Anayra mengambil kembali Rafael dari dukungan Aaran. Diberikan susu botol yang dibawanya kepada Rafael.
Sesekali Rafael ketawa kecil membuatkan Anayra dan Aaran tersenyum. Aaran mencubit pipi Rafael perlahan. Geram melihat pau merah comel itu.
"Halah halah comelnya pasangan ni.. Macam kambing dibelah kapak. " Aqeef mengusik. Dia yang berselisih dengan ruang tamu melihat kemesraan antara Anayra dan Aaran.
"Entah, baju dah sedondon, act macam keluarga bahagia pulak. Uuu... Tahniah Aaran bakal jadi adik ipar Aqeef" Ilman menokok nambah. Anayra dah menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Mengarut je kau"
"Eh... Ada orang tu malu-malu. Kalau nak, cakap. Aku tolong cakap dekat mama dengan abah aku. " kata Aqeef selamba. Anayra membulatkan mata.
"Abang! "
•••
Sejak dua menjak ni, Khadijah sering balik lambat dari sekolah. Katanya ada mesyuarat. Mesyuarat tiap hari? Eiman runsing memikirkannya.
Khadijah yang baru sampai dirumah disapa Eiman. Dia yang ingin naik keatase terhenti langkahnya.
"Sayang pergi mana? Lewat-lewat pukul lima baru nak balik? " soal Eiman cuba menahan sabar.
"Saya ada meeting dekat sekolah. " itu sahaja alasan Khadijah.
"Meeting apa sampai tiap hari balik lewat? Sayang meeting ke sayang keluar dengan lelaki lain? Kereta tu. Siapa yang hantar sayang balik? " nafas Eiman naik turun. Khadijah mengeluh berat.
"Tu kawan jelah. Dia tolong hantar sayang balik rumah. Yelah, abang kan busy? Apa salahnya? "
"Salah sebab sayang isteri abang! Kawan lelaki je ke ada kat sekolah tu? Kawan perempuan takde? Hilang?? " tegas sedikit suara Eiman membuatkan badan Khadijah terhinjut sedikit.
"Kenapa abang marah sayang? Abang keluar dengan siapa, sampai pukul berapa sayang tak masuk campur pun. Sayang just taknak susahkan abang. Kawan perempuan semua dah balik awal. Alang-alang dia satu haluan dengan rumah kita, dia tolong hantarkan. Dia tolong hantarkan je.. " teresak-esak Khadijah menangis. Dia mengesat air matanya yang mengalir. Tidak pernah melihat Eiman yang marah sampai begitu sekali kepadanya. Selama ini, Eiman akan tegur dengan baik sahaja jika dia buat kesalahan.
Eiman mengeluh. Dia terus memeluk isteri kesayangannya. Diusap kepala itu berulang-kali. Khadijah menangis dalam dakapan Eiman.
"I'm sorry sayang.. " dikucup ubun-ubun isterinya.
"Abang jangan marah sayang.. Sayang takut.. " Khadijah menyembamkan mukanya pada dada Eiman sambil menangis.
"Shhh.. Abang minta maaf okey? " digosok belakang tubuh isterinya. Cuba menenangkan tangisan Khadijah. Dia menghela nafas berat.
sorry update lambat TT
Share this novel